Monday, 10 November 2014

Mummy is Excited to Give Al-Aish Food...~!

Al-Aish sekarang dah 5 bulan lebih...
Bulan depan dah masuk 6 bulan...

Mummy macam excited nak bagi Al-Aish solid food....

Semua kelengkapan untuk solid food Al-Aish Mummy dah sediakan...

Then Mummy saja je la request Free Sample kat Nestle nie...

Saya je try...
 Disebabkan Al-Aish baru 5 bulan... Mummy saja letak Al-Aish dah umur 7 bulan... ;)

Mummy nampak FREE SAMPLE kat facebook...

Cerelac FREE..!! <--- Klik link nie...



Memula "LIKE" Page Nestle Junior Club...


Yeaaaayyyy...!! 
Dah "LIKE"


Lepas tue scroll down... Click ke "Request FREE Sample"



Click 'tick' kat Terms and Conditions then Click "NEXT"


Isi semua details then click "SUBMIT"


Kemudian, kite dah berjaya submit....

Dalam masa 2 minggu kite akan dapat sample free tue...

Hehehe~!!

Saya je suke-suke request Sample Free nie...



Friday, 7 November 2014

TIPS : Makan Bersama Kunci Kebahagian Suami Isteri

Assalammualaikum... Selamat Hari Jumaat....
Petikan dari Facebook.... (",)v
Suami yang bekerja di pejabat, dapat menikmati makan tengahari di restoren yang banyak jenis lauk-pauk yang disukai. Dapat kita memilih mengikut selera kita. Malah boleh juga mendapat layanan yang "special" dari pelayan-pelayan restoren pilihan kita itu. Biasanya kita makan bersama-sama dengan rakan sepejabat. Ada juga yang mengajak bersama rakan sepejabat wanita beramai-ramai untuk majlis-majlis tertentu. Maka penuhlah di atas meja makan kita itu dengan lauk-pauk pilihan kita. Kadang-kadang kalau ramai yang datang, kita akan satukan dua-tiga meja sekali. Kita dapat merasakan keseronokan itu.
Pernah tak kita bayangkan pula bagaimana isteri kita yang full-time house wife tu makan tengahari di rumah. Dia memiliki amat terbatas pilihan untuk tempat makannya dan pilihan lauk-pauknya pula juga amat bergantung pada apa yang dia sendiri masak. Jemu-jemu makan di dapur, dia akan makan mengadap TV dan tak mungkin dia makan di atas katil kita. Maka sendirianlah dia dengan melongokkan nasi dan lauk-pauk ke dalam satu pinggan. Sungguh menjemukan dia. Walau bagaimanapun, dia tetap juga masak lauk-pauk untuk kita pada malam nanti.
Kita pun balik ke rumah dengan sifat kita yang sentiasa sibuk dengan urusan rekreasi, jamaah dan persatuan. Kita tidak sempat menjenguk ke dapur untuk melihat apa yang dimasak oleh isteri kita pada hari itu. Malah selepas maghrib, sebaik saja isteri telah menghidangkan makan malam, kita pula bergegas keluar tak sempat nak bersama dengan mereka kerana ada urusan jamaah, persatuan dan masyarakat yang "penting" atau kawan-kawan "calling" ajak mengeteh di luar. Balik tengah malam, kita pun terus masuk tidur dan bangun pagi dengan semangat baru dengan penghidupan baru.
Kita tidak sentuh pun nasi dan lauk yang isteri kita simpan untuk kita semalam. Yang mana semalamnya, isteri kita melarang anak-anak kita menyentuh lauk kegemaran kita itu kerana bimbang kita balik nanti,...tak ada lauk pula. Bila bangun pagi isteri kita lihat, nasi dan lauk langsung tidak berusik....KECIK HATI DIA.
Apa silap suami?
Makan bersama di satu meja lelaki dan wanita adalah satu perhormatan sosial yang menggambarkan pasangan yang sedang makan itu sedang menjalin hubungan kasih sayang antara mereka. Malah yang lebih nak menunjuk-nunjuk tu, dengan menyedut straw serentak dalam satu gelas yang sama. Ini menunjukkan mereka sedang berkomunikasi pada umum yang mereka adalah pasangan "ideal" yang sedang bercinta. Dan dengan lain perkataan, wanita ini jangan kacau... aku yang punya.
Begitu juga isteri kita. Makan bersama itu adalah satu penghormatan suami terhadap isteri atas sumbangannya dalam rumah tangganya itu. Seolah-olah kasihnya berbalas. Malah lebih menyeronokkan isteri ialah dia dengar perbualan telefon kita dengan rakan menolak ajakan makan di luar disertai dengan nada megah memberi tahu rakan-rakan kita yang malam itu isteri dah masak untuknya. Malah lebih sangat seronok lagi, bila suami membawa bekal nasi dan lauk ke pejabat yang disediakan oleh isteri pagi-pagi lagi.
Bagi isteri yang kerja pejabat satu bangunan dengan suami , elok dijadikan budaya makan bersama dengannya di kanteen pejabat tu. Ada peristewa seorang suami berbangga kerana tak pernah dalam sejarahnya makan semeja dengan isterinya. Dan malah berbangga kerana ketua jabatannya masih tak kenal siapa isterinya itu.... rupa-rupanya mereka menghadapi masalah komunikasi rumahtangga.
Jadi, berilah penghormatan sosial kepada isteri kita itu. Beritahulah pada umum yang isteri kita itu adalah pasangan ideal kita di dunia dan juga akhirat. Jika hubungan kita dengan isteri tidak se ideal yang kita harapkan.. maka hisablah diri kita akan tingkahlaku kita.. berapa kali kita makan bersama dengannya... berapa kali kita memuji keenakan masakannya.. berapa kali kita pernah berdoa waktu makan bersama-sama dengan nya.. berapa kali kita menyebut "Ya Allah ya Tuhan kami, berkatilah rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami dan jauhilah kami dari azab neraka yang panas" bersama-sama mengangkat tangan dengan isteri dan anak-anak kita. .... jika belum banyak,..... maka: "Selamat mencuba"




