1 - BERBELANJA KURANG DARI PENDAPATAN
Anda
dan pasangan perlu mengetahui kedudukan kewangan dan bersedia untuk
menghadapi sebarang kemungkinan. Biasanya dalam berbelanja, wanita lebih
cenderung untuk berbelanja lebih kerana wanita yang mengetahui selok
belok barangan yang diperlukan di rumah. Tetapi ini tidak bermakna anda
boleh membelanjakan wang sesuka hati. Anda disarankan membeli satu atau
dua perabot pada bulan pertama mengikut keutamaan.
(CikAwiens memang pemboros sikit orang nye... nasib baik ade IncikHubby yang control perbelanjaan CikAwiens nie... kalu tak semua benda CikAwiens nak beli... hahaha... kalau gi Tesco ke Speedmart ke.. IncikHubby mesti QC dulu barang yang CikAwiens ambil... kalau tak... sure ade je benda merapu yang CikAwiens dan bayar... hahaha..! kalau IncikHubby ade sekali... mesti IncikHubby akan reject 2 barang dari 10 barang yang CikAwiens ambil... huhuhu...)

2 – RUJUK ORANG BERPENGALAMAN
Kaedah
pengurusan kewangan yang teratur juga boleh diperoleh dengan merujuk
maklumat dan panduan yang diambil dari buku-buku,majalah atau pengalaman
melalui rakan-rakan yang telah lama berumahtangga. Jangan sesekali
mendapatkan pengalaman dari seseorang yang memang terkenal dengan sikap
boros dan suka mementingkan gaya hidup tinggi. Kalau boleh, pastikan
anda tahu memilih sumber rujukan mengikut kemampuan anda.
(Yang nie pun CikAwiens ikut... sebab kawan-kawan CikAwiens ramai dah kahwin... especially ofismate... so... dorang la sumber rujukan terdekat CikAwiens.. TQ kawan-kawan..! )
(Yang nie pun CikAwiens ikut... sebab kawan-kawan CikAwiens ramai dah kahwin... especially ofismate... so... dorang la sumber rujukan terdekat CikAwiens.. TQ kawan-kawan..! )
3 – UBAH TABIAT ZAMAN BUJANG
Siapa
kata sikap zaman bujang tidak langsung mempengaruhi alam perkahwinan?
Kalau dahulu anda biasa membelanjakan duit sesuka hati, tetapi setelah
berkahwin sistem kewangan anda perlu diatur dengan bijak dan seimbang.
Mungkin selepas kahwin, anda perlu fikirkan keluarga ataupun simpanan di
masa hadapan. Ia juga melatih diri dan ahli keluarga anda yang lain
supaya lebih bijak mengendalikan urursan kewangan untuk mengurangkan
perbelanjaan seisi rumah.
(Betul kawan-kawan... bila dah berkahwin nie... corak perbelanjaan kite kena berubah taw... pada permulaan nya CikAwiens sukar untuk ubah cara perbelanjaan CikAwiens.. kalu dulu waktu bujang... Tiap-tiap minggu especially Hari Jumaat (rehat panjang) mesti dan wajib CikAwiens akan melabur kan pendapatan di kedai-kedai Jalan TAR, KL... but... bile dah kahwin ni kena control... banyak lagi keperluan lain yang lagi penting... sobs...sobs...sobss..!)

4 – TENTUKAN MATLAMAT
Biasanya
selepas berkahwin, setiap pasangan pasti merancang untuk membeli
beberapa aset penting seperti pembelian rumah, kereta dan juga aset
lain. Rasanya tidak salah anda mempunyai perancangan seperti itu. Bagi
pihak lelaki, tentunya tanggungjawab menjadi lebih besar kerana sebelum
berkahwin, anda harus menyediakan segala-galanya. Tetapi tidak salah
jika anda melakukan perbincangan bersama pasangan anda sebelum merancang
untuk berkahwin.
(Setakat nie matlamat kami suami isteri adalah untuk memiliki rumah sendiri di kawasan Klang Valley atau area Selangor... Alhamdulillah.. setakat ini kami berdua telah memiliki kenderaan mampu milik kami masing-masing... Amin... dan CikAwiens juga telah membeli rumah untuk disewakan oleh pelajar IPTA... di kampung CikAwiens - Melaka...)

5 – AGIHKAN PENDAPATAN
Setelah
mengetahui jumlah pendapatan seisi rumah sebulan, anda boleh
mengagihkan perbelanjaan mengikut keutamaan. Perbelanjaan untuk
keperluan asas yang terdiri dari makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Perbelanjaan untuk kehendak seperti membeli perabot, peralatan elektrik,
perhiasan dan kenderaan. Manakala agihan untuk simpanan penting untuk
waktu kecemasan dan kesihatan. Pelaburan jangka panjang juga perlu
dirancang.
(Pendapatan kami berdua memang diagihkan dengan baik... kami telah sepakat untuk membeli keperluan peralatan elektrik sejurus selepas kami berkahwin.. Alhamdulillah segala keperluan harian telah dibeli dan lengkap untuk digunakan... Tak perlu pikir lagi...)

