Showing posts with label Diari Hamil. Show all posts
Showing posts with label Diari Hamil. Show all posts

Thursday, 22 May 2014

Preggy : KENAL PASTI TANDA-TANDA NAK BERSALIN

KENAL PASTI TANDA-TANDA NAK BERSALIN

Ketahui tanda-tanda bersalin dan apa yang akan doktor lakukan bagi memastikan tubuh anda bersedia untuk proses kelahiran seperti yang dinyatakan oleh Dr. Siti Esah Bahari dari Selangor Medical Centre.

Di penghujung kehamilan, setiap ibu hamil akan melalui beberapa tanda yakni petunjuk bahawa masa untuk melahirkan sudah hampir tiba.Ramai yang cemas dan tertanya-tanya apakah tanda yang dialami benar-benar tanda bersalin atau sebaliknya. Oleh yang demikian, perlu anda ketahui bahawa hanya terdapat tiga tanda bersalin. Tanda-tanda yang dimaksudkan ialah:

1. Show

Ini merupakan tanda awal bersalin. Kebiasaannya dalam bentuk lendir ataupun darah. Jika mengalami tanda ini, anda tidaklah perlu tergesa-gesa bergegas ke hospital. Hal ini kerana tanda sebegini mengambil masa hampir beberapa hari sebelum anda perlu melalui proses bersalin.

2. Kontraksi

Dalam keadaan ini, perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontraksi sebenar, kekerapannya perlulah konsisten, kerap dan bertambah kuat dari semasa ke semasa. Apabila anda melalui kontraksi sebegini, seharusnya anda perlu segera ke hospital untuk mendapatkan pemantauan doktor. Walau bagaimanapun jika hal yang sebaliknya berlaku, (sebagai contoh anda mengalami kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya 5 minit) perlu diingatkan keadaan sebegitu bukanlah kontraksi.

3. Air ketuban pecah

Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada pancutan air yang keluar dalam jumlah yang banyak. Perlu anda perhatikan, air yang keluar seharusnya jernih dan tidak berwarna. Namun, jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih berada dalam kandungan. Apabila mengalami tanda seperti ini, sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan jangkitan kuman.Kebanyakan wanita hamil keliru dengan perbezaan air ketuban dan air kencing. Bagi mengetahui sama ada, ketuban pecah ataupun tidak, untuk pengetahuan anda, air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil.

Amaran!!!

Walaupun ketiga-tiga tanda ini merupakan petanda awal bersalin, namun anda tetap perlu segera ke hospital sekiranya mengesyaki bayi kurang bergerak. Dibimbangi bayi lemas dalam kandungan. Dalam masa 12 jam, bayi perlu sekurang-kurangnya 10 kali bergerak. Jika secara tiba-tiba, anda mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak mengalami tanda awal bersalin.

Friday, 18 April 2014

Senarai Lengkap Barang-Barang Baby (Newborn)


Senarai Semak Barang-Barang Baby “A”


A. CLOTHES
Items
Quantity
Remarks
Baju lengan pendek
10
Dah beli di Expo Baby – Dah Cukup
Baju lengan panjang
4
Dah beli di Expo Baby – Dah Cukup
Baby romper/Jumpsuit
5
Dah beli di Expo Baby – Dah Cukup
Sweater
1
Tak perlu lagi
Baju jalan-jalan
Kena beli 3 Months above
Legging/Baby Tights
Kena beli 3 Months above
Mittens and Botties
10
Dah beli di Expo Baby – Dah Cukup
Hanya nak cari ‘I love Daddy & Mummy’
Socks
11
Dah beli di Expo Baby – Dah Cukup
Bonnet/Topi
5
Dah beli 2 Topi
Sapu Tangan
10
Dah beli 1 paket kat PD – Dah Cukup
Bib
1
Tak tahu pulak Newborn perlu bib nie. 
Barut
15-20 helai
Dah jahit 20 helai barut
( 12 putih + 5 corak + 3 Pureen)
Bedung
8
Dah beli Lampin Pooh + Pureen (Putih)
Kain Lampin
12
Dah beli – Dah Cukup
Pampers
200 helai
Dah beli Size S Huggies (64 pcs x 2)
Dah beli Size NewBorn MamyPoko
Lini nak bagi Size NB PetPet
  
