Monday, 23 June 2025

Pengalaman Bersalin Anak No 4 : Ayshana Syameena Al-Aulaa

 Assalamualaikum kawan-kawan.


Hari ni tiba-tiba Mommy nak update pengalaman bersalinkan Al-Aulaa. 

Al-Aulaa lahir pada 23 Jun 2024, dah setahun dah baby Mommy tu.

Al-Aulaa lahir tahun lepas, seminggu selepas Raya Haji kat Terengganu. Sebenarnya EDD dia pada 2 Julai 2024, kiranya bersalin awal seminggu je dari tarikh EDD. Lahir pada 38weeks 6days.


Masa planning nak sambut raya haji kat Terengganu tu, ramai tak sarankan balik beraya kat Terengganu. Sebab nak dekat due. Risau bersalin dalam perjalanan je. Tapi, Walid insist juga nak balik beraya. Mommy turutkan je. Mommy kan isteri solehah. =P


So, Mommy berdoa je lah kalau nak bersalin juga biarkan dah sampai rumah mak mentua atau dah selamat sampai rumah KL semula. Bukan dalam perjalanan di tengah highway. 


Kami balik Terengganu seminggu (15 - 22 Jun 2024). So, ikutkan Sabtu tu nak gerak balik KL dah. Tapi, tiba-tiba Jumaat malam tu Mommy dah mula sakit. Hari Jumaat lepas maghrib tu Mommy dah mula rasa sakit-sakit pinggang yang teruk. 


SABTU : 22 JUN 2024

So, Mommy layankan je. Dalam pukul 4.00 pagi Mommy tak larat nak baring dah. Mommy keluar bilik untuk berjalan-jalan. Mommy jenis tak boleh baring layan contraction. Mommy kena bergerak aktif. 


Masa Mommy keluar bilik tu, Mommy nampak FIL tengah solat tahajud. Bila dah selesai solat, FIL tanya kenapa. Mommy jawab "Sakit perut bah". Abah tanya, "Nak pergi hospital ke" Mommy jawab "Tunggu Subuh dulu lah abah, Shakirin tidur lagi" Abah suruh kejut anak dia. Mommy cakap "Tak pe, Awien boleh tahan lagi."


Lepas tu Mommy sambung jalan-jalan dalam rumah. Dah nak Subuh tu, Walid bangun solat subuh. Walid tanya nak pergi terus hospital ke?


Mommy cakap, nanti dulu lah. Masih boleh bertahan. Ikutkan hati nak siap-siap barang terus balik KL.


Then dalam pukul 7.30 pagi tu, Walid suruh mandi siap-siap pergi hospital dulu. Nak check dah ada bukaan ke belum. Kalau tak de bukaan lagi kita terus balik KL - Walid cakap.


Mommy pun masuk bilik air mandi. Sebelum mandi tu Mommy terus buang air kecil dulu. Then tengah-tengah mandi tu, Mommy nak duduk sabun kaki. Air keluar laju. Mommy ingatkan Mommy buang air lagi. Sekali bila nak tahan tak boleh. So, Mommy tahu tu air ketuban.


Mommy siap mandi macam biasa. Tak de panik pun. Haha! Iya lah dah kali keempat kan. Lebih tenang.


Lepas siap terus ke hospital, anak-anak masih tidur lagi lepas Subuh. Mommy Walid tak bagitahu anak-anak yang Mommy dah sakit nak bersalin.


Sampai hospital dalam pukul 9.30 pagi. Hari Sabtu, tenang jelah hospital. 

Terus daftar masuk, then check laluan kat PAC Area.

Dari awal mengandung, selain doa dipermudahkan urusan bersalin. Mommy selalu berdoa untuk doktor perempuan yang uruskan proses bersalin Mommy. Mommy doa untuk doktor dan nurse perempuan yang handle dari mula pendaftaran sampai keluar wad.


Alhamdulillah, Allah makbulkan doa Mommy.


Masa kat PAC Area tu. Memula nak check bukaan, HO Perempuan yang check bukaan Mommy. HO tu maklumkan dah ada 2 or 3 cm bukaan. Then, nak confirmkan. MO akan check semula. 

Dah settle check bukaan kali pertama, Mommy bangun dari katil terus keluar dulu dari PAC Area. Tak lama lepas tu nama Mommy kena panggil semula untuk MO check semula bukaan.

