Thursday, 23 October 2014

TIPS : 76 Cara Menambat Hati Isteri..

76 Cara Menambat Hati Isteri

Berikut adalah petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi hati isteri anda. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa mahukan perhatian. Tapi ingat, ia khas untuk suami isteri:

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung' . Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.

26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.

27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong itu.

30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

31. Basuhkan kereta yang dipakainya.

32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.

33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.

35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

48. Ambillah gambarya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak teralu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

54. Solat bersama dan berdoa bersama.

55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah, nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

62. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.

75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

~ Anje LOVES Hubby ~

Wednesday, 22 October 2014

Expo Mom&Baby Oktober 2014 @Mid Valley

Assalammualaikum..

Last week Mummy berkesempatan ajak Walid, Nenek & Alang pergi sekali ke Expo Mum & Baby nie.. Hehe..

Mummy dah aimed memang nak pergi.. Walid pun dok sibuk tanya.. Bile expo baby lagi.. Jom kite pergi..

Then bile Mummy tahu ade buat kat Mid Valley minggu lepas.. Menggeletek la hati Mummy ni nak pergi.. Hehehe~

Mummy pergi hari Ahad.. Sebab Walid keje hari Sabtu tu.. Tak per lah gi last day kan.. Dari tak pergi langsung.. Hehe~

Mummy dah aimed nak beli :-
Cloth Diaper lagi kat booth QQ.. Detergent Pureen..
Bottle Liquid Pureen..
Wash Powder Pureen..
Diaper Drypers..
Botol Tommee Tippee Design Baru..

Memang dah list out.. Hehe.
Tapi bile sampai sana.. Byk booth dah nak tutup.. Sebab Mummy sampai sana dalam pukul 6.00 petang.. Huhuhu~

Macam Drypers.. Tak murah mana pun... RM123/4bags...
So bile rase tak murah... Walid tak bagi beli...

Bile gi kat booth Pureen.. Banyak benda dah abis..
Sobbsss.. Sobbbsss.. Sobbss....
Dapat sambar Baby Wipes (RM11) & Pureen Detergent (RM17) jeee..
Yang lain dah abis.. Huhuhu..

Pas tu nak cari booth QQ tak jumpe.. Jumpe booth CD jenama ape ntah.. Tapi mahal.. Satu CD RM60-RM70... Mahal kotttt~
So tak jadi beli CD.. Mummy nak beli thru online jee.. Sebab Groupon tengah buat promotion RM33/3pcs CD...

Then merayap la kat booth Simple Dimple.. Mummy dah lama berkenan ngan PlayGym dorang.. Tapi Walid tak bagi beli... Huhuhu..
So Mummy sambar....
Animal Music Toys (RM25) /
Bib Bow Tie (RM12) jerr..

Then kat booth banyak jual barang Tommee Tippee Mummy beli...
Silicone Squeeze Feeder (RM25) /
Fresh Food Feeder (RM16) /
Teether Banana (RM18)

Then lalu kat booth Autumnz... Mummy beli Nursering Bra (RM20 x 2)...

Mummy nak beli Storage Milk Bag.. Tapi Mummy dah beli thru online... Harga sama jee.. Tapi online tambah postage.. Huhuhu~
Kat Expo pun jual RM9/25pcs untuk 12oz nye..
Next time tak nak beli online la.. Nak beli walk in jee.. Hehe~

So.. Tu jeee yang Mummy sempat sambar dalam sejam berjalan dalam Expo tu.. Next month ade Expo Mum&Baby kat Shah Alam... Mummy nak survey barang lain lagi laaa...
(*_^)v

.: Mummy Loves Al-Aish :.

Tuesday, 14 October 2014

Stage 1 : Senarai Pemaju Perumahan Di Melaka

Assalammualaikum...

Rentetan daripada entry CikAwiens : Senarai Pemaju Perumahan di Lembah Klang / Selangor ..

CikAwiens memang giat mencari rumah kediaman untuk family kecil CikAwiens...
Niat dan plan asal memang nak cari sekitar Lembah Klang / Selangor...
Sebab kami suami isteri mencari nafkah di sini...

Akan tetapi setelah beberapa tahun... *Dari tahun 2012...
Plan asal nie berubah bila kami survey... Harga rumah memang mencanak naik.... Macam tak mampu den nak boli... hahaha..!

Then, ditambah lagi bile Mak dan Ayah CikAwiens akan berpindah ke Melaka... Rumah dah siap.. Tunggu Ayah CikAwiens abis kontrak kerja je Mac 2015...

So, In sha Allah... By April / Mei 2015 kot... Parents CikAwiens akan menetap di Melaka...

CikAwiens nie kan tak boleh menetap jauh dari MakPak... Hahahaha... Sekarang pun duduk selang 2 buah rumah jee... ;P

Then untuk makluman korang.. CikAwiens lahir kat Melaka.. IncikHubby lahir kat Terangganu... kat Terengganu pun harga rumah mahal-mahal oiiiiiiiiiiiii....

Kami ni tak mampu nak beli rumah harga over RM300,000.00... Huhuhuhu~

So, setelah disepakati... Hahaha~ Ayatttttt tak menahan~

IncikHubby akhirnya bersetuju nak pindah ke Melaka...
*Walaupun pada dasarnya sayang nak tinggalkan kerja dengan Perodua*

Tapi demi perkembangan minda anak yang dikasihi tue.. Si Al-Aish.... IncikHubby pun sanggup beralah... Gitewwwwwww~ Ye lah duduk kat umah atas angin ni payah kanak-kanak nak explore... Kebebasan terhad..

Akhirnya balik cuti Hari Raya Haji ari tue.... IncikHubby ajak survey rumah area Melaka... Sebenarnya banyak kali IncikHubby berzikir kat CikAwiens... Nak ajak balik Melaka... nak jenjalan kat Melaka... nak survey rumah kat Melaka... Tapi idok la CikAwiens layankan... Hahaha..!

Sebab bajet IncikHubby memain... Ye lah... Macam konfiden jewww nak pindah ke MELAKA... Tanah tumpah darah ku.... CheeeWahhh...! Hehehehe~

Rupa nya memang betul.... IncikHubby bersungguh-sungguh... IncikHubby memang nak menetap kat rumah teres... tak nak duduk kat rumah atas angin nie... huhuhu~

So, CikAwiens pun mula buat survey by online... Ni antara syarikat perumahan yang CikAwiens survey.... CikAwiens kan suke memudahkan kerja carian kawan-kawan blogger CikAwiens... Hehehe..! Moh la click..! ;D


1. Lembaga Perumahan Melaka
2. SPNB - Syarikat Perumahan Negara Berhad
3. Yayasan Melaka 
4. PDG Property
5. NKS Development Sdn Bhd
6. PERTAM - Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka
7. Wawasan Intact Construction Sdn Bhd
8. Teladan Setia
9. Metacorp Berhad

Tu je kot yang CikAwiens dapat senaraikan...

