Showing posts with label Perumahan. Show all posts
Showing posts with label Perumahan. Show all posts

Thursday, 10 December 2015

Rumah Kedua : Progress Mei 2015
















Rumah Kedua : Progress Mac 2015

Tarikh Lawatan : 28 Mac 2015















Tuesday, 14 April 2015

Stage 8 : Hantar Surat Setuju Terima By Hand

Stage 8 : Hantar Surat Setuju Terima By Hand

*************************************














Wednesday, 14 January 2015

Stage 7 : Hantar Surat Setuju Terima


******************************************************

Lepas CikAwiens dah check status permohonan pinjaman perumahan.... 
Kita boleh terus download "Surat Setuju Terima" kat laman web SPPB tue...

Tapi disebabkan CikAwiens tak tahu plussss tak ingat... CikAwiens tak download pun...
Huhuhu...
Sampai la CikAwiens masuk ofis pada 28 Disember 2014 
*CikAwiens cuti panjang sebab Al-Aish admitted pada Krismas lepas*
Then masuk semula pada 6 Januari 2015...

So, progress rumah CikAwiens tu tertangguh jugak..
Huhuhu~!

Padahal syarat nye kene hantar semula dalam masa 
14 Hari dari kelulusan pinjaman diterima..!!

Oleh sebab pinjaman perumahan CikAwiens diluluskan pada 12-12-2014...
So, CikAwiens kene submit "Surat Setuju Terima" tu sebelum atau pada 26-12-2014...

Disebabkan CikAwiens bercuti dari 25-12-2014 sehingga 6-01-2015...

So, CikAwiens terus minta sign Ketua Jabatan then terus faks ke 
Bahagian Pinjaman Perumahan tue...

Oleh sebab CikAwiens risau BPP tak terima "Surat Setuju Terima" CikAwiens...

CikAwiens ambil inisiatif untuk email kepada pegawai yang terlibat...
Puan Maheran Bt Haji Jamil (Unit Proses)
maheran.jamil@treasury.gov.my

Encik Ramli Bin Hashim (Unit Proses)
ramli.hashim@treasury.gov.my

No Faks : 03-8880 1801 dan 03-8880 2399 (Unit Proses)

Harap-harap mereka terima lah "Surat Setuju Terima" CikAwiens tue... 
Sebab syarat nya... kalau pemohon tak menghantar "Surat Setuju Terima" tue dalam masa 14 hari dari tempoh surat dikeluarkan... Permohonan akan dianggap batal... Huhuhu~!!




Friday, 19 December 2014

Stage 6 : Permohonan Pinjaman Perumahan Telah DILULUSKAN..!



*************************************************************

Assalammualaikum.... Rezeki Pagi Jumaat..!!

Pagi tadi CikAwiens tergerak hati nak check kelulusan pinjaman perumahan CikAwiens... Sama ada berjaya atau tidak... Menurut pegawai yang menerima borang permohonan CikAwiens sebelum ini, pegawai tu maklumkan yang CikAwiens boleh menyemak permohonan nie dalam masa 10 hari selepas borang permohonan dihantar....

Dup Dap Dup Dap... Hati CikAwiens masa nak log masuk ke web SPPB tue...

Lepas CikAwiens masukkan "No Kad Pengenalan Baru" dan "Kata Laluan"




Then klik kat "Status Pinjaman"


Syukur Alhamdulillah...

Permohonan Pinjaman Perumahan CikAwiens telah DILULUSKAN....!!

Cepat betul proses nie CikAwiens rasa..!!

CikAwiens hantar borang permohonan pada 10-12-2014 (Rabu)
11-12-2014 (Khamis) <--- Cuti Public Holiday
12-12-2014 (Jumaat) : Permohonan CikAwiens DILULUSKAN...

Lepas nie kene download Surat Setuju Terima pula...

Then hantar semula ke Bahagian Pinjaman Perumahan Kerajaan...



CikAwiens pun ada maklumkan kepada Pemaju.. yang permohonan CikAwiens telah diluluskan...
Then pemaju maklumkan yang mereka akan sediakan dokumen untuk CikAwiens tandatangan..

Bila dokumen dah siap nanti pemaju akan hubungi CikAwiens semula...




.: Syukur Allah permudahkan segalanyaaaa :.




Wednesday, 10 December 2014

Stage 5 : Sediakan Dokumen Untuk Pengesahan Ketua Jabatan


*************************************************************


Assalammualaikum...

CikAwiens baru balik dari menghantar borang pinjaman perumahan di Presint 2, Putrajaya nie..

Fuhhhh~! 

Moga Allah permudahkan segalanya... Aminnnnnnnnnn.......


Untuk menghantar borang pinjaman perumahan tue...

Memula CikAwiens print segala jenis dokumen yang diperlukan 
oleh pihak Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP)...

List kat bawah nie developer yang sediakan...

Memang mudah... Just ikut je senarai yang disediakan..



