Saturday 11 July 2015

11-07-2015 : 13Months of Al-Aish

Mummy hari ni tentibe rajin plops nak hapdate on the date.

Hari nie 11 Julai 2015 bersamaan 24 Ramadhan.. Hari nie Al-Aish dah 13 bulan dah. Cepat betul rase Al-Aish dah 13 bulan. Rase baru celebrate birthday Al-Aish yang pertama @ 12bulan ari tu.

Hari ni dah bertambah lagi sebulan umur si kenit Mummy nie. Huhuhu.. pantas betul. So far progress Al Aish macam kanak kanak lain jugak.

Berjalan
So far sepanjang Al-Aish 13 Bulan nie.. Al-Aish dah pandai bertatih masa umur 11bulan 2minggu. Then betul-betul lincah berjalan masa 1 tahun ari tu. Maksud nye officially berjalan pada umur setahun. Sekarang dah 13 bulan. Dah makin kurang jatuh masa berjalan.

Gigi
Setakat ini, gigi Al-Aish dah 5batang setengah.. hahahaha! Siap ada setengah lagi kan.
Sebab 3batang gigi kt atas dan 2batang gigi kt bawah. Dan dah nampak lagi sebatang nak tumbuh lagi kat bawah tu. Tu Mummy panggil 5batang gigi setengah.. hahaha!

Bercakap
Al-Aish so far masih tak boleh sebut Mummy atau Walid lagi.. tapi dah pernah sebut 'Abah' tu sebenarnya Aki (Abah Walid), 'Ayah' tu sebenarnya Atok (Ayah Mummy). Sebab selalu Al-Aish dengar Mummy dan Walid panggil macam tu kot.

Then Al Aish dah pandai buat bunyi Cat and Lion. Bila nampak Cat je terus bunyi.. Cit cit cit. Buat panggil cat. Hahaha.. Ni sebab Walid ajar la nie. Bile tunjuk picture Cat kt book pun Al Aish akan bunyi kan bunyi Cit cit cit sambil petik cari macam nak panggil cat makan tu. Hahaha!

Yang lion or tiger plak bunyi nye sama je Walid ajar. Tak de pun bezanya.. haha.. Nasib la labu~
Nanti ade masa Mummy betul kan balik bunyi Lion and Tiger tu. Sebab Nenek pun gelak bila Al Aish nampak tiger and Lion je.. Terus bunyi apa yang Walid ajar. Hahaha!

Tak Pandai Pegang Botol Susu..!
Dah setahun sebulan nie.. Al Aish masih tak pandai dan tak reti pegang botol. Tapi bukan tak reti nak pegang but more on mengada.. kat umah pengasuh kan ramai yang hadap die. So sampai sekarang memang tak nak pegang botol susu sendiri. Bila suruh pegang.  Mesti die akan keraskan tangan die. Then if paksa jugak suruh pegang.. mesti die akan bangun or tak nak menyusu lagi... haihhhhh~ geram je mak ko ni nak..!
Tapi Mummy sabarkan jeee... sebab kang anak tak nak menyusu langsung plak.. huhuhu~

No comments:

Post a Comment

Komen~Komen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...