
Monday, 27 October 2014
MyDear Whole Sale Oktober 2014

Thursday, 23 October 2014
TIPS : 76 Cara Menambat Hati Isteri..
76 Cara Menambat Hati Isteri
Berikut adalah petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi hati isteri anda. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa mahukan perhatian. Tapi ingat, ia khas untuk suami isteri:
1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.
8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.
11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung' . Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.
26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.
27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong itu.
30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
31. Basuhkan kereta yang dipakainya.
32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.
33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.
35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.
36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.
44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.
46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.
48. Ambillah gambarya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak teralu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.
54. Solat bersama dan berdoa bersama.
55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah, nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.
58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.
60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.
61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.
62. Bila dia memasak, pujilah masakannya.
63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.
64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.
67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.
74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.
75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.
76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.
~ Anje LOVES Hubby ~
Wednesday, 22 October 2014
Expo Mom&Baby Oktober 2014 @Mid Valley
Assalammualaikum..
Last week Mummy berkesempatan ajak Walid, Nenek & Alang pergi sekali ke Expo Mum & Baby nie.. Hehe..
Mummy dah aimed memang nak pergi.. Walid pun dok sibuk tanya.. Bile expo baby lagi.. Jom kite pergi..
Then bile Mummy tahu ade buat kat Mid Valley minggu lepas.. Menggeletek la hati Mummy ni nak pergi.. Hehehe~
Mummy pergi hari Ahad.. Sebab Walid keje hari Sabtu tu.. Tak per lah gi last day kan.. Dari tak pergi langsung.. Hehe~
Mummy dah aimed nak beli :-
Cloth Diaper lagi kat booth QQ.. Detergent Pureen..
Bottle Liquid Pureen..
Wash Powder Pureen..
Diaper Drypers..
Botol Tommee Tippee Design Baru..
Memang dah list out.. Hehe.
Tapi bile sampai sana.. Byk booth dah nak tutup.. Sebab Mummy sampai sana dalam pukul 6.00 petang.. Huhuhu~
Macam Drypers.. Tak murah mana pun... RM123/4bags...
So bile rase tak murah... Walid tak bagi beli...
Bile gi kat booth Pureen.. Banyak benda dah abis..
Sobbsss.. Sobbbsss.. Sobbss....
Dapat sambar Baby Wipes (RM11) & Pureen Detergent (RM17) jeee..
Yang lain dah abis.. Huhuhu..
Pas tu nak cari booth QQ tak jumpe.. Jumpe booth CD jenama ape ntah.. Tapi mahal.. Satu CD RM60-RM70... Mahal kotttt~
So tak jadi beli CD.. Mummy nak beli thru online jee.. Sebab Groupon tengah buat promotion RM33/3pcs CD...
Then merayap la kat booth Simple Dimple.. Mummy dah lama berkenan ngan PlayGym dorang.. Tapi Walid tak bagi beli... Huhuhu..
So Mummy sambar....
Animal Music Toys (RM25) /
Bib Bow Tie (RM12) jerr..
Then kat booth banyak jual barang Tommee Tippee Mummy beli...
Silicone Squeeze Feeder (RM25) /
Fresh Food Feeder (RM16) /
Teether Banana (RM18)
Then lalu kat booth Autumnz... Mummy beli Nursering Bra (RM20 x 2)...
Mummy nak beli Storage Milk Bag.. Tapi Mummy dah beli thru online... Harga sama jee.. Tapi online tambah postage.. Huhuhu~
Kat Expo pun jual RM9/25pcs untuk 12oz nye..
Next time tak nak beli online la.. Nak beli walk in jee.. Hehe~
So.. Tu jeee yang Mummy sempat sambar dalam sejam berjalan dalam Expo tu.. Next month ade Expo Mum&Baby kat Shah Alam... Mummy nak survey barang lain lagi laaa...
(*_^)v
.: Mummy Loves Al-Aish :.
Tuesday, 14 October 2014
Stage 1 : Senarai Pemaju Perumahan Di Melaka
Rentetan daripada entry CikAwiens : Senarai Pemaju Perumahan di Lembah Klang / Selangor ..
CikAwiens memang giat mencari rumah kediaman untuk family kecil CikAwiens...
Niat dan plan asal memang nak cari sekitar Lembah Klang / Selangor...
Sebab kami suami isteri mencari nafkah di sini...
Akan tetapi setelah beberapa tahun... *Dari tahun 2012...
Plan asal nie berubah bila kami survey... Harga rumah memang mencanak naik.... Macam tak mampu den nak boli... hahaha..!
