Monday, 23 June 2025

Pengalaman Bersalin Anak No 4 : Ayshana Syameena Al-Aulaa

 Assalamualaikum kawan-kawan.


Hari ni tiba-tiba Mommy nak update pengalaman bersalinkan Al-Aulaa. 

Al-Aulaa lahir pada 23 Jun 2024, dah setahun dah baby Mommy tu.

Al-Aulaa lahir tahun lepas, seminggu selepas Raya Haji kat Terengganu. Sebenarnya EDD dia pada 2 Julai 2024, kiranya bersalin awal seminggu je dari tarikh EDD. Lahir pada 38weeks 6days.


Masa planning nak sambut raya haji kat Terengganu tu, ramai tak sarankan balik beraya kat Terengganu. Sebab nak dekat due. Risau bersalin dalam perjalanan je. Tapi, Walid insist juga nak balik beraya. Mommy turutkan je. Mommy kan isteri solehah. =P


So, Mommy berdoa je lah kalau nak bersalin juga biarkan dah sampai rumah mak mentua atau dah selamat sampai rumah KL semula. Bukan dalam perjalanan di tengah highway. 


Kami balik Terengganu seminggu (15 - 22 Jun 2024). So, ikutkan Sabtu tu nak gerak balik KL dah. Tapi, tiba-tiba Jumaat malam tu Mommy dah mula sakit. Hari Jumaat lepas maghrib tu Mommy dah mula rasa sakit-sakit pinggang yang teruk. 


SABTU : 22 JUN 2024

So, Mommy layankan je. Dalam pukul 4.00 pagi Mommy tak larat nak baring dah. Mommy keluar bilik untuk berjalan-jalan. Mommy jenis tak boleh baring layan contraction. Mommy kena bergerak aktif. 


Masa Mommy keluar bilik tu, Mommy nampak FIL tengah solat tahajud. 

Bila dah selesai solat, FIL tanya kenapa. 

Mommy jawab "Sakit perut bah". 

Abah tanya, "Nak pergi hospital ke" 

Mommy jawab "Tunggu Subuh dulu lah abah, Shakirin tidur lagi" 

Abah suruh kejut anak dia. Mommy cakap "Tak pe, Awien boleh tahan lagi."


Lepas tu Mommy sambung jalan-jalan dalam rumah. Dah nak Subuh tu, Walid bangun solat subuh. Walid tanya nak pergi terus hospital ke?


Mommy cakap, nanti dulu lah. Masih boleh bertahan. Ikutkan hati nak siap-siap barang terus balik KL.


Then dalam pukul 7.30 pagi tu, Walid suruh mandi siap-siap pergi hospital dulu. Nak check dah ada bukaan ke belum. Kalau tak de bukaan lagi kita terus balik KL - Walid cakap.


Mommy pun masuk bilik air mandi. Sebelum mandi tu Mommy terus buang air kecil dulu. Then tengah-tengah mandi tu, Mommy nak duduk sabun kaki. Air keluar laju. Mommy ingatkan Mommy buang air lagi. Sekali bila nak tahan tak boleh. So, Mommy tahu tu air ketuban.


Mommy siap mandi macam biasa. Tak de panik pun. Haha! Iya lah dah kali keempat kan. Lebih tenang.


Lepas siap terus ke hospital, anak-anak masih tidur lagi lepas Subuh. Mommy Walid tak bagitahu anak-anak yang Mommy dah sakit nak bersalin.


Sampai hospital dalam pukul 9.30 pagi. Hari Sabtu, tenang jelah hospital. 

Terus daftar masuk, then check laluan kat PAC Area.

Dari awal mengandung, selain doa dipermudahkan urusan bersalin. Mommy selalu berdoa untuk doktor perempuan yang uruskan proses bersalin Mommy. Mommy doa untuk doktor dan nurse perempuan yang handle dari mula pendaftaran sampai keluar wad.


Alhamdulillah, Allah makbulkan doa Mommy.


Masa kat PAC Area tu. Memula nak check bukaan, HO Perempuan yang check bukaan Mommy. HO tu maklumkan dah ada 2 or 3 cm bukaan. Then, nak confirmkan. MO akan check semula. 

Dah settle check bukaan kali pertama, Mommy bangun dari katil terus keluar dulu dari PAC Area. Tak lama lepas tu nama Mommy kena panggil semula untuk MO check semula bukaan.

