Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Friday, 7 November 2014

TIPS : Makan Bersama Kunci Kebahagian Suami Isteri

Assalammualaikum... Selamat Hari Jumaat....
Petikan dari Facebook.... (",)v
Suami yang bekerja di pejabat, dapat menikmati makan tengahari di restoren yang banyak jenis lauk-pauk yang disukai. Dapat kita memilih mengikut selera kita. Malah boleh juga mendapat layanan yang "special" dari pelayan-pelayan restoren pilihan kita itu. Biasanya kita makan bersama-sama dengan rakan sepejabat. Ada juga yang mengajak bersama rakan sepejabat wanita beramai-ramai untuk majlis-majlis tertentu. Maka penuhlah di atas meja makan kita itu dengan lauk-pauk pilihan kita. Kadang-kadang kalau ramai yang datang, kita akan satukan dua-tiga meja sekali. Kita dapat merasakan keseronokan itu.
Pernah tak kita bayangkan pula bagaimana isteri kita yang full-time house wife tu makan tengahari di rumah. Dia memiliki amat terbatas pilihan untuk tempat makannya dan pilihan lauk-pauknya pula juga amat bergantung pada apa yang dia sendiri masak. Jemu-jemu makan di dapur, dia akan makan mengadap TV dan tak mungkin dia makan di atas katil kita. Maka sendirianlah dia dengan melongokkan nasi dan lauk-pauk ke dalam satu pinggan. Sungguh menjemukan dia. Walau bagaimanapun, dia tetap juga masak lauk-pauk untuk kita pada malam nanti.
Kita pun balik ke rumah dengan sifat kita yang sentiasa sibuk dengan urusan rekreasi, jamaah dan persatuan. Kita tidak sempat menjenguk ke dapur untuk melihat apa yang dimasak oleh isteri kita pada hari itu. Malah selepas maghrib, sebaik saja isteri telah menghidangkan makan malam, kita pula bergegas keluar tak sempat nak bersama dengan mereka kerana ada urusan jamaah, persatuan dan masyarakat yang "penting" atau kawan-kawan "calling" ajak mengeteh di luar. Balik tengah malam, kita pun terus masuk tidur dan bangun pagi dengan semangat baru dengan penghidupan baru.
Kita tidak sentuh pun nasi dan lauk yang isteri kita simpan untuk kita semalam. Yang mana semalamnya, isteri kita melarang anak-anak kita menyentuh lauk kegemaran kita itu kerana bimbang kita balik nanti,...tak ada lauk pula. Bila bangun pagi isteri kita lihat, nasi dan lauk langsung tidak berusik....KECIK HATI DIA.
Apa silap suami?
Makan bersama di satu meja lelaki dan wanita adalah satu perhormatan sosial yang menggambarkan pasangan yang sedang makan itu sedang menjalin hubungan kasih sayang antara mereka. Malah yang lebih nak menunjuk-nunjuk tu, dengan menyedut straw serentak dalam satu gelas yang sama. Ini menunjukkan mereka sedang berkomunikasi pada umum yang mereka adalah pasangan "ideal" yang sedang bercinta. Dan dengan lain perkataan, wanita ini jangan kacau... aku yang punya.
Begitu juga isteri kita. Makan bersama itu adalah satu penghormatan suami terhadap isteri atas sumbangannya dalam rumah tangganya itu. Seolah-olah kasihnya berbalas. Malah lebih menyeronokkan isteri ialah dia dengar perbualan telefon kita dengan rakan menolak ajakan makan di luar disertai dengan nada megah memberi tahu rakan-rakan kita yang malam itu isteri dah masak untuknya. Malah lebih sangat seronok lagi, bila suami membawa bekal nasi dan lauk ke pejabat yang disediakan oleh isteri pagi-pagi lagi.
Bagi isteri yang kerja pejabat satu bangunan dengan suami , elok dijadikan budaya makan bersama dengannya di kanteen pejabat tu. Ada peristewa seorang suami berbangga kerana tak pernah dalam sejarahnya makan semeja dengan isterinya. Dan malah berbangga kerana ketua jabatannya masih tak kenal siapa isterinya itu.... rupa-rupanya mereka menghadapi masalah komunikasi rumahtangga.
Jadi, berilah penghormatan sosial kepada isteri kita itu. Beritahulah pada umum yang isteri kita itu adalah pasangan ideal kita di dunia dan juga akhirat. Jika hubungan kita dengan isteri tidak se ideal yang kita harapkan.. maka hisablah diri kita akan tingkahlaku kita.. berapa kali kita makan bersama dengannya... berapa kali kita memuji keenakan masakannya.. berapa kali kita pernah berdoa waktu makan bersama-sama dengan nya.. berapa kali kita menyebut "Ya Allah ya Tuhan kami, berkatilah rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami dan jauhilah kami dari azab neraka yang panas" bersama-sama mengangkat tangan dengan isteri dan anak-anak kita. .... jika belum banyak,..... maka: "Selamat mencuba"




Wednesday, 4 June 2014

TIPS : CARA MENERAN DGN BETUL SEMASA BERSALIN

[ TIPS CARA MENERAN DGN BETUL SEMASA BERSALIN ]

1. Angkat kepala dagu cecah dada. 

2. Mata pandang perut 

3. Tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)

4. Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan lemah

5. Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina

6. Tarik nafas sedalam yg boleh & teran mcm nak buang air besar tanpa blow nafas anda.

7. Teran sekuat yg terdaya selama yg boleh & curi nafas then sambung teran tiap kontraksi

8. Semasa kontraksi je push sbb masa tu baby pun gerak sama so jgn buang masa

9. Baca bismilah, selawat

Tips tambahan: kongsi la tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa dek menahan sakit.Bila husband dah tau senang la dia memberi panduan kpd anda.

Tuesday, 28 January 2014

TIPS : Usaha Untuk Mengandung / Cara Senang Hamil

Assalammualaikum...

CikAwiens nie bukan nak tunjuk pandai... ye lah.. kahwin pun tak sampai 2 tahun... dah memandai nak share tips senang hamil kononnn....
Tapi CikAwiens saja nak share info yang CikAwiens kumpul semasa usaha TTC (Trying To Conceive) ari tue..... Means usaha untuk mengandung...

Huhuhu..

CikAwiens bukanlah bangsa yang kaw kahwin bulan nie... Bulan depan kaw sure PREGNANT... huhuhu~

CikAwiens mengambil masa 15 bulan (Setahun 3bulan) untuk disahkan mengandung nie... So, sepanjang tempoh tue.... CikAwiens banyak kumpul maklumat dan info sendiri dari pembacaan melalui Google nie... Banyak blogger-blogger yang share info dan tips yang berguna kepada TTC nie...

So, setelah berjaya mengandung atas usaha dan IZIN-Nya... CikAwiens nak share tips yang CikAwiens amalkan sehingga disahkan mengandung nie... Then CikAwiens ada berjanji dengan classmate CikAwiens yang CikAwiens nak share dengan die.. ;))

CikAwiens tak de lah cakap CikAwiens amalkan tips nie.. terus mengandung... diulangi ye dengan Izin Allah s.w.t. CikAwiens disahkan mengandung dalam tempoh sebulan berusaha tue.. Sebelum tu CikAwiens memain jer usaha...

