Thursday 30 October 2014

FREE 6 x 6 Mini Square Softcover Photobook : Al-Aish 1-2 Months


Hoooolaaaa~

Akhirnya... berjaya jugak Mummy siap kan Photobook FREE nie.. hehehe~

Last year Mummy ada gak grab offer dari Groupon photobook nie...
Tapi sampai ke sudah Mummy tak edit pape gambar...

Sayang betul... Membazir je 6 voucher photobook FREE tue...

Tahun nie... Tentiba Mummy nampak offer dari Photobook....
Cecepat la Mummy grab lagi.... Kali nie nekad nak buat photobook Al-Aish... ;)

Mummy grab 6 pcs photobook sekaligus...!




Untuk offer nie 1 account Groupon boleh grab 2 pcs... So, Mummy guna account Gmail & Yahoo Mummy... Then account Gmail Walid.... (~____________^)v

So, nie Mummy baru lepas buat 1 pc photobook... Minggu lepas Mummy submit... Mummy amik masa 2 minggu jugak lah nak siapkan photobook nie... hehehe~

Festaiimmmmmm kata kannnnn~

Lepas Mummy dah siapkan online kat Photobook website....

Mummy hanya bayar RM 8.00 untuk postage jeee.... Using GDex Service...

Mummy sent artwork Mummy on 25th October 2014.... Then Mummy get the photobook on 28th October 2015... It's quite faster....

Because you only paid for postage cost... others is FREE...!!
Cost for Photobook SoftCopy is RM79.00....



Mummy is excited masa dapat parcel nie...!!


Wowwieeeeee..!! It's from Photobook...!


Ni la Photobook Ahmad Shareeq Al-Aish Bin Ahmad Shakirin....
(1-2 Months)










Photobook Al-Aish... Page belakang...



So far memang Mummy is SATISFIED...!! 

Memang puashati... Quality paper pun ok..! bukan ok jerrr... Sangat berquality... ;)

Service Photobook pun PANTAS...!!

So, lepas nie ada 5pcs Photobook SoftCopy yang Mummy kene buat... hehehe~


Monday 27 October 2014

MyDear Whole Sale Oktober 2014

My Dear WholeSale telah diadakan pada 22 Oktober - 2 November 2014

Sale diawalkan sehari sebab cuti Deepavali.... (",)v


So, kebetulan Walid cuti... Mummy pun pujuk Walid ke wholesales tue...
Ikutkan Mummy tak tahu pun kat mana lokasi MyDear tue...

Tak pe.. Waze kan ada..! ;P

My Dear 
No 34, Jalan Meranti Jaya 10,
Meranti Jaya Industrial Park, 
47120 Puchong, 
Selangor.


Disebabkan Walid bagi permission nak pergi dah petang sangat..!
Maka, Al-Aish kena tinggal.. huhuhu~

Kebetulan hari tue hujan... 
Tapi nasib baik tak bawak Al-Aish... Sebab tempat tue tak sesuai nak bawak budak kecil..

Kilang kan... Banyak habuk..! huhu~

BYE~BYE AL-AISH~!!

Bila dah sampai sana... Baru lah Mummy tahu...!
Lokasi MyDear nie dekat je ngan ofis Mummy..!

Dalam 10-15 minits je drive dari office Mummy...
Punyalah Mummy baru tahu.... Derrr~


Kalau ikut kan Mummy dah aimed nak beli 
PlayPan...
Rocker...
Walker...


Ramai dah orang datang.. sebab jualan memang agak murah...!


Car Seat MyDear... 


Walker MyDear...
Tak de yang berkenan dihati Mummy sebab Mummy macam dah set nak beli Walker Pooh...!

Hahahaha~!!
DASAR Mummy obses Pooh...!


Stroller MyDear...
MyDear banyak ciplak design stroller lain..
Macam design SweetCherry, Mc Laren, Quinny etc

Tapi dijual dengan harga yang sangat MURAHHHHH...


Macam stroller STOKE nie...
Harga Stoke ni dalam RM 5,000++

Tapi brand MyDear dalam RM2,000++ pun dah dapat...
Design sebijik sejibuk tiru Stoke...!

Then Mummy dan Walid di bahagian Rocker plak..


Ni antara design yang menarik hati Walid...
Banyak sebenarnya yang berkenan dihati Mummy..

Tapi Walid banyak bantah... huhuhu~
Mummy kan PEMBOROS...
Nasib ada Walid as Quality Control (QC) nie...