6 – REKOD PERBELANJAAN SEBENAR
Ramai
pasangan berjaya membuat agihan perbelanjaan namun tidak merekodkan
perbelanjaan sebenar. Anda harus ingat! Melalui rekod perbelanjaan ini
kita dapat mengetahui nilai sebenar perbelanjaan yang dikeluarkan
berbanding ketika membuat perangcangan perbelanjaan. Jadi mulai saat
ini,pastikan anda simpan setiap bil-bil dan resit-resit perbelanjaan
anda.
(Selalu nye perbelanjaan CikAwiens adalah dengan menggunakan kad kredit... oleh itu.. perbelanjaan boleh disemak dari semasa ke semasa...)
(Selalu nye perbelanjaan CikAwiens adalah dengan menggunakan kad kredit... oleh itu.. perbelanjaan boleh disemak dari semasa ke semasa...)
7 – NIKMATI HIDANGAN DIRUMAH
Tabiat
makan biasanya bermula sejak zaman bujang lagi. Mungkin anda selalu
makan di restoran yang lebih mempunyai keburukan dari kebaikan. Perlu
ingat selepas kahwin, belanja anda akan bertambah. Lebih baik makan di
rumah. Bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan menjimatkan wang anda
tetapi juga mengeratkan hubungan dengan pasangan anda.
(Bab masak nie... memang CikAwiens aplikasi kan secara maksima... ini kerana IncikHubby tidak gemar untuk makan di kedai.. kecuali beberapa faktor yang tidak boleh dielakkan.... means... jika CikAwiens busy dengan Class... memang kedai adalah pilihan kami.. Akan tetapi, jika CikAwiens ada dirumah... memang WAJIB CikAwiens memasak... kerana IncikHubby suka makan dirumah lagi berbanding makan di kedai... Aminnn)

8 – BUAT BELANJAWAN BERSAMA
Bagi
pasangan suami isteri yang bekerja, mereka harus membuat belanjawan
bersama-sama dengan menggabungkan pendapatan dan perbelanjaan keluarga.
Antara faedah yang diperolehi ialah dapat mengelakkan wanita menanggung
beban si suami atau si suami yang terpaksa berhadapan dengan si isteri
yang menempah barang-barang atau berbelanja di luar kawalan.
(Hehehe... yang ni CikAwiens tak buat sebab.. kebanyakan perbelanjaan bil dan wajib ditanggung oleh IncikHubby... kadang kala sampai CikAwiens lupe bil ape kena bayar sebab semua nye IncikHubby yang selesaikan... CikAwiens hanya berbelanja ikut ape yang CikAwiens nak beli... means barang dapur ke... but tiap bulan... mesti akan ke Tesco untuk beli barang keperluan bulanan... dan diselesaikan oleh IncikHubby.. CikAwiens terlibat dalam pembelian runcit seperti barang basah dan sayur... )

9 – UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI
Bagi
anda yang baru berumah tangga mungkin terikut-ikut dengan keperluan
seperti mana yang dimiliki oleh orang lain yang telah berkahwin. Mungkin
pada waktu inilah masing-masing sedaya upaya memenuhi impian setiap
pasangan. Anda tidak perlu mengikut cara orang lain, sebaliknya perlulah
mengikut kemampuan sendiri. Sebagai lelaki mungkin anda memainkan lebih
peranan mengawal perbelanjaan.
(Yaaa... bab nie memang IncikHubby yang memain peranan penting dalam mengawal perbelanjaan CikAwiens... hehehe.. kalau ikut kan CikAwiens memang sangat la pemboros... hehe.. sampai IncikHubby pernah mengatakan yang CikAwiens PEMBOROS YANG KRITIKAL... huhuhu) Terima kasih IncikHubby kerana selalu mengingatkan isterimu nie.. supaya berbelanja dengan jimat...

10 – KUMPUL DUIT LEBIHAN BELANJA BARANG DAPUR
Siapa
kata dengan saki baki duit syiling hasil lebihan membeli barang dapur
tidak boleh mencecah hingga ratusan ringgit? Kadang-kala kita tidak
sedar bahawa duit yang sedikit itu ‘lama-lama menjadi bukit’. Mulakan
dengan membuat tabungan setiap kali pulang dari membeli belah. Tambahan
juga duit tersebut juga boleh digunakan sebagai tujuan kecemasan seperti
membaiki kenderaan atau juga kemalangan yang tidak diduga.(CikAwiens memang suke menyimpan duit syiling... kalau dapat coins tue.. jarang CikAwiens belanja dan akan simpan di dalam tabung Pooh CikAwiens... ngeeee~)
Terima kasih atas perkongsian tip yang berguna ini.
ReplyDelete