Mulut je cakap nak mengandung... Tapi hati nie macam berbelah bahagi dan tak serius... Hehehe~

So, antara usaha CikAwiens nie :-

1) Berurut dengan Mak Bidan

- Memula CikAwiens nak mula berurut nie masa perut CikAwiens tak selesa.. Kerap masuk angin or gastrik.. CikAwiens mula berurut masa usia perkahwinan masuk 10 bulan... Selama 10 bulan berkahwin tu CikAwiens tak da apa-apa usaha pun nak mengandung... (CikAwiens kahwin Bulan 7/2012... Then mula jumpa Opah / Mak Bidan dalam bulan 5/2013)

Then makin lama CikAwiens stress dengan pertanyaan orang sekeliling... Keep on asking... "Ehh.. dah ngandung ke belum nie"... "Ehhh... Belum ada isi eh..."

Hurmm... CikAwiens macam...??!! Ehhh... dah nampak belum ngandung ke perut memboyot tu tak payah lah nak tanya memacam... Huhuhu~ Soalan-soalan tue sebenarnya agak sensitif taw bagi golongan TTC macam CikAwiens nie... Even CikAwiens nie orang happy go lucky... tapi terdetik dan berbekas gak kat hati nie bile orang keep on asking the same question...!! huhuhu~

So, ada kawan ofis CikAwiens syorkan... Suruh CikAwiens check keadaan dan kedudukan rahim... CikAwiens pun dengar je lah cakap kakak-kakak senior kat ofis nie... CikAwiens jumpe Opah / Mak Bidan untuk tengok keadaan rahim... Alhamdulillah.. CikAwiensnya rahim okey... cuma agak terkebelakang sedikit dari tempatnya.... huhuhu~

CikAwiens urut dalam 2/3 kali je kot... ;)


2) Amalkan Jus Delima Gulsan

- Dalam pada itu, CikAwiens ada baca kat blog... ramai blogger bagitau... Jus Delima nie elok diamalkan masa nak berusaha mengandung nie... Even masa CikAwiens ada jumpa doktor sebab sakit Gastrik CikAwiens dulu... Doktor pun sarankan CikAwiens amalkan makan buah delima...

Then masa tue... Jus Delima Gulsan tengah famous kat market... So, kebetulan lalu kat kedai kat Giant... CikAwiens terus beli... Masa tue... dengan IncikHubby... IncikHubby pun cakap.. tak perlah.. kite cuba dulu... mana tahu berkesan kan.... ;)

Lagipun Jus Delima Gulsan nie murah je... RM15.00 sebotol... ;)

~CikAwiens makan tak sampai sebotol pun... tu pun berkongsi dengan IncikHubby... Makan setiap pagi masa sebelum pergi kerja tue~

Alhamdulillah IncikHubby support apa sahaja usaha CikAwiens untuk mengandung... Even memula IncikHubby nak go for naturally... (Biase lah lelaki... ada EGO die.... then IncikHubby pulak ada 8 adik beradik... So, IncikHubby rasa tak ada masalah untuk go for natural.... Tapi CikAwiens jenis tak menyabar nak mengandungkan... Hehehe)



3) Makan Folic Asid

- Masa dah ada plan nak mengandung nie... CikAwiens dah mula makan Folic Asid... CikAwiens rase CikAwiens mula makan Folic Asid dalam bulan 5 / 6.... Then bulan 9/10 baru disahkan mengandung...

Tapi kadang-kadang CikAwiens ada gak missed makan Folic Asid nie.. ;')

Folic Asid nie CikAwiens dapat FREE je kat Klinik Panel CikAwien... Tak pernah lah CikAwiens beli... tapi if nak beli ada jer kat Farmasi... Selalunye jenama Appeton famous...





4) Minum Susu Kambing + Kurma

- Okey... yang ni part paling berkesan yang CikAwiens amalkan... sebelum waktu subur... CikAwiens adalah amalkan minum susu kambing fresh... Jenama Nubian... Beli kat Tesco jee... RM 4.99 sebotol...

CikAwiens mula amalkan selepas CikAwiens habis period... ;)
~CikAwiens last period pada 7 - 9 September 2013~



Tak de lah CikAwiens minum selalu pun... just dalam seminggu tu dalam 3 botol... tu pun kongsi dengan IncikHubby... hehehe..!

Then pada waktu subur tue.. CikAwiens amalkan cara nie... Ni kemuncak USAHA UNTUK MENGANDUNG CIKAWIENS dan INCIKHUBBY..!

- Pada masa subur... (Masa Subur CikAwiens adalah pada 22 - 23 September 2013) Masa subur adalah dikira 14 hari selepas selepas hari pertama period...

Kalau tak tahu kira cara masa subur... Meh cuba kira dekat web Pa&Ma...(Cube scroll down... ada kalkulator ovulasi)

Tapi cara nie hanya yang period regular je... Means period datang tetap tiap-tiap bulan...

If tak tetap... Korang boleh buat cara BBT yang diajar kat link tue... sebab CikAwiens tak tahu nak explain... sebab Alhamdulillah.. period CikAwiens memang regular tetiap bulan... just pernah tingtong... dalam 4/5 bulan sebelum mengandung tue sebab terlampau stress... huhuhuhu..!

Kat BabyCenter pulak ada cerita pasal masa subur korang... ;))

So, masa waktu subur CikAwiens tue... CikAwiens dan IncikHubby amalkan pada 3-4 hari sebelum masa subur tue dengan...

- Solat SUBUH secara berjemaah.... (Tak kisah pun waktu apa.. tapi kami berdua buat dan berkesempatan berjemaah masa solat subuh)
- Then ambil 7 biji kurma dan 1 botol susu kambing segar....
- IncikHubby / Suami genggam 7 biji kurma tue dengan tangan KANAN... pas tue CikAwiens / Isteri genggam tangan suami..
- Kami berdua / Suami Isteri baca bersama 7x Selawat Nabi, 7x Surah Al-Fatihah dan 7x Ayatul Kursi
- Lepas tue... IncikHubby / Suami boleh berdoa dengan bersungguh-sungguh... Tapi, lepas IncikHubby berdoa... CikAwiens pula sambung berdoa... Sehingga menitis air mata dan teresak... huhuhu..CikAwiens rase sebak pulak masa minta pada Allah rezeki Zuriat buat kami berdua... ;')
Memang berdoa bersungguh-sungguh pada Allah... 
- Setelah habis berdoa, CikAwiens / Isteri boleh masukkan kurma yang dibuang biji kedalam blender... Then masukkan sebotol susu kambing segar tue....
- Lepas blender kurma dan susu segar tue... Masukkan ke dalam 1 gelas... IncikHubby / Suami boleh minum campuran Susu Kambing + Kurma tue separuh..
- CikAwiens / Isteri pula minum dimana tempat suami minum....(kesan minum suami)
- Then boleh buat aktiviti harian macam biasa.... Sebab masa kami berdua buat nie... IncikHubby terus pergi kerja... dan CikAwiens pun bersiap terus pergi kerja... =))


5) Bersama pada betul-betul Waktu Subur..!