Kebetulan ada MO Lelaki yang bertugas. Masa HO check laluan, MO Perempuan yang lain ada je kat sebelah. Tapi, tiba-tiba bila nak check semula bukaan kali kedua, MO Lelaki tu pulak pegang file Mommy. MO Perempuan tu check kat katil sebelah.

Mommy dah berdebar dah. Sambil baring tu, Mommy berdoa untuk MO Lelaki tu check ibu katil lain dulu. MO Lelaki tu dah sarung tangan dah. Sambil baca report Mommy kat file. Dalam hati Mommy tak putus-putus doa Allah permudahkan untuk tukar MO Lelaki tu kepada MO Perempuan.


Tiba-tiba bila MO Lelaki tu dah habis baca report Mommy dan nak mula seluk. Ada nurse kat depan katil Mommy panggil MO Lelaki tu.

"Doktor, ibu ni nak Doktor Handsome yang check dia" - memang MO Lelaki tu handsome pun. Doktor lelaki, melayu dan muda. Ikut kan boleh je tadah bagi doktor lelaki tu seluk. Tapi, Allah. Ntah lah. Perasan malu lebih tinggi dari rasa sakit contraction masa tu.

Terus lega hati Mommy. Allahuakhbar. Allah nak tolong Mommy ni.

Doktor lelaki tu balas "Saya ada patient ni, suruh doktor XX buat"

Nurse tu jawap "Tapi patient ni nak Doktor Handsome. Kiteorang buat dia tak nak"

Doktor tu refuse "Saya ada patient ni" Nurse tu balas "Adik manis ni nak doktor jugak handle case dia"

Alhamdulillah, rezeki Mommy. Doktor lelaki tu skip case Mommy dan ambil case katil depan Mommy tu. Sebelum doktor lelaki tu ambil case katil depan Mommy.

Rupanya patient depan Mommy tu foreigner (warganegara Nepal kot - tengok pada sireh dan bedak-bedak dimuka dia) Hihihi~, maybe tak pandai berbahasa Melayu kot. Tu perlukan doktor untuk tolong kes dia. 

Doktor lelaki tu tanya Mommy. Boleh tak Mommy tunggu kejap. Saya nak tengok ibu katil depan.

Cepat-cepat Mommy balas. "Tak pe doktor. Doktor nak tukar pun tak pe. Saya tunggu doktor perempuan tadi check bukaan saya" 

Pas tu HO yang handle file Mommy dia cakap. "Puan kena tunggu ya kalau nak doktor XX check kan laluan" 

Mommy balas "Tak pe, saya boleh tunggu". Masa ni contraction datang sekejap-sekejap tau. Tapi disebabkan nak cover yang Mommy tak sakit dan boleh tunggu. Mommy control posture badan masa baring tu dan tahan muka tak nak tunjuk tengah tahan contraction.

Tunggu dalam 15 - 20 minit je kot. MO Perempuan pun datang nak check bukaan Mommy. Bila MO Perempuan tu check. Bukaan baru 2cm. 

Mommy minta nak discharge. Tapi doktor tak benarkan sebab air ketuban Mommy dah leaking dan ni kandungan Mommy yang keempat. Doktor risau proses bersalin cepat. 

Ok settle semua. 

Mommy dimasukkan ke wad. Nasib baik wad tak penuh. Masih ada katil lagi. 

Macam biasa, Mommy dapat bilik ada 4 katil. Nurse ada maklumkan masa tolak Mommy ke wad tu. Bilik katil dua orang penuh. Kalau kosong kami maklumkan kat puan.

Tapi, Mommy cakap "Saya ok je kalau bilik 4 katil, saya takut kalau bilik berdua" Hahaha~


Masa masuk wad tu masa makan tengah hari. Baru lah Walid boleh masuk melawat.

Dalam wad, Mommy boleh makan dan solat macam biasa. Sebab tak berapa sakit sangat. Setiap kali solat Mommy mampu habiskan bacaan yassin. Alhamdulillah. Allah beri kekuatan.

Bila rondaan petang tu, MO check bukaan. Bukaan masih dalam 2cm. Slow sangat Mommy rasa. So, MO cadangkan untuk masukkan pil (induce) untuk percepatkan bukaan.

