Wednesday 28 May 2014

Preggy : WAJARKAH SI SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN...??

WAJARKAH SI SUAMI TEMAN ISTERI BERSALIN

Zaman sekarang ni,sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin? Apa perasaaan anda? (^__^)

Thursday 22 May 2014

Preggy : KENAL PASTI TANDA-TANDA NAK BERSALIN

KENAL PASTI TANDA-TANDA NAK BERSALIN

Ketahui tanda-tanda bersalin dan apa yang akan doktor lakukan bagi memastikan tubuh anda bersedia untuk proses kelahiran seperti yang dinyatakan oleh Dr. Siti Esah Bahari dari Selangor Medical Centre.

Di penghujung kehamilan, setiap ibu hamil akan melalui beberapa tanda yakni petunjuk bahawa masa untuk melahirkan sudah hampir tiba.Ramai yang cemas dan tertanya-tanya apakah tanda yang dialami benar-benar tanda bersalin atau sebaliknya. Oleh yang demikian, perlu anda ketahui bahawa hanya terdapat tiga tanda bersalin. Tanda-tanda yang dimaksudkan ialah:

1. Show

Ini merupakan tanda awal bersalin. Kebiasaannya dalam bentuk lendir ataupun darah. Jika mengalami tanda ini, anda tidaklah perlu tergesa-gesa bergegas ke hospital. Hal ini kerana tanda sebegini mengambil masa hampir beberapa hari sebelum anda perlu melalui proses bersalin.

2. Kontraksi

Dalam keadaan ini, perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontraksi sebenar, kekerapannya perlulah konsisten, kerap dan bertambah kuat dari semasa ke semasa. Apabila anda melalui kontraksi sebegini, seharusnya anda perlu segera ke hospital untuk mendapatkan pemantauan doktor. Walau bagaimanapun jika hal yang sebaliknya berlaku, (sebagai contoh anda mengalami kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya 5 minit) perlu diingatkan keadaan sebegitu bukanlah kontraksi.

3. Air ketuban pecah

Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada pancutan air yang keluar dalam jumlah yang banyak. Perlu anda perhatikan, air yang keluar seharusnya jernih dan tidak berwarna. Namun, jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih berada dalam kandungan. Apabila mengalami tanda seperti ini, sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan jangkitan kuman.Kebanyakan wanita hamil keliru dengan perbezaan air ketuban dan air kencing. Bagi mengetahui sama ada, ketuban pecah ataupun tidak, untuk pengetahuan anda, air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil.

Amaran!!!

Walaupun ketiga-tiga tanda ini merupakan petanda awal bersalin, namun anda tetap perlu segera ke hospital sekiranya mengesyaki bayi kurang bergerak. Dibimbangi bayi lemas dalam kandungan. Dalam masa 12 jam, bayi perlu sekurang-kurangnya 10 kali bergerak. Jika secara tiba-tiba, anda mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak mengalami tanda awal bersalin.