Dokumen yang diperlukan :-

1.   Borang Permohonan Pinjaman (borang ini mestilah telah lengkap diisi di laman web BPP)
      Cuma print out sahaja (www.https://sppb.treasury.gov.my)

2.   Surat Iringan Asal Ketua Jabatan
      Pemaju telah sediakan contoh.... 
      Ketua Jabatan / LKIM cuma sediakan menggunakan letterhead asal LKIM jer...
      Sila rujuk dengan HR / Bahagian Pentadbiran anda

3.  Wang Proses RM 100.00
     Bayaran boleh dibuat melalui online atau bank draf.
     CikAwiens guna online je... Sebab lebih mudah.... 
     CikAwien ada buat entry pasal wang proses nie... Boleh lihat kat entry nie...

4.  Salinan Kad Pengenalan
     Sila photostat dan minta Ketua Jabatan anda sahkan... (Salinan diakui sah)

5.  Slip Gaji (3 bulan)
     CikAwiens sediakan 3 Bulan terkini (September / Oktober / November).... 
     Then minta Ketua Jabatan anda sahkan... (Salinan diakui sah)

6.  Salinan Surat Pengesahan Jawatan
     Salinan nie memang ada dalam simpanan CikAwiens... 
     If tak ada, anda boleh merujuk ke HR...          
     Sebab surat ini ada dalam rekod fail peribadi anda.... 
     Then minta Ketua Jabatan anda sahkan... (Salinan diakui sah)

7.  Borang Persetujuan Menyelesaikan Baki Hutang Pinjaman
     Borang ini ada dalam lampiran Borang Permohonan Pinjaman online kita...
     Cuma susun semula... Then mohon Ketua Jabatan tanda tangan...



Dah selesai semua.... Boleh lah hantar sendiri ke 
Bahagian Pinjaman Perumahan di Presint 2....

Bahagian Pinjamanan Perumahan, Perbendaharaan Malaysia
No 9, Kompleks Kementerian Kewangan, Persiaran Perdana, 
Presint 2, Pusat Pentadbiran Persekutuan 62592 Putrajaya, 
Tel    : 03-8880 2000 / 2200 / 2400 / 2600
Faks : 03-8880 2440




CikAwiens hantar sendiri sebab ofis CikAwiens agak dekat jugak la dengan Putrajaya,,, Presint 2...

CikAwiens hantar borang nie pada 10 Disember 2014 (Rabu)

Nanti CikAwiens update bila loan CikAwiens dah diluluskan yeee...


(~_______________________^)v








Wednesday, 26 November 2014

Stage 4 : Pembayaran Wang Proses Kepada SPPB


****************************************************
Entry sebelum ini CikAwiens ada cerita bagaimana cara untuk submit permohonan pinjaman perumahan kerajaan...

Then, sekarang nie step untuk buat bayaran Wang Proses kepada SPPB...
CikAwiens memilih cara Perbankan Internet via Maybank2u...

Sebab ia mudah dan menjimatkan masa... ;D

Memula login ke Account kita...

Then klik ke Bill Payment.....



Then pilih Make a one-off payment.....

Then pilih All Payees kat sebelah ketegori tue...


Then pilih BPP - Wang Proses.... 
(baru CikAwiens tahu... sebab CikAwiens amik masa yang lama 
belek setiap inci dalam Maybank2u tue... Hahahaha..!)


Akhirnya baru lah jumpa items nie...

Then masukkan details permohonan kita...
No Rujukan Permohonan akan diberi
semasa kita klik Submit kat web SPPB...

(~,^)v

Then kena request TAC Number dulu....
Dah dapat TAC Number kat handphone kite via SMS...
Baru lah kita masukkan dalam application kita... 


Then klik Confirm....

Baru lah pembayaran Wang Proses kita selesai bila pop-up window nie..

Sila print yer... Untuk rujukan di masa akan datang...

Lepas ini CikAwiens cerita pula macam mana kita nak mohon pengesahan dari Ketua Jabatan kita...

Fuhhhhhhhhh~!















Pssssttttt : CikAwiens sedang berkonvokesyen nie... Hehehe~ hati sangat GUMBIRA...!! ;D

Monday, 17 March 2014

Syarat-syarat pinjaman perumahan

Lain - Lain

Syarat-syarat pinjaman perumahan
  • Warganegara Malaysia.
  • Sedang berkhidmat & berjawatan tetap
  • Berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Telah disahkan dalam jawatan
  • Bukan seorang yang bankrap / berhutang hukuman / tidak berkemampuan / dalam tindakan tatatertib
  • Borang permohonan didaftarkan selewat-lewatnya 6 bulan sebelum bersara / tamat perkhidmatan.

