Saturday, 8 December 2012

.: 07-12-2012 : 5 Months Hubby & Wifey :.

07-07-2012 ~ as wifey
07-08-2012 --> ~♥~
07-09-2012 --> ~♥~ ~♥~
07-10-2012 --> ~♥~ ~♥~ ~♥~
07-11-2012 --> ~♥~ ~♥~ ~♥~ ~♥~
07-12-2012 --> ~♥~ ~♥~ ~♥~ ~♥~ ~♥~

5 Months in Lovely Married


~07-12-2012~ Jumaat~


Syukur ke Hadrat Ilahi....


Dah 5 Bulan dah kan...


Kejap naw rase nye... memula macam lame benaw nak masuk bulan ke-5 nie...

hmmm....

Pencapaian setelah 5 bulan nie...??

hahahaha..! ade pencapaian kah..? <-- gedik plak rase nye nie... ;P

Hoyeh... so far CikAwiens dah pandai masak memasak nie.. hahaha!

Pandai kaw... kalau IncikHubby ade kat rumah... ade je benda CikAwiens nak masak-memasak... heh..!

Bukan ape.. macam seronok je kan..

bile kite masak... ade orang makan... orang itew adalah SUAMI kite sendiri...
agi la seronok dua ronok... heh... ! ;P


Picture memula kahwin....
*time buat kad kahwin - LOKASI : JAWI*



Gambar terbaru... terlatest...!
terhangat dipasaran...




This week IncikHubby stay kat rumah bujang die.. huhu.. tak bleh la nak mengedates..!

kalu tak boleh plan nak gi tengok movie ker... ---> mid night movie...!

IncikHubby nie suke benor ngan movie² nie... so, CikAwiens layankan jer...

yer lah dari die layan benda lain.. kan...?? hehehe.. layan benda lain..? contohnya...?
(haaa... kaw jangan pikir bukan² plop...!) kekekeke~

Sejujur-jujurnya memang CikAwiens sangat bahagia berumah tangga dengan

Suami bernama Ahmad Syakirin nie... hehehe...

So far... (berharap untuk selama-lamanya)... hehe... aminnnn...!


CikAwiens bersyukur sangat yang ALLAH beri suami yang sangat BAIK...

Aminnn...


Akan tetapi, ALLAH belum lagi memberi REZEKI anak buat kami lagi...


Mungkin ALLAH taw kot ape yang terbaik untuk kami berdua nie... huhuhu...


IncikHubby pun macam belum bersedia untuk dapat baby... even IncikHubby seorang yang sangat penyayang...!


Memang dah lumrah kan... bile orang dah kahwin nie...

"orang asyik tanya dah ade isi ker??" huhuhu...
"dah mengandung ker...?"
"eh... badan berisi ni mesti ada isi tue..."

untuk pengetahuan kamu² semua yer...


Kami berdua belum diberikan REZEKI Allah yang tang tue...


Mungkin ALLAH dah ade rencana akan perjalanan rumah tangga kami.... ---> CikAwiens redha...!


kalu nak ikutkan... biase la.. si wifey akan lebih tertekan jika diajukan soalan standard macam tue...

huhuhu....


but setakat nie... Alhamdulillah... suami dan families member pun tak pernah tanya sesume tue... mungkin dorang pun faham... kami berdua nie baru kahwin... ----> baru LIMA BULAN Kahwin kowt...!!


memang tak dinafikan kan... ade je pasangan yang baru kahwin terus diberikan REZEKI Allah tue...  

(ehhh.. bukan ade jee... ramai kowt kawan² CikAwiens yang awal mengandung...)
bunting pelamin kata kaw... hahaha...! (hebat kan REZEKI Allah tue...)


Setakat nie kami berdua tak merancang... jika Allah nak bagi rezki anak nie awal pun tak pe.. kami terima dengan hati terbuka... dan kalau Allah nak uji kami dulu pun tak pe...


Sebab IncikHubby pun ade pikir... kalau Allah beri rezki kami cepat... kesian kat CikAwiens jugak...


ye laaa... Sape yang tak tahu.. sebenar nye..CikAwiens ni seorang pekerja dan seorang pelajar dalam masa yang sama... huhuhu..! dugaan beb...! bekerja dan belajar nie pun macam tak cukup nafas CikAwiens handle sensorg diri kalau IncikHubby stay kat rumah sewa die tue haaa.... (~_________~)m


So, IncikHubby faham semua tue dan nak bagi CikAwiens selesaikan dulu perjuangan yang telah CikAwiens mulakan dulu... takut CikAwiens tak mampu je nak jadi Seorang ISTERI... Seorang PEKERJA... Seorang PELAJAR dan Seorang MUMMY dalam masa yang SAMA... huhuhu...