So, setakat yang pemaju yang CikAwiens senaraikan...
CikAwiens hanya pergi melawat tapak di Taman Sutera Wangi (SPNB) dan Taman Pokok Mangga (PDG Property)

Akhirnya kami berdua sepakat nak booking untuk Single Storey di Taman Pokok Mangga, Melaka.







Alhamdulillah... Ni pun masih harga mampu milik... Walaupun TAK MAMPU sebenarnya...

Tapi kalau nak tunggu MAMPU tu bila lah kan... Kalau tak bertindak sekarang... Sampai bila-bila pun tak berumah... Tak kan nak duk MENYEWA sampai PENCEN... huhuhu..!!

Dengan sokongan kuat dari Mak CikAwiens... Akhirnya Mak CikAwiens support sedikit duit booking rumah tue... Ikutkan CikAwiens mampu nak bayar... Tapi hati nie berbelah-bagi lagi...

But then Mak CikAwiens yang tolong bayar kan... So, duit booking adalah duit bersama Mak CikAwiens dan IncikHubby...

CikAwiens tak keluar sesen pun duit untuk booking rumah tue... Akan tetapi rumah tu atas nama CikAwiens.... ;D

Sebab nak menggunakan LOAN PERUMAHAN KERAJAAN~

Lepas nie nanti CikAwiens cerita step-step akan datang ye...

Ye la masa CikAwiens beli rumah Apartment Taman Tasik Utama tue CikAwiens tak berblog lagi...
So, bile beli 2nd house nie.. CikAwiens tak de tempat nak dirujuk...

Hope pas nie.. If ada rezeki nak beli rumah KETIGA pulak ke... CikAwiens boleh rujuk kat entry-entry CikAwiens...... ;D







Nota Kaki : 
Details Rumah CikAwiens di Taman Pokok Mangga :-
Jenis : Single Storey 
Keluasan : 20' x 70' (Binaan Asal)
                20' x 98' (Ada tambahan tanah dibelakang rumah 28')
Jangkaan Siap : Jun 2016
Harga Asal : RM 213,800.00
Harga Unit CikAwiens : RM 233,383.00
Cadangan Bayaran Bulanan : RM 1,160.00 / Sebulan x 30 Tahun


Friday, 10 October 2014

AidilAdha Pertama Al-Aish @AidilAdha 2014

Hehehehe...

Raya AidilAdha dah seminggu berlalu...
Mummy baru nak upload kisah AidilAdha... 

Tak pe lah... oklah berupload dari tak upload langsung kan... hehehe..!

Kalau ikutkan turn beraya... Raya Haji nie turn raya di Terengganu... Kampung Walid Al-Aish... Tapi disebabkan Tok ki dan Wan Al-Aish menunaikan haji tahun ini.. Maka Tok ki dan Wan Al-Aish tak da kat sini... Lagi pun Tok ki dan Wan Al-Aish nak balik dari Tanah Suci akhir bulan Oktober nie... Tak kan nak balik dua kali dalam sebulan kan...

Ia akan melibatkan kos yang banyak... Pufffffttttt~
Maka setelah dipersetujui... Walid pun setuju beraya di Melaka... Kampung Mummy... hehe..!

Memang melompat keriangan lah Mummy Al-Aish kan... hehehe..
Tapi sebenarnya... Mummy is tak kisah nak beraya dimana-mana pun... yang penting Walid dan Al-Aish ada bersama ngan Mummy... Mummy is ok... =)



Al-Aish dah bersiap nak balik kampung... Jumpa Atok dan Nenek di Melaka... =)

Mak ngan ayah CikAwiens dah balik kampung Jumaat malam tue... 

Mummy dan Walid plak gerak balik petang Sabtu tu...
*Jem woooiiiiiiiii*

Kami bergerak dalam pukul 3.00 petang...
Sampai Melaka dalam pukul 6.30 petang... Fuuuuuhhh~

Muncung sedepa nenek Al-Aish tengok Mummy baru sampai...
Sesampai kampung je sume dah siap masak...

Mummy sesampai kampung je terus mandi kan Al-Aish dan siap kan anak untuk malam raya tu...
Malam raya tue mak CikAwiens buat takbir raya di rumah...

Mak CikAwiens memang tetiap kali malam raya.. tak kire raya haji ke raya puasa ke...
Memang akan buat takbir raya di rumah...
Panggil orang surau datang rumah...


Kami bertiga di malam raya AidilAdha 2014
OTTD : Purple


Dek kerana kebosanan menunggu rombongan datang rumah... 
.Mummy ajak Walid berselfie dulu... hehe..! Mummy dan Walid Al-Aish sibuk berselfie...

Al-Aish sedap mengasah gusi dengan lengan Walid.. =D


Sekarang gusi Al-Aish tengah gatal... Asyik lah masukkan jari dan tangan ke dalam mulut...
Kadang-kadang sampai 2-2 tangan Al-Aish masukkan dalam mulut...

Meleleh-leleh air liur... basah baju... nak tido memang wajib tukar kan baju sebelum tido... +_='


Ni plak pagi raya... lepas Walid balik sembahyang raya...
OTTD : Berjubah anak beranak


Walid dan Mummy Al-Aish yang suke berselfie... hehehe..!


Cinta hati Mummy... Nyawa Mummy nie...!



Masa nie dah petang... Pukul 4.00 petang baru nak berjalan raya ke rumah Pakcik dan Makcik CikAwiens...

Kami beraya satu kereta jer... Sebab abang-abang CikAwiens tak beraya sama...
Memasing turn raya rumah Mertua kan... 
Tapi Along CikAwiens tak balik beraya... Just beraya di Cheras je sebab Along CikAwiens kene keje raya ari tue...


CikAwiens dan adik bongsu CikAwiens...
Acu Al-Aish..


OTTD : Jubah dari Tanah Suci




SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 
KAWAN-KAWAN...~!!

Anak tak sihat.. Maknye lena tido..




Huhuhuhu~

Mummy dapat wassep dari Walid... Terkejut Mummy bile Walid bagitahu Al-Aish berjaga banyak kali malam tadi... Tido tak lena...

Mummy memang tahu Al-Aish tak sihat seminggu nie... Al-Aish selsema... *badan pun tak panas*

Balik dari keje semalam Al-Aish nya selsema makin banyak pulak... So, Al-Aish banyak merengek... tido pun tak lena sangat... Tido kejap-kejap je... 

Dalam pukul 12.00 tengah malam... Mummy nak tido kan Al-Aish pun Al-Aish payah nak tido...
Mummy assume memang macam tu lah if Al-Aish nak merubah bulan... 
Esok kan Al-Aish genap 4 bulan... ;')

Pagi tadi pun 2 kali Al-Aish bangun untuk menyusu... 
Pukul 3.00 pagi sekali... Pukul 5.30 pagi sekali... 
Mummy tak perasan pulak Al-Aish bangun banyak kali... hehehe..