Wednesday 21 May 2014

9 PETUA MUDAH & LANCAR BERSALIN. KAEDAH NORMAL, TANPA PEMBEDAHAN

9 PETUA MUDAH & LANCAR BERSALIN. KAEDAH NORMAL, TANPA PEMBEDAHAN.
IN SHAA ALLAH,SENANG.
Setiap wanita dianugerahkan kelebihan untuk menahan sakit bersalin yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana lelaki di dunia. Sakit bersalin adalah sakit yang tidak dapat digambarkan. Hanya orang yang pernah merasainya yang tahu bagaimana rasanya sakit bersalin. Ia seperti satu perjuangan anta
hidup dan mati seseorang ibu.
Oleh sebab itulah jika seseorang wanita meninggal semasa bersalin dikira sebagai syahid. Kesakitan yang dialami ketika bersalin merupakan lumrah yang tidak dapat dielakkan. Sebagai umat Islam, anggaplah kesakitan ketika
bersalin itu sebagai kafarah dosa.
Para ibu yang hamil biasanya tertanya-tanya apakah ada cara untuk melancarkan proses bersalin agar kesakitan yang ditanggung tidak lama.
Jawapannya ialah YA.
Kita sememangnya perlu untuk berusaha mencari maklumat dan berkongsi pengalaman bersalin agar dapat dijadikan panduan dan pengajaran antara satu sama lain. Setiap kelahiran adalah berbeza proses bersalin yang akan dilalui walaupun sudah mempunya ramai anak. Berikut merupakan beberapa usaha yang boleh diaplikasi semasa hamil dan semasa proses bersalin untuk membantu melancarkan proses bersalin:
1. Menimba pengetahuan 
Kajian dan tinjauan harus dibuat semasa hamil. Rajin-rajinkan mulut bertanya pengalaman bersalin orang sekeliling sama ada kawan sepejabat, saudara mara, mahupun jiran tetangga. Mereka pasti teruja untuk menceritakan pengalaman masing-masing di samping memberi nasihat yang berguna kepada anda kelak. Ibu hamil juga perlu meluaskan pengetahuan melalui pembacaan. Belilah buku yang berkaitan kehamilan dan bersalin sebagai
langkah awal untuk mendapat sedikit gambaran tentang perjalanan seorang ibu hamil hingga melahirkan bayi. Ikutilah juga kelas antenatal yang dianjurkan di mana-mana pusat kesihatan. Ianya percuma sahaja di hospital kerajaan.
2. Persediaan mental dan rohani 
Ibu perlu yakin terhadap kemampuan diri sendiri. Jadilah seorang yang berfikiran positif. Fikirkan bahawa jika wanita lain boleh melakukannya, mengapa anda tidak? Apabila anda yakin, secara tidak langsung akan menaikkan semangat anda. Bersabar dan bertawakal merupakan kunci utama kepada kejayaan seseorang. Sentiasalah berdoa agar dipermudahkan proses
sebelum, semasa, dan selepas bersalin.
3. Persediaan fizikal 
Ibu hamil mesti menjaga kesihatan agar sihat tubuh badan. Otot-otot sendi yang kuat dan mantap akan membantu melancarkan proses bersalin. Hindari aktiviti yang boleh memudaratkan dan mendapat jangkitan. Elakkan daripada mendapat selsema dan batuk. Sekiranya terjangkit, segeralah mencari penawar agar sistem dalam badan tidak terganggu terlalu lama. Sentiasalah
bersenam dan mengambil diet yang seimbang supaya badan cergas.
4. Menenangkan diri 
Walaupun sakit, ibu harus berusaha untuk bertenang. Ungkapkanlah zikir dan selawat sebagai penambah semangat di samping mengurangkan sakit yang ditanggung. Ketika ini, sokongan moral daripada suami sangat membantu terutamanya di saat kelahiran. Mintalah ampun kepada suami dan kedua orang
tua sebelum bersalin. Amalkan teknik pernafasan yang betul semasa ingin bersalin. Kebiasaannya, kakitangan hospital akan membantu ibu-ibu semasa proses bersalin berjalan.