*nak menangis plak bile pikir kan hal nie*  (T__________________T')

NOTA : Semoga ALLAH mempermudahkan perjalanan hidup kami berdua... Terima kasih Ya ALLAH kerana memberi JODOH yang terbaik untuk CikAwiens.. (T____________T")
Print Screen From SII




Print Screen From SII

Thursday, 6 December 2012

MASALAH KEWANGAN SELEPAS KAHWIN?? OH TIDAK!!!

Sumber : http://www.azrinanas.com

1 - BERBELANJA KURANG DARI PENDAPATAN
Anda dan pasangan perlu mengetahui kedudukan kewangan dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Biasanya dalam berbelanja, wanita lebih cenderung untuk berbelanja lebih kerana wanita yang mengetahui selok belok barangan yang diperlukan di rumah. Tetapi ini tidak bermakna anda boleh membelanjakan wang sesuka hati. Anda disarankan membeli satu atau dua perabot pada bulan pertama mengikut keutamaan.

(CikAwiens memang pemboros sikit orang nye... nasib baik ade IncikHubby yang control perbelanjaan CikAwiens nie... kalu tak semua benda CikAwiens nak beli... hahaha... kalau gi Tesco ke Speedmart ke.. IncikHubby mesti QC dulu barang yang CikAwiens ambil... kalau tak... sure ade je benda merapu yang CikAwiens dan bayar... hahaha..! kalau IncikHubby ade sekali... mesti IncikHubby akan reject 2 barang dari 10 barang yang CikAwiens ambil... huhuhu...)  
2 – RUJUK ORANG BERPENGALAMAN
Kaedah pengurusan kewangan yang teratur juga boleh diperoleh dengan merujuk maklumat dan panduan yang diambil dari buku-buku,majalah atau pengalaman melalui rakan-rakan yang telah lama berumahtangga. Jangan sesekali mendapatkan pengalaman dari seseorang yang memang terkenal dengan sikap boros dan suka mementingkan gaya hidup tinggi. Kalau boleh, pastikan anda tahu memilih sumber rujukan mengikut kemampuan anda.

(Yang nie pun CikAwiens ikut... sebab kawan-kawan CikAwiens ramai dah kahwin... especially ofismate... so... dorang la sumber rujukan terdekat CikAwiens.. TQ kawan-kawan..! )
 
3 – UBAH TABIAT ZAMAN BUJANG
Siapa kata sikap zaman bujang tidak langsung mempengaruhi alam perkahwinan? Kalau dahulu anda biasa membelanjakan duit sesuka hati, tetapi setelah berkahwin sistem kewangan anda perlu diatur dengan bijak dan seimbang. Mungkin selepas kahwin, anda perlu fikirkan keluarga ataupun simpanan di masa hadapan. Ia juga melatih diri dan ahli keluarga anda yang lain supaya lebih bijak mengendalikan urursan kewangan untuk mengurangkan perbelanjaan seisi rumah.

(Betul kawan-kawan... bila dah berkahwin nie... corak perbelanjaan kite kena berubah taw... pada permulaan nya CikAwiens sukar untuk ubah cara perbelanjaan CikAwiens.. kalu dulu waktu bujang... Tiap-tiap minggu especially Hari Jumaat (rehat panjang) mesti dan wajib CikAwiens akan melabur kan pendapatan di kedai-kedai Jalan TAR, KL... but... bile dah kahwin ni kena control... banyak lagi keperluan lain yang lagi penting... sobs...sobs...sobss..!) 
4 – TENTUKAN MATLAMAT
Biasanya selepas berkahwin, setiap pasangan pasti merancang untuk membeli beberapa aset penting seperti pembelian rumah, kereta dan juga aset lain. Rasanya tidak salah anda mempunyai perancangan seperti itu. Bagi pihak lelaki, tentunya tanggungjawab menjadi lebih besar kerana sebelum berkahwin, anda harus menyediakan segala-galanya. Tetapi tidak salah jika anda melakukan perbincangan bersama pasangan anda sebelum merancang untuk berkahwin.

(Setakat nie matlamat kami suami isteri adalah untuk memiliki rumah sendiri di kawasan Klang Valley atau area Selangor... Alhamdulillah.. setakat ini kami berdua telah memiliki kenderaan mampu milik kami masing-masing... Amin... dan CikAwiens juga telah membeli rumah untuk disewakan oleh pelajar IPTA... di kampung CikAwiens - Melaka...) 

