Showing posts with label Our Big Day. Show all posts
Showing posts with label Our Big Day. Show all posts

Wednesday, 6 March 2013

Our BiG Day : Episod 3 --> Malam Berinai Besar

Assalammualaikum...

Episod 1 : Malam Berinai Kecil
Episod 2 : Malam Pernikahan
Episod 3 : Malam Berinai Besar

Selepas Majlis Pernikahan yang selesai selepas ASAR... CikAwiens dan IncikHubby ber'photoshoot' di sekitar Masjid jerr...

Then sesi photoshoot settle sebelum MAGHRIB... memang terasa suntuk sangat masa... huhu...

CikAwiens masih dalam mood BLUR selepas final exam pagi tue... then bergegas pula ke Majlis Pernikahan... then... Settle tue plak... Buat Photoshoot Solemnization plaks...

Sampai kat rumah pulak dalam pukul 7.00 malam... then bersiap cecepat untuk Majlis Malam Berinai Besar plak... huhuhu..!

Untuk pakej nie... Mak CikAwiens beria-ia nak CikAwiens buat Malam Berinai Besar... huhuhu...
*Orang Melaka katanyeee...*

So, mari lah kite layankan di sekitar Majlis Malam Berinai Besar CikAwiens...

Tarikh : 07-07-2012
Hari : Sabtu 
Majlis : Malam Berinai Besar
Lokasi : Dewan Blok A, PPR Kg Muhibbah,
     Jalan Puchong, Kuala Lumpur

Untuk pakej malam tue...
Mak CikAwiens tetap nak bekerjasama dengan Andaman Lin...


Pakej Malam Berinai meliputi :-
Mini Pelamin
Baju Songket Melaka (Sepasang)
Gaun Merah / Kot Merah (Sepasang)
Baju 3 Persalinan (Pengantin Perempuan Sahaja)
Set Merenjis
Bantal / Kipas / Aksesori
Baju Bersanding Rekaan CikAwiens (Baju Baru)

Pakej Berharga : RM 1,700.00











Baju Sanding Baru

CikAwiens dan team fotografi dan videografi settle berphotoshoot sehingga pukul 1.00 pagi... kesian gak kat team-team semua... Mak Andam pun gigih jer tukarkan baju persalian CikAwiens...

Then CikAwiens plak paksa IncikHubby stay kat dewan tue untuk sesi photoshoot Malam Berinai tue...
Malam selepas nikah tue... Memang IncikHubby tak tidur sekali dirumah Mr & Mrs Shakirin's House to-be... memang telah dirancang untuk IncikHubby bermalam dengan family nya di rumah Makcik IncikHubby di Putrajaya...

But akibat CikAwiens tak maw sorang² berposing sakan... Maka dengan gigih nya IncikHubby stay jugak sampai pukul 1.00 pagi... kalau diikutkan rombongan IncikHubby dari Terengganu tue balik selepas majlis selesai sekitar pukul 10.30 malam...

Pihak rombongan lelaki hanya sempat melihat CikAwiens dan IncikHubby pakai 2 persalinan jer...
Yang pertama... Baju Songket Melaka dan yang kedua Baju Gaun dan Kot warna Merah tue...

Then... akibat masing² dah keletihan sejak dari Majlis Pernikahan... dibawak ke Majlis Malam Berinai Besar... Memasing rasa sangat letih... hehehe... *kesian dorang*

Untuk pengetahuan.... family IncikHubby first time join or alami Malam Berinai Besar... Mak Mertua CikAwiens pun agak gugup bila diminta untuk menepung tawar... hehe..
Sempat lagi.. di pelamin... Mak Mertua CikAwiens cakap...

"Mak tak tahu nak merenjis nie.. Awien tunjuk kan yer... Mak ikut jer"

hehehe..! Sian Mak Mertua CikAwiens kena menepung tawar bagai... Mak Mertua CikAwiens kan pure dari Terengganu... plus anak sulung yang kahwin... mana lah reti benda² nie semua.... hahaha..!

Then CikAwiens pun bisik² lah perlahan-lahan.. apa yang perlu direnjis.... hehehe..! *Comel jer rase* ;P

Alhamdulillah... Majlis Malam Berinai Besar tue diserikan lagi oleh pertunjukan bunga api yang ringkas... Bunga api tue import dari Melaka uolss.... ;;P

hehehe..! Meriah jugak lah Malam Berinai Besar CikAwiens dan  IncikHubby tempoh hari... Sebab ramai tetamu dari Terengganu tidak biase dengan Majlis Perkahwinan macam tue...

*Nasibbb lahh dapat CikAwiens nie dari Melaka kan... Melaka 'vs' Terengganu...!*



Lebih cerita berkaitan dengan Majlis Perkahwinan CikAwiens + IncikHubby :-
Episod 1 : Malam Berinai Kecil
Episod 2 : Malam Pernikahan
Episod 3 : Malam Berinai Besar

Terima kasih kepada :-
Make up Artist (MUA) - Nikah + Sanding : Busana Jue
Pakej Malam Berinai Besar : Andaman Linnas
Videografi : WanDet Videographer
Cameraman : Senimatografi Pictures


Tuesday, 5 March 2013

Our BiG Day : Episod 2 --> Majlis Pernikahan

Assalammualaikum... w.r.t.

