Tuesday 14 October 2014

Stage 1 : Senarai Pemaju Perumahan Di Melaka

Assalammualaikum...

Rentetan daripada entry CikAwiens : Senarai Pemaju Perumahan di Lembah Klang / Selangor ..

CikAwiens memang giat mencari rumah kediaman untuk family kecil CikAwiens...
Niat dan plan asal memang nak cari sekitar Lembah Klang / Selangor...
Sebab kami suami isteri mencari nafkah di sini...

Akan tetapi setelah beberapa tahun... *Dari tahun 2012...
Plan asal nie berubah bila kami survey... Harga rumah memang mencanak naik.... Macam tak mampu den nak boli... hahaha..!

Then, ditambah lagi bile Mak dan Ayah CikAwiens akan berpindah ke Melaka... Rumah dah siap.. Tunggu Ayah CikAwiens abis kontrak kerja je Mac 2015...

So, In sha Allah... By April / Mei 2015 kot... Parents CikAwiens akan menetap di Melaka...

CikAwiens nie kan tak boleh menetap jauh dari MakPak... Hahahaha... Sekarang pun duduk selang 2 buah rumah jee... ;P

Then untuk makluman korang.. CikAwiens lahir kat Melaka.. IncikHubby lahir kat Terangganu... kat Terengganu pun harga rumah mahal-mahal oiiiiiiiiiiiii....

Kami ni tak mampu nak beli rumah harga over RM300,000.00... Huhuhuhu~

So, setelah disepakati... Hahaha~ Ayatttttt tak menahan~

IncikHubby akhirnya bersetuju nak pindah ke Melaka...
*Walaupun pada dasarnya sayang nak tinggalkan kerja dengan Perodua*

Tapi demi perkembangan minda anak yang dikasihi tue.. Si Al-Aish.... IncikHubby pun sanggup beralah... Gitewwwwwww~ Ye lah duduk kat umah atas angin ni payah kanak-kanak nak explore... Kebebasan terhad..

Akhirnya balik cuti Hari Raya Haji ari tue.... IncikHubby ajak survey rumah area Melaka... Sebenarnya banyak kali IncikHubby berzikir kat CikAwiens... Nak ajak balik Melaka... nak jenjalan kat Melaka... nak survey rumah kat Melaka... Tapi idok la CikAwiens layankan... Hahaha..!

Sebab bajet IncikHubby memain... Ye lah... Macam konfiden jewww nak pindah ke MELAKA... Tanah tumpah darah ku.... CheeeWahhh...! Hehehehe~

Rupa nya memang betul.... IncikHubby bersungguh-sungguh... IncikHubby memang nak menetap kat rumah teres... tak nak duduk kat rumah atas angin nie... huhuhu~

So, CikAwiens pun mula buat survey by online... Ni antara syarikat perumahan yang CikAwiens survey.... CikAwiens kan suke memudahkan kerja carian kawan-kawan blogger CikAwiens... Hehehe..! Moh la click..! ;D


1. Lembaga Perumahan Melaka
2. SPNB - Syarikat Perumahan Negara Berhad
3. Yayasan Melaka 
4. PDG Property
5. NKS Development Sdn Bhd
6. PERTAM - Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka
7. Wawasan Intact Construction Sdn Bhd
8. Teladan Setia
9. Metacorp Berhad

Tu je kot yang CikAwiens dapat senaraikan...

So, setakat yang pemaju yang CikAwiens senaraikan...
CikAwiens hanya pergi melawat tapak di Taman Sutera Wangi (SPNB) dan Taman Pokok Mangga (PDG Property)

Akhirnya kami berdua sepakat nak booking untuk Single Storey di Taman Pokok Mangga, Melaka.







Alhamdulillah... Ni pun masih harga mampu milik... Walaupun TAK MAMPU sebenarnya...

Tapi kalau nak tunggu MAMPU tu bila lah kan... Kalau tak bertindak sekarang... Sampai bila-bila pun tak berumah... Tak kan nak duk MENYEWA sampai PENCEN... huhuhu..!!

Dengan sokongan kuat dari Mak CikAwiens... Akhirnya Mak CikAwiens support sedikit duit booking rumah tue... Ikutkan CikAwiens mampu nak bayar... Tapi hati nie berbelah-bagi lagi...

But then Mak CikAwiens yang tolong bayar kan... So, duit booking adalah duit bersama Mak CikAwiens dan IncikHubby...

CikAwiens tak keluar sesen pun duit untuk booking rumah tue... Akan tetapi rumah tu atas nama CikAwiens.... ;D

Sebab nak menggunakan LOAN PERUMAHAN KERAJAAN~

Lepas nie nanti CikAwiens cerita step-step akan datang ye...

Ye la masa CikAwiens beli rumah Apartment Taman Tasik Utama tue CikAwiens tak berblog lagi...
So, bile beli 2nd house nie.. CikAwiens tak de tempat nak dirujuk...

Hope pas nie.. If ada rezeki nak beli rumah KETIGA pulak ke... CikAwiens boleh rujuk kat entry-entry CikAwiens...... ;D







Nota Kaki : 
Details Rumah CikAwiens di Taman Pokok Mangga :-
Jenis : Single Storey 
Keluasan : 20' x 70' (Binaan Asal)
                20' x 98' (Ada tambahan tanah dibelakang rumah 28')
Jangkaan Siap : Jun 2016
Harga Asal : RM 213,800.00
Harga Unit CikAwiens : RM 233,383.00
Cadangan Bayaran Bulanan : RM 1,160.00 / Sebulan x 30 Tahun


12 comments:

  1. eh yunk..lebh kurang je yer rumah kita ye..hehe pastu jijah pon ms raya haji tu usha umah terus booked... moga di permudahkan yer.. nnt cerita step lain tau.. sbb awien guna loan gov juga kan

    ReplyDelete
  2. terima kasih...sy pun tgh usha2 harga umah kat melaka.
    thx for the info.
    free2 jom gi blog saya carehappytips.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. salam...nampaknya kita bakal berjiran nnti..hihi..rumah saya PT4456..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Miss Hunny....
      Wow ye ke? best nye...

      Hai JIRAN to-be~

      Delete
  4. yeay tahniah. kne berjimat cermat lepas ni. nama taman pun sedap manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurun : Yeayyyyy.. terima kasih..!



      Terima kasih sudi singgah dan komen..!

      Delete
  5. as salam..nk tnye..sy tgh buat research tntg jenama pemaju perumahan...bole x anybody volunteer or let me know??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sue Stoqo : Waalaikummussalam.... research apa tue...


      Terima kasih sudi singgah dan komen..!

      Delete
  6. As salam... tumpang tanya, kat mana blh dptkan ejen perumahan, sy nk jual rumah sy di Taman Indah, Sg.Udang, Melaka. Tel: 0182228030 (IQBAL)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khayrol Iqbal : Rumah macam mana tue...



      Terima kasih sudi singgah dan komen..!

      Delete
  7. Salam cikawiens, saya wani wakil korporat bahagian pinjaman perumahan, bole saya dapatkn contact number cikawiens ke? ada sedikit tawaran yg ingin kami beri.. sekiranya berminat bole whatsapp saya di talian 0176831467.. dan kepada semua yg memerlukan khidmat nasihat atau pun ada masalah dengan proses utk memiliki rumah/tanah/renovation bole berhubung dengan saya.. tq

    ReplyDelete

Komen~Komen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...