Disebabkan air ketuban leaking pukul 7 pagi. Dalam pukul 7 malam, (selepas 12 jam) doktor masukkan 1/2 pil untuk tengok progressnya.

Bila masuk pil, constraction makin kuat. Tapi tak kerap.

Malam tu, Mommy berjalan tawaf 1 wad untuk percepatkan bukaan. Dah penat, Mommy tidur.


AHAD : 23 JUN 2024

Masa Subuh tu, pagi-pagi Mommy dah bangun mandi nak solat Subuh. Lepas baca yassin, Mommy rehat-rehat kat katil sambil baca zikir-zikir mana yang mampu. 

Then breakfast roti dengan air coklat. (Menu ibu GDM - hahaha!) - Mana nak kenyang.

Tunggu lah Walid datang hantar makanan. 

Masa check bukaan, bukaan baru 4cm dalam masa 24 jam. Huhuhu~ lama betul.

Walid hantar makanan then Mommy boleh bertenang-tenang lagi. 

Dalam pukul 4.00 petang, sekali lagi pil (induce) dimasukkan untuk bantu percepatkan bukaan. Masa ni bukaan memang slow sangat. Bila dah masukkan memang terasa contraction makin sakit dan kuat.

Walid bantu urut belakang Mommy untuk kurangkan sakit. Bila dah reda, Mommy akan berjalan perlahan-lahan tawaf wad. 

Masa ni Alhamdulillah masih boleh solat Zohor dan Asar lagi. Selera makan pun masih ada. Walid tapaukan nasi kukus ayam berempah yang viral area Hospital Terengganu tu. Semalam nya Walid beli sebungkus, memang sedap. So, hari ni masa tengah hari tu Mommy suruh beli 2 nasi kukus ayam berempah tu.  Ingat kan nak makan waktu lunch ngan dinner. Tapi Mommy mampu makan masa tengah hari je. Mommy dah tak mampu nak makan masa makan malam sebab dah terlampau sakit. Selera makan dah hilang.

Bila waktu melawat pukul 7.00 malam dah tamat. Walid bagi tahu, Walid tunggu kat kawasan parking. Kalau apa-apa cepat-cepat bagitahu. 

Lepas Walid keluar je. Mommy baring sekejap sebelum nak solat Maghrib. Tiba-tiba bila Mommy bangun nak gi toilet untuk mandi malam. Mommy berdiri ke kat tepi katil. Air ketuban keluar mencurah-curah. Mommy minta tolong kat ibu depan katil Mommy suruh panggil kan nurse. Masa tu Mommy berdua je dalam bilik tu. 


Ibu tu tolong panggil kan nurse. Nurse datang suruh bersihkan diri then tukar pad untuk check bukaan. Mommy terus call Walid. Bila dalam toilet Mommy nampak ada discharged darah. Maknanya tanda dah keluar. 


Bila dah siap tu, nurse suruh masuk bilik rawatan untuk check bukaan. Frust sangat Mommy bila nurse cakap bukaan baru 5cm. Punyalah sakit mengganas dari Asar tadi baru buka 1cm je dari pagi. Mommy harapkan bukaan dah 6cm.


Selalunya nak tolak ke labour room kena 6cm. Then dalam labour room baru suami boleh teman.

Lepas settle check laluan, Mommy balik semula ke katil. Then berehat sambil selawat dan zikir Nabi Yunus.


Dalam pukul 9.45 malam sambil-sambil video call dengan Walid, Walid kena balik rumah masa ni sebab Al Aufaa nak tidur. MIL call bagitahu dia nak Walid dia. 


Mommy pun ok lah sebab Mommy rasa Mommy bersalin dalam pukul 12.00 tengah malam atau 1.00 pagi. Sebab Mommy kira, pukul 8.00 malam baru 5cm. So, nak tunggu lagi 5 jam lagi baru full bukaan 10cm. Lagipun Walid dah penat tunggu seharian kat wad dan dalam kereta. Walid tak balik dari pagi.


Dalam tengah video call Walid dengan anak-anak. Sakit Mommy makin kuat. Mommy tekan butang kecemasan tu untuk panggil nurse. Nurse suruh tahan sebab baru check laluan. Baru 5cm. 


