Thursday 2 July 2015

1st Birthday Al-Aish : Birthday Party Murah dan Bajet

Mummy i tensen sket...

Tadi Mummy dah publish.. Then reader dah komen dah pun...

Tetibe bile Mummy tengok balik kat blog... Entry ni dah tak de... 
Sobs...
Sobs...
Sobs...

Meh la Mummy cerita balik... if story line tak best macam yang memula tu... maappp jer lah yee....

Sebenarnya Mummy dah lama plan nak buat birthday party Al-Aish...
Mummy teringin sangat nak buat birthday party tema POOH...

Mummy kan minat sangat dengan Pooh... 
Sampaikan segala kelengkapan masa Al-Aish baby Mummy akan beli...
Even puting yang Al-Aish tak pakai pun Mummy beli...
Hahahaha~!

Napkin Pooh pun Mummy gigih cari dan beli... Siap barut pun nak ada Pooh.. 
Padahal Mummy dah jahit sendiri barut Al-Aish berhelai-helai.
Nampk je barut ada pic Pooh... Mummy beli...
Hahahaha~

Nampak tak bertapa Mummy minat sangat dengan Pooh...
Sampai Nenek cakap... Kang anak kaw kenan Pooh pulak kang... hahaha!

Ok.. Meh la Mummy cerita pasal Birthday Party 1st Al-Aish...

Tema : Pooh
Color : Lime Green + Orange

Selain daripada itu, Mummy nak tekankan untuk buat Birthday Party Anak Murah dan Bajet.

Mummy tak nak membazir sangat, sebab masa Mummy tablekan kat Walid. Walid is ok.
Walid tak bantah pun. Tapi Walid cadangkan untuk tidak buat majlis ni tak rumah.

Sebab rumah kami kan kecik cinonet jeeeeee~

Walid cadangkan nak buat tempat macam KFC ke 
Mc Donald's ke 
A&W ke 
Kidszoonia ke etc.

Sebab Walid tak nak penat mengemas rumah or senang cerita tak nak rumah bersepah.

So, Mummy pun ok jeee... Then Mummy pun start survey...
Ikutkan bajet Mummy dan Walid dalam RM1,000 - RM1,500 jeee...

Tak nak lebih-lebih...

Then bila Mummy maklumkan kat Nenek Al-Aish...
Mak Mummy bantah... Cakap kat Mummy tak payah buat. Anak kecik lagi. Baru setahun jagung nak buat party bagai... Anak bukan tahu ape punnnnn~!

Lagi pun Al-Aish ni cucu ke enam taw sebenarnya... Tapi sibuk nak buat birthday party... Padahal cucu-cucu sebelum ni tak pernah pun buat.... 

Hehehehe~ Biasalah... Mummy kan ada anak sorang jeee~
Tapi Mummy is ikut cakap Walid untuk buat Birthday Party nie... So, Mummy teruskan on plan Mummy... Hahahaha~

Bincang-punya-Bincang
Mummy dapat idea untuk buat majlis ni kat dewan area rumah kami je...

Then sewa nya pun murah... 
Tak mahal pun... Lagi pun sekali dengan meja dan kerusi...

So, Mummy tak payah pening kepala nak carik kerusi meja bagai...

Then kebetulan majlis birthday Al-Aish ni nak dekat-dekat dengan puasa.
So, Mak Mummy pun nak selit jugak buat Majlis Bacaan Yassin dan Kesyukuran sempena nak Sambut Puasa...

Ikut plan : 
Pagi - Majlis Bacaan Yassin oleh orang Surau

Petang - Majlis Sambutan Hari Lahir Al-Aish 

Ni antara persediaan Mummy sempena Birthday Party Al-Aish yang pertama.......


Mummy tempah Photo Canvas daripada Photobook

RM 10.00 + RM 10.00 (postage) = RM20.00 for each pieces

Mummy buat sampai umur setahun.
Means ada 8 pcs Photo Canvas x RM 20.00 = RM160.00


Topi Birthday Pooh ni untuk kanak-kanak je...
Mummy beli kat kedai kek area Terengganu... Kebetulan stok tak banyak....
Mummy beli semua terus.

RM1.30 x 15 pcs = RM19.50


Yang ni Mummy beli kat kedai RM2...
Mummy beli tak banyak... Cuma untuk 20 saudara kanak-kanak yang terdekat jee... 
hehehehe~



Set Pooh nie ada : Pensil / Pembaris / Pen / Dompet / Pemadam / Pengasah Pensil

RM2.00 x 20 pcs = RM40.00 (exclude 6% GST)


Ni tagging kat meja makan dan meja Candy Buffet...
Mummy print dan buat sendiri jeeee~


Ni pulak barangan nak diletak kat Meja Candy Buffet
Birthday Party Pack Pooh - RM6.90 x 2 = RM13.80 (Beli kat Giant)
Belon Hijau + Oren - RM6.50 x 4 = RM26.00 (Beli kat Sabasun)
Pinggat Polkadot Hijau - RM2.00 x 4 = RM8.00 (Beli kat Kedai RM2)
Tisu Hijau - RM5.00 x 4 = RM20.00 (Beli kat Daiso)
Cawan Hijau - RM5.00 x 3 = RM15.00 (Beli kat Daiso)

*Mummy nak cari sudu dan garfu warna hijau tapi tak jumpa* huhuhuhu~


Ni pulak masa beli barang dekat Mydin Subang


Birthday boy to-be yang tak nak Mummy pegang dah... Nak duduk belakang macam orang besar...!