B. DIAPERING

Items
Quantity
Remarks
Baby pin
10 batang
Tak pasti guna ke tak. So, tak beli lagi.
Wet Tissue
6 pack
Dah beli di Expo Baby – Dah cukup
Changing Mat
1
Cadangan : Beli Changing Mat Biru / Pink tue
Baldi/Bakul untuk Baju Kotor
1-2
Cadangan : Bakul IKEA Hijau
Detergent
21
Pureen Liquid + 2 Boxes Powder ABD Pureen
Botol Sembur Air
1
Cadangan : Beli dekat Mydin / Giant je

C. BABY CARE & GROOMING

Items
Quantity
Remarks
Bedak baby
1-2
Dah beli travel pack - Pureen
Losyen baby
1-2
Dah beli travel pack - Pureen
Minyak baby
1-2
Minyak Yuu Yee / Telon / Anugerah / Vicks
Tisu Kotak
Packs
Cadangan : Beli dekat Mydin / Giant je
Putik Kapas (Cotton bud)
2 packs
Dah beli – Anakku + Disney Cutie
Nail clipper for baby
1
Cadangan : Beli dekat Mydin / Giant je
Nasal Aspirator (selesema) brand Basilic
1
Cadangan : Beli dekat Mydin / Giant je
Methylated Spirit (Cuci pusat baby)
1
Hospital akan bekalkan – Tak perlu beli
Termometer
1
Cadangan : Beli dekat Mydin / Giant je
Vicks
1
Cadangan : Beli dekat Mydin / Giant je
Cotton Ball
1 pack
Dah beli – Anakku
Nappy Cream
1
Cadangan : Beli dekat Mydin / Giant je
Travelling Pack (Bedak/Losyen)
1
Dah beli jenama Pureen
  
D. NURSING

Items
Quantity
Remarks
Set Tilam
1
Mak nak jahitkan Sarung Tilam Baby
Set Bantal
1 Set
Bantal Karipap Pooh + Bantal Peluk Pooh
Baby Cot
1
Cadangan Baby Cot IKEA – RM 169 :
Angah nak sponsor
Mosquito Net
1
Dah beli Kelambu Pooh, Disney
Selimut
3
Dah beli Warna Hijau + Kuning +
 Putih (Baby Poney)

E. FEEDING

Items
Quantity
Remarks
Botol + Putting for Newborn
7
Dah beli Tommee Tippee
(5 oz x 2 pcs) + (9 oz x 5 pcs)
Berus Pembersih Botol
1
Dah beli Tommee Tippee
Rak Pengering Botol
1
Cadangan : Beli dekat Mydin / Giant je
Penyepit Botol
1
Tak perlu lagi kot.
Nipple Cream
1
Cadangan : Beli dekat Mydin / Giant je
Nursing Pad (Washable)
12
Cadangan : Beli dekat Mydin / Giant je
Nursing Pad (Disposal)
100 pcs
Cadangan : Beli dekat Mydin / Giant je
Breast Pump
1
Cadangan Jenama Pureen (RM20) dan EveLove (RM500)
Cooler set bag
(Storage Bottle dan Ice gel)
1
Tunggu lepas bersalin
Nursing Pillow
1
Tak perlu
Nursing Bra / Underware
5-7
Dah beli Jenama Autumz x 2 pcs
Minyak Panas
1
Minyak Gamat / Bio Oil / Losyen Mustajab
Termos
1
Dah beli Termos Pooh
  
F. TRAVEL

Items
Quantity
Remarks
Beg Baby
1
Cadangan Beg Dimple : RM69 / RM79
Baby Warmer for Bottle (Untuk cairkan susu baby)
1
Tunggu lepas bersalin
Baby Carrier
1
Tunggu lepas bersalin
Stroller
1
Cadangan :- Halford Zuzz 4 / SCR 7
Car Seat
1
Cadangan :- Hallford / SCR 5/6
Jogger / Buggy
1
Tunggu lepas bersalin
Nursing Cover
1
Guna Selendang Sahaja
  