5 – AGIHKAN PENDAPATAN
Setelah mengetahui jumlah pendapatan seisi rumah sebulan, anda boleh mengagihkan perbelanjaan mengikut keutamaan. Perbelanjaan untuk keperluan asas yang terdiri dari makanan, pakaian dan tempat tinggal. Perbelanjaan untuk kehendak seperti membeli perabot, peralatan elektrik, perhiasan dan kenderaan. Manakala agihan untuk simpanan penting untuk waktu kecemasan dan kesihatan. Pelaburan jangka panjang juga perlu dirancang.

(Pendapatan kami berdua memang diagihkan dengan baik... kami telah sepakat untuk membeli keperluan peralatan elektrik sejurus selepas kami berkahwin.. Alhamdulillah segala keperluan harian telah dibeli dan lengkap untuk digunakan... Tak perlu pikir lagi...)


6 – REKOD PERBELANJAAN SEBENAR

Ramai pasangan berjaya membuat agihan perbelanjaan namun tidak merekodkan perbelanjaan sebenar. Anda harus ingat! Melalui rekod perbelanjaan ini kita dapat mengetahui nilai sebenar perbelanjaan yang dikeluarkan berbanding ketika membuat perangcangan perbelanjaan. Jadi mulai saat ini,pastikan anda simpan setiap bil-bil dan resit-resit perbelanjaan anda.

(Selalu nye perbelanjaan CikAwiens adalah dengan menggunakan kad kredit... oleh itu.. perbelanjaan boleh disemak dari semasa ke semasa...)
 
7 – NIKMATI HIDANGAN DIRUMAH
Tabiat makan biasanya bermula sejak zaman bujang lagi. Mungkin anda selalu makan di restoran yang lebih mempunyai keburukan dari kebaikan. Perlu ingat selepas kahwin, belanja anda akan bertambah. Lebih baik makan di rumah. Bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan menjimatkan wang anda tetapi juga mengeratkan hubungan dengan pasangan anda.

(Bab masak nie... memang CikAwiens aplikasi kan secara maksima... ini kerana IncikHubby tidak gemar untuk makan di kedai.. kecuali beberapa faktor yang tidak boleh dielakkan.... means... jika CikAwiens busy dengan Class... memang kedai adalah pilihan kami.. Akan tetapi, jika CikAwiens ada dirumah... memang WAJIB CikAwiens memasak... kerana IncikHubby suka makan dirumah lagi berbanding makan di kedai... Aminnn)

8 – BUAT BELANJAWAN BERSAMA
Bagi pasangan suami isteri yang bekerja, mereka harus membuat belanjawan bersama-sama dengan menggabungkan pendapatan dan perbelanjaan keluarga. Antara faedah yang diperolehi ialah dapat mengelakkan wanita menanggung beban si suami atau si suami yang terpaksa berhadapan dengan si isteri yang menempah barang-barang atau berbelanja di luar kawalan.

(Hehehe... yang ni CikAwiens tak buat sebab.. kebanyakan perbelanjaan bil dan wajib ditanggung oleh IncikHubby... kadang kala sampai CikAwiens lupe bil ape kena bayar sebab semua nye IncikHubby yang selesaikan... CikAwiens hanya berbelanja ikut ape yang CikAwiens nak beli... means barang dapur ke... but tiap bulan... mesti akan ke Tesco untuk beli barang keperluan bulanan... dan diselesaikan oleh IncikHubby.. CikAwiens terlibat dalam pembelian runcit seperti barang basah dan sayur... )

9 – UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI
Bagi anda yang baru berumah tangga mungkin terikut-ikut dengan keperluan seperti mana yang dimiliki oleh orang lain yang telah berkahwin. Mungkin pada waktu inilah masing-masing sedaya upaya memenuhi impian setiap pasangan. Anda tidak perlu mengikut cara orang lain, sebaliknya perlulah mengikut kemampuan sendiri. Sebagai lelaki mungkin anda memainkan lebih peranan mengawal perbelanjaan.

(Yaaa... bab nie memang IncikHubby yang memain peranan penting dalam mengawal perbelanjaan CikAwiens... hehehe.. kalau ikut kan CikAwiens memang sangat la pemboros... hehe.. sampai IncikHubby pernah mengatakan yang CikAwiens PEMBOROS YANG KRITIKAL... huhuhu) Terima kasih IncikHubby kerana selalu mengingatkan isterimu nie.. supaya berbelanja dengan jimat...