Tak de la duit Mummy merapu meraban ke barang-barang tak perlu nie... Hehehehe..!!


So, Mummy dan Walid sepakat nak rembat Rocker nie..
RM 72.00 jee..
Harga Asal RM 99.00...


Balik rumah tue cecepat test kat Al-Aish... hehehehe~



Al-Aish macam tak de perasaan je... 
Mummy je yang excited lebeyyyy..!!

Hahahaha... Dah dasar Mummy nie kannnn... ;P


Tapi nampak Al-Aish suke dengan toys kat Rocker tue...
(^_^)v



Ni plak hasil rembatan selain daripada Rocker tue... 

Habis dalam RM200.00++ jugak lah kat MyDear WholeSales nie...


(^_____________^)v


Lepas nie Mummy update rembatan kat Moms & Baby Expo kat IDCC, Shah Alam pulak...!!




Thursday 23 October 2014

TIPS : 76 Cara Menambat Hati Isteri..

76 Cara Menambat Hati Isteri

Berikut adalah petua ilmiah bagaimana anda boleh memenangi hati isteri anda. lanya dipetuakan oleh para bijak pandai setelah mengkaji apakah kesukaan wanita yang memang sentiasa mahukan perhatian. Tapi ingat, ia khas untuk suami isteri:

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung' . Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.

26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.

27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong itu.

30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

31. Basuhkan kereta yang dipakainya.

32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.

33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.

35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

48. Ambillah gambarya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak teralu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

54. Solat bersama dan berdoa bersama.

55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah, nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

62. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.

75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

~ Anje LOVES Hubby ~

Wednesday 22 October 2014

Expo Mom&Baby Oktober 2014 @Mid Valley

Assalammualaikum..

Last week Mummy berkesempatan ajak Walid, Nenek & Alang pergi sekali ke Expo Mum & Baby nie.. Hehe..

Mummy dah aimed memang nak pergi.. Walid pun dok sibuk tanya.. Bile expo baby lagi.. Jom kite pergi..

Then bile Mummy tahu ade buat kat Mid Valley minggu lepas.. Menggeletek la hati Mummy ni nak pergi.. Hehehe~

Mummy pergi hari Ahad.. Sebab Walid keje hari Sabtu tu.. Tak per lah gi last day kan.. Dari tak pergi langsung.. Hehe~

Mummy dah aimed nak beli :-
Cloth Diaper lagi kat booth QQ.. Detergent Pureen..
Bottle Liquid Pureen..
Wash Powder Pureen..
Diaper Drypers..
Botol Tommee Tippee Design Baru..

Memang dah list out.. Hehe.
Tapi bile sampai sana.. Byk booth dah nak tutup.. Sebab Mummy sampai sana dalam pukul 6.00 petang.. Huhuhu~

Macam Drypers.. Tak murah mana pun... RM123/4bags...
So bile rase tak murah... Walid tak bagi beli...

Bile gi kat booth Pureen.. Banyak benda dah abis..
Sobbsss.. Sobbbsss.. Sobbss....
Dapat sambar Baby Wipes (RM11) & Pureen Detergent (RM17) jeee..
Yang lain dah abis.. Huhuhu..

Pas tu nak cari booth QQ tak jumpe.. Jumpe booth CD jenama ape ntah.. Tapi mahal.. Satu CD RM60-RM70... Mahal kotttt~
So tak jadi beli CD.. Mummy nak beli thru online jee.. Sebab Groupon tengah buat promotion RM33/3pcs CD...

Then merayap la kat booth Simple Dimple.. Mummy dah lama berkenan ngan PlayGym dorang.. Tapi Walid tak bagi beli... Huhuhu..
So Mummy sambar....
Animal Music Toys (RM25) /
Bib Bow Tie (RM12) jerr..

Then kat booth banyak jual barang Tommee Tippee Mummy beli...
Silicone Squeeze Feeder (RM25) /
Fresh Food Feeder (RM16) /
Teether Banana (RM18)

Then lalu kat booth Autumnz... Mummy beli Nursering Bra (RM20 x 2)...

Mummy nak beli Storage Milk Bag.. Tapi Mummy dah beli thru online... Harga sama jee.. Tapi online tambah postage.. Huhuhu~
Kat Expo pun jual RM9/25pcs untuk 12oz nye..
Next time tak nak beli online la.. Nak beli walk in jee.. Hehe~

So.. Tu jeee yang Mummy sempat sambar dalam sejam berjalan dalam Expo tu.. Next month ade Expo Mum&Baby kat Shah Alam... Mummy nak survey barang lain lagi laaa...
(*_^)v

.: Mummy Loves Al-Aish :.

