Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Tuesday, 28 July 2015

Cerita Raya-Raya..

Salam deariesss....

Tetiba rajin pulak mood Mummy nak update cerita pasal raya tahun ini...

Mummy dan Walid masih berada di kampung Walid (hari ni raya ke-9)... Hehehe~

We'olls masih dalam mood cuti raya...
Mummy dan Walid cuti 5 hari sepanjang raya tahun nie (2015)...

Ikut kan turn beraya... tahun nie beraya di kampung Walid di Terengganu...
Tapi disebabkan family Walid ramai yang bekerja pada hari raya tahun nie...
So, Mummy dan Walid sepakat untuk beraya di kampung Mummy dulu di Melaka...
Sebab Abah Walid.. Kerja..
Adik Kedua dan Isteri nya Kerja...
Adik Ketiga cuti.. Tapi lebih stay kat rumah mertua die...
Adik Keempat masih atas kapal... Belayar... 

So, macam tak da sapa dan sepi je raya di Terengganu tahun nie...
Huhuhu~!


Since Mummy dan Walid cuti lama...

So, kami sepakat dan bersetuju untuk beraya di Melaka kerana lebih meriah...  Hehehe~!

Tema raya kami since kahwin...

2012 :-
Tema : Krim... 
Pakai baju nikah jee... *nikah bulan 7... raya  bulan 8*

2013 :-
Tema : Merah..
Kami masih beraya berdua...

2014 :-
Tema : Hitam...
Alhamdulillah.... Diberi peluang beraya bertiga....

2015 :-
Tema : Krim Yellow
Masih lagi beraya bertiga..

Pas ni Mummy update cerita hari raya...

OOTD sampai hari raya ke-8 tau..!

Hehehe!


Wednesday, 14 January 2015

Stage 7 : Hantar Surat Setuju Terima


******************************************************

Lepas CikAwiens dah check status permohonan pinjaman perumahan.... 
Kita boleh terus download "Surat Setuju Terima" kat laman web SPPB tue...

Tapi disebabkan CikAwiens tak tahu plussss tak ingat... CikAwiens tak download pun...
Huhuhu...
Sampai la CikAwiens masuk ofis pada 28 Disember 2014 
*CikAwiens cuti panjang sebab Al-Aish admitted pada Krismas lepas*
Then masuk semula pada 6 Januari 2015...

So, progress rumah CikAwiens tu tertangguh jugak..
Huhuhu~!

Padahal syarat nye kene hantar semula dalam masa 
14 Hari dari kelulusan pinjaman diterima..!!

Oleh sebab pinjaman perumahan CikAwiens diluluskan pada 12-12-2014...
So, CikAwiens kene submit "Surat Setuju Terima" tu sebelum atau pada 26-12-2014...

Disebabkan CikAwiens bercuti dari 25-12-2014 sehingga 6-01-2015...

So, CikAwiens terus minta sign Ketua Jabatan then terus faks ke 
Bahagian Pinjaman Perumahan tue...

Oleh sebab CikAwiens risau BPP tak terima "Surat Setuju Terima" CikAwiens...

CikAwiens ambil inisiatif untuk email kepada pegawai yang terlibat...
Puan Maheran Bt Haji Jamil (Unit Proses)
maheran.jamil@treasury.gov.my

Encik Ramli Bin Hashim (Unit Proses)
ramli.hashim@treasury.gov.my

No Faks : 03-8880 1801 dan 03-8880 2399 (Unit Proses)

Harap-harap mereka terima lah "Surat Setuju Terima" CikAwiens tue... 
Sebab syarat nya... kalau pemohon tak menghantar "Surat Setuju Terima" tue dalam masa 14 hari dari tempoh surat dikeluarkan... Permohonan akan dianggap batal... Huhuhu~!!




Friday, 19 December 2014

Stage 6 : Permohonan Pinjaman Perumahan Telah DILULUSKAN..!



*************************************************************

Assalammualaikum.... Rezeki Pagi Jumaat..!!