10 – KUMPUL DUIT LEBIHAN BELANJA BARANG DAPUR
Siapa kata dengan saki baki duit syiling hasil lebihan membeli barang dapur tidak boleh mencecah hingga ratusan ringgit? Kadang-kala kita tidak sedar bahawa duit yang sedikit itu ‘lama-lama menjadi bukit’. Mulakan dengan membuat tabungan setiap kali pulang dari membeli belah. Tambahan juga duit tersebut juga boleh digunakan sebagai tujuan kecemasan seperti membaiki kenderaan atau juga kemalangan yang tidak diduga.

(CikAwiens memang suke menyimpan duit syiling... kalau dapat coins tue.. jarang CikAwiens belanja dan akan simpan di dalam tabung Pooh CikAwiens... ngeeee~)

Tuesday, 4 December 2012

Review : Waze - Recommended Software for Anroid

Hehehe...
Suke plak CikAwiens meng-review software Anroid...
Just install from Play Store...

Sangat mudah... Just install and used...
Macam plug and play la kekdah nyee... Hehehe....

Software berguna nie CikAwiens taw dari bff CikAwiens... Hehhe...

Last sunday... Kawan sekolah CikAwiens kahwin...
Die kahwin kat Dewan Serbaguna Taman Maluri...
Hohohohoo..

CikAwiens nie agak buta jalan key ell la kot...
Lagi pun dah 7 tahun tinggal kan bandar ampang...
Even 20 tahun CikAwiens membesar dan menetap di Ampang tu hah....

Omgeeee.... Kalu ikut kan rase malas yang teramat...
Memang CikAwiens malaih la nak gi wedding kwn sekolah CikAwiens tue.....
(sebab CikAwiens tak dapat kad kahwin... Just invite thru fb)

Tapi memandangkan...
Wedding gift yang elok terletak kat hall rumah CikAwiens tu....

CikAwiens gagahkan gak gi..
So.. Tanye la kat wassep group - K.A.M.I...
Macam mane nak gi ke dewan tu....
(CikAwiens ingat Taman Maluri tu kat Taman Permata area Wangsa Maju)

Haaaa... Kaw... Bertapa buta jalan nye kaw kannn....
Disebabkan kawan CikAwiens pun xtaw nak guide kat mane...
Plus die sendiri pun 'lupe lupe ingat'....

Maka... Die pun men-suggest kan install software tu...
Haahaahaaa... Sampai camgitew kaw kan...
Maka... Nie lah die software - WAZE tue....

Android Software : Waze

Software nie sangat BEST and EASY to USE... ;)
Tu yang paling penting... sebab kalu susah nak guna payah gak kan... ;P

So far CikAwiens berpuas hati ngan pencapaian Waze nie.. hehe!
sebab CikAwiens tak bajet pun Taman Maluri kat situu...! hahaha...

Bajet area Keramat / Wangsa Maju / Setiawangsa jer.. hahaha..!

Sekali... Mak aiihhh... kat area sinun jer.. perjalanan dalam 20mins jer..
tu yang best tu Application - Waze nie.. sebab masa perjalanan pun dimaklumkan sekali...
lalalalala... kire nye... boleh anggar masa la before nak gi tue... (",)v


Android Software : Waze
Yang paling best... symbol or icon waze ni comel².... geram je ngan icon die..~!
hehehehe... 
 
 


 

Monday, 3 December 2012

MAHA International 2012 - MAEPS, SERDANG


Bermula MAHA 2012 adalah pada 23 November 2012 (Jumaat)
dan tamat pada semalam 2 Disember 2012 (Ahad)

Fuhhhhh...!! Akhirnyaaa... Abis jugak MAHA 2012...
MAHA nie stand for Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show 2012

So, CikAwiens berkhidmat di LKIM - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia...
Supporting Agency = Adik Beradik LKIM

CikAwiens pun tak merayap mane pun kat MAHA 2012 nie sebab terlampau besar dan CikAwiens terikat dengan jadual bertugas... huhuhu.. but kalau CikAwiens tak bertugas... For sure CikAwiens tak jejak pun kaki ke MAHA 2012 atas sebab...! huhu... As we all knows.... MAHA 2012 ni sangat sesak dengan berjuta umat manusia... (dicatatkan 3 juta pengunjung datang ke MAEPS sepanjang MAHA 2012) Fuhhhh~

Tiap kali nak datang bertugas.... CikAwiens akan tersangkut dalam jammed selama paling sekejap pun 30minits dan standard or selalu nye 1jam... baru dapat parking... kawalan parking jugak ketat... kawalan parking ni dikendalikan oleh komuniti Abang-abang MARDI dan Pakcik-pakcik RELA.... so, kalu tak de pass Exhibitor jangan harap la nak dapat parking dengan ngan Hall Exhibition... huhuhu... jauh kaw nak menapak kalu tiap kali nak bertugas tu... (memang cair lelemak tepu CikAwiens sepanjang bertugas di MAHA 2012) Ngeeee~

Tapi paling besttttt, tiap kali CikAwiens kene bertugas weekend... means that on Saturday or Sunday...
CikAwiens akan hangkut sekali IncikHubby bertugas sama.... hahaha..!