Tuesday 14 October 2014

Stage 1 : Senarai Pemaju Perumahan Di Melaka

Assalammualaikum...

Rentetan daripada entry CikAwiens : Senarai Pemaju Perumahan di Lembah Klang / Selangor ..

CikAwiens memang giat mencari rumah kediaman untuk family kecil CikAwiens...
Niat dan plan asal memang nak cari sekitar Lembah Klang / Selangor...
Sebab kami suami isteri mencari nafkah di sini...

Akan tetapi setelah beberapa tahun... *Dari tahun 2012...
Plan asal nie berubah bila kami survey... Harga rumah memang mencanak naik.... Macam tak mampu den nak boli... hahaha..!

Then, ditambah lagi bile Mak dan Ayah CikAwiens akan berpindah ke Melaka... Rumah dah siap.. Tunggu Ayah CikAwiens abis kontrak kerja je Mac 2015...

So, In sha Allah... By April / Mei 2015 kot... Parents CikAwiens akan menetap di Melaka...

CikAwiens nie kan tak boleh menetap jauh dari MakPak... Hahahaha... Sekarang pun duduk selang 2 buah rumah jee... ;P

Then untuk makluman korang.. CikAwiens lahir kat Melaka.. IncikHubby lahir kat Terangganu... kat Terengganu pun harga rumah mahal-mahal oiiiiiiiiiiiii....

Kami ni tak mampu nak beli rumah harga over RM300,000.00... Huhuhuhu~

So, setelah disepakati... Hahaha~ Ayatttttt tak menahan~

IncikHubby akhirnya bersetuju nak pindah ke Melaka...
*Walaupun pada dasarnya sayang nak tinggalkan kerja dengan Perodua*

Tapi demi perkembangan minda anak yang dikasihi tue.. Si Al-Aish.... IncikHubby pun sanggup beralah... Gitewwwwwww~ Ye lah duduk kat umah atas angin ni payah kanak-kanak nak explore... Kebebasan terhad..

Akhirnya balik cuti Hari Raya Haji ari tue.... IncikHubby ajak survey rumah area Melaka... Sebenarnya banyak kali IncikHubby berzikir kat CikAwiens... Nak ajak balik Melaka... nak jenjalan kat Melaka... nak survey rumah kat Melaka... Tapi idok la CikAwiens layankan... Hahaha..!

Sebab bajet IncikHubby memain... Ye lah... Macam konfiden jewww nak pindah ke MELAKA... Tanah tumpah darah ku.... CheeeWahhh...! Hehehehe~

Rupa nya memang betul.... IncikHubby bersungguh-sungguh... IncikHubby memang nak menetap kat rumah teres... tak nak duduk kat rumah atas angin nie... huhuhu~

So, CikAwiens pun mula buat survey by online... Ni antara syarikat perumahan yang CikAwiens survey.... CikAwiens kan suke memudahkan kerja carian kawan-kawan blogger CikAwiens... Hehehe..! Moh la click..! ;D


1. Lembaga Perumahan Melaka
2. SPNB - Syarikat Perumahan Negara Berhad
3. Yayasan Melaka 
4. PDG Property
5. NKS Development Sdn Bhd
6. PERTAM - Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka
7. Wawasan Intact Construction Sdn Bhd
8. Teladan Setia
9. Metacorp Berhad

Tu je kot yang CikAwiens dapat senaraikan...

So, setakat yang pemaju yang CikAwiens senaraikan...
CikAwiens hanya pergi melawat tapak di Taman Sutera Wangi (SPNB) dan Taman Pokok Mangga (PDG Property)

Akhirnya kami berdua sepakat nak booking untuk Single Storey di Taman Pokok Mangga, Melaka.







Alhamdulillah... Ni pun masih harga mampu milik... Walaupun TAK MAMPU sebenarnya...

Tapi kalau nak tunggu MAMPU tu bila lah kan... Kalau tak bertindak sekarang... Sampai bila-bila pun tak berumah... Tak kan nak duk MENYEWA sampai PENCEN... huhuhu..!!

Dengan sokongan kuat dari Mak CikAwiens... Akhirnya Mak CikAwiens support sedikit duit booking rumah tue... Ikutkan CikAwiens mampu nak bayar... Tapi hati nie berbelah-bagi lagi...

But then Mak CikAwiens yang tolong bayar kan... So, duit booking adalah duit bersama Mak CikAwiens dan IncikHubby...

