Wednesday 10 December 2014

Stage 5 : Sediakan Dokumen Untuk Pengesahan Ketua Jabatan


*************************************************************


Assalammualaikum...

CikAwiens baru balik dari menghantar borang pinjaman perumahan di Presint 2, Putrajaya nie..

Fuhhhh~! 

Moga Allah permudahkan segalanya... Aminnnnnnnnnn.......


Untuk menghantar borang pinjaman perumahan tue...

Memula CikAwiens print segala jenis dokumen yang diperlukan 
oleh pihak Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP)...

List kat bawah nie developer yang sediakan...

Memang mudah... Just ikut je senarai yang disediakan..



Dokumen yang diperlukan :-

1.   Borang Permohonan Pinjaman (borang ini mestilah telah lengkap diisi di laman web BPP)
      Cuma print out sahaja (www.https://sppb.treasury.gov.my)

2.   Surat Iringan Asal Ketua Jabatan
      Pemaju telah sediakan contoh.... 
      Ketua Jabatan / LKIM cuma sediakan menggunakan letterhead asal LKIM jer...
      Sila rujuk dengan HR / Bahagian Pentadbiran anda

3.  Wang Proses RM 100.00
     Bayaran boleh dibuat melalui online atau bank draf.
     CikAwiens guna online je... Sebab lebih mudah.... 
     CikAwien ada buat entry pasal wang proses nie... Boleh lihat kat entry nie...

4.  Salinan Kad Pengenalan
     Sila photostat dan minta Ketua Jabatan anda sahkan... (Salinan diakui sah)

5.  Slip Gaji (3 bulan)
     CikAwiens sediakan 3 Bulan terkini (September / Oktober / November).... 
     Then minta Ketua Jabatan anda sahkan... (Salinan diakui sah)

6.  Salinan Surat Pengesahan Jawatan
     Salinan nie memang ada dalam simpanan CikAwiens... 
     If tak ada, anda boleh merujuk ke HR...          
     Sebab surat ini ada dalam rekod fail peribadi anda.... 
     Then minta Ketua Jabatan anda sahkan... (Salinan diakui sah)

7.  Borang Persetujuan Menyelesaikan Baki Hutang Pinjaman
     Borang ini ada dalam lampiran Borang Permohonan Pinjaman online kita...
     Cuma susun semula... Then mohon Ketua Jabatan tanda tangan...



Dah selesai semua.... Boleh lah hantar sendiri ke 
Bahagian Pinjaman Perumahan di Presint 2....

Bahagian Pinjamanan Perumahan, Perbendaharaan Malaysia
No 9, Kompleks Kementerian Kewangan, Persiaran Perdana, 
Presint 2, Pusat Pentadbiran Persekutuan 62592 Putrajaya, 
Tel    : 03-8880 2000 / 2200 / 2400 / 2600
Faks : 03-8880 2440




CikAwiens hantar sendiri sebab ofis CikAwiens agak dekat jugak la dengan Putrajaya,,, Presint 2...

CikAwiens hantar borang nie pada 10 Disember 2014 (Rabu)

Nanti CikAwiens update bila loan CikAwiens dah diluluskan yeee...


(~_______________________^)v








No comments:

Post a Comment

Komen~Komen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...