WAJARKAH SI SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN
Zaman sekarang ni,sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?
Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?
1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan
isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi
isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama
dapat meredakan debaran antara satu sama lain.
2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung
oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika
kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.
3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila
melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan
zuriat yang diinginkan.
4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa
dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami
untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda,
wahai sang suami.
5. Lebih menghargai keluarga
Melihat
proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan
setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang
melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri,
begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.
Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada
peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri
akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan
cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri
Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda
menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda? (^__^)
No comments:
Post a Comment