Pagi tadi CikAwiens tergerak hati nak check kelulusan pinjaman perumahan CikAwiens... Sama ada berjaya atau tidak... Menurut pegawai yang menerima borang permohonan CikAwiens sebelum ini, pegawai tu maklumkan yang CikAwiens boleh menyemak permohonan nie dalam masa 10 hari selepas borang permohonan dihantar....

Dup Dap Dup Dap... Hati CikAwiens masa nak log masuk ke web SPPB tue...

Lepas CikAwiens masukkan "No Kad Pengenalan Baru" dan "Kata Laluan"




Then klik kat "Status Pinjaman"


Syukur Alhamdulillah...

Permohonan Pinjaman Perumahan CikAwiens telah DILULUSKAN....!!

Cepat betul proses nie CikAwiens rasa..!!

CikAwiens hantar borang permohonan pada 10-12-2014 (Rabu)
11-12-2014 (Khamis) <--- Cuti Public Holiday
12-12-2014 (Jumaat) : Permohonan CikAwiens DILULUSKAN...

Lepas nie kene download Surat Setuju Terima pula...

Then hantar semula ke Bahagian Pinjaman Perumahan Kerajaan...



CikAwiens pun ada maklumkan kepada Pemaju.. yang permohonan CikAwiens telah diluluskan...
Then pemaju maklumkan yang mereka akan sediakan dokumen untuk CikAwiens tandatangan..

Bila dokumen dah siap nanti pemaju akan hubungi CikAwiens semula...




.: Syukur Allah permudahkan segalanyaaaa :.




Wednesday, 10 December 2014

Stage 5 : Sediakan Dokumen Untuk Pengesahan Ketua Jabatan


*************************************************************


Assalammualaikum...

CikAwiens baru balik dari menghantar borang pinjaman perumahan di Presint 2, Putrajaya nie..

Fuhhhh~! 

Moga Allah permudahkan segalanya... Aminnnnnnnnnn.......


Untuk menghantar borang pinjaman perumahan tue...

Memula CikAwiens print segala jenis dokumen yang diperlukan 
oleh pihak Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP)...

List kat bawah nie developer yang sediakan...

Memang mudah... Just ikut je senarai yang disediakan..



Dokumen yang diperlukan :-

1.   Borang Permohonan Pinjaman (borang ini mestilah telah lengkap diisi di laman web BPP)
      Cuma print out sahaja (www.https://sppb.treasury.gov.my)

2.   Surat Iringan Asal Ketua Jabatan
      Pemaju telah sediakan contoh.... 
      Ketua Jabatan / LKIM cuma sediakan menggunakan letterhead asal LKIM jer...
      Sila rujuk dengan HR / Bahagian Pentadbiran anda

3.  Wang Proses RM 100.00
     Bayaran boleh dibuat melalui online atau bank draf.
     CikAwiens guna online je... Sebab lebih mudah.... 
     CikAwien ada buat entry pasal wang proses nie... Boleh lihat kat entry nie...

4.  Salinan Kad Pengenalan
     Sila photostat dan minta Ketua Jabatan anda sahkan... (Salinan diakui sah)

5.  Slip Gaji (3 bulan)
     CikAwiens sediakan 3 Bulan terkini (September / Oktober / November).... 
     Then minta Ketua Jabatan anda sahkan... (Salinan diakui sah)

6.  Salinan Surat Pengesahan Jawatan
     Salinan nie memang ada dalam simpanan CikAwiens... 
     If tak ada, anda boleh merujuk ke HR...          
     Sebab surat ini ada dalam rekod fail peribadi anda.... 
     Then minta Ketua Jabatan anda sahkan... (Salinan diakui sah)

7.  Borang Persetujuan Menyelesaikan Baki Hutang Pinjaman
     Borang ini ada dalam lampiran Borang Permohonan Pinjaman online kita...
     Cuma susun semula... Then mohon Ketua Jabatan tanda tangan...



Dah selesai semua.... Boleh lah hantar sendiri ke 
Bahagian Pinjaman Perumahan di Presint 2....