Jadual kelayakan

GAJI BULANAN HAKIKI (RM) KELAYAKAN (RM)
3500 dan ke atas 360,000
3000 – 3499 300,000
2500 – 2999 264,000
2000 – 2499 240,000
1500 – 1999 192,000
1200 – 1499 156,000
1000 – 1199 120,000
800 – 899 96,000
600 – 799 72,000
599 dan ke bawah 48,000
Dokumen mandatori
  • Surat iringan ketua jabatan
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan slip gaji yang terbaru
  • Salinan surat pengesahan jawatan
  • Kiriman wang pos atau bank draf
  • Borang permohonan yang terbaru
  • Borang perakuan pemilihan takaful/insuran
  • Borang 2
  • Akujanji peguam- borang 3a @ 3b
  • Salinan hakmilik (geran)
  • Salinan perjanjian (jualbeli @ pembinaan)
Dokumen Tambahan Mengikut Jenis Pinjaman
  • RUMAH TELAH SIAP
  • MEMBINA RUMAH
  • RUMAH DALAM PEMBINAAN
  • MEMBELI TANAH
  • PENYELESAIAN HUTANG
  • UBAHSUAI RUMAH
  • UBAHSUAI RUMAH HARTA PINJAMAN BUKAN KERAJAAN
  • RUMAH TELAH SIAP
    1. Membeli rumah dari pemaju [papar]
    2. Membeli rumah dari individu [papar]
  • MEMBINA RUMAH
    • Salinan hakmilik yang telah didaftarkan atas nama pemohon sendiri
    • Salinan perjanjian pembinaan rumah
    • Borang 7- Persetujuan menggadai oleh pemilik yang tidak membuat pinjaman, jika tanah dimiliki bersama suami isteri tetapi seorang sahaja yang memohon pinjaman
    • Surat kebenaran menggadai/mencagar jika hakmilik mempunyai sekatan kepentingan
    • Salinan pelan bangunan yang telah diluluskan
    • Salinan borang pindahmilik tanah (Borang 14A) – Jika tanah didaftarkan atas nama pasangan seorang sahaja.
    • Salinan sijil kontraktor ( SSM/PKK atau CIDB)
  • RUMAH DALAM PEMBINAAN
    1. Telah ada hakmilik individu
      • Borang 7 –Persetujuan menggadai oleh penama dalam Perjanjian Jualbeli yang tidak membuat pinjaman - Skim SPPP sahaja.
      • Salinan Lesen Pemaju dan Permit Iklan dan Jualan
    2. Belum ada hakmilik individu (tetapi mempunyai Master Title)
      • Borang 4
      • Borang 5A
      • Borang 7 –Persetujuan menggadai oleh penama dalam Perjanjian Jualbeli yang tidak membuat pinjaman - Skim SPPP sahaja.
      • Salinan Lesen pemaju dan Permit Iklan dan Jualan
  • MEMBELI TANAH
    • Laporan penilaian
    • Penyata baki hutang penjual 6 bulan kehadapan (jika berkenaan)
    • Borang 6
    • Borang 7 - Persetujuan menggadai oleh penama dalam Perjanjian Jualbeli yang tidak membuat pinjaman - Skim SPPP sahaja
    • Surat kebenaran menggadai/mencagar jika hakmilik mempunyai sekatan kepentingan
    • Surat kebenaran menjual harta bagi kes kontra(penjual adalah peminjam Kerajaan)
  • PENYELESAIAN HUTANG
    • Laporan penilaian
    • Penyata baki hutang penjual 6 bulan kehadapan (jika berkenaan)
    • Borang 7 - Persetujuan menggadai oleh penama dalam Perjanjian Jualbeli yang tidak membuat pinjaman - Skim SPPP sahaja
    • Surat kebenaran menggadai/mencagar jika hakmilik mempunyai sekatan kepentingan
    • Borang 5B –Akujanji Pemaju/Tuantanah ,jika hakmilik individu atau hakmilik strata belum dikeluarkan semasa permohonan dibuat.
  • UBAHSUAI RUMAH
    • Salinan perjanjian kerja-kerja ubahsuai rumah
    • Laporan penilaian
    • Borang 3C (jika belum mempunyai hakmilik individu atau strata) atau Borang 3D (jika telah ada hakmilik individu atau strata)
    • Borang 9
    • Salinan pelan ubahsuai yang telah diluluskan
    • Surat kebenaran menggadai jika hakmilik mempunyai sekatan kepentingan
    • Salinan sijil kontraktor ( SSM/PKK atau CIDB)
  • UBAHSUAI RUMAH HARTA PINJAMAN BUKAN KERAJAAN
    • Salinan perjanjian kerja-kerja ubahsuai rumah
    • Laporan penilaian
    • Borang 3C (jika belum mempunyai hakmilik individu atau strata) atau Borang 3D (jika telah ada hakmilik individu atau strata)
    • Borang 9
    • Salinan pelan ubahsuai yang telah diluluskan
    • Surat kebenaran menggadai jika hakmilik mempunyai sekatan kepentingan
    • Surat pengesahan bayaran bulanan pinjaman dari pihak bank
    • Salinan Borang 16C (Borang Penangguhan Gadaian) atau Reassignment and Release (kes assignment) yang diakui sah*
    • Salinan sijil kontraktor (SSM / PKK / CIDB)
    Nota:
    Salinan Borang 16C diperlukan sekiranya rumah berkenaan masih digadaikan kepada pihak bank / institusi kewangan

Komen~Komen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...