Kebetulan ada MO Lelaki yang bertugas. Masa HO check laluan, MO Perempuan yang lain ada je kat sebelah. Tapi, tiba-tiba bila nak check semula bukaan kali kedua, MO Lelaki tu pulak pegang file Mommy. MO Perempuan tu check kat katil sebelah.

Mommy dah berdebar dah. Sambil baring tu, Mommy berdoa untuk MO Lelaki tu check ibu katil lain dulu. MO Lelaki tu dah sarung tangan dah. Sambil baca report Mommy kat file. Dalam hati Mommy tak putus-putus doa Allah permudahkan untuk tukar MO Lelaki tu kepada MO Perempuan.


Tiba-tiba bila MO Lelaki tu dah habis baca report Mommy dan nak mula seluk. Ada nurse kat depan katil Mommy panggil MO Lelaki tu.

"Doktor, ibu ni nak Doktor Handsome yang check dia" - memang MO Lelaki tu handsome pun. Doktor lelaki, melayu dan muda. Ikut kan boleh je tadah bagi doktor lelaki tu seluk. Tapi, Allah. Ntah lah. Perasan malu lebih tinggi dari rasa sakit contraction masa tu.

Terus lega hati Mommy. Allahuakhbar. Allah nak tolong Mommy ni.

Doktor lelaki tu balas "Saya ada patient ni, suruh doktor XX buat"

Nurse tu jawap "Tapi patient ni nak Doktor Handsome. Kiteorang buat dia tak nak"

Doktor tu refuse "Saya ada patient ni" Nurse tu balas "Adik manis ni nak doktor jugak handle case dia"

Alhamdulillah, rezeki Mommy. Doktor lelaki tu skip case Mommy dan ambil case katil depan Mommy tu. Sebelum doktor lelaki tu ambil case katil depan Mommy.

Rupanya patient depan Mommy tu foreigner (warganegara Nepal kot - tengok pada sireh dan bedak-bedak dimuka dia) Hihihi~, maybe tak pandai berbahasa Melayu kot. Tu perlukan doktor untuk tolong kes dia. 

Doktor lelaki tu tanya Mommy. Boleh tak Mommy tunggu kejap. Saya nak tengok ibu katil depan.

Cepat-cepat Mommy balas. "Tak pe doktor. Doktor nak tukar pun tak pe. Saya tunggu doktor perempuan tadi check bukaan saya" 

Pas tu HO yang handle file Mommy dia cakap. "Puan kena tunggu ya kalau nak doktor XX check kan laluan" 

Mommy balas "Tak pe, saya boleh tunggu". Masa ni contraction datang sekejap-sekejap tau. Tapi disebabkan nak cover yang Mommy tak sakit dan boleh tunggu. Mommy control posture badan masa baring tu dan tahan muka tak nak tunjuk tengah tahan contraction.

Tunggu dalam 15 - 20 minit je kot. MO Perempuan pun datang nak check bukaan Mommy. Bila MO Perempuan tu check. Bukaan baru 2cm. 

Mommy minta nak discharge. Tapi doktor tak benarkan sebab air ketuban Mommy dah leaking dan ni kandungan Mommy yang keempat. Doktor risau proses bersalin cepat. 

Ok settle semua. 

Mommy dimasukkan ke wad. Nasib baik wad tak penuh. Masih ada katil lagi. 

Macam biasa, Mommy dapat bilik ada 4 katil. Nurse ada maklumkan masa tolak Mommy ke wad tu. Bilik katil dua orang penuh. Kalau kosong kami maklumkan kat puan.

Tapi, Mommy cakap "Saya ok je kalau bilik 4 katil, saya takut kalau bilik berdua" Hahaha~


Masa masuk wad tu masa makan tengah hari. Baru lah Walid boleh masuk melawat.

Dalam wad, Mommy boleh makan dan solat macam biasa. Sebab tak berapa sakit sangat. Setiap kali solat Mommy mampu habiskan bacaan yassin. Alhamdulillah. Allah beri kekuatan.

Bila rondaan petang tu, MO check bukaan. Bukaan masih dalam 2cm. Slow sangat Mommy rasa. So, MO cadangkan untuk masukkan pil (induce) untuk percepatkan bukaan.