Rupanya Walid yang perasan dan sedar Al-Aish kerap terjaga.... Mungkin hidung Al-Aish tersumbat kot... sebab tu susah nak bernafas masa tido... Sian anak Mummy...

Tapi Mummy tak sedar pun... Mummy tido kepenatan... huhuhu~
Nasib baik Walid Al-Aish sangat prihatin.... Mummy bersyukur sangat dapat suami macam Walid Al-Aish.... ;')

Masa dalam pantang lagi Walid dah macam tue... Masa dalam pantang kan Mummy tak kuat lagi... So, Mummy hanya akan berjaga untuk susukan Al-Aish je... Lepas dah susukan Walid akan ambil Al-Aish untuk sendawakan plak... Mummy pun terus tido... hehehe~

Terima kasih sayang sebab jaga anak kite bersama...


NOTA KAKI : Officemate Mummy siap cakap... Aien dapat suami satu dalam seribu... huhuhu..
Dorang cakap.. susah nak jumpe ayah yang berjaga untuk jaga anak tak sihat tengah malam... Selalu kalau anak sakit... Maknya yang akan berjaga tengok anak... ;')



Friday, 3 October 2014

Hippopo Baby Spa & Wellness.......

IncikHubby wallpost kat fb..! 


Tentiba jer... 

Masuk ofis tadi Mummy terus masuk meeting... makan pagi pun kelam kabut jer... Minum air pun kelam kabut... Siap bawak masuk dalam meeting room....

Then bile mood pun dah tak ok... Pengerusi meeting pun tak best... Sebab gila kuasa...!! Grrrrrrr~

Tambah lagi agenda mesyuarat yang huru-hara... menyebabkan mood Mummy pagi tadi huru hara....

Mummy dah malas nak dengar ahli mesyuarat berdebat dalam meeting... Mummy pun kuar la meeting tue... terus on Google then cari info pasal baby spa...

Mummy terus booking appointment dengan Hippopo Baby Spa & Wellness untuk Al-Aish Mummy... Hahahaha..!

Kalau dulu... Mummy je suke gi spa... Sekarang Mummy nak bagi Al-Aish pulak berspa-spa... Hehehehe...

Memula search kat Lazada.com.my dan Groupon.com,my.... Bile search location... lokasi jauh sikit dari rumah Mummy... So, terus la gi Hippopo Baby Spa & Wellness...

Untuk baby rupenya ada dua baby spa yang famous.... 



coupon from Giggling Jellyfish Baby Spa Klang
Voucher Groupon RM 48


Tapi Mummy dah booking dekat Hippopo Baby Spa & Wellness sebab dengan dengan rumah Mummy.... Hippopo nie dengan Setia Walk, Puchong jee...

Nanti Mummy dah pergi bawa Al-Aish Mummy story mory yer kat sini... =D


Al-Aish... Mummy nak booking Al-Aish pada 11/10/2014 pukul 2.00 petang taw..!!

Jom kite berspa-spa ngan Walid dan Mummy... hehehe..

Tak sabar nak tengok Al-Aish berenang.... :D



Tuesday, 30 September 2014

Kronologi Kelahiran Baby 'A' - PART 4


Alhamdulillah... Baby 'A' telah selamat dilahirkan... Akan tetapi Baby 'A' terus dibawa keluar oleh nurse tanpa letak kat atas badan Mummy pun... Sobs... Sobs... Sobs...

Mummy tak dapat rase moment skin to skin first touch... Mummy hanya nampak Baby 'A' dihujung kaki katil je... Nurse golek-golek kan Baby 'A' sambil lap dengan kain untuk bersihkan Baby 'A'.... Sesambil tue Nurse cuba untuk bagi Baby 'A' menangis.... Dalam masa 2-3 minit je... Mummy nampak Baby 'A'... Then Nurse terus bawak keluar....

Masa kat luar tue Walid cerita Nurse cube untuk bagi Baby 'A' menangis... Take time juga baru Baby 'A' menangis.... Then Baby 'A' dimasukkan ke dalam balang berisi oksigen baru membantu Baby 'A' bernafas....

Sementara kat dalam labour room... Mummy dijahit oleh doktor MO yang handle kes Mummy dari awal... Masa memula masuk labour room... Nurse maklumkan jika sakit contruction datang... Mummy boleh sedut gas kat tepi katil tue... Gas tu akan membantu mengurangkan kesakitan Mummy... Tapi gas tue memang tak membantu Mummy semasa tempoh contraction... But ia membantu semasa tempoh menjahit.

Proses menjahit koyakan bersalin dilakukan tanpa sebarang bius....*Mummy rasa lah sebab sangat sakit masa proses nie*

Sakit nak bersalin pun tak sesakit nie... Masa menjahit... Memang Mummy rasa macam Mummy dijahit hidup-hidup.... T___________________T

Allah...! Tuhan saja yang tahu macam mana sakit dan pedih nye bawah Mummy... 

Then bile doktor nampak Mummy menahan kesakitan... Doktor muda (doktor baru muda dari Mummy - doktor tu lahir pada 1987) tu suruh Mummy sedut gas oksigen tu.. Gas tu dapat membantu Mummy.

Yeee... Betul... Memang bila Mummy sedut je memamg kesakitan berkurangan.... Mummy melahirkan Baby 'A' pada pukul 5.13 petang... Then doktor muda tu mula keluarkan uri dan darah semua dari pukul 5.30 petang...

Bila Mummy sesedar jeeeee... Jam dah menunjukkan pukul 7.30 malam... Maknanya Mummy tertido selama 2jam sepanjang proses menjahit tu...

Doktor muda tu maklumkan yang Mummy terover dos sedut gas oksigen tu... Sampai doktor muda tu pun naik risau...

Bila Mummy sedar jer... Mummy masih dalam keadaan mamai dan mabuk... tapi sedar...
Mummy ingat lagi.. Doktor muda tu siap tanya Mummy kat mana sekarang... Apa Mummy buat kat sini... Hahaha..!

Bile ingat² balik memang kelakar... Sebab Mummy memang dalam keadaan mabuk... Macam orang mabuk todi tue... hahahaha..! Jawap pun melalut-lalut... ;')

Dalam pukul 8.45 malam.... Barulah nurse hantar Baby 'A' ke kami... Masa nie Walid masuk dalam labour room dulu... Baby nurse hantar kemudian...

First time Mummy dukung Baby 'A'
Pic taken : 11-06-2014 / 8.53 pm

Gambar pertama Baby 'A' dengan Walid
Hampir 5 jam baru lah Mummy dapat berjumpa dengan khalifah kecil Mummy tue... Huhuhu... Selalunya bersalin normal terus dapat jumpa baby... Tapi bukan Mummy... Sobss... Sobss... Sobss...!!