- Selepas usaha yang CikAwiens buat kat atas tue... Masa subur CikAwiens adalah pada 22 - 23 September 2013... So, mulai 21hb hingga 24hb tue CikAwiens dan IncikHubby bersama secara kerap... =P

Siap ambil CUTI lagi untuk bersama... Sebab CikAwiens memang nak relax dalam bersama nie... CikAwiens ambil cuti 2 hari.... tapi IncikHubby ambil cuti sehari je...

Sebenarnya Isteri yang perlu berehat banyak selepas bersama... ;')

Then mulai cycle period September tue.. CikAwiens dah kurangkan perasaan stress CikAwiens untuk fokus mengandung... Cuma kami berdua berusaha jeeeeeee... ;))

Ada lagi tips... hehehe..! Selepas bersama... CikAwiens akan dalam keadaan sujud (tapi merendahkan punggung) Sebab CikAwiens dah cuba angkat kaki selepas bersama... Letak bantal di bawah punggung... macam ofismate CikAwiens ajar.... tu semua tak berhasil... Even tak boleh basuh / cuci terus pun CikAwiens dah cuba... pun tak berhasil.... Mungkin akibat keadaan rahim CikAwiens yang sedikit terkebelakang tu kotttt... Huhuhu...

Ada orang cakap rahim CikAwiens kebelakang sedikit sebab CikAwiens pernah eksiden... huhuhu... yup! CikAwiens akui.. dulu CikAwiens pernah eksiden / jatuh motor... huhuhu...


~@~@~@~@~@~@~@~


Sebenarnya kan... selepas tempoh subur tue.... Selepas seminggu usaha keras-kerasan kami berdua tue... IncikHubby perasan yang badan CikAwiens akan panas macam demam pada sebelah malam... =)

Memula CikAwiens tak perasan semua tue... tapi beberapa hari sebelum due period... CikAwiens test UPT... Alhamdulillah... CikAwiens disahkan mengandung.... Kalau nak baca kat entry nie.... ;')

Masa tu tak percaya betul ke tak.. sebab kami berdua betul-betul berusaha pada cycle September je....

Then entry nie pulak onak duri masa CikAwiens dan IncikHubby berusaha nak Zuriat sendiri... ;')
Kronologi Mr & Mrs Shakirin Jr...



UPT yang membaca seribu satu rahmat dalam kehidupan CikAwiens dan IncikHubby... Aminnnn... Syukur pada-Mu Ya ALLAH...

So, CikAwiens kongsikan Tips nie bukan 100% akan berjaya... Ni adalah salah satu usaha CikAwiens dan IncikHubby dalam mendapatkan ZURIAT kami sendiri.... Dan di atas KEIZINAN-Nya....



Syukur Pada Mu Ya ALLAH...
Syukur Pada Mu Ya ALLAH...
Syukur Pada Mu Ya ALLAH...


Sunday, 24 February 2013

TIPS : 4 kunci pembuka ghairah pengantin


Wanita Anggun: 4 kunci pembuka ghairah pengantin




1. Emosi

Tak kira pengantin baru atau lama mereka mesti bijak kawal emosi. Jangan terlalu sensitif dan jangan terlampau kebalkan hati, segala sesuatu hendaklah bersifat pertengahan dan seimbang jika mahu berjaya dalam perhubungan.

Kalau merajuk saja memang manis mula-mula, tapi boleh meluat juga lama-lama. Jangan tertipu dengan jantina, kadang-kadang lelaki lebih sensitif daripada wanita. Begitu juga sikap mementingkan diri sendiri tak semestinya lelaki yang lebih menonjol daripada wanita.

Keras kepala, pemarah dan pemalas boleh jadi tabiat siapa saja, dan bagi yang merasa jadi mangsa dia kena mengurus emosi agar tidak terpengaruh dengan pasangannya yang bermasalah itu.

Setiap hari tidak semestinya anda yang jadi mangsa, boleh jadi besok anda pula yang jadi pemangsa. Tak payah nak kecewa berpanjangan kerana sifat manusia tiada yang sempurna. Fahami diri sendiri dan maafkan pasangan adalah kunci untuk mengawal emosi.

2. Komunikasi
Suami kata: “Sayang, makan di kedai ini mahal tau!” Isteri fikir suami berkira dan kedekut padahal suami kata begitu maksudnya dia bangga boleh belanja isteri makan yang mahal-mahal. Lalu isteri pun tak nak makan kerana terkilan dengan kata-kata suami, suami pula rasa tidak dihargai. Akhirnya dua-dua merajuk!

Keluarga isteri datang, suami buat tak layan. Isteri sakit hati menyangka suami tak hormat keluarganya. Padahal suami pulang kerja dalam keadaan yang amat lapar, letih dan tertekan akibat kesesakan jalan raya.

Dia hanya fikir makan dan rehat ketika tiba di rumah. Isteri pula fikir suami tak suka kedatangan keluarganya lalu dia pun memarahi suami. Suami tercabar dan perang pun makin sengit kerana kedua-duanya sudah salah faham. Siapa yang tak melenting jika sedang lapar tapi isteri tak layan dan siapa yang tak marah jika suami buat muka masam di depan tetamu.

Situasi sebegini terjadi kerana suami dan isteri tidak pandai membaca gerak tubuh dan gerak hati pasangan. Pengantin baru mungkin mengalami keadaan ini, tapi jika pasangan lama pun masih tak faham ‘membaca’ pasangannya, ini sudah melampau!

Takkan berpuluh tahun hidup bersama tak kenal lagi siapa isteri dan suami anda. Komunikasi yang berlandaskan ‘utamakan pasangan anda daripada diri anda sendiri’ boleh menyelamatkan perkahwinan. Namun begitu ia mesti dijalani bersama, jika tidak ia akan menzalimi siapa yang selalu mengalah saja.

3. Resolusi
Bagi para pengantin baru jangan terkejut jika anda terlalu cepat mengalami konflik dengan pasangan. Baru semalam melalui malam pengantin yang indah, tiba-tiba pagi ini anda lihat suami murung.

Anda bingung dan fikir macam-macam, sangkaan buruk terhadap suami kali pertama telah hadir dalam hati. Anda pun cuba bertanya, dia pula buat merajuk dan tak layan. Anda bertambah bingung! Perkara sebegini menuntut isteri supaya bijak menyelesaikan konflik sebaik mungkin.

Setiap konflik mesti diikuti dengan resolusi bersama, baik konflik yang kecil apatah lagi yang besar. Jangan belenggu fikiran anda dengan sikap pasangan yang mencetuskan konflik tetapi cubalah matangkan hati dan fikiran dengan mencari jalan keluar! Fikirkan resolusi jangan hanyut dalam sensitiviti.

4. Orientasi
Bukan mudah kekalkan kemesraan, kalau pengantin baru pun dah terlibat konflik, apatah lagi yang berpuluh tahun berkahwin. Tak kira tua atau muda yang mustahak anda mesti belajar memahami pasangan. Perkahwinan sebenarnya medan orientasi kehidupan dua insan. Anda tidak akan pernah berhenti mempelajari tentang sikapnya, gerak hati dan tubuhnya, pemikiran dan perasaannya. Anda sedang mengkaji zahir dan batin pasangan sekali gus memahami diri sendiri!