CikAwiens tak keluar sesen pun duit untuk booking rumah tue... Akan tetapi rumah tu atas nama CikAwiens.... ;D

Sebab nak menggunakan LOAN PERUMAHAN KERAJAAN~

Lepas nie nanti CikAwiens cerita step-step akan datang ye...

Ye la masa CikAwiens beli rumah Apartment Taman Tasik Utama tue CikAwiens tak berblog lagi...
So, bile beli 2nd house nie.. CikAwiens tak de tempat nak dirujuk...

Hope pas nie.. If ada rezeki nak beli rumah KETIGA pulak ke... CikAwiens boleh rujuk kat entry-entry CikAwiens...... ;D







Nota Kaki : 
Details Rumah CikAwiens di Taman Pokok Mangga :-
Jenis : Single Storey 
Keluasan : 20' x 70' (Binaan Asal)
                20' x 98' (Ada tambahan tanah dibelakang rumah 28')
Jangkaan Siap : Jun 2016
Harga Asal : RM 213,800.00
Harga Unit CikAwiens : RM 233,383.00
Cadangan Bayaran Bulanan : RM 1,160.00 / Sebulan x 30 Tahun


Friday 10 October 2014

AidilAdha Pertama Al-Aish @AidilAdha 2014

Hehehehe...

Raya AidilAdha dah seminggu berlalu...
Mummy baru nak upload kisah AidilAdha... 

Tak pe lah... oklah berupload dari tak upload langsung kan... hehehe..!

Kalau ikutkan turn beraya... Raya Haji nie turn raya di Terengganu... Kampung Walid Al-Aish... Tapi disebabkan Tok ki dan Wan Al-Aish menunaikan haji tahun ini.. Maka Tok ki dan Wan Al-Aish tak da kat sini... Lagi pun Tok ki dan Wan Al-Aish nak balik dari Tanah Suci akhir bulan Oktober nie... Tak kan nak balik dua kali dalam sebulan kan...

Ia akan melibatkan kos yang banyak... Pufffffttttt~
Maka setelah dipersetujui... Walid pun setuju beraya di Melaka... Kampung Mummy... hehe..!

Memang melompat keriangan lah Mummy Al-Aish kan... hehehe..
Tapi sebenarnya... Mummy is tak kisah nak beraya dimana-mana pun... yang penting Walid dan Al-Aish ada bersama ngan Mummy... Mummy is ok... =)



Al-Aish dah bersiap nak balik kampung... Jumpa Atok dan Nenek di Melaka... =)

Mak ngan ayah CikAwiens dah balik kampung Jumaat malam tue... 

Mummy dan Walid plak gerak balik petang Sabtu tu...
*Jem woooiiiiiiiii*

Kami bergerak dalam pukul 3.00 petang...
Sampai Melaka dalam pukul 6.30 petang... Fuuuuuhhh~

Muncung sedepa nenek Al-Aish tengok Mummy baru sampai...
Sesampai kampung je sume dah siap masak...

Mummy sesampai kampung je terus mandi kan Al-Aish dan siap kan anak untuk malam raya tu...
Malam raya tue mak CikAwiens buat takbir raya di rumah...

Mak CikAwiens memang tetiap kali malam raya.. tak kire raya haji ke raya puasa ke...
Memang akan buat takbir raya di rumah...
Panggil orang surau datang rumah...


Kami bertiga di malam raya AidilAdha 2014
OTTD : Purple


Dek kerana kebosanan menunggu rombongan datang rumah... 
.Mummy ajak Walid berselfie dulu... hehe..! Mummy dan Walid Al-Aish sibuk berselfie...

Al-Aish sedap mengasah gusi dengan lengan Walid.. =D


Sekarang gusi Al-Aish tengah gatal... Asyik lah masukkan jari dan tangan ke dalam mulut...
Kadang-kadang sampai 2-2 tangan Al-Aish masukkan dalam mulut...

Meleleh-leleh air liur... basah baju... nak tido memang wajib tukar kan baju sebelum tido... +_='


Ni plak pagi raya... lepas Walid balik sembahyang raya...
OTTD : Berjubah anak beranak


Walid dan Mummy Al-Aish yang suke berselfie... hehehe..!


Cinta hati Mummy... Nyawa Mummy nie...!



Masa nie dah petang... Pukul 4.00 petang baru nak berjalan raya ke rumah Pakcik dan Makcik CikAwiens...