Tapi masa ni nafas Mommy dah makin laju tahan sakit then muka Mommy dah berpeluh-peluh. Nurse tu tengok Mommy macam tu terus dia cakap sakit sangat ke?


Mommy angguk je. Mommy tak mampu cakap dah. Terus dia suruh tukar baju siap-siap then cukup masa untuk hantar ke labour room.

Bila nurse tu check je laluan, bukaan Mommy dah 8cm. Nurse tu terkejut sebab baru check macam tebal lagi katanya.


Terus nurse tu dan nurse sorang lagi tolak Mommy ke labour room. Mommy nak bawa handphone, tapi nurse tu tak bagi. Mommy terus suruh nurse tu maklum kan kat suami saya saya dah nak ke labour room. Nurse wad tu cakap nanti kami call suami puan.


Then masa masuk labour room tu dalam pukul 10.15 malam.  Tak sempat nak buat apa, pukul 10.32 malam, Mommy dah selamat bersalinkan anak keempat Mommy tanpa Walid teman.

23 Jun 2025 (Ahad)

10.32 malam 

3.64 kg

Bayi Perempuan


Frust betul Mommy masa tu. Sebab dah lah first time bersalin kat Hospital Terengganu. Tiga-tiga anak Mommy bersalin kat Hospital Serdang. 

Kat Hospital Terengganu ni, handphone semua tak boleh bawa masuk labour room. Suami pun tak dimaklumkan. 


Padahal Walid cakap, Walid bila dengar situasi kelam kabut masa video call tu. Walid terus gerak ke hospital.

Dah sampai hospital sebelum pukul 10.00 malam. Walid dah ready dah kalau kena panggil masuk. Even Walid dah maklumkan nama Mommy kalau Mommy dah masuk dalam labour room.

Tapi mungkin terlalu cepat sangat proses Mommy masuk labour room tu. Dorang tak sempat panggil Walid masuk temankan Mommy bersalin.

Pengalaman paling sekejap dalam labour room. Dalam masa 30 minit je dalam labour room terus bersalin.

Selalu berjam-jam Walid dapat teman Mommy dalam labour room. Bila dah bersalin pun nurse tetap tak panggil suami masuk dalam labour room.


Siap tanya "Eh, nurse kat wad tak call suami awak ke" Mommy jawap "Nurse kat wad cakap nurse kat labour room yang akan call kan suami"

Mommy dah rasa Mommy bersalin tak bersuami pulak. Huhu~


Dalam pada tu, Mommy bersyukur Allah permudahkan urusan bersalin Mommy dan semua yang urusan Mommy adalah doktor dan nurse perempuan. 

Memang semua nurse perempuan yang handle kes Mommy. Even nurse perempuan je yang sambut baby dan selesaikan jahitan Mommy. Dorang tak sempat maklum kat doktor untuk ambil case Mommy. 

Walaupun ada je doktor lelaki bertugas kat labour room masa tu. Sebab Mommy dengar suara doktor lelaki suruh PUSH~PUSH. Hahaha!

Mommy bersyukur Allah permudahkan semuanya walaupun suami tak dapat teman masa bersalin. Dah lah bersalin kat negeri kelahiran suami. Tapi suami tak dapat teman. Huhuhu~

Antara Hospital Terengganu dan Hospital Serdang, Mommy pilih Hospital Serdang. 

Hospital Terengganu ni serik dah rasa. Ada lah cerita tak best dengan nurse masa tu tapi malas nak cerita dan ingat balik. Hahaha~

Walid pun cakap Hospital Terengganu tak mesra macam Hospital Serdang, Walid tak boleh teman Mommy kat wad lepas bersalin. Kan lepas bersalin kita tak selesa dan nak mandi. Tiga kali bersalin, Walid boleh uruskan dari awal sampai Mommy dah selesa. Walid teman mandikan lepas bersalin. Siap kan anak. Tapi dalam labour room pun, Walid boleh iqamatkan baby sekejap je. Lepas tu nurse kat labour room suruh Walid keluar. 


CUKUP LAH ANAK MOMMY WALID 4 ORANG - 2 LELAKI DAN 2 PEREMPUAN.


~TAMAT~











No comments:

Post a Comment

Komen~Komen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...