Haaaa.... dah baca belum Our BiG Day : Majlis Berinai Kecil CikAwiens...?

Meh Click sini : Our BiG Day : Majlis Berinai Kecil

So, selepas Majlis Berinai Kecil CikAwiens tue...
CikAwiens tak tido langsung... just take nap dalam 20 - 30 minutes jer...

Sebab nya CikAwiens terpaksa berjaga untuk Study...!
Argggh... no choice.. CikAwiens terpaksa teruskan Majlis Perkahwinan CikAwiens.. sebab Jadual Peperiksaan baru dimuktamadkan sebulan before exam...

TAK KAN CIKAWIENS NAK POSTPONE WEDDING KOT...

Nehi... Nehi.. Nehi Khabi Nehiiii..! ::P

*Gatal nak kahwin dah ngan Mamat Jambu Iolss.. ;P*

Ni la Pictures² sepanjang Majlis Pernikahan...

Ahmad Shakirin Bin Abd Razak 
~<3~
Noor Aiin Binti Husaini

Tarikh : 07-07-2012
Hari :Sabtu
Masa : 3.00 petang
Majlis :Majlis Pernikahan
Lokasi : Masjid Abd Rahman Bin Auf,
             Jalan Puchong, Kuala Lumpur
IncikHubby gugup sepanjang Majlis Pernikahan...
IncikHubby terpaksa melafazkan akad nikah dua kali akibat si Wifey... ;P


"Aku terima nikah Noor Aiin Binti Husaini dengan mas kahwinnya
sebanyak 9 Ratus 9 Ringgit dan 9 sen... TUNAI"
Perasaan SEBAK seorang ibu nak melepaskan
anak perempuan SULUNG nya...
Moment nie memang CikAwiens tak dapat lupakan...

Family CikAwiens... Along's Family & Angah's Family...





 


 





















Lebih cerita berkaitan dengan Majlis Perkahwinan CikAwiens + IncikHubby :-
Episod 1 : Malam Berinai Kecil
Episod 2 : Malam Pernikahan
Episod 3 : Malam Berinai Besar

Terima kasih kepada :-
Make up Artist (MUA) - Nikah + Sanding : Busana Jue
Pakej Malam Berinai Besar : Andaman Linnas
Videografi : WanDet Videographer
Cameraman : Senimatografi Pictures

Friday, 1 March 2013

Our BiG Day : Episod 1 --> Majlis Berinai Kecil

Assalammualaikum... w.r.t...

Lama CikAwiens ambil masa kan nak review Majlis Perkahwinan CikAwiens dengan IncikHubby kan....
Setelah beberapa lama kahwin... baru ada MooD nak meng'review'....

Oleh kerana CikAwiens dah banyak lupe... Meh la layan pictures yang CikAwiens tepek kan nie taw... ;;P


Tarikh : 06-07-2012
Hari : Jumaat
Majlis : Malam Berinai Kecil
Lokasi : Rumah Pak Usai dan Mak Imah, Jalan Puchong, Kuala Lumpur

Kaum Ibu-Ibu memasak rendang di luar rumah....

Malam sebelum Majlis Pernikahan.... Rumah CikAwiens dah bizi dengan persiapan Majlis Perkahwinan CikAwiens... Ramai kawan² Mak CikAwiens datang ke rumah dan memasak... 

Aktiviti memasak ini dimulakan dari Jumaat pagi sehingga ke Tengah Malam Hari Jumaat tue...

Mak CikAwiens memamg suke buat majlis di rumah... 
So, oleh kerana Majlis Pernikahan CikAwiens akan diadakan di Masjid...

Maka Mak CikAwiens telah mengadakan Kenduri Doa Selamat di rumah...
Kenduri tue diadakan selepas Solat Jumaat / Selepas Asar...

Macam biasa... lauk kampung lah yang dihidangkan...
Tetamu nya pulak dari kalangan orang surau di kawasan rumah CikAwiens jee...

Selesai masak untuk Kenduri Doa Selamat...

Sebelah petang hingga ke malam nye pula... Mak CikAwiens bersama kawan² / jiran² bersama-sama memasak pulut kuning dan rendang...
*as per request of CikAwiens* <-- ngeh..ngeh...ngeh...
CikAwiens nie memang suke request jer..
Sampai Mak CikAwiens pening nak melayan dan merealisasikan impian perkahwinan Anak Perempuan Sulung die nie... lalalala~

Sebenarnya CikAwiens cube untuk menempah pulut kuning bertingkat...
But no replied from vendor... then last minute baru teringat pulut kuning untuk Majlis Berinai Besar belum ada lagi... huaaa..! CikAwiens dah nak nangis daahhhh...