5. Alas Perut 
Melahirkan anak bakal memerlukan tenaga yang banyak. Kekurangan tenaga akan menyukarkan atau melambatkan proses bersalin. Alaslah perut anda sebelum dibawa ke bilik bersalin. Makanlah sesuatu walaupun anda tidak berselera kerana menahan sakit. Jangan biarkan perut kosong. Sekurang-Kurangnya kurangnya makanlah sebuku roti atau beberapa keping biskut sebagai alas perut.
6. Minyak kelapa dara 
Minyak kelapa dara atau lebih dikenali sebagai VCO (virgin coconut oil) adalah salah satu petua bagi membantu proses bersalin. Ia juga merupakan antiviral yang boleh melawan jangkitan. Minyak kelapa dara boleh diminum atau diambil dalam bentuk kapsul. Ada juga yang mengambil langkah dengan menyapu minyak kelapa dara di bahagia perineum untuk mengelakkan koyakan semasa
bersalin. Pengambilan minyak kelapa dara sepanjang kehamilan dipercayai akan menunjukkan kesan yang menakjubkan.
7. Telur Ayam Kampung 
Telur ayam kampung sememangnya sinonim dengan pemulihan tenaga. Menurut petua orang lama, pengambilan telur ayam kampung bersama air milo sangat membantu semasa proses bersalin terutamanya semasa meneran. Ambil sebutir telur ayam kampung mentah dan pecahkan ke dalam secawan air
milo. Kacau kemudian diminum sebelum anda pergi ke hospital setelah tanda-tanda hendak bersalin kelihatan. . InsyaAllah ianya akan membantu dalam proses bersalin anda. Telur ayam kampung juga boleh diambil sepanjang kehamilan dalam bentuk separuh masak
8. Bendi 
Sayur bendi terdiri daripada 90% air dan kaya dengan kandungan kalsium.Sayur yang berlendir ini bukan sahaja dapat membantu dalam proses bersalin,malahan ia juga turut menjadi penawar kepada sembelit, diabetis, dan jaundis.Bendi boleh dimakan dalam pelbagai cara termasuklah sebagai ulam, ditumis,dimasak bersama ikan dan sebagainya. Ibu hamil yang mempunyai masalah
buasir juga boleh mengamalkan makan bendi supaya tiada masalah yang timbul semasa bersalin nanti.
9. Kurma dan air zam zam 
Makanan dan minuman dari tanah arab ini sering disebut-sebut sebagai makanan tambahan ataupun penawar kepada penyakit. Kurma adalah sejenis buah yang bakal memberikan tenaga segera. Ia pantas diproses dan diserap.Selain mengandungi karbohidrat, kurma juga terdiri daripada serat dan potassium. Buah kurma amat baik untuk wanita mengandung kerana dapat memudahkan
proses bersalin dan mengurangkan pengaliran darah semasa bersalin. Makanlah buah kurma sebanyak yang boleh semasa sedang sakit hendak bersalin sementara menunggu untuk masuk ke bilik bersalin. Minum air zam zam sebagai penghilang dahaga.
Kesimpulan
Demikianlah 9 cara yang boleh dicuba untuk membantu melancarkan proses bersalin. Ibu-ibu yang sedang hamil jagalah pemakanan anda dan pilihlah makanan dari sumber yang halal. Usah bimbang akan sakit bersalin kerana telah berjuta-juta wanita melalui proses kelahiran dengan selamat walaupun berkali-kali.
Sesungguhnya wanita memang diciptakan istimewa dengan kemampuan untuk mengandung dan melahirkan anak. Mudah-mudahan apa yang ibu-ibu sekalian usahakan dapat mengurangkan bebanan sakit hendak bersalin dan melancarkan proses bersalin. Kesemua kesakitan akan lenyap serta merta setelah keluarnya bayi comel dari rahim ibunya.