Selamat pengantin baru, tidak semua cerita cinta itu indah. Sesekali airmata keinsafan perlu dititiskan untuk menyuburkan ghairah iman dan kasih sayang.

Friday, 22 February 2013

Pure Marine Collagen Gred AAA (Rumpai Laut) - MURAH..!!

Pure Marine Collagen Gred AAA



Warna : Purple


PURE MARINE COLLAGEN GRED AAA (PURPLE)
BERAT : 100GRAM
HARGA : RM25 (FREE POSTAGE)

Assalammualaikum... w.r.t...
CikAwiens sekarang ada menjual Pure Marine Collagen Gred AAA...

CikAwiens dah cube collagen nie.. CikAwiens rase BEST..!!
Even IncikHubby CikAwiens pun mengamalkan collagen nie... 

Punca UTAMA CikAwiens berani makan collagen nie adalah kerana TULEN dan tiada campuran bahan lain... Oleh sebab CikAwiens rajin amik supplemen dan collagen before nie...

Majoriti collagen yang CikAwiens ambil dan makan adalah tidak sesuai untuk
WANITA MENGANDUNG...

huhuhu... Sekarang nie IncikHubby AMAT menitikberatkan ape yang 
CikAwiens makan taw...! 
Memula CikAwiens makan Pure Marine Collagen ni pun senyap²... 
but setelah diselidik... 
Collagen ini adalah sesuai untuk WANITA MENGANDUNG... 
(even CikAwiens tak mengandung lagi lah kan...)

WELL...! Dah Suami CikAwiens is very the cerewet person.. 
maka apa yang CikAwiens makan pun disaring dulu okeyhhh...! 


So, setelah diselidik... baru lah CikAwiens berjaya yakin kan IncikHubby kebaikan 
Pure Marine Collagen nie... lalalala...!

Then... IncikHubby pun tumpang sekaki join makan Pure Marine Collagen nie...
*Kami suami isteri mengamalkan 
Pure Marine Collagen dalam kehidupan seharian*

Meh CikAwiens review sikit apa yang BEST berkaitan dengan Pure Marine Collagen nie...




KANDUNGAN PURE MARINE COLLAGEN

  • Nilai2 nutrisi kolagen ini 10x ganda lebih tinggi dari sirip ikan yu (satu mangkuk kecil RM300)
  • Khasiatnya sama dengan sarang burung layang2 (RM400 hingga ribuan ringgit)
  • 24% kolagen ni bersamaan 2 keping sarang burung layang-layang / burung walit
  • Kalsium 37 yang lebih tinggi daripada hati ikan PH bernilai 7.6
Nutrition Facts

Kebaikan Pure Marin Collagen / Kolagen Asli

  • Mencantikkan, melembab dan menganjalkan kulit dan juga kulit nampak berseri
  • Kulit lebih cerah bermaya.
  • Menghilangkan kedut (anti-kedut)
  • Membantu menstabilkan hormon.
  • Antibakteria
  • Membuang toksik.
  • Mengawal / Melambat proses Menopause
  • Baik untuk sesiapa yang alah pada makanan laut (Alergic) dan gatal gatal kulit.
  • Mempercepat proses penyebuhan luka luaran dan dalaman seperti pembedahan dan sebagainya.
  • Membatu merawat resedung. 
  • Membantu mengurangi berat badan dan membantu mengurangkan kolestrol
  • Mengatasi masalah sembelit dan Buasir (Disarankan minum sebelum tidur)
  • Membantu mengawal tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.
  • Membantu merawat masalah kencing manis.
  • Merawat masalah tyroid
  • Membantu meningkatkan metabolisma.
  • Merawat gastrik, sakit perut, dan luka dalam perut, cirit birit, asid yang berlebihan
  • Merawat masalah penghadaman.
  • Membantu merawat sakit otot, sakit tulang sendi.
  • Merawat masalah lebihan lendir dalam tisu badan (edema ) yang menyebabkan kesakitan sendi seperti sakit lutut.
  • Membantu merawat gout.
  • Berkesan untuk sesiapa yang mengalami masalah ketumbuhan (tumor)
  • Membantu merawat masalah keletihan (Enemia), pucat dan menambah tenaga.
  • Mengembalikan keanjalan tisu dan otot, menguatkan tulang dan otot serta membantu merawat masalah berkaitan sendi dan otot.
Untuk pengetahuan makcik-makcik, kakak-kakak, adik-adik sekalian, kolagen ini juga sesuai untuk ibu yang sedang mengandung. 
YA..! anak dalam kandungan memerlukan khasiat yang cukup untuk tumbesaran yang lebih sempurna. Kolagen ini tidak mengandungi sedikit pun bahan kimia kerana ianya 100% semulajadi. jadi tak perlu risau kerana bahan pengawet dan perasa yang digunakan adalah dibenarkan sama sekali.

    Rumpai Laut : Gred AAA

    Cara Basuh & Penggunaannya
    - Basuh kolagen mentah, ramas-ramas seperti basuh beras sebanyak 5-6 kali
    - Rendam kologen mentah yang telah dibasuh semalaman
    - Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali dan toskan
    - Campur sekitar 100gram kologen mentah dengan 2 liter air kosong untuk direbus
    - Rebus dengan api perlahan dalam 30-45 minit. Kacau hingga hancur
    - Boleh juga dicampurkan dengan madu / gula batu / gula merah / ginseng (CikAwiens campurkan dengan gula batu jer sebab nak hilangkan bau hanyir)
     


    Cara membuat MASKER Pure Marine Collagen  
    - Selepas cologen direbus, tapiskan terlebih dahulu
    - Sisa tapisan digunakan untuk membuat masker dan air untuk diminum
    - Bersihkan muka terlebih dahulu
    - Sapukan pada muka dan leher (rasa sejuk & lembab)
    - Tunggu hingga masker kering atau dalam 30 minit
    - Basuh muka dengan air suam sehingga bersih
    - Bersihkan muka. Anda akan rasa kulit lembab, gebu, cerah & tegang walaupun dengan pemakaian masker yang pertama kali

     
    Cara membuat MINUMAN dari Pure Marine Collagen
    - Campurkan 3 sudu besar pati pure cologen yang dibuat tadi bersama jus oren / apple / anggur (ikut selera masing-masing). 

    MINUM SETIAP HARI :-
    Pagi - Sebelum sarapan (perut kosong)
    Malam - Sebelum tidur

    PERINGATAN :-
    - Elakkan pengambilan kopi, teh dan minuman yang berkafein / berkarbonat dalam tempoh 3 jam selepas pengambilan. Ini kerana ia boleh menyerap vitamin C, kolagen dan glutathione (agen pencerah) dalam badan kita.

    - Perlu perbanyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 2.5-3 liter sehari) bagi melancarkan pembuangan toksin dan mengoptimumkan penyerapan kolagen oleh badan.


