Saturday 19 January 2013

8P TIP KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA

8P TIP KEBAHAGIAN RUMAHTANGGA


1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga

7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain

8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.


Insya-Allah.... <3




Nota Kaki : Semoga ALLAH s.w.t sentiasa memberi kemurahan rezeki yang melimpah ruah kepada kami berdua suami isteri... Tidak kira rezeki wang ringgit dan kebahagiaan...
Aminnnnnn ya rabb~

1 comment:

  1. kena amalkan semua P ni kan.. baru happy.. hihi.. tq, tip berguna utk org baru kawin macam kita ni.. :)

    ReplyDelete

Komen~Komen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...