Wednesday, 5 November 2014

Resipi : Kentang Putar


RESIPI KENTANG PUTAR
Bahan - bahan untuk 5 orang
BAHAN A : KENTAR PUTAR
5 biji kentang dibuang kulit dan dipotong 4
Sedikit lada hitam(kalu nk pedas bubuh la lebih)
Garam secukup rasa
1 sudu susu pekat manis
BAHAN B : SOS
4 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar mentega
Sedikit lada
Cara-cara
- Rebus kentang sehingga empuk masuk kan garam sedikit. 1. Tos kan air dam lenyekkan, guna hand mixer putar kentang sehingga halus.masuk kan lada hitam dan susu.
- Kentang dah siap...untuk sos pulak..
1.rebus bawang merah,lobak merah dan kiub ayam dalam 10 minit 2.tos kan air rebusan td.
3.masuk kan mentega kedlm kuali dgn api yg kecil,kemudian msk kan tepung gandum,kacau jgn bergentel
4.masuk kan air rebusan td,bersama lada hitam,sos tiram dan beberapa titil kicap pekat.kacau2 dan dah siap


Tuesday, 4 November 2014

Stage 2 : Rumah Taman Pokok Mangga


Sabtu lepas, 1 November 2014 (Tarikh Booking Date : 6 Oktober 2014).... Agen jual rumah kat Taman Pokok Mangga sms CikAwiens... Maklumkan yang CikAwiens boleh datang ke ShowHouse unit untuk sign Sales and Purchase Agreement (S&P) dan Borang 14A....

Tapi disebabkan CikAwiens tak balik ke Melaka that week... So, tak boleh lah CikAwiens sign S&P dan Borang 14A tue... Maybe next week or next two weeks CikAwiens balik Melaka kot... Bergantung kepada keadaan....