Then, ditambah lagi bile Mak dan Ayah CikAwiens akan berpindah ke Melaka... Rumah dah siap.. Tunggu Ayah CikAwiens abis kontrak kerja je Mac 2015...
So, In sha Allah... By April / Mei 2015 kot... Parents CikAwiens akan menetap di Melaka...
CikAwiens nie kan tak boleh menetap jauh dari MakPak... Hahahaha... Sekarang pun duduk selang 2 buah rumah jee... ;P
Then untuk makluman korang.. CikAwiens lahir kat Melaka.. IncikHubby lahir kat Terangganu... kat Terengganu pun harga rumah mahal-mahal oiiiiiiiiiiiii....
Kami ni tak mampu nak beli rumah harga over RM300,000.00... Huhuhuhu~
So, setelah disepakati... Hahaha~ Ayatttttt tak menahan~
IncikHubby akhirnya bersetuju nak pindah ke Melaka...
*Walaupun pada dasarnya sayang nak tinggalkan kerja dengan Perodua*
Tapi demi perkembangan minda anak yang dikasihi tue.. Si Al-Aish.... IncikHubby pun sanggup beralah... Gitewwwwwww~ Ye lah duduk kat umah atas angin ni payah kanak-kanak nak explore... Kebebasan terhad..
Akhirnya balik cuti Hari Raya Haji ari tue.... IncikHubby ajak survey rumah area Melaka... Sebenarnya banyak kali IncikHubby berzikir kat CikAwiens... Nak ajak balik Melaka... nak jenjalan kat Melaka... nak survey rumah kat Melaka... Tapi idok la CikAwiens layankan... Hahaha..!
Sebab bajet IncikHubby memain... Ye lah... Macam konfiden jewww nak pindah ke MELAKA... Tanah tumpah darah ku.... CheeeWahhh...! Hehehehe~
Rupa nya memang betul.... IncikHubby bersungguh-sungguh... IncikHubby memang nak menetap kat rumah teres... tak nak duduk kat rumah atas angin nie... huhuhu~
So, CikAwiens pun mula buat survey by online... Ni antara syarikat perumahan yang CikAwiens survey.... CikAwiens kan suke memudahkan kerja carian kawan-kawan blogger CikAwiens... Hehehe..! Moh la click..! ;D
1. Lembaga Perumahan Melaka
2. SPNB - Syarikat Perumahan Negara Berhad
3. Yayasan Melaka
4. PDG Property
5. NKS Development Sdn Bhd
6. PERTAM - Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka
7. Wawasan Intact Construction Sdn Bhd
8. Teladan Setia
9. Metacorp Berhad
Tu je kot yang CikAwiens dapat senaraikan...
So, setakat yang pemaju yang CikAwiens senaraikan...
CikAwiens hanya pergi melawat tapak di Taman Sutera Wangi (SPNB) dan Taman Pokok Mangga (PDG Property)
Akhirnya kami berdua sepakat nak booking untuk Single Storey di Taman Pokok Mangga, Melaka.



Alhamdulillah... Ni pun masih harga mampu milik... Walaupun TAK MAMPU sebenarnya...
Tapi kalau nak tunggu MAMPU tu bila lah kan... Kalau tak bertindak sekarang... Sampai bila-bila pun tak berumah... Tak kan nak duk MENYEWA sampai PENCEN... huhuhu..!!
Dengan sokongan kuat dari Mak CikAwiens... Akhirnya Mak CikAwiens support sedikit duit booking rumah tue... Ikutkan CikAwiens mampu nak bayar... Tapi hati nie berbelah-bagi lagi...
But then Mak CikAwiens yang tolong bayar kan... So, duit booking adalah duit bersama Mak CikAwiens dan IncikHubby...
CikAwiens tak keluar sesen pun duit untuk booking rumah tue... Akan tetapi rumah tu atas nama CikAwiens.... ;D
Sebab nak menggunakan LOAN PERUMAHAN KERAJAAN~
Lepas nie nanti CikAwiens cerita step-step akan datang ye...
Ye la masa CikAwiens beli rumah Apartment Taman Tasik Utama tue CikAwiens tak berblog lagi...
So, bile beli 2nd house nie.. CikAwiens tak de tempat nak dirujuk...