But nasib baik IncikHubby pandai membawa diri... tak de la nak bekepit dengan CikAwiens selalu....
Tapi... bile die dah bosan keliling MAHA tue... die akan merengek ngan CikAwiens dan ajak CikAwiens teman die jenjalan sama... hahahaha... IncikHubby ai memang cam gitew... IncikHubby hanya boleh jenjalan sensorang dalam setengah jam jerrrr.....
then back to CikAwiens nye workstation... dan ajak jenjalan same...

Nasib baik kerja CikAwiens nie mudah jer... just pantau Usahawan-usahawan berniaga jer.... (hehehe... mudah kan kerja CikAwiens) nampak je mudah... tapi kalau ade pape masalah... masak la kaw kat situ.. hahaha....

Okeyh... disebabkan IncikHubby dah bosan nak pusing-pusing sensorang... CikAwiens pun bawak la IncikHubby pi makan...

Haaaa.... Soalan Standard kaw yang tak pernah gi ke MAHA nie mesti :-
"Ape yang best kat MAHA tue ehh...?"

haaaaaaaaaaa.... yang paling best adalah kat MAHA ni adalah tempat kite menabur duit... hahaha!

Sebab, semua benda yang kite nampak kite nak beli... hahaha..! then kedai makanan memang banyak...

Tiap kali IncikHubby dah bosan jenjalan... mesti CikAwiens ajak IncikHubby pi makan... ;P

kat sane banyak sangat gerai makanan... segala bagai makanan ade... just tanye tekak je nak makan ape... so far.. yang best CikAwiens makan adalah MEE BANDUNG MUAR dan CHAR KUEH TEAW...

Mee Bandung Muar nie harga nya : RM 5.00
Char Kueh Teaw (Besar) plak harga nya : RM 7.00 - amik set besar sebab nak makan kongsi berdua... but xde la besau mane pun portion set die... same je macam SET BIASA... mmmm~

Yeeeee.... makanan kat sane semua mahal-mahal belaka... huhuhu...
Even CENDOL yang biase pun RM 3.00... isi cendol yang sikit...
sebab CENDOL PULUT RM 3.00 :- Take away - RM 2.50 + RM 0.50 sebab tambah jagung...
huhuhu~ mahal kan..! NGEEE~

But since CikAwiens kat sane... terpikat ngan Makanan Korea nie...
100% made in Malay... so, isu HALAL tak boleh dipertikaikan.... (",)v

Sepanjang MAHA 2012 - dua kali CikAwiens pekena TAKOYAKI nie...

sedap la gak... siap dah masuk dalam rancangan JALAN-JALAN CARI MAKAN TV3...
Glamor you~ hehehe....





Takoyaki nie dijual per set... harga 1 set ni adalah RM 4.50 untuk 4pcs takoyaki...


Takoyaki : RM 4.50 / 4 pcs
Takoyaki : RM 4.50 / 4 pcs
Ni la bentuk TAKOYAKI... SEDAP...!










Incik Superman yang kurus kering...!!

Hehehehe~





Wednesday, 28 November 2012

Class 'vs' IncikHubby

Perghhh... Kelaaass kaw ngan title entry kaw...
Siap kena buat pilihan lagi... Versus-versus bagai... Hahaha..!
Saat entry nie CikAwiens buat...
CikAwiens baru je sampai class... <--- sempat kaw hapdate entry... Kannnn...??

Macam kaw banyak follower je bace blog ko nie... Hahaha... Prasannn...!
*xpe.. Niat CikAwiens buat blog just for fun...xde niat pun nak kumpul reramai follower...*

Hahhhh... Back to your entry...
Kehh..kehhh...kehhhh...

Sebenarnye CikAwiens nie student tuo kat UiTM Shah Alam nie...
CikAwiens dah masuk tahun ke-5 dah... Veteren kata kaw...
Sekarang CikAwiens tengah futher studies in Bac of Accounting... PLK Student kata kaw...!

Oleh kerana IncikHubby CikAwiens this week ulang alik antara Bukit Beruntung ke Puchong...

So, CikAwiens macam tak sampai hati plak nak gi class if IncikHubby balik rumah... Lelagi semalam...
Time CikAwiens balik rumah... Pas class malam semalam....