Then hari Ahad lepas Mak dan Ayah CikAwiens melawat kawasan pembinaan rumah CikAwiens... 
Hehehehe~ Excited mak dan ayah CikAwiens tue.... Hihihihi~

Suke pulak Mak dan Ayah CikAwiens melawat rumah anak nya tue.... Hehehe~ Suke betul CikAwiens bilamana parents CikAwiens gembira macam tue... CikAwiens kira laaa.... Tiap kali balik Melaka... Mesti parents CikAwiens monitor progress pembinaan tue...

CikAwiens pun belum lagi melawat tapak exact rumah CikAwiens tue... Just melawat ShowHouse unit jer masa booking bulan lepas.... (",)b



Ni gambar yang Mak CikAwiens wassep Ahad lepas.... (",)b


Unit Rumah CikAwiens dan IncikHubby.... (~________^)v

Pandangan dari Belakang Rumah CikAwiens dan IncikHubby....

(~_____________^)v

*tersenyum lebar*


Caption wassep Mak CikAwiens :- 
"Rumah awin....
Ayah Emak berdiri tue kawasan belakang rumah awien. Sempadan"


Mak dan Ayah CikAwiens melawat tapak...!! 


Terima kasih Mak dan Ayah...



I'm so happy if both of you HAPPY....!!



Monday, 3 November 2014

Expo Moms & Baby 2014 @IDCC, Shah Alam

Assalammualaikum....

Selamat Pagi ISNIN...!!

Sabtu lepas kan Mummy ada update yang Mummy nak gi Expo Baby kat IDCC, Shah Alam nie..
Tapi Sabtu lepas kan ade perlawanan bola antara Johor (JDT) 'vs' Pahang (PDM) untuk Piala Malaysia... So, Walid cakap nak lepak kat umah Makcik Walid kat Cheras... Nak tengok bola reramai bersama-sama cousins Walid....

So, Mummy layankan jeee.... (",)v

Plan ke IDCC, Shah Alam ditangguhkan ke hari semalam (Ahad)....
Mummy dan Walid keluar rumah dalam pukul 4.00 petang jugak laa... ;)








Al-Aish berposing sementara tunggu Walid siapkan beg galas Al-Aish... Hehehe~
Al-Aish dah boleh meniarap... Tapi Al-Aish berat badan sikit nak kerap meniarap....

Kadang-kadang je baru nak meniarap.... -__+"


Dah sampai ke Expo Moms & Baby nie... 
Mummy ajak Walid ke Registration Hall kat Hall 1...
Dah la Mummy sampai-sampai ke kat Hall 7 terus... So, kena menapak lah kat Hall 1 untuk pendaftaran.... (~_~)m

Mummy dan Walid semasa mendaftar..... 
Boleh dapat 2 Goodies Bag..! ;P


Masa nie kat booth Spectra.... Mummy nak beli Bottle Adapter...
Sebab kerap kali bila Mummy pump susu... Botol akan penuh...
Botol susu Spectra boleh masuk 5oz jee... Then max kapasiti 6oz jee....
Bila tengah pump tu... Bila botol penuh... Then Mummy tukar botol pulak...

Mesti prestasi susu Mummy merudum... 
Padahal sebelum tukar botol tu mencucah-curah susu Mummy keluar... 
Bila tukar botol... Performance slow... hahahaha~

Tu Mummy nak carik Bottle Adapter...

Then masa kat Booth Spectra tue... Mummy dengar explaination pasal Freemie... 
Cup untuk mengepump...

Harga asal RM 289.00
Harga promo adalah RM260.00

Ikut hati memang nak grab jeeeeee.... Tapi bajet tak de pulak...

Macam nak swap je kad kredit.... Tapi Walid tak izinkan... 
Walid suruh tunggu dulu.... Ada duit nanti baru kite beli yeee Mummy....
Walid pujuk Mummy macam tue... hehehe~


Dah settle semua.... Walid cakap Walid dah lapar sangat....
Moh la kite dinner kat Seksyen 7.... (",)v

Lepas dinner... Walid dan Mummy terus balik....
Al-Aish so behave sepanjang kita keluar semalam.... (",)b

GOOD BOY BABY...! 
(~_^)b


Ni adalah hasil rembatan pantas Mummy semalam... hehehe~!