    PURE MARINE COLLAGEN GRED AAA (PURPLE)
    BERAT : 100GRAM
    HARGA : RM25 (FREE POSTAGE)
    Email : nooraiin.husaini@gmail.com
    SMS / Whatapp : 019-638 7616 (Shakirin)


    *If berminat beli secara borong, boleh email yer*


    Friday, 8 February 2013

    TIPS : Bagaimana Melayan Suami Di Rumah?

    221951_127445363998143_100001980409760_190036_3373925_n_large


    1. Sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada dirumah. Isteri hendaklah dalam keadaan wangi supaya suami selesa dengan isteri.
     
    2. Tunjukkan wajah yang ceria dan senyuman yang manis ketika suami pulang dari bekerja, tapi tiada susahnya untuk menghadiahkan suami senyuman. Senyum seorang isteri sedikit sebanyak mampu mengurangkan keletihannya.

    3. Elakkan menarik muka masam dengan suami. Sikap begini boleh sahaja membuatkan suami menyampah.

    4. Layani perbualan suami biarpun apa yang diperkatakan bukan yang anda minati. Dengarkan sahaja kata-katanya dan responlah bila diperlukan.

    5. Apabila bercakap dengan suami pula pastikan anda mengucapnya dengan nada yang lemah lembut dan bukan menengking-nengking.

    6. Sediakan suasana rumah yang memberi ketenangan buat suami. Jangan biarkan rumah berselerak atau asyik mengharapkan pembantu rumah. 

    7. Masaklah hidangan mengikut kesukaan suami dan bukan selera isteri.

    8. Temankan suami anda ketika makan walaupun anda tidak ada selera untuk makan.



    Wednesday, 26 December 2012

    Tensen Sebab Terlampau Bijak...!!

    Hohohoho....

    Tajuk entry macam hebat sangat kann......

    Tapi CikAwiens tensen sangat... Sebab......nyeeee.... Huhuhuhu.... Sebab nye Adalahhhhhh.....


    Akibat terlampau bijak sangattttttt.... CikAwiens DELETE all picta kat dalam blog CikAwiens..

    Huhuhuhu.... SANGAT BIJAK KAN CikAwiens....!!!!

    Kes ni berlaku ISNIN lepas.... tengah duduk lepak²... CikAwiens membelek² la handphone pemberian IncikHubby kat CikAwiens nie... tengah² belek.. CikAwiens rase macam handphone ni macam dah berat ke... macam lambat jer nak open one-one application.... So, CikAwiens berniat lahhh nak delete picta yang merapu meraban kat dalam handphone nie... Niat suci murni nie nak la ringan kan bebanan memory handphone CikAwiens nie...

    Maka nya CikAwiens nie kengkunun la delete satu-satu pictures yang boleh menyebabkan handphone CikAwiens berat...........

    Konon jer la.... CikAwiens belek punye belek nak delete picture yang tak best.... Dah penat delete satu per satu....

    Akhirnya CikAwien ternampak folder Mrs Shaq Kirin...
    (Dalam hati kecil ku berkata : Nape folder nie ade kat dalam handphone nie.. DUPLICATE nie..)

    Maka dengan selamber CikAwiens delete laaaaaaa 1 folder - Mrs Shaq Kirin..... Huhuhu....

    (Punye lahhhh CikAwiens tak tahu yang folder dalam handphone CikAwiens tu ade connection ngan blog CikAwiens nie..... Huhuhuhu... Sangat lah BUTA IT kan CikAwiens nie..... Huhuhu...)


    Dengan confident CikAwiens delete all pictures dalam folder tu.... Bukan sikit kaw..... CikAwiens ingat lagi ade DUA RATUS LIMA PULUH EMPAT PICTURES - 254 taw....
    (Siap eja sebab nak tunjukkan yang bertapa banyak nye CikAwiens TERdelete pictures dalam folder tu..... Tak memilih kaw....)

    CikAwiens dengan perasaan penuh yakin dan konfiden click YES-YES-YES... Huhuhu....


    Sebenarnye CikAwiens tak tahu yang tindakan CikAwiens click-click-click YES tu membawa padah yang teramat TENSEN....!! Huhuhu....

    Bila dah Done DELETE all pictures.... Fuhhhhhh... LEGAAAAA... dah ringan sikit lah handphone CikAwiens nie... (Yaaaaahoooo0oooo...!!!)

    Akan tetapi Yahoooo0oooo CikAwiens tak berkekalan laaamaaaaaaaa... huhuhu..!


    Sehingga lah CikAwiens log-in blog thru PC... Bile CikAwiens click jer 'View Blog'.....



    Naaaaaaaahhhhhhhhhhhhh......!!!


    Amik kaw...... All pictures CikAwiens are goneeeeeeeeee..... Huaaaa..... T__________T"





    Terduduk CikAwiens..... (Ehhhhhh.... Bukan kaw tengah duduk ke time tu...).....hahahaha....



    Opsss.... Ibarat nye lah... Kalau tengah berdiri..... Kire akan terduduk terus la... Terduduk... Terpelosokkkkk.... Sume bagai laaaaa...... Huhuhuhu....


    Oleh sebab CikAwiens tengah duduk... maka nya... CikAwiens TERKEDU jugak la dengan ape yang berlaku... huhuhuhu... sob...sob...sob....!







    Nampak tak ape yang berlaku...? huhhuhuuhuhu...

    Mana SEMUA GAMBAR CIKAWIENS...??

    Mana...? Mana....? Mana...??


    hahahaha...! Kan CikAwiens dah delete all pictures...!
    hahahaha...! Padan muka Kaw...! @_________________@m


    sekarang CikAwiens dalam proses nak upload semula all the Pictures... huaaaaaaaaaaa....
    (Sangat lah menguji kesabaran)



    Moral Of  The Story : Jangan Berlagak Pandai IT... huhuhuhu..! Kaji betul² sesuatu software or programme tu... huaaaaaaaaaaa.... (Menitik Air Mata Darah)  T________T,

    Tuesday, 18 December 2012

    Tips Menjadi Kaya Buat Pasangan Muda

     Sumber : http://bijakcermat.blogspot.com

    Tips Menjadi Kaya Buat Pasangan Muda

    Anda muda? Baru kahwin? atau nak kahwin? Anda nak jadi kaya????


    Berikut tips2 yang boleh dikongsi bersama ..