CikAwiens found out macam IncikHubby a little bit fever jerrr... Huhuhu... Dedau sket badan nye... Sebab

CikAwiens taw dari Bukit Beruntung hujan... Huhuhu..
Kalau IncikHubby berulang alik... IncikHubby akan merempit jeee...
*senang kan... Pekan Rawang tuh dah la selalu jammed*

Sayu plak hati nie tgk IncikHubby tido pakai kain pelekat ngan t-shirt jee..
 CikAwiens taw... Sure IncikHubby tertido pas solat....
*sebab habbit or pantang IncikHubby tido dgn bukan baju tido*
IncikHubby akan membebel ngan CikAwiens if isteri die nie tak tukar baju yg mmg untuk tido...!!
-IncikHubby pakai kain pelekat hanya bila solat jer-

So.... Pas kerja td... Hati nie berbelah bagi...
Nak gi class or balik rumah je..
If balik rumah... Dapat la CikAwiens masak malam nie...

Sian kat IncikHubby sebab if kalau demam...
Manja nye lelebey sket... Nak CikAwiens ade je ngan die...
Huhuhu... Sian nye Manja CikAwiens nie...

Sampai kat simpang antara Shah Alam ngan Puchong pun si isteri nie berbelah hati...
Sayu je nak gi class...!
Tapi memandang kan malam nie ade presentation plus buku teks CikAwiens dipinjam org...
So... Kena gak gagah datang class... Huhuhu...
(pengorbanan seorang student veteren yang bersuami <--- nasib baik belum preggy or berbaby) *huhuhuhu*

Akhirnyeeeee.... Tabah gak drive sensorang ke Shah Alam... Bandar penuh keilmuan bagiku... Huhuhu...

.: sedang hapdate entry time group lain tengah present :.
(",)v

Last presentation... lalala~

Sunday, 25 November 2012

COLLECTION K.A.M.I : Hangout with K.A.M.I - baby Adam Irsyad

Plan nak lawat baby Adam Irsyad nie dah lama... asyik post pone jerr...

huhuhuhu~

Adam Irsyad dilahirkan pada13-11-2012 (Selasa) --- heh...heh..heh... betul-betul on Deepavali...

then plan punye plan... we'olls - K.A.M.I pun plan bile nak melawat baby plus nak bg hadiah kat baby nie...

Disebabkan bubu akin (ibu Baby Adam) request baby cot... so, we'olls pun survey la ikut bajet Collection K.A.M.I < hehhh... jangan tak taw... K.A.M.I nie ade collection taw... - tak pe nanti CikAwiens buat entry lain eh... >

Untuk Baby Adam Irsyad nie K.A.M.I beli kan yang nie... TARAAAAAA....~!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Baby Cot IKEA

Ehhhh... bukan yang tue lahh... tak cukup bajet... hahahaha..!

K.A.M.I beli kan nie... (",)v

K.A.M.I terpaksa beli ikut bajet... huhuhu...

Maap yer baby Adam... but aunties bukan beli kan cot jer... kalu belikan cot jer... macam mane nak letak baby Adam kat dalam tue kan... So, we'olls amik sekali ngan tilam die... 

Makkk oiiii... harga tilam same harga ngan cot laaaa... hameekk kaw... hahaha..!

Harga Cot : RM 165.00
Harga Tilam : RM 179.00

TOTAL : RM 344.00 
(still under budget.. hehehe..)



Tilam IKEA

Ni lah penjaya pembelian present baby Adam... hahaha...!! pening gak nak pilih tilam nie taw... 
sebab memula ingat nak beli kan tilam IKEA harga RM25.90 tu dalam 5pcs... 
(sebab nak bagi tebal dan tinggi) ---> kesian plak baby if tido kat cot bertilam nipis jer...

RM 25.90 x 5 pcs = RM 129.90

Daddy to-be : Bro Botak
Mummy to-be : Yusz
Dorang berdua tu laki bini... Nasib baik ada Bro Botak (Daddy to-be tue)
kalau tak berat wooo nak hangkut baby cot tue kalu yang pergi nye sume pompuan... 
huhuhu....
Daddy to-be tu pun banyak bagi info pasal nak beli tilam baby Adam tue
(yer la...CikAwiens xde baby lagi.. so taw nak pilih cam gane) ;P



Beza tilam RM 179.00 & RM 25.90
Haaaaa... nampak tak beza nye kualiti antara tilam IKEA berharga RM179.00 ngan RM25.90... hehehe...
dah tentu-tentu la tilam mahal lagi tebal dan empuk....(command sense beb...! --- apppe daaa....)