Disebabkan air ketuban leaking pukul 7 pagi. Dalam pukul 7 malam, (selepas 12 jam) doktor masukkan 1/2 pil untuk tengok progressnya.

Bila masuk pil, constraction makin kuat. Tapi tak kerap.

Malam tu, Mommy berjalan tawaf 1 wad untuk percepatkan bukaan. Dah penat, Mommy tidur.


AHAD : 23 JUN 2024

Masa Subuh tu, pagi-pagi Mommy dah bangun mandi nak solat Subuh. Lepas baca yassin, Mommy rehat-rehat kat katil sambil baca zikir-zikir mana yang mampu. 

Then breakfast roti dengan air coklat. (Menu ibu GDM - hahaha!) - Mana nak kenyang.

Tunggu lah Walid datang hantar makanan. 

Masa check bukaan, bukaan baru 4cm dalam masa 24 jam. Huhuhu~ lama betul.

Walid hantar makanan then Mommy boleh bertenang-tenang lagi. 

Dalam pukul 4.00 petang, sekali lagi pil (induce) dimasukkan untuk bantu percepatkan bukaan. Masa ni bukaan memang slow sangat. Bila dah masukkan memang terasa contraction makin sakit dan kuat.

Walid bantu urut belakang Mommy untuk kurangkan sakit. Bila dah reda, Mommy akan berjalan perlahan-lahan tawaf wad. 

Masa ni Alhamdulillah masih boleh solat Zohor dan Asar lagi. Selera makan pun masih ada. Walid tapaukan nasi kukus ayam berempah yang viral area Hospital Terengganu tu. Semalam nya Walid beli sebungkus, memang sedap. So, hari ni masa tengah hari tu Mommy suruh beli 2 nasi kukus ayam berempah tu.  Ingat kan nak makan waktu lunch ngan dinner. Tapi Mommy mampu makan masa tengah hari je. Mommy dah tak mampu nak makan masa makan malam sebab dah terlampau sakit. Selera makan dah hilang.

Bila waktu melawat pukul 7.00 malam dah tamat. Walid bagi tahu, Walid tunggu kat kawasan parking. Kalau apa-apa cepat-cepat bagitahu. 

Lepas Walid keluar je. Mommy baring sekejap sebelum nak solat Maghrib. Tiba-tiba bila Mommy bangun nak gi toilet untuk mandi malam. Mommy berdiri je kat tepi katil. Air ketuban keluar mencurah-curah. Mommy minta tolong kat ibu depan katil Mommy suruh panggil kan nurse. Masa tu Mommy berdua je dalam bilik tu. 


Ibu tu tolong panggil kan nurse. Nurse datang suruh bersihkan diri then tukar pad untuk check bukaan. Mommy terus call Walid. Bila dalam toilet Mommy nampak ada discharged darah. Maknanya tanda dah keluar. 


Bila dah siap tu, nurse suruh masuk bilik rawatan untuk check bukaan. Frust sangat Mommy bila nurse cakap bukaan baru 5cm. Punyalah sakit mengganas dari Asar tadi baru buka 1cm je dari pagi. Mommy harapkan bukaan dah 6cm.


Selalunya nak tolak ke labour room kena 6cm. Then dalam labour room baru suami boleh teman.

Lepas settle check laluan, Mommy balik semula ke katil. Then berehat sambil selawat dan zikir Nabi Yunus.


Dalam pukul 9.45 malam sambil-sambil video call dengan Walid, Walid kena balik rumah masa ni sebab Al Aufaa nak tidur. MIL call bagitahu dia nak Walid dia. 


Mommy pun ok lah sebab Mommy rasa Mommy bersalin dalam pukul 12.00 tengah malam atau 1.00 pagi. Sebab Mommy kira, pukul 8.00 malam baru 5cm. So, nak tunggu lagi 5 jam lagi baru full bukaan 10cm. Lagipun Walid dah penat tunggu seharian kat wad dan dalam kereta. Walid tak balik dari pagi.


Dalam tengah video call Walid dengan anak-anak. Sakit Mommy makin kuat. Mommy tekan butang kecemasan tu untuk panggil nurse. Nurse suruh tahan sebab baru check laluan. Baru 5cm. 