    1. Kurangkan hiburan. Hiburan ni bagus .. merehatkan minda, menenangkan jiwa dan boleh juga merapatkan hubungan suami isteri ... hehe contohnya, kalau tengok cite omputeh cium2 kat tv tu .. nnt suami pun mula la lentok2 x tentu pasal... Tapi, hiburan yang banyak sgt atau berlebihan boleh buat kita buang masa, lupa solat, malas, lembap, boroi, gemuk, buncit, dan paling penting, poket kosong! Contohnya, kalau sekarang ni perangai kita nak langgan astro yang lawak2 tu, kan kena bayar lebih .. kalau kita kena beli DVD latest kat pasar tiap minggu, bayar lebih ... tengok wayang tiap minggu ... bayar lebih. Contoh pengiraan, kata la tiap hari ahad, laki bini tengok wayang ... jadi harga sebulan = 26x4=RM 104! Setahun ... RM 1200 Lebih!                                                                                      (Yang nie memang IncikHubby minat sangat layan movie... but we'olls rajin beli DVD jer.. sebab jimat..! hahaha.. then boleh tengok dan layan berkali-kali... sebab IncikHubby memang penggemar movie International kate nye... So, layankan jer la.. walaupun CikAwiens dah mengantok kengkadang sebab IncikHubby akan layan 2 or 3 cerita serentak... sampai ke pagi la.. if larat CikAwiens layan sama --> but JARANG benar CikAwiens layan... Selalu teman / baring ke sebelah IncikHubby...! Sebab IncikHubby memang tak benarkan CikAwiens tido dalam bilik tanpa temankan IncikHubby menonton DVD... ) huhuhu~
    2. Kurangkan duit minyak. Ini termasuklah minyak masak, minyak dagu, minyak rambut, minyak pelincir, minyak lintah dan jugak minyak kereta. Muda2 ni, baru2 kawin ni, pakai kete enjin 800 ke 1300 cc jadi lah... jalan gak yek? minyak rambut tu .. beli yang cap giant ke econsave ke, takpe orang bukan tau. Ambo ni, eksekutif... syarikat antarabangsa... pakai minyak rambut cap carrefour ... baru 3 ringgit lebih sebulan .. jimat beb! Kete pon enjin kecik je walaupun ada peruntukan sebenarnya. Tapi takpa, sebab kami ada perancangan jangka panjang...redha je la                                                         (Bab duit minyak nie tak boleh buat ape sebab IncikHubby dan CikAwiens ade kenderaan memasing... huhu.. Ye lah memasing dah beli kereta sebelum kahwin.. then bile we'olls sit down nak bincang kereta siapa akan dikorbankan.... memasing refuse dan sayang tak nak jual kereta memasing... lalalalala... Lagipun kenderaan dua nie memang KEPERLUAN... bukan kehendak kami.. sebab memasing kerja jauh dan memerlukan memasing menggunakan kenderaan sendiri...)
    3. Kurangkan makanan snek. Ni lagi2 untuk kaum2 bini. Saya perhatikan, lepas makan ni mesti nak beli buah la, chips la, karipap la apa la itu la dan macam. Paling tidak, sebulan belanja RM50 utk snek pada hari keje saja. Setahun, RM 600! Kalau snek dgn laki bini dan anak2 takpe jugak sebab belanja utk aktiviti keluarga .. byk faedahnya. Jadi, kalau nak makan buah lepas makan, beli je kat pasar tiap minggu. Murah pun murah, lagi banyak pun iye.                                                                                   (Bab yang nie.... IncikHubby tak suke beli snek... just CikAwiens je suke beli kepok twisties... hehehe... but bukan selalu la... KADANG-KADANG... IncikHubby je rajin membeli buah-buahan... hehehe..!) tak pe... makanan kesihatan kan... (",)v 
    4. Menabung. Kita tak nampak ni. Tapi cuba kalau kita simpan RM50 je untuk setiap anak kita setiap bulan. Jadi nya, setahun kita simpan kat depa RM 600. Sampai umur dia 20, kita simpan kat dia RM 12000 bersih. Kalau pandai sikit, masuk la SSPN ke ASB ke, biar ambo kirakan utk ASB dengan dividen + bonus 8% setahun. Kalau tak mampu, kurang la sikit .. 40 ke, 30 ke, tapi apa2 pun, ini untuk masa depan anak kita jugak ... Masa depan anak kita, masa depan kita jugak kan??                  (Bab menabung nie... Memang CikAwiens amalkan dari sebelum kahwin... CikAwiens ade amik pakej simpanan bersama ASB Loan sebanyak RM 60,000.00... So, every month CikAwiens kena WAJIB menyimpan lebih kurang RM400.00 sebulan... so, sejak join pakej nie.. CikAwiens sangat disiplin dalam menyimpan setiap bulan... kerana jika CikAwiens gagal membuat pembayaran pada bulan tersebut... Pihak bank akan call kite untuk remind kite... Ye laa.. kadang kite tak de masa nak bank in kat sebab ber'outstation' ker kan... So, bile dah di remind tu memang cepat la kite bertindak... )

    Thursday, 6 December 2012

    MASALAH KEWANGAN SELEPAS KAHWIN?? OH TIDAK!!!

    Sumber : http://www.azrinanas.com

    1 - BERBELANJA KURANG DARI PENDAPATAN
    Anda dan pasangan perlu mengetahui kedudukan kewangan dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Biasanya dalam berbelanja, wanita lebih cenderung untuk berbelanja lebih kerana wanita yang mengetahui selok belok barangan yang diperlukan di rumah. Tetapi ini tidak bermakna anda boleh membelanjakan wang sesuka hati. Anda disarankan membeli satu atau dua perabot pada bulan pertama mengikut keutamaan.

    (CikAwiens memang pemboros sikit orang nye... nasib baik ade IncikHubby yang control perbelanjaan CikAwiens nie... kalu tak semua benda CikAwiens nak beli... hahaha... kalau gi Tesco ke Speedmart ke.. IncikHubby mesti QC dulu barang yang CikAwiens ambil... kalau tak... sure ade je benda merapu yang CikAwiens dan bayar... hahaha..! kalau IncikHubby ade sekali... mesti IncikHubby akan reject 2 barang dari 10 barang yang CikAwiens ambil... huhuhu...)  
    2 – RUJUK ORANG BERPENGALAMAN
    Kaedah pengurusan kewangan yang teratur juga boleh diperoleh dengan merujuk maklumat dan panduan yang diambil dari buku-buku,majalah atau pengalaman melalui rakan-rakan yang telah lama berumahtangga. Jangan sesekali mendapatkan pengalaman dari seseorang yang memang terkenal dengan sikap boros dan suka mementingkan gaya hidup tinggi. Kalau boleh, pastikan anda tahu memilih sumber rujukan mengikut kemampuan anda.

    (Yang nie pun CikAwiens ikut... sebab kawan-kawan CikAwiens ramai dah kahwin... especially ofismate... so... dorang la sumber rujukan terdekat CikAwiens.. TQ kawan-kawan..! )
     
    3 – UBAH TABIAT ZAMAN BUJANG
    Siapa kata sikap zaman bujang tidak langsung mempengaruhi alam perkahwinan? Kalau dahulu anda biasa membelanjakan duit sesuka hati, tetapi setelah berkahwin sistem kewangan anda perlu diatur dengan bijak dan seimbang. Mungkin selepas kahwin, anda perlu fikirkan keluarga ataupun simpanan di masa hadapan. Ia juga melatih diri dan ahli keluarga anda yang lain supaya lebih bijak mengendalikan urursan kewangan untuk mengurangkan perbelanjaan seisi rumah.