Kami beraya satu kereta jer... Sebab abang-abang CikAwiens tak beraya sama...
Memasing turn raya rumah Mertua kan... 
Tapi Along CikAwiens tak balik beraya... Just beraya di Cheras je sebab Along CikAwiens kene keje raya ari tue...


CikAwiens dan adik bongsu CikAwiens...
Acu Al-Aish..


OTTD : Jubah dari Tanah Suci




SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 
KAWAN-KAWAN...~!!

Anak tak sihat.. Maknye lena tido..




Huhuhuhu~

Mummy dapat wassep dari Walid... Terkejut Mummy bile Walid bagitahu Al-Aish berjaga banyak kali malam tadi... Tido tak lena...

Mummy memang tahu Al-Aish tak sihat seminggu nie... Al-Aish selsema... *badan pun tak panas*

Balik dari keje semalam Al-Aish nya selsema makin banyak pulak... So, Al-Aish banyak merengek... tido pun tak lena sangat... Tido kejap-kejap je... 

Dalam pukul 12.00 tengah malam... Mummy nak tido kan Al-Aish pun Al-Aish payah nak tido...
Mummy assume memang macam tu lah if Al-Aish nak merubah bulan... 
Esok kan Al-Aish genap 4 bulan... ;')

Pagi tadi pun 2 kali Al-Aish bangun untuk menyusu... 
Pukul 3.00 pagi sekali... Pukul 5.30 pagi sekali... 
Mummy tak perasan pulak Al-Aish bangun banyak kali... hehehe..

Rupanya Walid yang perasan dan sedar Al-Aish kerap terjaga.... Mungkin hidung Al-Aish tersumbat kot... sebab tu susah nak bernafas masa tido... Sian anak Mummy...

Tapi Mummy tak sedar pun... Mummy tido kepenatan... huhuhu~
Nasib baik Walid Al-Aish sangat prihatin.... Mummy bersyukur sangat dapat suami macam Walid Al-Aish.... ;')

Masa dalam pantang lagi Walid dah macam tue... Masa dalam pantang kan Mummy tak kuat lagi... So, Mummy hanya akan berjaga untuk susukan Al-Aish je... Lepas dah susukan Walid akan ambil Al-Aish untuk sendawakan plak... Mummy pun terus tido... hehehe~

Terima kasih sayang sebab jaga anak kite bersama...


NOTA KAKI : Officemate Mummy siap cakap... Aien dapat suami satu dalam seribu... huhuhu..
Dorang cakap.. susah nak jumpe ayah yang berjaga untuk jaga anak tak sihat tengah malam... Selalu kalau anak sakit... Maknya yang akan berjaga tengok anak... ;')



Friday 3 October 2014

Hippopo Baby Spa & Wellness.......

IncikHubby wallpost kat fb..! 


Tentiba jer... 

Masuk ofis tadi Mummy terus masuk meeting... makan pagi pun kelam kabut jer... Minum air pun kelam kabut... Siap bawak masuk dalam meeting room....

Then bile mood pun dah tak ok... Pengerusi meeting pun tak best... Sebab gila kuasa...!! Grrrrrrr~

Tambah lagi agenda mesyuarat yang huru-hara... menyebabkan mood Mummy pagi tadi huru hara....

Mummy dah malas nak dengar ahli mesyuarat berdebat dalam meeting... Mummy pun kuar la meeting tue... terus on Google then cari info pasal baby spa...

Mummy terus booking appointment dengan Hippopo Baby Spa & Wellness untuk Al-Aish Mummy... Hahahaha..!

Kalau dulu... Mummy je suke gi spa... Sekarang Mummy nak bagi Al-Aish pulak berspa-spa... Hehehehe...

Memula search kat Lazada.com.my dan Groupon.com,my.... Bile search location... lokasi jauh sikit dari rumah Mummy... So, terus la gi Hippopo Baby Spa & Wellness...

Untuk baby rupenya ada dua baby spa yang famous.... 



coupon from Giggling Jellyfish Baby Spa Klang
Voucher Groupon RM 48


Tapi Mummy dah booking dekat Hippopo Baby Spa & Wellness sebab dengan dengan rumah Mummy.... Hippopo nie dengan Setia Walk, Puchong jee...

Nanti Mummy dah pergi bawa Al-Aish Mummy story mory yer kat sini... =D


Al-Aish... Mummy nak booking Al-Aish pada 11/10/2014 pukul 2.00 petang taw..!!

Jom kite berspa-spa ngan Walid dan Mummy... hehehe..

Tak sabar nak tengok Al-Aish berenang.... :D



Komen~Komen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...