Sebelum nurse hantar baby kepada kami.... Pihak hospital sediakan makan malam untuk Mummy dan Walid... Syukur... Walid pun dapat makan sesama Mummy... Tapi Mummy dan Walid makan sikit jee.. Sebab perut Walid dah masuk angin... Seharian Walid tak makan... Kesian sangat kat Walid...

Sanggup tak hiraukan makan dan minum demi isteri dan anak.... Huhuhuhu~

Dalam pukul 12.00 tengah malam baru Mummy di tolak ke wad biasa...


Ahmad Shareeq Al Aish Bin Ahmad Shakirin 

3.38 kg - Normal Birth
11 Jun 2016 @ 13 Syaaban 1435

Ahmad : Yang terpuji
Shareeq : Bercahaya
Al-Aish : Kehidupan





.:. Masih tak percaya Mummy dan Walid dah ada Baby...!! Baby 'A' dah selamat berada di sisi kami berdua..!! Syukur ALHAMDULILLAH .:.


Thursday, 18 September 2014

Kronologi Kelahiran Baby 'A' - PART 3

12.00 am
Walid seludup masuk dalam wad lagi... Mummy tak tahu macam mana Walid boleh lepas masuk dalam wad... Kalau ikutkan ada 2 kawalan guard dalam hospital nie... Tapi bak kata Walid... Allah permudahkan urusan Walid... Hehe..!

Walaupun suami tak boleh teman... Tapi dengan Walid seludup masuk ke dalam wad.. Buat kan Mummy rasa... Walid ada untuk temankan Walid... ~,~"

1.00 am
Masa nie Mummy dah tak tahan sangat sakit... Kakak sebelah katil nampak Mummy menahan sakit... Then tanya Mummy sama ada nak panggil doktor atau tak... Mummy cakap tak pe Mummy boleh tahan... Padahal memang Mummy tak boleh tahan...

Then kebetulan ada nurse lalu depan wad kami... Terus kakak tue panggil nurse untuk check Mummy... Then nurse panggilkan doktor untuk pemeriksaan VE.

Pemeriksaan VE pertama kali dilakukan di wad bersalin... Alhamdulillah doktor  yang bertugas semua perempuan. Then bila doktor buat pemeriksaan VE tue doktor maklumkan bukaan baru 2cm..
ALLAH..!

Mummy ingatkan dah 4-5cm... tapi baru 2cm...!! FRUST betul Mummy masa tue.... Huhuhu... Dah la tengah menahan sakit... Bukaan pulak SLOW sangat...

4.00 am
Kebetulan nurse round ward... Then nampak Mummy tengah menahan kesakitan.. Padahal memang dah banyak kali Mummy keluar masuk toilet sebab rase nak terkencing dan berak.. Tapi tak kuar pun.. Huhu.. Rupenye rase nak terberak tu akibat baby dah menolak untuk membuka laluan...

Masa sakit constraction berlaku... hanya Allah yang tahu macam mana sakit nya... Mulut Mummy hanya mampu sebut... Allah... Allah.. Allah...

Selawat Nabi Yunus pun tak putus-putus dari mulut Mummy... Masa tue baru lah Mummy tahu bertapa sakit dan perit nye menanggung sakit nak bersalin... Ya Allahhhhh..!

Bile nurse nampak Mummy tahan sakit.. Terus nurse panggil doktor untuk buat VE for the 2nd time..

Masa tu bukaan baru bertambah ke 3cm... T__________________T

7.00 am
Tepat pukul 7.00 pagi... Walid terus masuk sebab nak hantar sarapan pagi... Mummy dah lapar sangat... Sarapan pulak pihak hospital belum hantar lagi... Dapat lah Mummy borak dengan Walid 10-15 minit... Then Walid tolong usap-usap badan Mummy sebab Mummy terlalu sakit.. Tak boleh nak menahan sakit tu..

8.00 am
Sepasukan doktor datang melawat ke setiap katil. Bila doktor lawat ke katil Mummy dan buat pemeriksaan VE untuk kali ke-3... Doktor maklumkan bukaan dan 4cm... Allahhurabbi...

Dari pukul 1.00 pagi ke 8.00 pagi... bacaan cuma bertambah 1cm je... Masa ni Mummy dah down... sebab dah 8 jam bukaan sangat slow... Huhuhu.. Tapi doktor maklumkan yang Mummy dah boleh tolak ke Labour Room due to water bag leaking. Akan tetapi, seperti biasa... Labour room full..!

Mummy kene tunggu call dari Labour Room dulu... T______________T

9.00 am
Mummy dah tak tahu nak buat ape... asyik turun naik katil je.. sebab Mummy dah tak boleh duduk diam... Mummy pun call Mak... Mengadu sakit... Sampai Mak pun menangis sama..

Mak cakap memang sakit.. Mak suruh bace doa.. If tak larat sebut Allah.. Allah.. Allah jer...
Memang tak putus-putus mulut Mummy baca doa.. Mohon Allah kurangkan kesakitan Mummy...

11.00 am
Mummy dah tak tahan sakit... Mummy terus ke kaunter wad... Maklumkan yang Mummy dah tak tahan sakit.. Mummy nak ke labour room... Then kebetulan MO yang handle kes Mummy ada... Terus jerit kat nurse suruh check labour room kosong ke tak... If tak kosong pun bawak Mummy turun ke labour room.... +__________+"

Tak lama lepas tue nurse tolak Mummy guna wheelchair ke labour room... Ikut kan memang Mummy mampu lagi berjalan... Tapi nurse suruh Mummy duduk je atas wheelchair tue...

Sampai je kat labour room... Rupenya memang ada bilik kosong... Siap dah tulis nama Mummy dah... Tapi dorang je tak bawak Mummy turun ke labour room... 

Masa otw ke labour room... Nurse suruh Mummy maklumkan kat suami.. Suruh suami tunggu kat kaunter pendaftaran Dewan Bersalin....

Tak lama Mummy masuk dalam labour room... Walid pun masuk dalam labour room... Walid ingatkan Mummy dah nak bersalin... Tapi Mummy cakap Mummy sakit sangat...

Walid tolong tenangkan Mummy... Tapi tak terdaya nak tenang dah masa nie... T__________T

Masa Mummy tengah menahan kesakitan... Then nurse pun sibuk untuk siap kan kelengkapan bersalin di labour room....

Walid cube berborak dengan nurse... then dalam pada berborak tue... Walid request Doktor Perempuan yang handle kes Mummy...

Nurse tu maklumkan... Pesakit boleh request... sebab tu hak pesakit... tapi ia bergantung juga pada keadaan semasa ketika itu... tapi Nurse tu kata... dia akan tulis nota kat fail Mummy.. yang Walid request untuk nurse dan doktor PEREMPUAN sahaja handle kes Mummy...

Alhamdulillah... sepanjang Mummy di labour room hanya seorang doktor (MO) dan dua orang nurse sahaja yang masuk ke dalam bilik (LR) Mummy... memang tak de doktor lelaki pun yang masuk dalam LR tue...

