Thursday 7 February 2013

.: 07-02-2013 : Kisah di Sebalik 7 Months Hubby & Wifey :.

07-07-2012 ~ as wifey
07-08-2012 --> ~♥~
07-09-2012 --> ~♥~ ~♥~
07-10-2012 --> ~♥~ ~♥~ ~♥~
07-11-2012 --> ~♥~ ~♥~ ~♥~ ~♥~
07-12-2012 --> ~♥~ ~♥~ ~♥~ ~♥~ ~♥~


07-01-2013 --> ~♥~ ~♥~ ~♥~ ~♥~ ~♥~ ~♥~
07-02-2013 --> ~♥~ ~♥~ ~♥~ ~♥~ ~♥~ ~♥~ ~♥~
7 Months in Lovely Married


Assalamualaikum w.r.t

Diam tak diam dah 7 FEBRUARY 2013 kan...!
Dah pepetang nie baru CikAwiens PERASAN..! Grrrr~

Tadi wassep terus IncikHubby... remind kan date nie...
then IncikHubby replied...
[Anje baru perasan ke hari nie 7hb... B diam jer.... tu pasal semalam B senyuummmmmm jeeee]

Hampagas betul..! bukan nak ingat kan CikAwiens pepagi tadi... Haissshhh..!
then bile CikAwiens replied macam marah sebab tak ingatkan....

IncikHubby replied macam nie plak....
[B nak cakap malam nie... huhuhu... Anje tak pandai plan.... B dah plan dah... terbantut sudaaa.... Blueeekkkk... :P :P :P]  *Ikon lidah terjelir pun IncikHubby sent taw... CikAwiens tak edit pape pun wassep IncikHubby tadi... hahaha!*

Hahahaha... CikAwiens nie kan gelojoh sket... hahaha..!
 
Sebenarnya CikAwiens baru tersedar dari lamunan bile kawan rapat CikAwiens sms bagi taw yang Marlini dah selamat bersalin BABY GURL petang nie... dalam pukul 2.00 petang macam tue..!

So, sepanjang CikAwiens dah TUJUH bulan bergelar isteri IncikHubby nie... CikAwiens ada mengalami pengalaman sedih... bila mana... CikAwiens rase CikAwiens miscarriage akhir bulan January ari tue...
 
Kebelakangan nie CikAwiens kerap membaca dan meng'goole'.... 
*Ye lahh... sekarang masa CikAwiens banyak sebab tak de kelas malam... kan CikAwiens tengah CUTI SEMESTER sekarang...* kekeke~

Dalam sibuk membaca dan meng'goole'... CikAwiens terjumpa artikel... 

TANDA-TANDA AWAL KEHAMILAN

Sebabnya CikAwiens dapat merasakan beberapa perubahan yang berlaku ke atas CikAwiens...
Dalam kesepuluh-sepuluh tanda tue... terdapat 7 tanda yang CikAwiens alami sepanjang bulan satu ari tue...

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif


Tanda yang sama dengan CikAwiens adalah :-
1) Rasa lapar yang berpanjangan. (YES)
    Yang nie memang CikAwiens alaminya kerana CikAwiens cepat rasa lapar.... Rase nye selang sejam atau dua jam CikAwiens akan makan... makan dan makan... huhuhu~


2) Perubahan pada warna disekeliling payudara. (YES)
    Yang nie pun CikAwiens perasan berlaku terhadap CikAwiens....


3) Kerap membuang air kecil. (YES)
    Yang nie memang TEPAT... sebab IncikHubby sampai tegur CikAwiens... sebab kerap ke toilet... then sampai ke tahap suruh jumpa doktor sebab takut terdapat penyakit lain... sebab tak terpikir pasal tanda awal kehamilan... ;(

4) Merasa tidak bermaya. (YES)
    Yang nie pun CikAwiens perasan berlaku terhadap CikAwiens....

5) Sakit dan tegang pada payudara (YES)
    Yang nie pun CikAwiens perasan berlaku terhadap CikAwiens....

6) Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari.. (YES)
    Untuk tanda nie memang berlaku terhadap CikAwiens sehingga CikAwiens pelik... sebab nya, tiap kali CikAwiens pakai seluar JEANS... CikAwiens akan rase senak di kawasan ari-ari... then lagi terkejut... sekarang dah tak rase pape pun if pakai jeans... huhuhu...

7) Rasa loya dan muntah.(NO)
    Belum merasa tanda nie... ;)

8) Suhu asas badan tinggi berpanjangan. (YES)
    Yang ni pun CikAwiens alami..... sebab IncikHubby selalu tanya CikAwiens... sama ada CikAwiens nie demam ke tak... sebab suhu badan CikAwiens kerap panas bile malam hari.... Haihhhh~~


9) Missed Period (NO)
    Yang nie tak de... but CikAwiens cuma terperanjat sebabnya PERIOD CikAwiens keluar awal seminggu... kire nya period CikAwiens keluar awal dalam 8-9 hari dari date sebenar...!

10) Ujian air kencing yang positif (NO)
       Yang nie CikAwiens tak nak buat lagi sebab nak layankan rase tue dan akan mengesahkan apabila masuk minggu ke4 dan seterusnya...! huhuhu~


CikAwiens dapat merasakan CikAwiens dah preggy dalam masa 3 minggu kerana CikAwiens memang betul² kira masa period dan kesuburan CikAwiens...

Then CikAwiens nak tunggu CikAwiens lewat period dulu baru CikAwiens sahkan kehamilan tersebut... but ALLAH Maha Mengetahui... Tibe-tibe CikAwiens period awal dari tarikh sebenar... hurm...
*CikAwiens memang dah rekod dalam iPad hal period CikAwiens.. dan beberapa bulan sebelum nie... memang period CikAwiens datang tepat awal berbeza sehari lewat atau sehari awal...*

Memang CikAwiens tengok perkiraan software di iPad tue betul... kadang tue.. CikAwiens baru sedar bile CikAwiens dah period... then tengok di software tue... memang dah disetkan memang date sekian-sekian tue CikAwiens period.... Even date masa subur CikAwiens pun betul dan TEPAT...

But pada masa CikAwiens yakin sebenarnya CikAwiens preggy.... sebab beberapa simptom yang berlaku... even selepas seminggu CikAwiens 'bersama' CikAwiens dah rasa nyilu dibahagian ari-ari CikAwiens... dan rase tue sangat berbeza dari sebelum-sebelum nie... *dah kata CikAwiens dah berkahwin 6 bulan kan... tak kan CikAwiens tak tahu nak membezakan rase nyilu tue* lalalalalalala~

Then... pada masa CikAwiens period tue... CikAwiens berlaku pendarahan... sebab tibe-tibe di panties CikAwiens ada keluar secalit darah.. huhu.. darah tue berlaku dalam 2 hari... then... pada hari ketiganya plak... CikAwiens period... dan period pertama CikAwiens adalah SEKETUL DARAH... huuhu...

Sepanjang beberapa tahun nie... CikAwiens TAK PERNAH period keluar seketul darah... then seketul darah tue agak mencurigakan CikAwiens...

Bile CikAwiens selidik thru PakCik Google dan kawan² CikAwiens... berkemungkinan CikAwiens GUGUR... huhuhu!

Sedih jer by that time...

Pas tue... bile habis je darah period tue... tiada lagi simptom-simptom awal kehamilan... huhuhu..!
CikAwiens dah boleh pakai JEANS balik tanpa rase nyilu dibahagian ari-ari... huhuhu...

Kawan CikAwiens cakap berkemungkinan rahim CikAwiens tak kuat dan ditambah pula KELASAKAN CikAwiens yang sedia ada nie... huhuhu..!

Sebab tue IncikHubby selalu marah CikAwiens apabila CikAwiens bersikap agresif... hahaha..!
Kadang tue sikap je lasak... tapi rahim di dalam tue... kite tak tahu kan... huhuhu...!

NOTA KAKI : Semoga ALLAH mempermudahkan perjalanan hidup bahagia Kami Suami Isteri... 
CikAwiens REDHA ape yang ALLAH telah tetapkan dalam perjalanan bahagia ini... AMinnn~


No comments:

Post a Comment

Komen~Komen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...