Saturday 17 May 2014

9 Months

Minggu 36

Bayi Anda
Kontraksi awal boleh bermula sekarang. Tetapi jika ia berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Tetapi ia hanya tanda-tanda yang kandungan anda kini semakin mencapai tahap matang. Bayi kini mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan. Berat kini 2.5 kg dan panjang 46 sm.

Tubuh anda
Bernafas kini semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.


Add caption


Minggu 37

Bayi Anda
Bulu pada badan bayi mulai berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan organ pernafasan. Berat kini 2.7 kg manakala panjang 47 sm.

Tubuh anda
Bersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk di gunakan ketika di bilik bersalin.


Add caption


Minggu 38

Bayi Anda
Lemak mula terbina dalam badan bayi. Kulit bayi kini sudah menjadi sedikit merah jambu. Rambut mulai memancang sehingga mencecah ukuran 5 sm. Begitu juga dengan kukunya. Pada usia ini, bayi anda mempunyai berat badan lebih kurang 2.9 kg dan panjangnya pula 48 sm.

Tubuh anda
Sentiasa peka dengan perubahan diri. Patikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.


Add caption


Minggu 39

Bayi Anda
Kini bayi matang sepenuhnya. Berat kini 3.1 kg dan panjang 49 sm.

Tubuh anda
Masa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.


Add caption


Minggu 40

Dia seharusnya sudah berada di dalam dakapan anda. Doktor tidak akan menangguhkan lagi kelahirannya. Sama ada secara semula jadi atau caesarean, kelahiran mesti dilakukan.


Add caption

Wishlist Mummy Baby "A"


Assalammualaikum.....

Sejak Mummy disahkan mengandung nie... 

Mummy dah ada Wishlist sendiri... Wishlist barang baby... Keh~keh~keh~

Hari ni dah genap Mummy preggy 36 weeks...!!
Baby boleh keluar bila-bila dari sekarang...
Hehehe~!
Mummy masih bekerja lagi... Masih belum rasa sakit-sakit... 
Tapi perut dah makin berat dah... Kadang-kadang tak larat nak bawak...
Jalan lelama pun cepat mengah...
Hehehe~!

So, hari ni Mummy nak share sikit WishList Barang Baby 'A' nie...
Mummy dah lama mengidam... Tak tahu lah beli ke tak nie.. hehe~!

First of all mesti lah Stroller Baby~


Mummy dan Daddy minat stroller yang roda tiga jeee...
Sebab nampak stylo sikit... Sebab roda empat nie nampak macam biasa jee...
Hehehe... Bagi pandangan Mummy dan Daddy laaa... Lalalala~
Orang lain kami tak tahu...

Tapi bile tengok harga... Makkk Aiiiii...
Mahal bebenor... idok la Mummy dan Daddy mampu...
Sobsss... Sobbssss.... Sobbbssssssss..!

Quinny Moodd Stroller : RM 2699.00



Maka bertukar plak tengok model Quinny Zapp 3 plak...
Harga dalam lingkungan bajet kami... ;)

Masih dalam perbincangan.. Sebab ikut kan Mummy nak jee sambar sebelum deliver nie...
Tapi Daddy tak bagi... Then nenek ngan atok bising beli stroller awal²... hehehe~!

Quinny Zapp : RM 739.00

Ni pun dalam wishlist Mummy... Stroller FERRARI...
Wow...!! Caraaaa betol la stroller Ferrari nie.. 
Macam bawak kereta Ferrari la gamak nye... Hahaha...!



Ni pun sama... Jenama Santa Barbara Polo...
Mummy minat Stroller Quinny sebenarnya... Tapi mahal sangatttttt....
Huhuhu~!

Santa Barbara Polo : RM 699.00 


Dalam masa yang sama... 
Mummy berkenan gak ngan stroller Sweet Cherry nie...
Murah pun murah... Design lebih kurang Quinny Zap punya..

Siap ada Car Seat boleh attached dengan stroller lagi...

Macam dah jatuh hati sangat jeeeee... ;)



Harga Stroller sahaja...
SCR 6 : RM 509.00
(~__________^)v


Then Carrier nya pulak...
SCR 7 : RM 174.00


Sweet Cherry Infant Carseat : RM 97.50

Ni pulak Infant Carseat... saja masuk dalam wishlist... ikut kan macam tak practical sebab carrier nie pakai sekejap je... Paling lama baby pakai dalam 5-6 bulan je.. Sebab carrier nie kecik jee...

Mummy dah lama aimed nak beli Stroller dan Car Seat Baby Jenama FERRARI... ;)


Ferrari Cosmo Car Seat : RM 649.00


Tapi Mummy tahu... Susaaaahhh betul nak carik Car Seat macam tue...
Siap warna kuning lagi... Ari tue Mummy ada jumpa kat IOI Mall Puchong...
Tapi time tu Mummy tak mengandung lagi...
Just save for further.... hehehe~ 

Mummy selalu skodeng kat LAZADA kalau nak buat comparasion... ;)


Ni pun semua Wish List Mummy untuk Baby 'A'.....