Drypantz Drypers : RM 33
Promo : RM123/4bag (RM 30.75/1bag)  <---- Still mahal...
Sebab Mummy boleh dapat RM 29.90 / RM 30.00 jeee kat luar Expo...

Baby Food Storage Cups : RM 16.00
Murah sebab kat online RM 20.00++

Stroller Hook : RM 8.00
Kat Daiso just RM 5.00 jeee~

Bottle Adapter Spectra : RM 21.00 (Less 25%)
Murah sebab online pun RM 24.00 exclude postage....

Autumnz Plastic Milk Storage : RM 18.00 / 2pcs
Harga murah... Tapi boleh dapat kat online with same price... 
But then jimat kos postage...

Baby Stokin : RM 20 / 5 pairs
Murah dah kot... :D

Jumpsuit Merah : RM 10.00
Ni memang Mummy rasa sangat murah sebab RM10.00 je sehelai... 
Biasa jumpsuit RM 25.00++


Ni pulak GOODIES EXPO....

Berbaloi la register... hehehe~



Tata titi tutu~


Sunday, 2 November 2014

Spectra M1 : 16oz per session...!

Alhamdulillahhhh....

Syukur ke hadrat ilahi... Pada hari ini genap 145hari (2 November 2014) Al-Aish menyusu dengan Mummy...

Fully breastfeed...! Yeayyyyy...!

Syukur.. Sebenarnya Mummy pun tak sangka rezeki Al-Aish semurah ini...

Mummy dan Walid berusaha yang terbaik untuk Al-Aish... ;)

Dari Al-Aish dalam perut Mummy lagi.. Mummy dah niat dan berdoa agar Mummy dapat menyusukan Al-Aish selama yang mungkin.. In sha Allah sehingga 2 tahun..

Tapi bila Al-Aish lahir.. Mummy sedar... Menyusukan anak sepenuhnya bukan nya mudah...!
Mummy kene banyak gali ilmu penyusuan anak dan pengendalian susu perahan Mummy nie...

Banyak persediaan yang Mummy kene sediakan untuk menjayakan niat Mummy nie... ;')

Itu belum masuk peralatan yang perlu Mummy sediakan.. Hmmm..
Breastpump pun boleh tahan mahal... Tapi demi anak tercinta... Walid sanggup belikan untuk memudahkan Mummy...

Jika ramai orang cakap... Bile si ubu nie nak fully breastfeed anak.. Mesti sebab nak jimat duit beli susu... Hmmmm...!
Korang kene sedar... Peralatan untuk penyusuan pun boleh tahan mahal ok... Dalam 4 bulan nie.. Mummy dan Walid dah berhabis hampir RM1k... Huhuhu...
(Jika dibahagi selama 4bulan.. Sebulan kos susu adalah RM250)
Tapi kos ini akan berbaloi jika Al-Aish menyusu dalam tempoh 2tahun atau lebih...

Macam Mummy.. Walid belikan breastpump Spectra M1..
Sebab breastpump tu yg sesuai dengan Mummy... Belum masuk Bottle Storage Milk.. Plastic Storage Milk.. Sticker etc..

Ehhh.. Dah melalut pula Mummy nie.. Mummy sebenarnya nak cerita benda lain.. Termelalut benda lain plak.. Hehe.. ;P

Nanti la if ade masa Mummy nak story peralatan yang diperlukan untuk penyusuan penuh anak niee..

Mummy kali nie nak update jat blog... Pencapaian TERBANYAK Mummy mengepump setakat ini...

Hasil nye 16oz sekali pump... Wowwww...! Teruja sangat okeyhhh~

Selalunya Mummy dapat 10oz -12oz sekali pump...

Kat office biasa nya Mummy pump susu 2 sesi je... Kadang bila terlupa or tak de masa... Satu sesi jeee... Huhuhu...
*Maafkan Mummy Al-Aish... Mummy kadang-kadang tak istiqomah dalam hal nie*

Ni lah hasil tuaian Mummy di ofis pada hari Jumaat lepas... (",)v

Saturday, 1 November 2014

Happy Saturday... 144days...!