Hope pas nie.. If ada rezeki nak beli rumah KETIGA pulak ke... CikAwiens boleh rujuk kat entry-entry CikAwiens...... ;D
Nota Kaki :
Details Rumah CikAwiens di Taman Pokok Mangga :-
Jenis : Single Storey
Keluasan : 20' x 70' (Binaan Asal)
20' x 98' (Ada tambahan tanah dibelakang rumah 28')
Jangkaan Siap : Jun 2016
Harga Asal : RM 213,800.00
Harga Unit CikAwiens : RM 233,383.00
Cadangan Bayaran Bulanan : RM 1,160.00 / Sebulan x 30 Tahun
Friday, 10 October 2014
AidilAdha Pertama Al-Aish @AidilAdha 2014

Anak tak sihat.. Maknye lena tido..
Friday, 3 October 2014
Hippopo Baby Spa & Wellness.......
![]() |
| IncikHubby wallpost kat fb..! |
![]() |
| Voucher Groupon RM 48 |
Tuesday, 30 September 2014
Kronologi Kelahiran Baby 'A' - PART 4
Yeee... Betul... Memang bila Mummy sedut je memamg kesakitan berkurangan.... Mummy melahirkan Baby 'A' pada pukul 5.13 petang... Then doktor muda tu mula keluarkan uri dan darah semua dari pukul 5.30 petang...
Bila Mummy sesedar jeeeee... Jam dah menunjukkan pukul 7.30 malam... Maknanya Mummy tertido selama 2jam sepanjang proses menjahit tu...
Doktor muda tu maklumkan yang Mummy terover dos sedut gas oksigen tu... Sampai doktor muda tu pun naik risau...
Bila Mummy sedar jer... Mummy masih dalam keadaan mamai dan mabuk... tapi sedar...
Mummy ingat lagi.. Doktor muda tu siap tanya Mummy kat mana sekarang... Apa Mummy buat kat sini... Hahaha..!
Bile ingat² balik memang kelakar... Sebab Mummy memang dalam keadaan mabuk... Macam orang mabuk todi tue... hahahaha..! Jawap pun melalut-lalut... ;')
Dalam pukul 8.45 malam.... Barulah nurse hantar Baby 'A' ke kami... Masa nie Walid masuk dalam labour room dulu... Baby nurse hantar kemudian...
![]() |
| First time Mummy dukung Baby 'A' Pic taken : 11-06-2014 / 8.53 pm |
![]() |
| Gambar pertama Baby 'A' dengan Walid |
Sebelum nurse hantar baby kepada kami.... Pihak hospital sediakan makan malam untuk Mummy dan Walid... Syukur... Walid pun dapat makan sesama Mummy... Tapi Mummy dan Walid makan sikit jee.. Sebab perut Walid dah masuk angin... Seharian Walid tak makan... Kesian sangat kat Walid...
Sanggup tak hiraukan makan dan minum demi isteri dan anak.... Huhuhuhu~
Dalam pukul 12.00 tengah malam baru Mummy di tolak ke wad biasa...
Thursday, 18 September 2014
Kronologi Kelahiran Baby 'A' - PART 3
Kronologi Kelahiran Baby 'A' - PART 1
Kronologi Kelahiran Baby 'A' - PART 3
11/06/2014 (Rabu)
Masa Mummy tengah menahan kesakitan... Then nurse pun sibuk untuk siap kan kelengkapan bersalin di labour room....
Walid cube berborak dengan nurse... then dalam pada berborak tue... Walid request Doktor Perempuan yang handle kes Mummy...
Nurse tu maklumkan... Pesakit boleh request... sebab tu hak pesakit... tapi ia bergantung juga pada keadaan semasa ketika itu... tapi Nurse tu kata... dia akan tulis nota kat fail Mummy.. yang Walid request untuk nurse dan doktor PEREMPUAN sahaja handle kes Mummy...
Alhamdulillah... sepanjang Mummy di labour room hanya seorang doktor (MO) dan dua orang nurse sahaja yang masuk ke dalam bilik (LR) Mummy... memang tak de doktor lelaki pun yang masuk dalam LR tue...
Doktor tue pun memang muda.... tapi alhamdulillah boleh handle kes Mummy yang tidak kritikal dan tidak menghadapi sebarang kompilasi semasa proses bersalin...
![]() |
| Ahmad Shareeq Al-Aish Bin Ahmad Shakirin diletakkan dalam balang oksigen kerana tak menangis semasa dilahirkan.. Tapi Syukur Alhamdulillah... Semuanya selamat... Pic taken : 11-06-2014 / 5.49pm |
![]() |
| Ahmad Shareeq Al-Aish |
Kronologi Kelahiran Baby 'A' - PART 2
Panjang sangat plak entry nie... Jom bersambung ke entry seterusnya....
Komen~Komen~
