Bahagian Pinjamanan Perumahan, Perbendaharaan Malaysia
No 9, Kompleks Kementerian Kewangan, Persiaran Perdana, 
Presint 2, Pusat Pentadbiran Persekutuan 62592 Putrajaya, 
Tel    : 03-8880 2000 / 2200 / 2400 / 2600
Faks : 03-8880 2440




CikAwiens hantar sendiri sebab ofis CikAwiens agak dekat jugak la dengan Putrajaya,,, Presint 2...

CikAwiens hantar borang nie pada 10 Disember 2014 (Rabu)

Nanti CikAwiens update bila loan CikAwiens dah diluluskan yeee...


(~_______________________^)v








Monday, 8 December 2014

Al-Aish First Time In Pool...

Salam MONDAY...!!

Hari ni Mummy is MENGANTOK..!!

Baru sampai dari Melaka pukul 3.00 pagi tadi... Hahahaa~

Pukul 6.00 pagi dah kena bangun... Nak sesiap gi keje pulak... Huhu~!

Sabtu dan Ahad lepas Mummy dan family balik Melaka...
Balik Melaka untuk celebrate Birthday Kakak Hana...

Happy 4th Birthday Kakak Aqeela Hana Sofea...
Nanti Aunty up entry lain untuk Birthday Kakak Hana yee...

(",)v

Semalam...
For the first time Mummy bagi Al-Aish merasmikan pelampung yang dah lama 
Mummy belikan untuk Al-Aish...

Mummy dah lama aimed nak belikan Al-Aish pelampung untuk baby tue...
Usha kat online je... Kebetulan Mummy gi Jalan Tar...

Ada pulak pelampung tue.. Terus sambar... hehehe~!

Mummy suka sangat nak tengok Al-Aish swim...
Ari tu Mummy siap dah booking kan Al-Aish class swim & spa...
Tapi disebabkan Al-Aish ada sedikit flu...

Walid suruh cancel kan... Huhuhu~

Tak pe la nak...Walid awak tu kan overprotective... Hehehe~

Kalau ikut Mummy awak nie... Semua boleh...
Kalau ikut Walid awak tue... Semua tak boleh.... 

Huhuhuhu~

Ni first time Al-Aish pakai pelampung plus swim macam nie... hehehe~

Suke benar Mummy nengok nye...
Al-Aish sikit pun tak takut air... 
Even Mummy terus lepaskan Al-Aish dalam pool tue...

Walid je tetakut... hehehe~

PART 1


PART 2


PART 3



Adalah dalam setengah jam Al-Aish berendam dalam pool tue... hehehe..!

Suka sangat Mummy tengok kaki Al-Aish leligat macam tue... hehehe~!!

Geram...!!

Al-Aish suke sangat..! Siap jejerit lagi... Hehehe..!
Macam orang dah biasa masuk pool..!

Ni mesti penangan Mummy masa mengandungkan Al-Aish suke masuk pool...
Hehehehe~!

Dah menurun ke anak... ;D

Pas nie Mummy nak rerajin la bawak Al-Aish gi swimming pool... 

hehehe~!

Nak latih Al-Aish jadi perenang negera... Hahahaha~!!



GITEEEEEEEWWWWWWWW~!!



Wednesday, 26 November 2014

Stage 4 : Pembayaran Wang Proses Kepada SPPB


****************************************************
Entry sebelum ini CikAwiens ada cerita bagaimana cara untuk submit permohonan pinjaman perumahan kerajaan...

Then, sekarang nie step untuk buat bayaran Wang Proses kepada SPPB...
CikAwiens memilih cara Perbankan Internet via Maybank2u...

Sebab ia mudah dan menjimatkan masa... ;D

Memula login ke Account kita...

Then klik ke Bill Payment.....



Then pilih Make a one-off payment.....

Then pilih All Payees kat sebelah ketegori tue...