    (Betul kawan-kawan... bila dah berkahwin nie... corak perbelanjaan kite kena berubah taw... pada permulaan nya CikAwiens sukar untuk ubah cara perbelanjaan CikAwiens.. kalu dulu waktu bujang... Tiap-tiap minggu especially Hari Jumaat (rehat panjang) mesti dan wajib CikAwiens akan melabur kan pendapatan di kedai-kedai Jalan TAR, KL... but... bile dah kahwin ni kena control... banyak lagi keperluan lain yang lagi penting... sobs...sobs...sobss..!) 
    4 – TENTUKAN MATLAMAT
    Biasanya selepas berkahwin, setiap pasangan pasti merancang untuk membeli beberapa aset penting seperti pembelian rumah, kereta dan juga aset lain. Rasanya tidak salah anda mempunyai perancangan seperti itu. Bagi pihak lelaki, tentunya tanggungjawab menjadi lebih besar kerana sebelum berkahwin, anda harus menyediakan segala-galanya. Tetapi tidak salah jika anda melakukan perbincangan bersama pasangan anda sebelum merancang untuk berkahwin.

    (Setakat nie matlamat kami suami isteri adalah untuk memiliki rumah sendiri di kawasan Klang Valley atau area Selangor... Alhamdulillah.. setakat ini kami berdua telah memiliki kenderaan mampu milik kami masing-masing... Amin... dan CikAwiens juga telah membeli rumah untuk disewakan oleh pelajar IPTA... di kampung CikAwiens - Melaka...) 

    5 – AGIHKAN PENDAPATAN
    Setelah mengetahui jumlah pendapatan seisi rumah sebulan, anda boleh mengagihkan perbelanjaan mengikut keutamaan. Perbelanjaan untuk keperluan asas yang terdiri dari makanan, pakaian dan tempat tinggal. Perbelanjaan untuk kehendak seperti membeli perabot, peralatan elektrik, perhiasan dan kenderaan. Manakala agihan untuk simpanan penting untuk waktu kecemasan dan kesihatan. Pelaburan jangka panjang juga perlu dirancang.

    (Pendapatan kami berdua memang diagihkan dengan baik... kami telah sepakat untuk membeli keperluan peralatan elektrik sejurus selepas kami berkahwin.. Alhamdulillah segala keperluan harian telah dibeli dan lengkap untuk digunakan... Tak perlu pikir lagi...)


    6 – REKOD PERBELANJAAN SEBENAR

    Ramai pasangan berjaya membuat agihan perbelanjaan namun tidak merekodkan perbelanjaan sebenar. Anda harus ingat! Melalui rekod perbelanjaan ini kita dapat mengetahui nilai sebenar perbelanjaan yang dikeluarkan berbanding ketika membuat perangcangan perbelanjaan. Jadi mulai saat ini,pastikan anda simpan setiap bil-bil dan resit-resit perbelanjaan anda.

    (Selalu nye perbelanjaan CikAwiens adalah dengan menggunakan kad kredit... oleh itu.. perbelanjaan boleh disemak dari semasa ke semasa...)
     
    7 – NIKMATI HIDANGAN DIRUMAH
    Tabiat makan biasanya bermula sejak zaman bujang lagi. Mungkin anda selalu makan di restoran yang lebih mempunyai keburukan dari kebaikan. Perlu ingat selepas kahwin, belanja anda akan bertambah. Lebih baik makan di rumah. Bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan menjimatkan wang anda tetapi juga mengeratkan hubungan dengan pasangan anda.

    (Bab masak nie... memang CikAwiens aplikasi kan secara maksima... ini kerana IncikHubby tidak gemar untuk makan di kedai.. kecuali beberapa faktor yang tidak boleh dielakkan.... means... jika CikAwiens busy dengan Class... memang kedai adalah pilihan kami.. Akan tetapi, jika CikAwiens ada dirumah... memang WAJIB CikAwiens memasak... kerana IncikHubby suka makan dirumah lagi berbanding makan di kedai... Aminnn)

    8 – BUAT BELANJAWAN BERSAMA
    Bagi pasangan suami isteri yang bekerja, mereka harus membuat belanjawan bersama-sama dengan menggabungkan pendapatan dan perbelanjaan keluarga. Antara faedah yang diperolehi ialah dapat mengelakkan wanita menanggung beban si suami atau si suami yang terpaksa berhadapan dengan si isteri yang menempah barang-barang atau berbelanja di luar kawalan.

    (Hehehe... yang ni CikAwiens tak buat sebab.. kebanyakan perbelanjaan bil dan wajib ditanggung oleh IncikHubby... kadang kala sampai CikAwiens lupe bil ape kena bayar sebab semua nye IncikHubby yang selesaikan... CikAwiens hanya berbelanja ikut ape yang CikAwiens nak beli... means barang dapur ke... but tiap bulan... mesti akan ke Tesco untuk beli barang keperluan bulanan... dan diselesaikan oleh IncikHubby.. CikAwiens terlibat dalam pembelian runcit seperti barang basah dan sayur... )

    9 – UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI
    Bagi anda yang baru berumah tangga mungkin terikut-ikut dengan keperluan seperti mana yang dimiliki oleh orang lain yang telah berkahwin. Mungkin pada waktu inilah masing-masing sedaya upaya memenuhi impian setiap pasangan. Anda tidak perlu mengikut cara orang lain, sebaliknya perlulah mengikut kemampuan sendiri. Sebagai lelaki mungkin anda memainkan lebih peranan mengawal perbelanjaan.

    (Yaaa... bab nie memang IncikHubby yang memain peranan penting dalam mengawal perbelanjaan CikAwiens... hehehe.. kalau ikut kan CikAwiens memang sangat la pemboros... hehe.. sampai IncikHubby pernah mengatakan yang CikAwiens PEMBOROS YANG KRITIKAL... huhuhu) Terima kasih IncikHubby kerana selalu mengingatkan isterimu nie.. supaya berbelanja dengan jimat...

    10 – KUMPUL DUIT LEBIHAN BELANJA BARANG DAPUR
    Siapa kata dengan saki baki duit syiling hasil lebihan membeli barang dapur tidak boleh mencecah hingga ratusan ringgit? Kadang-kala kita tidak sedar bahawa duit yang sedikit itu ‘lama-lama menjadi bukit’. Mulakan dengan membuat tabungan setiap kali pulang dari membeli belah. Tambahan juga duit tersebut juga boleh digunakan sebagai tujuan kecemasan seperti membaiki kenderaan atau juga kemalangan yang tidak diduga.

    (CikAwiens memang suke menyimpan duit syiling... kalau dapat coins tue.. jarang CikAwiens belanja dan akan simpan di dalam tabung Pooh CikAwiens... ngeeee~)

    Tuesday, 4 December 2012

    Review : Waze - Recommended Software for Anroid

    Hehehe...
    Suke plak CikAwiens meng-review software Anroid...
    Just install from Play Store...

    Sangat mudah... Just install and used...
    Macam plug and play la kekdah nyee... Hehehe....

    Software berguna nie CikAwiens taw dari bff CikAwiens... Hehhe...

    Last sunday... Kawan sekolah CikAwiens kahwin...
    Die kahwin kat Dewan Serbaguna Taman Maluri...
    Hohohohoo..

    CikAwiens nie agak buta jalan key ell la kot...
    Lagi pun dah 7 tahun tinggal kan bandar ampang...
    Even 20 tahun CikAwiens membesar dan menetap di Ampang tu hah....