Okeyh... Untuk Collection K.A.M.I kali nie... ade penambahan ahli....
Mungkin rezki baby kot... (~,^)v

Puan Ekin : RM 50
Puan Yusz : RM 50
Puan Qiqin : RM 50
CiksAwiens : RM 50
Cik Nuzull : RM 50 
Cik Nut : RM 50
CikMass : RM 50 (ahli baru)
Puan Zubaidah : RM 50

Total : RM 350.00





Tuesday, 20 November 2012

Masker Home Made

...hahahaha...

Macam best je kan entry kali nie... Hehe..
Woowwwieee... CikAwiens suke sangat benda benda home made nie... <-- hahaha... Gitew...!
Since adik bongsu CikAwiens ade kat rumah nie... Sepanjang cuti sekolah nie... Adik CikAwiens nie next yr form 5... So, CikAwiens suke buli die buat memacam keje... Hahaha..
So.. Malam nie... Kebetulan class malam CikAwiens dibatalkan...
Dapat lah CikAwiens try petua kecantikan tradisional nie...
Meh sini CikAwiens sharing maring petua home made masker nie....

Bahan-bahan :-
1biji putih telur
1sudu besar susu tepung (ape-ape jenama)
2biji limau kasturi

Kesemua bahan tu dipukul sebati...

Bahan : Limau + Susu + Putih Telur
Then... Kertas tisu dipotong (bahagian mata dan mulut)

Tisu muka dipotong ikut muka

Pastu... Lumur or sapukan bahan telur+susu+limau td ke muka...
Sapu sama rata...

Sapukan bahan ke muka yang bersih

 Kemudian.....
Tekap kan tisu ke muka....
Pastu... Sapu balik masker home made nie utk kemaskan sapuan selepas ditekap tisu...


Biarkan sehingga kering sepenuhnya... Anggaran dalam 20-30 minit....

Apabila dah kering tu... Boleh la... Tarik tisu tu perlahan...lahan...
Nanti pori-pori yang kotor dek bintik hitam dan bintik putih akan kuar dan melekat kat tisu....

Muka pun akan lebih bersih dan lembut.....
Bilas atau cuci muka dengan air sejuk untuk menutup pori-pori yang terbuka... ;;)

.....SELAMAT MENCUBA PETUA CIKAWIENS.....
(~_~)v

Sunday, 18 November 2012

Sang Isteri layan AIM19... Dan si Suami....??

....lalalalala....

Haaaaa..... Agak...agakk... Si suami CikAwiens buat ape ehhh time Si isteri nye kusyuk tgk AIM19 sabtu lepas...?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
m(^,~)m

Memula CikAwiens ngan IncikHubby asyik gaduh-gaduh nak tukar channel tibi...! hahaha~
Sorang nak tengok movie... sorang nak layan AIM19... asyik berebut remote tibi jer...! haha~ (kalu tak gaduh sehari mmg tak sah..!)

pas tue... bile lame-lame... time CikAwiens tgk AIM19... time tgh iklan... slalu IncikHubby akan tukar channel movie balik.... bile iklan tukar turn... bile iklan tukar channel... hahaha..

sian kat tibi tu.. pening agaknye die... <--- kalau die boleh bercakap la... ;P


Tetibe... time AIM19 tgh iklan... CikAwiens tgk IncikHubby senyap je tak berebut pun remote...
bile CikAwiens toleh kat IncikHubby... ghupernyeeee..!! hahaha~


                                                                     (~,^)v




Si Isteri layan AIM 19...!
Si Suami main coloring kat iPad..! ;P

Memang khusyuk...!!
Si Wifey candid pun bukan perasan....

Sibuk buat coloring die... hehehehe~~

Hubby...
Hubby...







Wednesday, 7 November 2012

.: 07-11-2012 :. 4 Months Marriage...

07-07-2012 ~ as wifey
07-08-2012 --> ~♥~
07-09-2012 --> ~♥~ ~♥~
07-10-2012 --> ~♥~ ~♥~ ~♥~
07-11-2012 --> ~♥~ ~♥~ ~♥~ ~♥~
4 Months in Lovely Married
 
Wahhh...
Alhamdulillah.... Syukur...
Sekejap je dah 4 months bergelar seorang isteri... 

Wahhh.. Wahhh.. Gitew statement nyee... Hehehe..

So far memacam gak benda dah berlaku... 
Dah rase cabaran cabaran jadi isteri nie.. Heh.. Hehh... Hehh...
Nak taw ape cabaran nye...? Walaweeii..

Dedulu mmg lain la.. Pas kahwin nie lain sgt rase nye.. Dulu jaga diri sendirik jerr..! 
tu pun tak terjaga gamak nye...