So, kebetulan ada Majlis Berinai Kecil.... 
Mak CikAwiens pun mintak tolong jiran² buatkan pulut kuning...! 
*Settle masalah*

Alhamdulillah.. jiran² CikAwiens ok jer if Mak CikAwiens nak mintak tolong memasak untuk buat kenduri...
*Tu pentingnya semangat kejiranan*
hahaha...! Gitewwww~

Group Ibu-Ibu nie pula menyelesaikan Bunga Telur 500 pcs... ;P
 Yang nie pulak geng-geng yang dah comel².... yang tak mo masuk dapur... 
Maka mereka boleh lah menolong masukkan telur 500 biji dalam bunga telur...
dan beberapa goodies yang belum settle...
CikAwiens dah tak amik port dah... sebab ada masa CikAwiens memerap dalam bilik...
sebab nak study...

HAHHH...???!!
Pengantin Bizi Study di saat Esok nye Hari Pernikahan...??!!

hehehe... kerja-kerja merebus pun mintak tolong jiran² yang buat kan.....
*Semua ringan tulang membantu*

Bakal Pengantin pulak tengah touch-up inai di jari
 CikAwiens pun ape lagi...
Maksud Malam Berinai Kecil nie...
adalah malam dimana pengantin dipakai kan inai...

Mak dan Ayah CikAwiens orang pure MELAKA...
Maka sedikit sebanyak.. Mak CikAwiens nak CikAwiens berkahwin dengan mengikut adat-adat orang Melaka berkahwin...
Then ditambah plak CikAwiens memang lahir di MELAKA...
Ape lagi.. darah Parameswara masih sebati dalam diri CikAwiens...!
Cheeewahhh...! Tentiba je kannn... hahaha..!

So, disebabkan CikAwiens ni pengantin... 
Maka CikAwiens hanya tadah tangan jer lah kan..
Adik CikAwiens yang tolong pakai kan...

hehehe... nampak tak...? Adik CikAwiens pakai plastik merah sebab nak elak tangan die comot dengan inai...
Lantak lah kaw labuuuuu... yang penting die tolong CikAwiens pakai kan inai jeeee...

CikAwiens cuma TADAH tangan jeee... hehehe..!

Tapi adik CikAwiens cuma pakai kan inai di hujung-hujung jari jer...
yang ukiran tu... CikAwiens buat dengan adik CikAwiens di Masjid India, KL (Sebelah Mydin)

Malam tue CikAwiens terpaksa tipu sunat dengan Mak CikAwiens...
Sebab Mak CikAwiens tak bagi keluar jauh²... *darah manis katee nyeee*

But CikAwiens NO CHOICES...!

I have to..
Sebab... nanti tak de la ukiran inai di tangan dan kaki CikAwiens...

But Alhamdulillah... tak da apa² berlaku...
#Aminnn...

Meh kite close-up...
Balik tue terus pakai inai pokok di hujung² jari plak...
Inai pokok nie jiran CikAwiens GIGIH mencari...

Then siap tumbuk beramai² bagi lumat...

CikAwiens cuma pakai jee....

Akan tetapi... Inai nie TAK MENJADI dan PEKAT...

Pada hari Pernikahan CikAwiens... Inai sangat CAIR... huhu...

CikAwiens pun pakai dalam 2-3 jam jer...

Sebab dalam pukul 1.00 pagi.. CikAwiens terpaksa basuh inai tue...
kerana mengganggu CikAwiens nak study....

Sob...Sob...Sob..

CikAwiens ada FINAL EXAM okeyh... pada 07/07/2012 (Sabtu)
pukul 9.00 pagi...

CikAwiens BERNIKAH pada pukul 3.00 petang...???


Nampak tak Inai CikAwiens tak menjadi... Tak pekat langsung..!


Ini lah hasil Pulut Kuning untuk Malam Berinai Besar CikAwiens...!

CikAwiens berpuashati sungguh dengan Pulut Kuning nie... 
Walaupun SIMPLE... dan tak COSTLY...
*Sebab time CikAwiens survey... untuk Pulut Kuning jer kena spend RM200 - RM300*

Apa yang penting PULUT KUNING tetap ada dalam Majlis Perkahwinan CikAwiens...





Alhamdulillah... Settle cerita Malam Berinai Kecil...
*CikAwiens kan kahwin 3 hari 3 malam* 
hahahaha...!


Lebih cerita berkaitan dengan Majlis Perkahwinan CikAwiens + IncikHubby :-
Episod 1 : Malam Berinai Kecil
Episod 2 : Malam Pernikahan
Episod 3 : Malam Berinai Besar

Terima kasih kepada :-
Make up Artist (MUA) - Nikah + Sanding : Busana Jue
Pakej Malam Berinai Besar : Andaman Linnas
Videografi : WanDet Videographer
Cameraman : Senimatografi Pictures

Thursday, 31 January 2013

Our Big Day : Review Hadiah Kahwin


























Komen~Komen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...