Holla kawan kawan Mummy..!

Hari nie Mummy rajin update blog thru handphone... Hehehe..

Fresh from oven kata kaw..!

Banyak benda Mummy belum share dalam blog Mummy nie.. Hehehe.. Bila lah Mummy diberi kekuatan nak publish all story about you my little baby..  ;)

Hehehe.. Hari nie Mummy ngan Walid tak kerja.. Memasing nak rest kat umah katanyaaa.. Nenek n atok Al-Aish ajak balik Melaka pun we all tak nak ikut... Hehe.. Sebab Mummy ada agenda lain.. Pepetang sket Mummy nak ajak Walid gi Expo Moms & Baby kat IDCC, Shah Alam.. Hehe.. ;)

Ni skrg tgh melayan Al-Aish membebel dalam rocker nye.. ;)

Tata titi tutu~

Al-Aish dengan dua pupu..!

Ni gambar Al-Aish balik kampung Walid masa Aki dan Wan balik dari Mekah...
Akhir Oktober lepas....

Masa ni Al-Aish 4 bulan 3 minggu... ;)


Ni anak keempat sepupu Walid... Nama mama die Kak Ba.. ;P


Nama Baby ni pula Muhammad Syafiq Haziq... 


Tembam betul kan Baby Syafiq...
Beza dengan Al-Aish sebulan jee...
Al-Aish kurus kenit jerrr kalau nak di compare kan dengan Baby Syafiq... 
Tembam dan tinggi... hehehe..!

Al-Aish lahir pada 11 June...
Baby Syafiq lahir pada 10 Mei...


Tapi Al-Aish fully breastfeed...
Baby Syafiq dah mula makan ngan campur susu formula.....

Kadang detik hati nie nak je bagi Al-Aish makan awal....
Sebab nak bagi badan bumbum macam Baby yang lain...

Tapi Mummy kuat kan semangat untuk FULLY BREASTFEED Al-Aish....

Without any meals except my MILK...!! 
:p

Sebab Mummy dah nekad nak FullyBreastfeed Al-Aish atleast for the first six months.... 
Hehehe~
Semoga Allah permudahkan... ;)

Pernah juga nak beli nestum... nak bancuh cair-cair dengan susu...

Nak bagi kat Al-Aish... Tapi Nenek Al-Aish bantah... Then cakap...

"Sapa nak minum susu kaw yang banyak-banyak tue..."

Terus tak jadi nak bagi Al-Aish makan nestum...

Hahahahaha..!!





Thursday, 30 October 2014

FREE 6 x 6 Mini Square Softcover Photobook : Al-Aish 1-2 Months


Hoooolaaaa~

Akhirnya... berjaya jugak Mummy siap kan Photobook FREE nie.. hehehe~

Last year Mummy ada gak grab offer dari Groupon photobook nie...
Tapi sampai ke sudah Mummy tak edit pape gambar...

Sayang betul... Membazir je 6 voucher photobook FREE tue...

Tahun nie... Tentiba Mummy nampak offer dari Photobook....
Cecepat la Mummy grab lagi.... Kali nie nekad nak buat photobook Al-Aish... ;)

Mummy grab 6 pcs photobook sekaligus...!




Untuk offer nie 1 account Groupon boleh grab 2 pcs... So, Mummy guna account Gmail & Yahoo Mummy... Then account Gmail Walid.... (~____________^)v

So, nie Mummy baru lepas buat 1 pc photobook... Minggu lepas Mummy submit... Mummy amik masa 2 minggu jugak lah nak siapkan photobook nie... hehehe~

Festaiimmmmmm kata kannnnn~

Lepas Mummy dah siapkan online kat Photobook website....

Mummy hanya bayar RM 8.00 untuk postage jeee.... Using GDex Service...