G. BATHING
Items
Quantity
Remarks
Tuala
5
Baru beli 2 helai tuala (Hijau + Pooh)
Besen Mandi
1
Cadangan beli di IKEA – RM 20
Kakak Ofismate nak bagi
Toiletries set (Shampoo+Sabun)
1 Pack
Cadangan beli Johnson’s Baby
Dah beli travel pack – Pureen
   
H. SET BERPANTANG

Items
Quantity
Remarks
Set pantang
1
Cadangan beli kat Nenek Kiah (RM150)
Minyak Selusuh
1
Abah dah sediakan
Minyak – Boleh sapu masa kandungan 8 bulan
Air – Minum masa dah rasa sakit
Beg Mummy
1
Dah ada – Beg Merah Piere Cardin
Tungku
1
Cari Batu Sungai / Batu Bata Merah
Tuam/tungku baby
2
Cadangan : Beli dekat Baby Expo SACC Mall
Sweater
1
Dah ada Cardigan Kelabu
Kain Batik
5
Dah cukup
Stoking
8
Dah cukup
Maternity Pad
1 Pack
Dah beli di Expo Baby – Pureen
Perlu beli Overnight Kotex je
Panty Liner
1 Pack
Jenama Sofy
Tuala Mandi
1
Cadangan : Beli dekat Mydin / Giant je
Bengkung
1
Dah jahit (Kain Belacu)
Air Zam Zam
1
Dah ada.. Tapi boleh cari lagi.
Tukang Urut
1
Akan tempah Mak Nah Tingkat 2
Selipar Sarung Anti-Slippery
1
Dah beli

I. EXTRA


Items
Quantity
Remarks
Penyangkut Baju Berklip
1
Belum beli lagi
Hanger kecil untuk baby
2
Dah beli di Sakan / Boleh tambah lagi
Almari laci baby / Bakul
1
Cadangan Beli Almari Hijau di Tesco
Baby Gimnasium
1
Bahagian Pemasaran Sponsor
Rocker/Bouncer
1
Tunggu lepas bersalin
Baby Play Mat
1
Tunggu lepas bersalin


Ok setakat ni dah masuk 32 Weeks nie...
Cik Awiens dah completekan 95% barangan Baby 'A'...

Hehehe..! Tinggal a few lagi je barangan Baby 'A' yang belum complete lagi...
*Yang CikAwiens bold kan*

Pas nie baru lah CikAwiens fokus nak shopping barangan CikAwiens pulaks.... Fuhhhh..!

Anak belum lahir lagi dah utamakan anak dulu.... hehehehe..~!

Pas anak lahir semua shopping barang anak jer lah... Barang Daddy dan Mummy tolak tepi... hahaha..! Kesian kan... =)

Photo: : Thank you Daddy...! Rezeki anak Mummy... 
Let's Shopping..! Hehe..
~Tq Daddy coz give all the vouchers to Mummy~
#RezekiBaby'A'
Cc : Incik Kirin

Alhamdulillah... Daddy dapat Voucher RM 1,500.00 dari Perodua... dapat lah Mummy beli buat tambah-tambah barang anak... Sebenarnya CikAwiens dan IncikHubby dah mula shopping barang anak mula dari CikAwiens 4 bulan dah... Beli berdikit-dikit.... Baru lah tak terasa...

Tentiba... Eh.. dah nak complete dah barangan Baby 'A'... hehehe..!

Syukur...

Sekarang tinggal 8 minggu je lagi Mummy dan Daddy nak jumpa Baby 'A'...

Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya........ AMinnnnnnnnnn...




Nota Kaki : Mummy baru pas shopping kat Aeon Jusco, IOI Mall... habis lagi RM100++ hehehe..! tapi pakai Voucher yang Daddy bagi la... =)

Komen~Komen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...