Simple Dimple Papa Shiled Bag XL : RM 79.00


Simple Dimple Bouncer Monty Lion : RM 109.00
or 
Fisher Price Portable Rocker : 259.00




Simple Dimple Playgym - Lion : RM 60.00


Almari Baju Tesco : RM 79.00


Baby Cot IKEA : RM 299.00


Non Woven Foldable Storage Box : RM 17.10
WishList sebab Pooh...! hahaha~!


Non Woven Foldable Storage Box : RM 25.40
WishList sebab Pooh...! hahaha~!



Lepas tue... Mummy minat sangat dengan jenama Tommee Tippee... Tak tahu kenapa...
Minat dengan design botol tue... 
Then minat sekali dengan semua barang baby nie... 

Hahahaha~!!




















Then ni pulak barangan Autumnz yang Mummy ushar jugak...!! hehehe~!


Autumnz Electric Steam Sterilizer + Home & Car Warmer : RM 183.80






Ni pulak stuff untuk Baby 'A' untuk his first solid food... hehehe~!

Pun Mummy dah survey dah berkenan... Hahahaha~!


Baby Bullet Food Blender : RM 72.00



Baby Food Dispensing Spoon : RM 39.90

Thursday 8 May 2014

Petua Nak Dapat Anak Comel Cantik Cerdik

Petua Nak Dapat Anak Comel Cantik Cerdik

Entry ini adalah dari blog Khatty Jem... (",)v

Ramai yang tanya ni macam mane nak dapat anak comel.. InsyaAllah aku kongsikan... Tapi jangan percaya 100% ni aku just sharing jer.. Tak salah kann kite kongsi2 pengalaman.. ;)

Banyakkan baca Surah Yusuf dan Surah Maryam.. Ni korang kena amalkan masa mula2 pregnant.. Lagi bagus amalkan sampai nak bersalin.. Surah Yusuf untuk dapat anak lelaki yang cantik rupa dan akhlak.. Surah Maryam untuk memudahkan bersalin..
Makan kurma dan kismis.. Ni aku amalkan masa baru pregnant sampai bersalin.. Time mula pregnant tekak memang loya nak makan cokelat jajan tu semua tak bagus so aku amalkan makan kismis ngn kurma ni kurang rase loya.. Kurma & kismis bagus untuk otak baby..
Minum sarang burung.. Bagus di amalkan masa mula pregnant sebab ia akan menjadikan kulit bayi cerah, halus serta badan bayi jadi lebih kuat berbanding bayi yang lain dan ibu jugak pulih cepat selepas bersalin.. Ni pon aku amalkan sampai kandungan 8 bulan.. Ce tengok kulit anak orang2 cina, kulit dieorang cantikkan sebab dieorang amalkan sarang burung ni sejak mula pregnant lagik.. Ceee padahal memang kulit dieorang dah cantik pon.. hakhakhak
Minum air kelapa.. Ni jangan ko minum masa mula2 pregnant mau ko beranak kat situ.. haha Minum masa kandungan dah masuk 7 or 8 bulan.. Orang tua kata bagus bagi kulit baby cantik halus dan di permudahkan untuk bersalin..
Minum air soya.. Haa ni ari2 aku telan.. hahaha. Over ari2 telan.. Serius aku masa pregnant kan Raiisah ari2 minum Soya.. Lagi2 waktu malam suke benor minum air soya.. Dapat minum rase nikmat..
Amalkan makan buah tak kisah buah apa.. Macam aku aku suke makan buah tembikai susu.. Ari2 dok makan tembikai susu.. Sentiasa kot buah ni dalam freezer.. Kalo abis laju2 ngi kedai beli.. haha.. Busuk2 seminggu sekali mesti kena telan buah ni.. Kadang2 tu bukan aku jer yang makan si Affan pon sama sibuk.. Buah feveret katanye.. Aku telan die telan kadang tu die yang abis makan buah tu.. Sibuk jer die pon nak makan buah feveret i jugak tau.. =D
Orang kata rajin2 tengok gambar atau muka baby yg comel2. InsyaAllah anak yg dikandung pun akan ikut comel.. Serius aku masa pregnant suke tengok gambar baby yang gemuk montel tangan berketak2 lagi2 mata baby tu bulat huhhh suke tol nengok..