Tapi masa ni nafas Mommy dah makin laju tahan sakit then muka Mommy dah berpeluh-peluh. Nurse tu tengok Mommy macam tu terus dia cakap sakit sangat ke?


Mommy angguk je. Mommy tak mampu cakap dah. Terus dia suruh tukar baju siap-siap then cukup masa untuk hantar ke labour room.

Bila nurse tu check je laluan, bukaan Mommy dah 8cm. Nurse tu terkejut sebab baru check macam tebal lagi katanya.


Terus nurse tu dan nurse sorang lagi tolak Mommy ke labour room. Mommy nak bawa handphone, tapi nurse tu tak bagi. Mommy terus suruh nurse tu maklum kan kat suami saya saya dah nak ke labour room. Nurse wad tu cakap nanti kami call suami puan.


Then masa masuk labour room tu dalam pukul 10.15 malam.  Tak sempat nak buat apa, pukul 10.32 malam, Mommy dah selamat bersalinkan anak keempat Mommy tanpa Walid teman.

23 Jun 2025 (Ahad)

10.32 malam 

3.64 kg

Bayi Perempuan


Frust betul Mommy masa tu. Sebab dah lah first time bersalin kat Hospital Terengganu. Tiga-tiga anak Mommy bersalin kat Hospital Serdang. 

Kat Hospital Terengganu ni, handphone semua tak boleh bawa masuk labour room. Suami pun tak dimaklumkan. 


Padahal Walid cakap, Walid bila dengar situasi kelam kabut masa video call tu. Walid terus gerak ke hospital.

Dah sampai hospital sebelum pukul 10.00 malam. Walid dah ready dah kalau kena panggil masuk. Even Walid dah maklumkan nama Mommy kalau Mommy dah masuk dalam labour room.

Tapi mungkin terlalu cepat sangat proses Mommy masuk labour room tu. Dorang tak sempat panggil Walid masuk temankan Mommy bersalin.

Pengalaman paling sekejap dalam labour room. Dalam masa 30 minit je dalam labour room terus bersalin.

Selalu berjam-jam Walid dapat teman Mommy dalam labour room. Bila dah bersalin pun nurse tetap tak panggil suami masuk dalam labour room.


Siap tanya "Eh, nurse kat wad tak call suami awak ke" Mommy jawap "Nurse kat wad cakap nurse kat labour room yang akan call kan suami"

Mommy dah rasa Mommy bersalin tak bersuami pulak. Huhu~


Dalam pada tu, Mommy bersyukur Allah permudahkan urusan bersalin Mommy dan semua yang urusan Mommy adalah doktor dan nurse perempuan. 

Memang semua nurse perempuan yang handle kes Mommy. Even nurse perempuan je yang sambut baby dan selesaikan jahitan Mommy. Dorang tak sempat maklum kat doktor untuk ambil case Mommy. 

Walaupun ada je doktor lelaki bertugas kat labour room masa tu. Sebab Mommy dengar suara doktor lelaki suruh PUSH~PUSH. Hahaha!

Mommy bersyukur Allah permudahkan semuanya walaupun suami tak dapat teman masa bersalin. Dah lah bersalin kat negeri kelahiran suami. Tapi suami tak dapat teman. Huhuhu~

Antara Hospital Terengganu dan Hospital Serdang, Mommy pilih Hospital Serdang. 

Hospital Terengganu ni serik dah rasa. Ada lah cerita tak best dengan nurse masa tu tapi malas nak cerita dan ingat balik. Hahaha~

Walid pun cakap Hospital Terengganu tak mesra macam Hospital Serdang, Walid tak boleh teman Mommy kat wad lepas bersalin. Kan lepas bersalin kita tak selesa dan nak mandi. Tiga kali bersalin, Walid boleh uruskan dari awal sampai Mommy dah selesa. Walid teman mandikan lepas bersalin. Siap kan anak. Tapi dalam labour room pun, Walid boleh iqamatkan baby sekejap je. Lepas tu nurse kat labour room suruh Walid keluar. 


CUKUP LAH ANAK MOMMY WALID 4 ORANG - 2 LELAKI DAN 2 PEREMPUAN.


~TAMAT~











Wednesday, 18 June 2025

Dah 2025 dah!

Assalamualaikum, 

Lama dah tak menulis kat blog ni. Dulu rajin update kat blog ni.