Ni pulak sticker yang Mummy tempah last minute...!
Nasib kawan Mummy kerja kat Syarikat Printing....

So, bila dah sent artwork.... Mummy suruh Walid pick up kat ofis kawan Mummy...
Bila tanya harga... Kawan Mummy cakap FREE..!

Wahhh... Terima kasih Aunty..
Terima kasih Zubaidah Amir Hamzah..!



Sticker tu Mummy nak letak kat goodies bag...
Memula Mummy nak sediakan 50pcs je goodies bag...

Tapi disebabkan Mak Mummy buat Majlis Bacaan Yassin... So, Mummy sediakan 100pcs goodies...
Dalam nya ada Surah Yassin + Appolo Pandan Cake...
Tak muat nak letak air mineral...

So, Mummy letak Air Mineral kat Meja Candy Buffet jeeee...



Ni pulak Mummy tempah kat ofisamate Mummy...
Dah lama Mummy survey... dah order online dah pun.... 
Tapi beberapa minggu sebelum tu.. ofismate tu buat kek orang tempah... Cantik...

So, Mummy pun bagi peluang kat ofismate tu buat kek no 1 nie...


Mummy tempah Kek No 1 + Cupcakes Pooh 25pcs + Cupcakes Al-Aish 16pcs


Cupcakes Edible Pooh 25 pcs = RM 70.00


Cupcakes Monthly Progress Al-Aish 16 pcs = RM45.00

Ramai tegur yang Mummy rajin nak tempah cupcakes Al-Aish nie...
Then dorang pun tak sampai hati nak macam picture Al-Aish...

Mummy gelak jeeeeeeeee....

Tapi Mummy pun makan tawwwwww~
Cupcakes picture Al-Aish tue...
Mummy ngap cupcake 9 Months tue... hahahahaha...!

Kejam kan Mak makan Anak... 
Hahahaha~

Kek dan cupcakes tue boleh tempah kat Facebook : Nisa Razak


Ni Birthday Pack.. Tema Pooh taw... hehehe!


Air mineral nie Mummy tempah online...
Facebook : Dida Zenal


Mummy tempah Air Mineral 100pcs + Lolipop Pooh 30pcs = RM140.00
*RM20.00 Delivery Charge include*


Ni la sebahagian goodies ari tue..


Ni Meja Goodies...

So, meh Mummy details kan perbelanjaan semasa 1st Birthday Al-Aish :-

Makanan yang disediakan :-
Mee Kari - Tempah (RM100.00)
Mee Sup - Mummy masak 
Roti Jala - Tempah (Nenek yang bayar)
Nasi Impit + Soto + Sambal Bilis - Mummy masak 
Kuih muih (RM80.00)
Kuih Kaswi
Kuih Karipap
Kuih Lapis
Buah-Buahan (Anggur / Apple) - Walid sediakan
Air Minuman Sirap Limau - Walid sediakan
Shopping barang di Mydin Subang - RM150.00
Shopping barang di Giant Kinrara - RM250.00

Meja Candy Buffet - Mummy buat sendiri
Chocolate Fountain - sedia ada
Marshmallow - Mummy borong kat Langkawi sebelum tu
Candies - Mummy borong kat Langkawi sebelum tu
Birthday Party Pack Pooh - RM6.90 x 2 = RM13.80 (Beli kat Giant)
Belon Hijau + Oren - RM6.50 x 4 = RM26.00 (Beli kat Sabasun)
Pinggat Polkadot Hijau - RM2.00 x 4 = RM8.00 (Beli kat Kedai RM2)
Tisu Hijau - RM5.00 x 4 = RM20.00 (Beli kat Daiso)
Cawan Hijau - RM5.00 x 3 = RM15.00 (Beli kat Daiso)
Photo Canvas Al-Aish - 8pcs x RM 20.00 = RM160.00
Air Mineral Pooh - RM1.00 x 100 pcs = RM100.00
Lolipop Pooh 30 pcs = RM20.00 + RM 20.00 (Delivery charges)
Kek Pooh No 1 + Cupcakes Pooh 25pcs + Cupcakes Al-Aish 16pcs = RM250.00


Goodies 100pcs + Goodies Kanak-Kanak
Alat tulis Pooh - RM2.00 x 20 pcs = RM40.00 (exclude 6% GST)
Yassin - RM0.80 x 100 pcs - RM80.00
Appolo Pandan Cake 24pcs - RM7.00 x 5 pcs = RM35.00

Sewa dewan : RM170.00 (deposit RM100.00)

Total semua : RM 1,537.80



Alhamdulillah...

Ni lah hasillah... Idea Mummy dan pertolongan Walid dan ahli keluarga semua...

Syukur Majlis berjalan dengan lancar...!!

Hehehehe~!

Nanti Mummy update pictures sepanjang Majlis 1st Birthday Party Al-Aish....




5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. sewa meja dan kerusi kanak-kanak untuk party boleh hubungi kidsreantalparty +0123288522

    ReplyDelete
  3. Can i know the name of the dewan? the location or contact number???

    ReplyDelete
  4. ni bukan bajet mur mur...rm1537.80 baik panggil birthday planner buat.. harga cmni siap dpt dgn tmpt lagi.. huhu.. xpenat..

    ReplyDelete

Komen~Komen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...