Doktor tue pun memang muda.... tapi alhamdulillah boleh handle kes Mummy yang tidak kritikal dan tidak menghadapi sebarang kompilasi semasa proses bersalin...

2.00 pm
Mummy dah boleh control diri... Bukaan pun baru 4cm dari pagi tadi... tak bertambah pun...
Masa nie... Mummy suruh Walid pergi makan... Then mintak tolong amikkan charger hp sebab batery hp dah nak kong... Mummy pikir karang baby keluar tak dapat ambil gambar fresh yang baru lahir... Walid pun keluar... 

2.30 pm
Walid masuk labour room balik... Mummy ingatkan Walid dah makan... Rupanye Walid pergi ambil charger kat wad dan pergi solat jer... Tak gi makan pun sebab Walid tak de selera nak makan...

Hehehe... Sebenarnya Mummy yang sakit nak bersalin tapi Walid yang tak keruan sebenarnya...

3.00 pm
Mummy dah tak larat... Mummy mintak kat nurse epidural untuk kurang kan sakit constraction Mummy nie... Tapi nurse tak bagi... Nurse cakap Mummy masih boleh tahan sakit nie... Nurse hanya akan bagi ubat tahan sakit yang dos yang kurang kesan nye dari epidural... +________+"

Nurse bagi ubat tahan sakit tue sebab bukaan dah 6cm... Epidural dah tak boleh diberikan kepada pesakit dah... Bak kata nurse tu...

4.00 pm
Walid dah makin lama makin tak senang duduk... sebab Mummy asyik mengerang menahan kesakitan contractions... Tapi Mummy tak menjerit... Mummy hanya cakap... 
Allah... Sakit nya...
Allah... Sakit nya...
Allah... Sakit nya...
Allah... Sakit nya...
Allah... Sakit nya...

Then Mummy jerit nak suruh doktor check bukaan dah berapa... Masa tue bukaan baru 7cm...

Sampai satu tahap Mummy cakap kat Walid yang Mummy nak MATI je sebab tak tahan menanggung sakit contractions tue.. huhuhuhu... T___________T

Then Walid tanya Mummy sama ada nak operate terus jee... Sebab Walid pun tak mampu tengok Mummy tahan sakit macam tue... Walid tetiba dapat idea untuk lap seluruh badan Mummy dengan kain basah... Masa nie memang Mummy rase tenang sangat....

Habis satu badan Walid lap Mummy dengan kain basah... baru lah rase kesakitan tue makin berkurangan....

4.45 pm
Masa nie memang Mummy rase nak terberak sangat... Jerit jerit panggil nurse sebab Mummy nak berak... Nurse cakap tak boleh teran lagi.. Sebab baru 7cm... Tapi Mummy degil... Sebab Mummy dah tak tahan... Memang Mummy teran... Tapi Mummy teran pelan-pelan...

Masa Walid nampak Mummy teran... Walid merayu kat Mummy supaya jangan teran dulu... Biar doktor cakap teran baru teran... Sebab nurse dah maklumkan... If teran awal... Ia akan memberi kesan kepada baby... Tapi masa nie memang Mummy agak degil... Sebab Mummy dah tak sanggup nak tahan kesakitan tue.... Banyak kali Walid cakap jangan teran... Then Nurse pun tak bagi teran... Tapi Mummy teran jugak pelan-pelan... huhuhuhu~

5.00 pm
Mummy jerit lagi cakap "Saya nak terberak nieeeeeeeeeeeee"

Walid cecepat panggil nurse dan doktor balik... Masa nie nurse dah marah Mummy... Cakap if tak sayang anak... nak teran jugak... teran jer lah.... +__+"

Terdiam Mummy masa tue... terus tak teran dah.. Hehehe..!

Then nurse check balik bukaan... Then tolong sikit untuk percepatkan bukaan... Bile dah cukup 9cm... Nurse dan doktor terus suruh teran...!

Mummy pulak masa nie tenaga dah banyak habisss... Mummy ingat cara teran yang Mummy banyak baca masa mengandung dulu.... Masa nie rambut Baby 'A' dah nampak... Nurse suruh teran... Tapi Mummy tak mampu nak teran.. Sampai Nurse tu tarik tangan kiri Mummy untuk rasa rambut Baby 'A'... Bila jari Mummy sentuh je rambut Baby 'A'... Mummy terus jerit... sebab terkejut.... Masa nie Walid tak putus-putus pujuk Mummy supaya teran... 
Ingat anak... Ingat anak.. Kesian kat anak...

Mummy cuba teran sekuat mungkin.... Dalam 3x percubaan... Keluarlah kepala Baby 'A'... Then nurse cakap... if terasa contraction yang kuat lagi... Teran balik untuk keluarkan bahu pula....

Tapi disebabkan Mummy dah terlalu letih dan tak bertenaga.... Mummy stuck kat leher Baby 'A' agak lama... Mummy ambil masa yang agak lama untuk push bahu pula... Sampai Walid merayu suruh pikir kat anak...

Cepat teran sayang... Sayang boleh... Sayang teran sayang... Ingat anak...
Cepat teran sayang... Sayang boleh... Sayang teran sayang... Ingat anak...
Cepat teran sayang... Sayang boleh... Sayang teran sayang... Ingat anak...

Akhirnya.... Tepat pukul 5.13 petang... lahirlah Baby 'A' dengan cara NORMAL...! 

Syukur Alhamdulillah...

Masa nie.. Mulut Mummy tak putus putus cakap Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

Walid pun dah menangis kat kepala Mummy... Then dah lembik lutut dah... Walid nak tumbang je masa tue... Bila anak lahir.... Baby 'A' tak menangis pun.... So, nurse terus bawak keluar Baby 'A'...

Bila nampak Baby 'A' dah keluar... Walid terus minta izin ngan Mummy nak keluar... Sebab Walid dah nak pitam... Masa Walid jalan keluar pun Mummy nampak Walid jalan terhuyung-hayang.... =')

Kesian kat Walid... Tapi Mummy terharu sebab Walid kuat untuk Mummy dan Baby 'A'... Ikut kan Walid memang alah dengan bau darah dan tak boleh tengok darah.... Tapi Walid kuat juga teman Mummy dalam labour room...

Ahmad Shareeq Al-Aish Bin Ahmad Shakirin diletakkan dalam balang oksigen kerana tak menangis semasa dilahirkan..
Tapi Syukur Alhamdulillah... Semuanya selamat...
Pic taken : 11-06-2014 / 5.49pm 


Ahmad Shareeq Al-Aish

Kronologi Kelahiran Baby 'A' - PART 2

Korang dah baca Part 1 punya? kalau belum meh klik kat link nie...