Selalu Mak Imah yang tolong jaga anak dara (ehhh...? anak dara lagi ker..?) tettttt...! 
hahaha..!

Selama 4 bulan kahwin nie.. dah rase memacam dugaan dah kowt....!

hahaha..! Dugaan la sangat..! 

Bile dipikir-pikirkan... sebenar nye ade dugaan pun... sebab utama..? 
IncikHubby sangat lah PENYABAR... <--- dari dulu mmg dikenali SABAR nya.. hehe..

Just CikAwiens jer... suke menguji kesabaran IncikHubby... maka nyaaaa..!

Tercetus lah pergaduhan ala-alaaaa manja gitew... hehehe..! slalu tak lame pun... sekejap jer...
sebab utama adalah...! Telah SET dalam MINDA.... jangan biarkan pergaduhan suami isteri berpanjangan... walaupun IncikHubby yang carik pasal.... <--- hahaha... buat perangai terlebey manja... sampai CikAwiens dah tak larat nak melayan... huhuhu...

Daddy to-be with Husna Zulaikha

Daddy to-be with Izz Hadif 

Daddy to-be with Nur Diyana Shafiya







Daddy to-be with Ahmad Aryan Shaqeef




NOTA KAKI : gini la kalau belum ber-baby lagi... asyik melayan or pinjam anak orang jer kan... ;)


~Hanya ALLAH tahu yang terbaik untuk HAMBA-Nya~

Thursday, 1 November 2012

IncikHubby Amik Anak Angkat.....????

Sentappppp....!!!


Bile IncikHubby wassep kate nak tunjukkan anak angkat die kat CikAwiens....!!

Hah kawwww.....!!

Baru 3bulan lebey kahwin.... Baru nak masuk 4 Bulan KAWEN...
IncikHubby ku dah nak amik anak angkat...??? Haihhh... Tak menyabar sangat kew....??
Sabar-sabar la dulu kalu kok yeee pun.... Huhuhu...

Nak meleley air mata nie bile bace wassep IncikHubby tadi...

IncikHubby : Anje.... Nak tengok tak anak angkat b... B dah ade anak angkat taw...

CikAwiens : Hahhhhh....!!! Anak angkat...???

IncikHubby : Ye laaa... B dah ade anak angkat...

CikAwiens : Hahhh... (Blurrrr...)
                    Nape b tak cakap pasal anak angkat nie...?
                    Anje tak taw pape pun... (Sedih giler time tu... Sentap... Terkedu...)

Semua perasaan kecewa semua ade... Huhu..

IncikHubby : Nak tgk ker.....? Jap b wassep picture....

CikAwiens : Mmmmm... (Sambil hati nie macam nak pecah) - nape die amik anak angkat tak bagitaw pape pun....

Berdebar-debar tunggu picture wassep dari IncikHubby... Huhu...

Wassep handphone CikAwiens berbunyi.... "You have received a massage.."

Buka la wassep dari IncikHubby....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Taraaaaaaa.......


Chika nama diberi...
Wahhhh giteew nama nyeee...
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
m(~________________________________~)m


Huhuhuhu... Rupe nye SEEKOR SUGAR GLIDER.......!!!!

Mula la CikAwien LEGA plus tenang...

TAPI... Tak sampai 10 saat dapat wassep IncikHubby... *CikAwiens terpikir...!!*

APEEE...??!! Suger Glider....?? Benda alah binatang tu kan ade bulu....????

OMGeeee.... CikAwiens dah la tak suke kucing... Ni kan plak SUGAR GLIDER...!! Huhu..
*maappp yer... CikAwiens bukan tak suke ngan kucing... Or Benci ngan kucing - makhluk ALLAH yang mulia tue...(dont get me wrong okeyh).... Tapi CikAwiens GELI ngan binatang berbulu... Huhuhu...*


Ni plak IncikHubby nak bela Sugar Glider tu.. Huhuhu...

"Ya ALLAH kaw tenang kan lah hati ku untuk menerima ape kesukaan die... 
Jika inilah kegembiraan dia.. Maka... Aku akan terima nya..."


-sampai CikAwiens berdoa okeyh... Untuk ditenangkan hati nie terima segalanya....-

-perkongsian hidup katanyaaaa...- kena la terima ape yang pasangan kita suke or minat nak buat...
"GIVE AND TAKE" Kata kaww....


P/s : CikAwiens berdebar nak berjumpa or bertentang mata ngan ANAK ANGKAT IncikHubby....!!



PICTURE DI BAWAH ADALAH AKSI BERMESRA MEREKA BERDUA...!

And Me...???? #Sentapppppppppppp











Komen~Komen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...