Mummy sent artwork Mummy on 25th October 2014.... Then Mummy get the photobook on 28th October 2015... It's quite faster....

Because you only paid for postage cost... others is FREE...!!
Cost for Photobook SoftCopy is RM79.00....



Mummy is excited masa dapat parcel nie...!!


Wowwieeeeee..!! It's from Photobook...!


Ni la Photobook Ahmad Shareeq Al-Aish Bin Ahmad Shakirin....
(1-2 Months)










Photobook Al-Aish... Page belakang...



So far memang Mummy is SATISFIED...!! 

Memang puashati... Quality paper pun ok..! bukan ok jerrr... Sangat berquality... ;)

Service Photobook pun PANTAS...!!

So, lepas nie ada 5pcs Photobook SoftCopy yang Mummy kene buat... hehehe~


Monday, 27 October 2014

MyDear Whole Sale Oktober 2014

My Dear WholeSale telah diadakan pada 22 Oktober - 2 November 2014

Sale diawalkan sehari sebab cuti Deepavali.... (",)v


So, kebetulan Walid cuti... Mummy pun pujuk Walid ke wholesales tue...
Ikutkan Mummy tak tahu pun kat mana lokasi MyDear tue...

Tak pe.. Waze kan ada..! ;P

My Dear 
No 34, Jalan Meranti Jaya 10,
Meranti Jaya Industrial Park, 
47120 Puchong, 
Selangor.


Disebabkan Walid bagi permission nak pergi dah petang sangat..!
Maka, Al-Aish kena tinggal.. huhuhu~

Kebetulan hari tue hujan... 
Tapi nasib baik tak bawak Al-Aish... Sebab tempat tue tak sesuai nak bawak budak kecil..

Kilang kan... Banyak habuk..! huhu~

BYE~BYE AL-AISH~!!

Bila dah sampai sana... Baru lah Mummy tahu...!
Lokasi MyDear nie dekat je ngan ofis Mummy..!

Dalam 10-15 minits je drive dari office Mummy...
Punyalah Mummy baru tahu.... Derrr~


Kalau ikut kan Mummy dah aimed nak beli 
PlayPan...
Rocker...
Walker...


Ramai dah orang datang.. sebab jualan memang agak murah...!


Car Seat MyDear... 


Walker MyDear...
Tak de yang berkenan dihati Mummy sebab Mummy macam dah set nak beli Walker Pooh...!

Hahahaha~!!
DASAR Mummy obses Pooh...!


Stroller MyDear...
MyDear banyak ciplak design stroller lain..
Macam design SweetCherry, Mc Laren, Quinny etc

Tapi dijual dengan harga yang sangat MURAHHHHH...


Macam stroller STOKE nie...
Harga Stoke ni dalam RM 5,000++

Tapi brand MyDear dalam RM2,000++ pun dah dapat...
Design sebijik sejibuk tiru Stoke...!

Then Mummy dan Walid di bahagian Rocker plak..


Ni antara design yang menarik hati Walid...
Banyak sebenarnya yang berkenan dihati Mummy..

Tapi Walid banyak bantah... huhuhu~
Mummy kan PEMBOROS...
Nasib ada Walid as Quality Control (QC) nie...

Tak de la duit Mummy merapu meraban ke barang-barang tak perlu nie... Hehehehe..!!


So, Mummy dan Walid sepakat nak rembat Rocker nie..
RM 72.00 jee..
Harga Asal RM 99.00...


Balik rumah tue cecepat test kat Al-Aish... hehehehe~



Al-Aish macam tak de perasaan je... 
Mummy je yang excited lebeyyyy..!!

Hahahaha... Dah dasar Mummy nie kannnn... ;P


Tapi nampak Al-Aish suke dengan toys kat Rocker tue...
(^_^)v



Ni plak hasil rembatan selain daripada Rocker tue... 

Habis dalam RM200.00++ jugak lah kat MyDear WholeSales nie...


(^_____________^)v


Lepas nie Mummy update rembatan kat Moms & Baby Expo kat IDCC, Shah Alam pulak...!!




Komen~Komen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...