10/6/2014 (Selasa)


3.30 am

Mummy terjaga sebab sakit belakang... Tak boleh tidur dah.... kejap-kejap Mummy bangun... kejap-kejap Mummy bangun sebab sakit belakang yang teramat sangat.... Walid pun terjaga sebab dapat rase Mummy tak tidur pun.. Walid suruh tidur tapi Mummy cakap Mummy sakit belakang.. So, Walid pun urut-urut belakang Mummy..

Then Mummy perasan Walid tertidur balik.. Mummy pun biarkan sebab pikir Walid nak bangun pergi kerja pagi nanti... Mummy dari 23 Mei 2014 Mummy dah start MC... Tak pergi kerja pun sebab ofismate pun nasihatkan tak payah pergi kerja.... Masa tu perut Mummy besar dan sarat sangat...!! Kat ofis pun Mummy tak larat dah nak buat kerja... Hehehe..!

4.00 am
Mummy pun bangun nak minum air.. Bile nak minum tu air dalam botol... Air dalam botol tinggal sikit... Mummy nak kejut Walid untuk gi ambil air Mummy tak sampai hati nak kejutkan... So, Mummy pun bangun nak isi air dalam botol... Mummy gi dapur..

Tibe-tibe masa Mummy tengah isi air dalam botol.. Mummy rase macam nak terkencing.. Tak sempat nak penuhkan botol air.. Mummy tak tertahan... Mummy terus berlari ke toilet.... Nasib toilet dan dapur dekat jer... Masuk je ke dalam toilet... Mummy tak sempat duduk... Air keluar mencurah-curah... Mummy dah pelik... ehhh...Air apa nie... bila bau... macam tak de bau... Tapi air tu keluar banyaaaaaaakkk sangat...

Tapi masa tu Mummy tak terpikir tu air ketuban... Mummy pikir air kencing Mummy jee... +_+

Lepas dah selesai di toilet... Mummy terus isi air dalam botol balik dan masuk tidur semula... Tanpa pikir air yang keluar tu adalah air ketuban.... +_+

5.40 am
Masa ni Walid baru bangun dan terus mandi nak solat subuh dan pergi kerja... Lepas tu Mummy pun bangun untuk mandi.. Sebab nak solat Subuh... Mummy tak konfiden ngan air tadi... Takut air tadi terkena baju tidur yang Mummy pakai...

Masa mandi tue... Tetibe keluar 2 ketul darah... Mummy dah pelik dan terkejut... baru terpikir akan air yang keluar melimpah-limpah tadi... "Ehhhh... tu air ketuban ke??..."

Selesai je mandi.... Then solat Subuh... Mummy pun cerita kat Walid pasal darah tue... Then baru cerita pasal Air Ketuban tue... Walid tanya... nak gi hospital ke tak nie... Tapi Mummy cakap Mummy tak sakit... Tak per lah.. Walid pergi je kerja.... Mummy pun sian sangat kat Walid... Walid banyak cuti masa minggu sebelum tue... sebab risau Mummy sakit dan duduk rumah sensorang...

So, Mummy pun suruh la Walid pergi kerja...

6.15 am
Walid dah siap untuk ke tempat kerja... tapi keep on tanya Mummy... Betul ke Mummy tak nak pergi hospital nie... Walid risau sebenarnya... Walid nak sangat bawak Mummy ke hospital masa tue... Tapi Mummy kata tak payah... Walid pergi ke kerja dulu... Apa-apa nanti Mummy bagitahu Walid cepat... ;')

Lepas Walid pergi kerja... Mummy tidur semula... hahaha..! Mummy dah start MC kan...

7.30 am
Tetiba Mummy rasa ada air keluar... Tapi air tu tak banyak... Mummy pun terus google... dari google tue... rata-rata cakap if kite pakai pad... kite boleh monitor tu air ape... So, Mummy pun terus pakai pad.... Then baring-baring goole info pasal Air Ketuban... Sebab macam baru yakin.. Air yang keluar masa pukul 4.00 pagi tu adalah Air Ketuban....+_+

8.00 am
Masa nie Mummy dah rasa tak sedap hati sebab pad Mummy dah basah... Mummy tukar balik pad Mummy then terus pergi ke rumah Mak... Mak terus suruh siap untuk pergi ke hospital... Mak cakap kalau dah keluar Air Ketuban... Tak lama lagi akan bersalin... If tak bersalin.. Maybe bahaya... Takut baby lemas sebab air ketuban dah tinggal sikit... Huhuhuhu..!!

Mak suruh ayah hantar Mummy ke hospital.... Then mak suruh Walid terus ke hospital jer... Tapi Mummy refused... Mummy nak tunggu Walid balik dulu... dalam tengah hari nanti...

Mak cakap tak boleh tunggu tengah hari... kene pergi sekarang jugak...

9.00 am
Okey lah.. Mummy terus call Walid... Walid terkejut... Walid macam marah Mummy sikit sebab Walid kan dah nak bawak pergi hospital tadi Mummy tak nak... huhuhu... Walid cakap Walid akan balik sekarang... (even Walid baru sejam mula kerja)
Kesian kat Walid... Huhuhu... Dah la tempat kerja Walid ngan rumah pun jauh... Walid pun suruh Mummy tunggu Walid balik rumah... Baru pergi ke hospital....

10.15 am
Walid sampai je kat rumah... Walid tukar baju dulu... Mummy pun tak de rase sakit pape pun... Hanya risau sebab Air Ketuban dah leaking... Takut ada pape berlaku kat anak... kite tak tahu...

10.40 am
Walid, Nenek dan Kakak Hana teman Mummy ke hospital... kebetulan nenek kene jaga Kakak Hana sebab Harith masih admitted kat HKL lagi...

Walid drive pun cool je... Sebab Mummy memang tak rase sakit nak bersalin...! Hahaha...!!

11.00 am
Sampai di Hospital Serdang... Walid drop-off Mummy, Nenek dan Kakak Hana kat Dewan Bersalin dulu... Then Walid pergi cari parking... Masa nie orang ramai sangat... Memang lama kena tunggu....

Mummy siap dah tahu prosedur kat Dewan Bersalin tue... Hahaha.. Mana tak nya... Hari tue adalah kali ke-3 Mummy pergi... Hehehe~

Nama Mummy dalam sistem di Hospital Serdang (Belum Bersalin)

2.00 pm
Settle semua prosuder.. Doktor cakap Mummy kene admit.. Sebab air ketuban tinggal sikit.. About 5.
Masa ni pun Mummy beranikan diri bagi tahu kat nurse yang Mummy nak doktor perempuan yang buat.... Sebab Mummy nampak ada 2 orang doktor lelaki masa tue sedang bertugas... Huhuhu...

Bile doktor perempuan buat VE... rupanya bukan VE menggunakan tangan... Kali nie... Mummy kene seluk dengan Mulut Itik..!! Waaahhhh... Kali ini memang sangat sakit... Huhuhu... Tapi Mummy redha je... Sebab yang penting doktor dan nurse perempuan yang handle... Bukan doktor LELAKI.. Hehehe..!! Doktor maklumkan bukaan masih 1cm... Huhuhu...!