Nak bagitahu, sekarang dah ada 4 orang anak dah. Hahaha~ 

Dari awal kahwin mula create blog ni.

Tahu-tahu dah ada 4 orang anak kan?

Mommy saja nak list kan nama anak-anak Mommy. Hehe~


Anak pertama Mommy : Ahmad Shareeq Al-Aish lahir pada 11 Jun 2014

Anak kedua Mommy : Ahmad Syeehan Al-Akhyar lahir pada 15 Mei 2016

Anak ketiga Mommy : Ayshana Syaeeqa Al-Aufaa lahir pada 20 Februari 2018

Anak keempat Mommy : Ayshana Syameena Al-Aulaa lahir pada 23 Jun 2024


Alhamdulillah, semua dalam keadaan sihat walafiat.


Ni gambar terbaru masa Raya Haji bulan Jun 2025 yang lepas. Turn beraya kat Melaka.



Ni pula gambar masa Raya Puasa bulan April 2025 yang lepas. Turn beraya kat Terengganu.





Al Akhyar dan Al Aulaa 💞


Sampai berjumpa lagi...

Mommy doakan semua pembaca blog Mommy dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Aminnn.





Wednesday, 4 August 2021

Kedai Deco Murah dan Viral - Dekorasi Rumah dan Bilik

 Kedai Deco Murah dan Viral

Almari dan Perhiasan Rumah
Less More : https://bit.ly/3ynJNcO (75.9K Followers)
Cherry Household Mall - https://bit.ly/3A1vds4 (85.6K Followers)
Plastic Master - https://bit.ly/3ylmII3 (61.8K Followers)
Perkakasan Tandas
My Tools - https://bit.ly/3lnZ0XI (95K Followers)
Meidoo Flagship Store.My - https://bit.ly/3lpn9xd (6.9K Followers)
Langsir dan Cadar
Bottons Home- https://bit.ly/3lmPunJ (117.7K Followers)
Eda Mall - https://bit.ly/3fpeerA (103.2K Followers)
Bekas Rempah
Crossto Mall - https://bit.ly/3jx9h1x (43.2K Followers)
QQ Online Stores - https://bit.ly/2TOm8Do (49.3K Followers)
Perkakasan Rumah
3M Malaysia Official Store - https://bit.ly/3xhZocF (947K Followers)
V2Optical - https://bit.ly/3xfcVBO (86.2K Followers)
CRC Mall - https://bit.ly/3jgZzA3 (47.5K Followers)
M'sia_Mall - https://bit.ly/3ynLGpU (33.8K Followers)
Berry Household Mall - https://bit.ly/3jfFbiO (19.4K Followers)
Shoppiness - https://bit.ly/3rNuisc (15.5K Followers)
Cermin Hiasan Rumah
RKG Mall - https://bit.ly/3xiyGk3 (8K Followers)
Deta Pro - https://bit.ly/37fgCwC (2K Followers)
Edy Art - https://bit.ly/3fpEySt (2.3 Followers)

Tuesday, 3 August 2021

BEBERAPA TIPS PERSEDIAAN SEBELUM DAN SELEPAS VAKSINASI.

 BEBERAPA TIPS PERSEDIAAN SEBELUM DAN SELEPAS VAKSINASI.

