Saturday 22 February 2014

6 Months


Minggu 25Bayi Anda
Sel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulang-temulang juga semakin keras. Kini, bayi anda semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitar mereka. Dan ketika ini jika bayi anda tertelan terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh sedu. Bayi dalam kandungan anda sekarang berukuran 34 sm dengan berat sekitar 600 gm.

Tubuh anda
Anda kini kelihatan lebih berseri-seri. Muka semakin bercahaya. Semuanya kerana meningkatnya peredaran darah di bawah kulit. Tekanan pada punci kencing juga adalah punca mengapa anda sering ke tandas. Kekejangan, sakit belakang dan pedih ulu hati semakin kerap berlaku.


Add caption


Minggu 26Bayi Anda
Walaupun bayi anda kelihatan kurus kering, mereka sebenarnya sudah mula membentuk lemak-lemak di bawah kulit. Lemak-lemak ini kemudiannya akan membantu mengekalkan suhu badan sehinggalah selepas dilahirkan. Bayi anda kini sepanjang 35 sm dengan berat 700 gm.

Tubuh anda
Dengan perut yang semakin membesar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.


 


Minggu 27Bayi Anda
Bayi anda kini sudah boleh membuka matanya. Jadi, dia kini boleh melihat cahaya luar menerusi bahagian abdomen anda. Ketika ini juga bayi mula belajar menghisap dan mereka mungkin berupaya menghisap ibu jari atau pun genggaman tangan. Bayi anda kini berukuran 36 sm dengan berat lebih kurang 800 gm.

Tubuh anda
Anda semakin hari semakin besar dan tentunya berat semakin bertambah. Antara bahagian yang paling ketara pertambahan beratnya ialah di sekitar dada terutamanya pada bahagian payu dara. Oleh yang demikian, pemakaian baju dalam yang sesuai sangat penting. Elakkan berbaring secara menelentang kerana cara ini akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan dalam masa yang sama salur darah anda akan ditekan oleh rahim anda yang semakin membesar.


Add caption

Tuesday 18 February 2014

Mummy dah mula shopping online... Rompers Pooh Baby..

Hahaha!

Semalam masa bosan nak tunggu masa office hours habis... pukul 5.00 petang.. CikAwiens saja la google Rompers Baby 'A'.... CikAwiens dah lama aimed nak beli dari dulu lagi.. Tapi masih ku tahan nafsu nie...

So, sekarang kandungan CikAwiens dah masuk 6 bulan... Memang tak tertahan dah nafsu ni nak membeli... padahal gaji dah abis... kena tunggu minggu depan baru boleh buat payment.. hahaha..!

Tapi tangan nie gatal la komen kat tiap Rompers Pooh yang murah-murah... hehehe..!

Ada yang kena pre-order.. ada yang available stock... tapi dek kerana Mummy tak gaji lagi... Mummy janji ngan seller tue nak bayar masa gaji... ;P

Ada 5 pasang Rompers Pooh yang murah-murah yang CikAwiens order... hehehe..!

3 pasang pre-order... 2 pasang lagi available stock...



RM 24.00 sahaja - available stock
Seller : Syakir Saif FB


RM 22.00 sahaja - available stock
Seller : Syakir Saif FB


RM 22.00 - Pre-order
Seller : Miqi Babywonderland
CikAwiens order design (D : Pooh) 
Size : 80 (3-6 Months)


RM 22.00 - Pre-order
Seller : Miqi Babywonderland
CikAwiens order design (G : Pooh) 
Size : 80 (3-6 Months)



RM 22.00 - Pre-order
Seller : Miqi Babywonderland
CikAwiens order design (D : Pooh) 
Size : 80 (3-6 Months)



Tak sabar nak tunggu gaji next week... hehehe..! tapi the best part is... bile cakap ngan Daddy... Then suruh Daddy belanja 3 pasang rompers yang pre-order tue.... Daddy SETUJU..!! hehehe..!

Save duit Mummy... ;P

Seller : Syakir Saif 
2 Pasang Rompers : RM24 + RM 22 + RM7 = RM 53.00

Seller : Miqi Babywonderland
3 Pasang Rompers : (RM22 x 3) + RM 8 = RM 74.00

Total 5 pasang Rompers Pooh = RM 127.00




p/s : Nanti dah dapat semua Rompers tue... Mummy update kat blog yeee... ;))

Monday 10 February 2014

Request Sample Diapers Free in Malaysia

Wahhhh.... Gitewwww..!!

Tittle entry tak boleh blah... hehehe...!

CikAwiens sesaja jer google pasal diapers New Born for my future baby.... ;)

Masa CikAwiens gi Mother & Kids Expo 2014 kat Mid Valley ari tue.. CikAwiens dapat sample diapers Huggies FREE... Sebab CikAwiens beli diapers kat booth Huggies...

So, pepagi nie saja la surf website Huggies... Then ternampak button Request Sample...

Mengisi lah CikAwiens details... hehehe..! mana tahu.. dapat lagi sample diapers free tue.. then sesaje google diapers lain... ada plak yang offer FREE sample for diapers... Hehehe..! CikAwiens pun isi jer lah details nye...

Antara website yang CikAwiens surf ada CikAwiens link kan..! hehehe..!

Huggies : Link To Request

Mamy Poko : Link To Request

Diapex : Link To Request

Drypers : Link To Request

BabyLove : Link To Request / Email to enquiry@dsgap.com

Whoopee : Need to sent Email to whoopee@peoplengrit.com 


Korang cuba lah surf website diapers kat Malaysia nie then request for sample... Alaaaa... bende FREE... hehehe..! bukan kena bayar pun.... ;P


Sumber Google... :)



Komen~Komen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...