Masa ni Mummy kejap duduk kat dalam... kejap keluar... Duduk dengan Mak dan Walid... Masa nie Mummy dah mula sakit dah... Duk la menahan sakit... Air mata pun dah mula berjujuran...
T_T




4.30 pm
Walaupun doktor kat PAC Area maklumkan yang Mummy dah boleh admit kat wad... Tapi nurse maklumkan yang wad tak de yang kosong... Mummy kene tunggu wad kosong baru boleh masuk...

Dalam pukul 4.30 petang baru lah nama Mummy dipanggil untuk admit ke wad... Rupa nya nurse kumpulkan hampir 10 orang ibu mengandung baru bawak beramai-ramai ke wad....

Dari PAC Area Tingkat Bawah... ke Wad di Tingkat 5... kiteorang dah macam rombongan CikKiah membawa perut pulak.... +_+"

Sebab bayangkan 10 orang perut memboyot dalam dalam satu kumpulan.... memasing pakai baju pink pulak tue.... +_+"

6.00 pm
Angah Mummy datang melawat.... Masa nie Walid hantar Mak dan Kakak Hana balik... Sebab kesian kat Mak dan Kakak Hana.. Lama dorang tunggu Mummy...

Angah belikan mee goreng sebab Mummy dah lapar sangat..... Walid belikan nasi bungkus masa lunch tadi... tapi dapat makan sikit je sebab tengah tahan sakit... Tak mampu nak telan makanan...

Masa Angah bawakkan makanan... Boleh lah Mummy makan sikit... =')

7.30 pm
Doktor datang melawat ke wad sorang-sorang... sebab pukul 8.00 malam doktor akan bertukar shift... So, doktor maklumkan bahawa if tak bersalin dalam pukul 10.00 malam... Mummy akan dimasukkan antibiotik sebab Mummy dah mula leaking dari pukul 4.00 pagi...

Sebabnya... Mummy dah leaking lebih 12 jam... Lepas je masuk antibiotik... Mummy terus muntah... Then sakit mula terasa dalam 10-15 minit sekali... Makin sakit dan makin sakit... sampai Mummy dah tak tertahan.... Dah la kat wad Mummy duduk wad reramai... Mummy dah request bilik 4 orang pun tak dapat sebab full-ward... Then Walid tak boleh temankan... Huhuhu..!

Tapi alhamdulillah... Walid kejap-kejap seludup masuk ward... =')

9.00 pm
Nurse datang check tekanan darah + jantung baby.. Everything is fine.. Tapi Mummy memang tak boleh duduk diam... Siap tawaf dalam wad tue... If sakit constraction datang... Mummy memang tak boleh baring...! Baring memang akan sakit...!!

Kadang Mummy ke toilet.... untuk buang air kecil.. kadang sampai tak de air pun nak dibuang... Tapi bile kena air tue... Mummy rase tenang sekejap...

Mummy rase berpuluh kali kot Mummy ulang alik ke toilet... sebab Mummy tak mampu nak tahan sakit depan orang... Dalam wad kan duduk beramai-ramai...  T_T"


Panjang sangat plak entry nie... Jom bersambung ke entry seterusnya....




Kronologi Kelahiran Baby 'A' - PART 1

Kronologi Kelahiran Baby 'A'..

Nota : Mummy dah buat draft masa dalam hospital lagi... Masa constraction tak kuat sangat... Hihihi..

Alhamdulillah... Masa entry ini dipublish.. Baby 'A' dah 99 hari means dah 3 bulan dilahirkan... Meh Mummy nak story kronologi kelahiran Baby 'A'...

Due Baby 'A' ikut scan adalah pada 6 Jun 2014 (Jumaat)... Tapi baby tak nak keluar pada hari Jumaat tu... Puas Mummy doa dan pujuk baby keluar hari Jumaat tu.. Baby tetap tak nak keluar... Huhuhu... Then masa memula Mummy buka buku pink... EDD Mummy adalah 14 Jun 2014 (Sabtu).... but Mummy banyak berdoa agak Baby 'A' akan dilahirkan pada hari JUMAAT... tapi tak berjaya... hihi.. Tak per la Allah lebih mengetahui... =)

Baby 'A' telah selamat dilahirkan secara NORMAL pada 11 Jun 2014 (Rabu)...

Mummy dari 16 Mei 2014 tu kerap MC... kadang seminggu sehari... kadang seminggu tu dalam 2 atau 3 hari MC...

Sampailah pada 26 Mei 2014 tu... Mummy terasa sakit perut yang amat sangat... sampai Walid risau tengok Mummy macam tue... Then Walid decide untuk bawak Mummy ke Hospital... Memula Mummy refused... But bile dinasihatkan oleh kakak-kakak ipar untuk pergi ke hospital dan check... Sebab anak pertama kan... kite tak tahu ape yang berlaku...

Then pergi lah Mummy dan Walid ke hospital... But bile diperiksa... Mummy belum ada apa-apa bukaan lagi.... Sakit tue adalah sakit biasa.. Doktor maklumkan bahawa baby sedang mencari laluan... Hmmmm... Ok.. Balik lah Mummy dan Walid... Tapi jangan tak tahu... Proses nya sangat lama okeyhh...! Mummy dan Walid sampai ke Hospital Serdang dalam pukul 12.00 tengah hari... Then proses pemeriksaan selesai pada 6.00 petang... Berkampung lah Mummy dan Walid di hospital selama lebih kurang 6 jam.... (=,+)"

Dalam hati ni tetap berdoa agar Mummy dapat melahirkan Baby 'A' pada 06/06/2014 (Jumaat)
Dewan Bersalin Hospital Serdang

IncikHubby yang tenang teman Wifey yang check-up
first time di Hospital

Mummy dan Walid masih boleh berposing..
Sebab Mummy tak sakit lagi.. ;P


5/6/2014 (Khamis)


Then pada hari Khamis tu plak.....


Mummy dan Walid bersiap-siap untuk ke hospital sebab ada show or tanda keluar lepas solat isyak malam tu... Ada sedikit darah keluar... Masa Mummy gi toilet tu.. Mummy tengok kat panties Mummy ada secalit darah... Secalit jer lah... Tak de lah banyak pun... Tapi masa tu dah semangat nak melahirkan Baby 'A' kan.... Keluar dari toilet tu terus cakap kat Walid yang kita dah boleh ke hospital sebab dah ada tanda... Hehehe..! *Masa nie memang excited nak bersalin... Siap dah set dalam mind nak mintak induce if bukaan tak ada or sikit sangat bukaannya*

Time tu kiteorang siap slow-slow... Tak de rushing sangat pun...

Dalam pukul 11.00 malam baru sampai ke hospital... Masa dah sampai hospital tue... tak ramai orang macam 1st time Mummy pergi untuk check tue...