Panduan untuk kita semua kelak.
Sebelum anda pergi mendapatkan suntikan vaksinasi Covid, sila lakukan perkara berikut :-
1. Makan sebagaimana biasa dan jangan pergi dengan perut kosong.
2. Minum air suam sekurangnya 250cc.
Cara ini akan mengurangkan ketidakselesaan, kesan sampingan akibat suntikan.
3. Ingat, jangan minum minuman sejuk samada sebelum atau selepas suntikan.
Prosedur ini sangat penting untuk suntikan ke-2 kesan ketidakselesaan, kesan sampingan dari suntikan ke-2 lebih banyak berbanding dengan suntikan pertama.
4. Pakai baju yang senang nak selak bahu.
Baju loose di lengan. Terutama untuk wanita.
5. Seluar berpoket supaya senang nak reach for your handphone.
Handphone please fully charge sebab banyak sangat checkpoint and semua guna phone.
6. Naik grab/minta orang hantarkan sebab banyak sungguh kereta.
Nanti tak payah pening2 cari parking.
7. Sila check siap-siap dimana station anda dalam MySejahtera App sebab semua kena beratur ikut station.
8. Mask on! (Additional face shield is good too- double ).
Bawak hand sanitizer, spray , tisu.
9. Paling penting bawa PEN.
Ada kena isi form dan takkan nak share pen dengan org lain pulak. Elakkan pinjam daripada org lain. Ataupun kalau org pinjam pen kita, bagi jela terus 😆
10. Dah bawak sanitizer dgn spray tu sila guna sebab mmg terlampau ramai manusia.
SELEPAS DIVAKSINASI
11. Dah balik tu jangan lupa mandi/basuh tangan/tukar baju. Sebab kita jumpa ramai sangat orang!
Sekarang kan case sangat tinggi dengan yang tiada simptom pun. Be extra careful!
12. Jangan lupa selfie , saya telah divaksinasi ni 😁
Untuk kenangan masa akan datang.. 🤭
13 . Setelah vaksinasi, ketika berehat, minum lagi secawan air suam bersuhu bilik (250cc) lagi.
14. Tidak berjalan / bersenam selama 5 hari berikutnya. Rehatlah sepenuhnya di rumah.
15. Vaksinasi akan memberi kesan yang sebenarnya setelah 2 minggu selepas dos kedua, kerana itu jangan bersikap ambil mudah dan jangan berada di luar rumah.
Oleh itu, berhati-hatilah dan sebaiknya tinggal sahaja di rumah sehingga 2 minggu lebih untuk dos kedua.
15. Akan ada sedikit demam selepas vaksinasi, tetapi jika demam berlanjutan hingga hari ke-3 ... maka segeralah dapatkan rawatan di hospital.
Sila kongsikan maklumat ini untuk kebaikan warga emas yang akan mendapat vaksin. Jangan lupa kongsikan dengan ibu bapa kita..

Pemudah kerja para isteri di rumah. Bibik-bibik pada masa sekarang.


Assalamualaikum dan apa khabar,

Lama dah tak menulis di blog kesayangan Mommy ni.

Bila dah lama duduk kat rumah ni dan Work From Home (WFH), rasanya perlu ada bibik untuk memudahkan kerja-kerja rumah kita ni.

Sebelum ni terpengaruh juga nak beli Thermomix, kononnya bibik dari Jerman ni sangat membantu dalam kerja-kerja memasak. Tapi bila pikir semula, dengan bajet tujuh ribu tu boleh dapat beberapa bibik lain lagi.

Bibik Jerman tu kan memang sangat membantu isteri yang memasak hari-hari macam kita ni. Tapi bila pikir semula dengan tujuh ribu tu, kita juga boleh dapat beberapa bibik lain lagi. So, better kita dapatkan bibik-bibik lain dulu sebelum hunting Thermomix kan. Haha. Berangankan best!

So, dengan bajet tujuh ribu tu kita boleh dapat beberapa bibik lain contohnya Steam Iron, Robot Vacuum, Dryer, Dishwasher, Cordless Vacuum, Pressure Cooker dan Air Fryer.

Lama dah survey-survey ni tau. Nah, saya share kan hasil survey dan dapatan saya selama beberapa hari ni. List yang saya senaraikan memang trusted seller di Shoppee dan banyak positive respond dari pembeli mereka. Mudah dah kerja korang. Hehehe.

1. Steam Iron : Seribu Empat Ratus je tau.
Steam iron ni memang bibik sangat membantu ibu-ibu kerana steam iron ni mudah digunakan dan amat pantas melicinkan baju-baju seisi sekeluarga. Kita tak perlu berdiri lama lah untuk mengiron semua baju-baju.
Philips : https://bit.ly/3xeQ75d (573 sold)
Tefal : https://bit.ly/3yjApXN (Official Tefal Store)

2. Robot Vacuum : Lapan Ratus je tau.
Robot Vacuum ni memang amat meringankan beban ibu-ibu untuk memastikan rumah sentiasa kemas. Bila rumah kemas, barulah mood isteri pun happy. Robot Vacuum ni dicadangkan digunakan setiap malam sebelum tidur. Robot Vacuum ni pun mudah dikendalikan dan boleh disetting dari handphone je. Mudah giler kot. Bila dah baring atas katil, tetiba terlupa nak suruh bibik ni buat kerja overtime. Kita setting je dari handphone. Kah kah kah!
Xiomi : https://bit.ly/3BSgyB8 (12,900 sold)
Roborock : https://bit.ly/3783MjS (927 sold)