Then pilih BPP - Wang Proses.... 
(baru CikAwiens tahu... sebab CikAwiens amik masa yang lama 
belek setiap inci dalam Maybank2u tue... Hahahaha..!)


Akhirnya baru lah jumpa items nie...

Then masukkan details permohonan kita...
No Rujukan Permohonan akan diberi
semasa kita klik Submit kat web SPPB...

(~,^)v

Then kena request TAC Number dulu....
Dah dapat TAC Number kat handphone kite via SMS...
Baru lah kita masukkan dalam application kita... 


Then klik Confirm....

Baru lah pembayaran Wang Proses kita selesai bila pop-up window nie..

Sila print yer... Untuk rujukan di masa akan datang...

Lepas ini CikAwiens cerita pula macam mana kita nak mohon pengesahan dari Ketua Jabatan kita...

Fuhhhhhhhhh~!















Pssssttttt : CikAwiens sedang berkonvokesyen nie... Hehehe~ hati sangat GUMBIRA...!! ;D

Tuesday, 25 November 2014

Stage 3 : Permohonan Online Pinjaman Perumahan Kerajaan (SPPB)

Assalammualaikum....


***************************************

Kali nie CikAwiens nak cerita progress seterusnya dalam pembelian rumah kedua CikAwiens...

Sekarang permohonan pinjaman perumahan kerajaan or gomen loan nie dimohon menggunakan online... dah mudah sangat...!!

Memula klik kat web Gerbang Rasmi SPPB...


Dah selesai mendaftar online... 

Moh la kite login semula.... ;D

Then.... Sila isi segala maklumat yang diperlukan dalam portal tue...


Lihat SENARAI SEMAK...
  1. KELAYAKAN
  2. MAKLUMAT PERKHIDMATAN
  3. MAKLUMAT SUAMI / ISTERI / KELUARGA


Yang atas tu paparan MAKLUMAT HARTA...

Yang penting No Hak Milik, No Lot, Mukim dan Keterangan Tanah..

Sebab yang lain kita tahu maklumat tu tanpa tunggu dari developer issued S&P Agreement...

  
Maklumat Pinjaman....
CikAwiens nye loan RM 250,000.00
Harga Rumah adalah RM 233,383.00

CikAwiens cuba je apply loan banyak tue...
If lulus RM 250,000.00 tu satu BONUS...! ;D


Then bila kite klik hantar permohonan... Kita di minta untuk membuat bayaran Wang Proses sebanyak RM 100.00 kepada Setiausaha Pinjaman Perumahan Kerajaan.

Ada dua cara untuk bayaran Wang Proses tue... 
Sama ada Perbankan Internet or Bank Draft...

Wang Pos tak boleh ye kawan-kawan..!!

Nanti CikAwiens cerita macam mana nak bayar 
Wang Proses melalui Perbankan Internet...

(~,^)v




Tuesday, 4 November 2014

Stage 2 : Rumah Taman Pokok Mangga


Sabtu lepas, 1 November 2014 (Tarikh Booking Date : 6 Oktober 2014).... Agen jual rumah kat Taman Pokok Mangga sms CikAwiens... Maklumkan yang CikAwiens boleh datang ke ShowHouse unit untuk sign Sales and Purchase Agreement (S&P) dan Borang 14A....

Tapi disebabkan CikAwiens tak balik ke Melaka that week... So, tak boleh lah CikAwiens sign S&P dan Borang 14A tue... Maybe next week or next two weeks CikAwiens balik Melaka kot... Bergantung kepada keadaan....

Then hari Ahad lepas Mak dan Ayah CikAwiens melawat kawasan pembinaan rumah CikAwiens... 
Hehehehe~ Excited mak dan ayah CikAwiens tue.... Hihihihi~

Suke pulak Mak dan Ayah CikAwiens melawat rumah anak nya tue.... Hehehe~ Suke betul CikAwiens bilamana parents CikAwiens gembira macam tue... CikAwiens kira laaa.... Tiap kali balik Melaka... Mesti parents CikAwiens monitor progress pembinaan tue...