Malam tue kaunter pendaftaran tenang je... Lepas je Mummy isi borang dan submit buku pink dan GL... Mummy diminta untuk tunggu sebentar.... Dalam 10-15 minit lepas tue... Nurse panggil... Nurse tanya kenapa datang.... Interview sikit..

Mummy cakap masa Mummy lepas solat isyak... ada tanda keluar... which is darah... then Mummy cakap EDD Mummy pun esok... So, saya pun datang untuk pemeriksaan dan serah diri.... =_+"

Then nurse suruh Mummy duduk untuk check tekanan darah... lepas tue... Nurse terus suruh ke PAC Area untuk pemeriksaan VE... Which is.. SELUK... Malam tue.. Mummy request doktor or nurse perempuan yang buat... Sebab masa pertama kali kene seluk ari tue.. Doktor Lelaki Muda yang buat... Menyebabkan Mummy trauma sesangat..!! huhuhu~

Alhamdulillah... Rezeki Mummy... Mummy dapat doktor perempuan yang seluk Mummy... Bagi Mummy... biar sakit kene seluk dengan doktor perempuan dari kene kangkang depan doktor lelaki... Huaaaaaaa..!!

Masa doktor perempuan tu seluk... Memang agak sakit sikit berbanding kali pertama kene seluk... tapi Mummy is REDHA... hehehe..! Doktor perempuan tu maklumkan bahawa baru ada bukaan 1cm jee... Then dorang suruh Mummy tunggu kat luar dulu... Nanti dorang akan maklumkan bahawa Mummy boleh admit or disuruh balik....

Then dalam pukul 1.00 pagi doktor benarkan Mummy balik sebab bukaan baru 1cm.. Huhuhuhu.. Frust betul masa tu Mummy... Sebab Mummy nak sangat baby dilahirkan pada hari Jumaat tu.... Huhuhu...

Lepas discharged dari hospital... Mummy ajak Walid ke Uptown The Mines sebab Mummy nak berjalan-jalan untuk cepatkan bukaan... Hihihi.. Memula Walid refused sebab takut jadi pape kat Mummy.. Tapi Mummy yakinkan kat Walid yang Mummy ok..! Hihihi.. Kiteorang jalan-jalan sampai pukul 3.00 pagi... Siap lepak kat Mamak pekene Roti Canai Cheese... Mummy makan sensorang je... sebab Walid tengah dalam mood risau... Tak lalu nak makan... Tapi Mummy is berselera jer makan Roti Canai Cheese tue...! =D

Then the whole day tu Mummy tunggu gak if ade rase sakit pape... Tapi tak de tanda pun untuk bersalin pada hari Jumaat tu.. Huhuhu..
Ke hospital kali ke-2....
Tengah malam kaunter hospital tenang jee...

Mummy dan Walid Baby 'A'
Muka Mummy dah sembam dah...
Kembang betul..!

6 - 9 /6/2014 (Jumaat - Isnin)
Mummy dan Walid asyik berjalan jer.. Tak duduk rumah pun... Sebab Mummy is nak mempercepatkan bukaan.. Mummy cuba pelbagai petua untuk mempercepatkan bukaan...

Dari banyak berjalan... Dah tawaf memacam tempat dah... Mummy siap tawaf Jakel 2 kali.. Sogo.. Tesco... Giant... Tapi Baby 'A' tetap tak nak keluar awal... Huhuhu...

Then Mummy cube jugak minum Milo Panas campur Planta... Katenye untuk mempercepatkan bukaan... Pun tak menjadi...

Masa Walid pergi kerja hari Isnin tue... Mummy siap senaman naik turun tangga... Memula naik ke tingkat Enam... Then turun ke bawah (Ground Floor).... Then naik balik ke tingkat Lima...

Konon-konon nak bagi aktif untuk kurangkan kesakitan... Memang if Mummy tengah sakit constraction Mummy tak boleh nak duduk diam...

Mummy sampai dapat kemas satu rumah.. Siap cuci toilet... Semua Mummy bersihkan sebab memandangkan Family Mertua Mummy akan datang KL masa Mummy dah deliver nanti. So tak nak lah rumah bersepah masa tue...

Memang Mummy tak duduk diam pun kat rumah... bile dah penat.... Mummy rehat kejap... Then sambung balik kemas rumah sensorang... Sebab Walid kerja... Hehehehe...

Cerita seterusnya akan bersambung di.... 

Wednesday, 17 September 2014

First Day Ke Ofis After 99 Hari Bercuti....

Assalammualaikum w.r.t Wahai Blogger..!!

Fuhhhhhhhhhh... Akhirnya masuk juga CikAwiens ke ofis... Ehh, bukan CikAwiens dah.... Mummy Awien dah pas nie.. Hehehe..!

Hari ini adalah hari ke-99 my little Al-Aish... Ohhh... Lupe nak perkenalkan #CintaHatiMummy nie..

Nama Anak CikAwiens adalah Ahmad Shareeq Al-Aish Bin Ahmad Shakirin... (",)v
Nanti Mummy cerita throw back yerrrrrrrrr....

But sekarang Mummy dah pun kene kerja... Huhuhu..

Dari minggu lepas sebenarnya Mummy kene mula kerja...CikAwiens ambil cuti 90 hari... But dah terlajak sampai 99 hari... (=,=")m

Tapi Mummy malassssss sangat plus Mummy kat Terengganu menghantar Tok Ki dan Wan Al-Aish ke Madinah untuk mengerjakan ibadah Haji... ;')

So, this week nak tak nak Mummy kene start work... Huhuhu... Hari ni Nenek Al-Aish pergi mengaji... Nasib baik Alang Al-Aish ada kat rumah Nenek.. So, lega sikit hati Mummy nie nak pergi kerja..

Ikutkan kalau hari Rabu dan Khamis... Al-Aish akan dihantar ke rumah pengasuh which is jiran depan rumah Mummy nie... Jiran tue beriya nak jaga Al-Aish... Siap offer lagi nak jaga Al-Aish... Bukan CikAwiens yang carik... Alhamdulillah... Allah permudahkan urusan CikAwiens...

Tapi disebabkan minggu nie CUTI SEKOLAH... CikAwiens berat hati nak hantar Al-Aish ke rumah pengasuh Al-Aish sebab kat rumah pengasuh Al-Aish tu ramai bebudak... Anak pengasuh Al-Aish pun 6 orang... hehe... Nasib baik pengasuh tak amik anak orang lain untuk diasuh... Means Al-Aish sorang je yang pengasuh jaga... Then anak bongsu pengasuh pun dah umur setahun lebih ehhh... ke dah dua tahun eh... hehehe..!

Oklah... Nanti CikAwiens upkan cerita dari mula bersalin sampai Al-Aish dah berusia 99 hari nie... =)

Al-Aish dah bersiap untuk ke rumah Nenek~ 



.:. Ohhhhh... CikAwiens dah rindu bau Al-Aish..... Huhuhuhu~




Komen~Komen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...