Tengok ni... Ni salah satu wajah baby yang aku aku suke tengok.. Serius baby ni sangat comel kan.. Hari2 dok mengadap tengok gambar baby ni.. Ce tengok wajah Raiisah sama tak.. Hahaha Verangan ni anak ko sama macam baby omputih.. =P Hidung penyek omputih la sangat kannn..

Eh hidung daddy Raiisah mancung tau.. Ramai cakap muka Affan macam Ustaz Azhar Idrus.. hahaha Celah mane macam UAI... ;P Eh tapi ada la bee sikit2 tang hidung.. kakaka

Ni ajer tips yang aku boley kongsikan kat korang.. Tips ni semua aku amalkan masa pregnant 1 bulan lebih lagi.. Tau2 jer pregnant terus amalkan ni semua sampai Raiisah Awfiyah di lahirkan.. =D

Tapi ni semua kite rancang yang tentu kan Allah swt.. Kite sebagai manusia hambanya hanya berusaha..


-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Air Ketuban Bocor Ker..??

Alamak...

Tetibe rase cuak pulak... Tadi ofismate call kat ext ofis.. nak tanya pasal hal kerja...
Lepas tue terus borak-borak pasal kandungan CikAwiens nie..

Then CikAwiens saja je la tanya pasal kenapa yer panties CikAwiens 2-3 hari nie basah jer... Nak kate keputihan.. tak de pulak kesan keputihan... *CikAwiens tak pakai panty liner*

So, kebasahan kat panties tue.. Basah je tanpa kesan.. then semalam masa nak mandi lepas balik kerja... CikAwiens perasan lagi... Alamak.. Panties basah lagi... Tapi tak de kesan keputihan dan bau.... hmmmm~

CikAwiens terus mandi macam biase...

Tapi.. Lepas kawan CikAwiens cakap maybe AIR KETUBAN BOCOR / LEAKING...

Hmmmmmmm... Terus rasa cuak dan nebessssssss...

Huhuhu.. Nak bagi tahu kat IncikHubby pun IncikHubby tengah tido sekarang nie... *IncikHubby kerja malam this week*

Kawan CikAwiens suruh pergi hospital terus......... Hmmmmmmm... takut plak CikAwiens nak pergi sendiri... T_T

Ya Allah... Apa CikAwiens nak buat nie... huhuhu..!

CikAwiens nak gi kat klinik panel area ofis CikAwiens laaaaa...

Ya Allah.. kenapa tetiba CikAwiens rase mengigil-gigil nie...
Huhuhu..!



Thursday 1 May 2014

Preggy : Air Ketuban

Air Ketuban

Adalah cecair pelindung yang memenuhi rahim wanita ketika hamil.
Selepas 10 minggu kehamilan, pembentukan janin akan dibantu oleh kehadiran cecair yang mengandungi protein, karbohidrat, lipid dan fosfolipid, urea dan elektrolit ini. air ketuban sangat penting bagi melindungi sebarang gegaran ketika kehamilan berlangsung. dalam kehamilan normal, air ketuban sekitar 500-800 ml pada akhir kehamilan. di saat kelahiran, air ketuban ini akan pecah disebabkan penolakan dari bayi dan juga kontraksi.

Ciri-ciri air ketuban adalah:
- rasa suam
- tidak berbau
- tidak berwarna / jernih

Komen~Komen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...