    Omgeeee.... Kalu ikut kan rase malas yang teramat...
    Memang CikAwiens malaih la nak gi wedding kwn sekolah CikAwiens tue.....
    (sebab CikAwiens tak dapat kad kahwin... Just invite thru fb)

    Tapi memandangkan...
    Wedding gift yang elok terletak kat hall rumah CikAwiens tu....

    CikAwiens gagahkan gak gi..
    So.. Tanye la kat wassep group - K.A.M.I...
    Macam mane nak gi ke dewan tu....
    (CikAwiens ingat Taman Maluri tu kat Taman Permata area Wangsa Maju)

    Haaaa... Kaw... Bertapa buta jalan nye kaw kannn....
    Disebabkan kawan CikAwiens pun xtaw nak guide kat mane...
    Plus die sendiri pun 'lupe lupe ingat'....

    Maka... Die pun men-suggest kan install software tu...
    Haahaahaaa... Sampai camgitew kaw kan...
    Maka... Nie lah die software - WAZE tue....

    Android Software : Waze

    Software nie sangat BEST and EASY to USE... ;)
    Tu yang paling penting... sebab kalu susah nak guna payah gak kan... ;P

    So far CikAwiens berpuas hati ngan pencapaian Waze nie.. hehe!
    sebab CikAwiens tak bajet pun Taman Maluri kat situu...! hahaha...

    Bajet area Keramat / Wangsa Maju / Setiawangsa jer.. hahaha..!

    Sekali... Mak aiihhh... kat area sinun jer.. perjalanan dalam 20mins jer..
    tu yang best tu Application - Waze nie.. sebab masa perjalanan pun dimaklumkan sekali...
    lalalalala... kire nye... boleh anggar masa la before nak gi tue... (",)v


    Android Software : Waze
    Yang paling best... symbol or icon waze ni comel².... geram je ngan icon die..~!
    hehehehe... 
     
     


     

    Tuesday, 20 November 2012

    Masker Home Made

    ...hahahaha...

    Macam best je kan entry kali nie... Hehe..
    Woowwwieee... CikAwiens suke sangat benda benda home made nie... <-- hahaha... Gitew...!
    Since adik bongsu CikAwiens ade kat rumah nie... Sepanjang cuti sekolah nie... Adik CikAwiens nie next yr form 5... So, CikAwiens suke buli die buat memacam keje... Hahaha..
    So.. Malam nie... Kebetulan class malam CikAwiens dibatalkan...
    Dapat lah CikAwiens try petua kecantikan tradisional nie...
    Meh sini CikAwiens sharing maring petua home made masker nie....

    Bahan-bahan :-
    1biji putih telur
    1sudu besar susu tepung (ape-ape jenama)
    2biji limau kasturi

    Kesemua bahan tu dipukul sebati...

    Bahan : Limau + Susu + Putih Telur
    Then... Kertas tisu dipotong (bahagian mata dan mulut)

    Tisu muka dipotong ikut muka

    Pastu... Lumur or sapukan bahan telur+susu+limau td ke muka...
    Sapu sama rata...

    Sapukan bahan ke muka yang bersih

     Kemudian.....
    Tekap kan tisu ke muka....
    Pastu... Sapu balik masker home made nie utk kemaskan sapuan selepas ditekap tisu...


    Biarkan sehingga kering sepenuhnya... Anggaran dalam 20-30 minit....

    Apabila dah kering tu... Boleh la... Tarik tisu tu perlahan...lahan...
    Nanti pori-pori yang kotor dek bintik hitam dan bintik putih akan kuar dan melekat kat tisu....

    Muka pun akan lebih bersih dan lembut.....
    Bilas atau cuci muka dengan air sejuk untuk menutup pori-pori yang terbuka... ;;)

    .....SELAMAT MENCUBA PETUA CIKAWIENS.....
    (~_~)v

    Tuesday, 9 October 2012

    Unfeeling Well = MC

    Salam... 09-10-2012 (Selasa)

    Dah lama CikAwiens nak hapdate kat blog nie.. but asyik busy jer.. memacam aktiviti yang CikAwiens buat menyebabkan hasrat terpendam begitu je... ;-)

    Today CikAwiens tak larat nak pi work... Badan sakit...sakit...

    Maybe tak cukup rest last weekend...
    Last weekend memacam aktiviti yang CikAwiens buat... as usuall... huhuhu...

    Saje nak merapu meraban hari nie... tak tau nak buat ape...
    dah kate kaw MC kan... duk rumah jer lah..

    Lagi pun CikAwiens nie memang tak boleh melasak sangat... huhuhu...
    Selain daripada badan sakit-sakit... CikAwiens kena serang penyakit nie...!!
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    . 
    m(~_~)m


    Penyakit nie CikAwiens mule berkawan baik since SEKOLAH MENENGAH lagi.... 
    (CikAwiens masih ingat lagi taw...)


    Atas faktor penyakit nie... CikAwiens tak boleh berlapar... asyik kena makan jer...
    so bile mulut nie dah biase mengunyah.... terjadi la habbit makan...makan...dan makan... huhuhu...

    Sebab tu badan CikAwiens makin menaik... naik... dan naik tanpa henti... hahaha... (alasan je..!)

    padahal kaw memang suke makan pun kan... ;P

    so, sejak dua menjak nie... Penyakit Gastrik nie kerap menyerang....!
    semakin hari.. semakin pedih jer....

    memula kena tue... just attack kat perut jer... akan senak kat perut belah kiri... 

    then.. makin lama... makan tahun gak la... akan attack kat ulu hati plak... huhuhu~

    sejak tu... CikAwiens akan bekal ubat Gaviscon dalam bentuk sachet.....



    Kegunaan Gaviscon nie sebenar nye hanya sementara jer... bukan untuk penyembuhan... just untuk mengurangkan angin dalam perut jer... rase die just masin-masin berangin sket... 


    boleh la dari menanggung sakit GASTRIK nie... huhuhu....


    Nampak tak Abang Bomba datang menyelamatkan keadaan... hahaha..!





    Sejak makin kerap attack nie.. kawan CikAwiens suggest kan CikAwiens mencegah dari mengubati... haaaa... cam gitew ayat nye.. hahaha..!

    Kawan CikAwiens nie best... memacam info die taw pasal gastrik nie... so, we'olls rajin-rajin wassep hal kesihatan nie... especially pasal gastrik nie laa... huhu....

    Kawan CikAwiens suggest kan minum hasil tenusu... contoh nye Air Susu dan Air Soya... hahaha..!!

    Sejak dua menjak nie... rajin la CikAwiens minum nie...



    IncikHubby pun akan membebel ingat kan kalau CikAwiens lupe nak minum air susu or air soya...
    (Macam kaw tak taw... CikAwiens kaw ni pelupa... macam dah tua nyanyuk tue..)

    Semua nak kena beringat dan ber-reminder... haha.. bukan ape.. saje nak ngengade jer... bukan ngan sape pun kan... ngan IncikHubby sendiri jer... hehehe~

    Next entry CikAwiens akan hapdate kat mane nak beli Air Susu Kotak dan Air Soya Kotak Murah...!



    ~Tunggu yer... Check Kit Daouuuddddd~
    Feeling-feeling macam ade ramai follower la kunun...
    hahaha... tak pe... confident itew PENTING...

    Komen~Komen~


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...