3. Dryer : Lapan Ratus je tau.
Dryer ni memang bibik paling membantu sebab masa PKP ni kan memasing duduk rumah. Baju pun bertambah. Kalau sebelum PKP ni memang basuh baju hari-hari, tapi bila PKP ni kena basuh baju sehari 2 kali. So, dengan Dryer ni memang sangat membantu kerja ibu-ibu untuk menguruskan perihal baju-baju seisi keluarga. Tak perlu lagi nak jemur-jemur baju. Dah siap basuh baju terus masuk dalam Dryer je. Mudah giler, masa pun dapat dijimatkan.
Midea : https://bit.ly/3zWWs6S (731 sold)
Toshiba : https://bit.ly/3xjDups (195 sold)

4. Dishwasher : Sembilan Ratus je tau.
Dishwasher ni sebenarnya wishlist yang dah lama aimed. Memula dulu agak steptikal juga dengan dishwasher ni, sebab rasa macam "Eh, mudah lagi kot basuh secara manual. Lagi puas hati basuh sendiri, then rasa lebih bersihlah kononnya". Tapi bila dah 24 jam duduk rumah ni. Aihhhhh! Stress tau bila cawan dan pinggan mangkuk asyik penuh je kat sinki tu. Dah settle kan, ada lagi. Dah clear kan sinki, eh ada lagi. Ye lah anak pun kecil-kecil lagi. Faham-faham je lah. So bila baca post pasal review dishwasher, TERUS ADD CART! Hahaha.
Xiomi : https://bit.ly/3rLKCcU (6 sold)
Toshiba : https://bit.ly/3j794BN (58 sold)

5. Cordless Vacuum : Tiga Ratus je tau.
Cordless Vacuum ni masih diperlukan walaupun ada yang dah ada Robot Vacuum kan. Cordless vacuum ni lebih kepada pembersihan pantas. So, bila anak-anak tumpahkan makanan. Terus je ambil Cordless Vaccum dan On. Terus settle! Ada anak-anak kecil ni memang tak boleh elak dengan sepah-sepah makanan ni kan.
Dyson : https://bit.ly/2WtrPaP (410 sold)
Philips : https://bit.ly/3BWz8YW (23 sold)

6. Pressure Cooker : Dua Ratus je tau.
Pressure Cooker ni, dirasakan bibik wajib ada dalam setiap rumah. Pressure Cooker ni pun boleh dijadikan periuk nasi. So, penggunaan Pressure Cooker ni dalam kerja-kerja di dapur sangat optimum. Setiap hari memang guna Pressure Cooker ni. Sejenis bibik yang tak menyesal bila beli. Serius tak tipu! Cepat masuk add cart dan check out tau. Hahaha.
Russell Taylors : https://bit.ly/3j8euMJ (21,000 sold)
Philips : https://bit.ly/378tMf9 (39 sold)

7. Air Fryer : Tiga Ratus Setengah je tau.
Air Fryer pun bibik yang membantu dalam mengubah cara penyediaan masakan. More to healthy food. Kiranya boleh kurangkan makanan bergorenglah. Ni pun bibik yang dah ada dan memang membantu dalam penyediaan makanan yang sihat untuk keluarga. Fries ke nugget ke, masuk je dalam Air Fryer dan siap! Saya lebih suka Air Fryer digital daripada analog, sebab rasa lebih seronok tekan-tekan dari pulas-pulas. Hahaha! Saya dah miliki Air Fryer Tefal, memang recommended!
Russell Taylors : https://bit.ly/3iZkl6Y (907 sold)
Tefal : https://bit.ly/2VfRymB (164 sold)

Bila kira semulakan, bajet tujuh ribu tu boleh dapat 7 jenis bibik yang berlainan fungsi. So, kepada siapa yang ada bajet tujuh ribu tu boleh lah add cart dan check out sekarang dari Shoppee.

Serius berbaloi-baloi.

Tak pun korang check out je apa yang ada dalam cart korang tu. Kah. Kah. Kah.

Monday, 11 March 2019













Komen~Komen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...