CikAwiens pun belum lagi melawat tapak exact rumah CikAwiens tue... Just melawat ShowHouse unit jer masa booking bulan lepas.... (",)b



Ni gambar yang Mak CikAwiens wassep Ahad lepas.... (",)b


Unit Rumah CikAwiens dan IncikHubby.... (~________^)v

Pandangan dari Belakang Rumah CikAwiens dan IncikHubby....

(~_____________^)v

*tersenyum lebar*


Caption wassep Mak CikAwiens :- 
"Rumah awin....
Ayah Emak berdiri tue kawasan belakang rumah awien. Sempadan"


Mak dan Ayah CikAwiens melawat tapak...!! 


Terima kasih Mak dan Ayah...



I'm so happy if both of you HAPPY....!!



Friday, 10 October 2014

AidilAdha Pertama Al-Aish @AidilAdha 2014

Hehehehe...

Raya AidilAdha dah seminggu berlalu...
Mummy baru nak upload kisah AidilAdha... 

Tak pe lah... oklah berupload dari tak upload langsung kan... hehehe..!

Kalau ikutkan turn beraya... Raya Haji nie turn raya di Terengganu... Kampung Walid Al-Aish... Tapi disebabkan Tok ki dan Wan Al-Aish menunaikan haji tahun ini.. Maka Tok ki dan Wan Al-Aish tak da kat sini... Lagi pun Tok ki dan Wan Al-Aish nak balik dari Tanah Suci akhir bulan Oktober nie... Tak kan nak balik dua kali dalam sebulan kan...

Ia akan melibatkan kos yang banyak... Pufffffttttt~
Maka setelah dipersetujui... Walid pun setuju beraya di Melaka... Kampung Mummy... hehe..!

Memang melompat keriangan lah Mummy Al-Aish kan... hehehe..
Tapi sebenarnya... Mummy is tak kisah nak beraya dimana-mana pun... yang penting Walid dan Al-Aish ada bersama ngan Mummy... Mummy is ok... =)



Al-Aish dah bersiap nak balik kampung... Jumpa Atok dan Nenek di Melaka... =)

Mak ngan ayah CikAwiens dah balik kampung Jumaat malam tue... 

Mummy dan Walid plak gerak balik petang Sabtu tu...
*Jem woooiiiiiiiii*

Kami bergerak dalam pukul 3.00 petang...
Sampai Melaka dalam pukul 6.30 petang... Fuuuuuhhh~

Muncung sedepa nenek Al-Aish tengok Mummy baru sampai...
Sesampai kampung je sume dah siap masak...

Mummy sesampai kampung je terus mandi kan Al-Aish dan siap kan anak untuk malam raya tu...
Malam raya tue mak CikAwiens buat takbir raya di rumah...

Mak CikAwiens memang tetiap kali malam raya.. tak kire raya haji ke raya puasa ke...
Memang akan buat takbir raya di rumah...
Panggil orang surau datang rumah...


Kami bertiga di malam raya AidilAdha 2014
OTTD : Purple


Dek kerana kebosanan menunggu rombongan datang rumah... 
.Mummy ajak Walid berselfie dulu... hehe..! Mummy dan Walid Al-Aish sibuk berselfie...

Al-Aish sedap mengasah gusi dengan lengan Walid.. =D


Sekarang gusi Al-Aish tengah gatal... Asyik lah masukkan jari dan tangan ke dalam mulut...
Kadang-kadang sampai 2-2 tangan Al-Aish masukkan dalam mulut...

Meleleh-leleh air liur... basah baju... nak tido memang wajib tukar kan baju sebelum tido... +_='


Ni plak pagi raya... lepas Walid balik sembahyang raya...
OTTD : Berjubah anak beranak


Walid dan Mummy Al-Aish yang suke berselfie... hehehe..!


Cinta hati Mummy... Nyawa Mummy nie...!



Masa nie dah petang... Pukul 4.00 petang baru nak berjalan raya ke rumah Pakcik dan Makcik CikAwiens...

Kami beraya satu kereta jer... Sebab abang-abang CikAwiens tak beraya sama...
Memasing turn raya rumah Mertua kan... 
Tapi Along CikAwiens tak balik beraya... Just beraya di Cheras je sebab Along CikAwiens kene keje raya ari tue...


CikAwiens dan adik bongsu CikAwiens...
Acu Al-Aish..


OTTD : Jubah dari Tanah Suci




SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 
KAWAN-KAWAN...~!!

Wednesday, 17 October 2012

16 Oktober 2012 : Yeayyyy...! Ada baby baru...!!

16 Oktober 2012... Hari Selasa lepas...

Selamat lah CikAwiens menerima anak buah ketiga..!
It's a G.I.R.L again...!!





Ini lah anak buah ketiga CikAwiens..!!

HUSNA ZULAIKHA BINTI HUSMANIZAM
@16 October 2012
Hospital Ampang, Selangor


Setakat ini CikAwiens dah ada 3 anak buah perempuan...
Masih belum menerima anak buah lelaki lagi..

Maybe next time... hehehe~

Nama Anak Buah CikAwiens adalah :-

Husna Yusrina Binti Husmanizam

Aqeela Hana Sofea Binti Hanafi

Husna Zulaikha Binti Husmanizam

Friday, 16 September 2011

.: Raya 2011 :.

Salamzzz...!

Hollaaa....

Meh layan picta-picta CikAwiens beraya meh...! *Raya last sebagai seorang BUJANG - I guess*
huhuhuhu~


Tahun 2011 nie maybe merupakan tahun last CikAwiens beraya sebagai seorang bujang...
Sebab insya-Allah CikAwiens akan berkahwin tahun depan.
Doakan yee...

This year... Along CikAwiens beraya kat kampung sebelah mertua.
So, picture keluarga Along tak ada this year...


Alhamdulillah...

Walaupun CikAwiens dah bekerja... Ayah CikAwiens masih hulur duit raya kat CikAwiens lagi..
Syukur... Semoga Allah murahkan lagi rezeki Pak Usai..
Aminnnn~



Ni pulak raya kedua...
Seperti kebiasaan..... Raya kedua WAJIB balik beraya di Kampung Pak Usai pulak...

Tema raya kedua : MERAH..











Tuesday, 8 February 2011

Fes Taimmmm Bawak MamatGanu Balik Kg.. Hoo.. Hoo.. (PART II)

As Salammmmzzz...!

Last entry CikAwiens cerita
*Macam mane MyChentaHati- MCH nak ikut balik MELAKA*

Ni CikAwiens cerita pasal kenduri Aqiqah anak buah CikAwiens yang kedua plak...
Kenduri nie adalah penyebab MCH balik kampung CikAwiens di Melaka... Wowwwie...!!

Nama Baby : Aqeela Hana Sofea Binti Husaini
Nama Papa Baby : Hanafi Bin Husaini (Abang CikAwiens)
Nama Mama Baby : Nur Atiqah Binti Mahmood (Kakak Ipar)

Papa Hana, Hana Sofea, Mak Imah, Effa, Mama Hana

With Aunty Awiens..!

Jom cut-cut hair baby Hana Sofea...

Eh... Ehhh... Sape tue...??
Ehhh... Ehhhh... Datang terus makan ker..?

Another baby....! Alya Batrisya...
Aunty With Baby Alya Batrisya...

Mama Hana & Mama Alya


Angah's Family...!
Masa kenduri nie MCH memang first time berjumpa dengan MCH... Then terus package berjumpa dengan seluruh keluarga...

Means kene interview ngan pakcik makcik semua... hehehe...!

Alhamdulillah.... MCH sangat polite... boleh bawak diri sendiri masa kenduri tue...... Syukurrrrr Alhamdulillah...

MCH macam dah well-prepared untuk jadi sebahagian daripada family besar CikAwiens.......


Semoga Allah permudahkan jalan kami..... Aminnnnnnnnn~





Komen~Komen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...