Tuesday 28 January 2014

TIPS : Usaha Untuk Mengandung / Cara Senang Hamil

Assalammualaikum...

CikAwiens nie bukan nak tunjuk pandai... ye lah.. kahwin pun tak sampai 2 tahun... dah memandai nak share tips senang hamil kononnn....
Tapi CikAwiens saja nak share info yang CikAwiens kumpul semasa usaha TTC (Trying To Conceive) ari tue..... Means usaha untuk mengandung...

Huhuhu..

CikAwiens bukanlah bangsa yang kaw kahwin bulan nie... Bulan depan kaw sure PREGNANT... huhuhu~

CikAwiens mengambil masa 15 bulan (Setahun 3bulan) untuk disahkan mengandung nie... So, sepanjang tempoh tue.... CikAwiens banyak kumpul maklumat dan info sendiri dari pembacaan melalui Google nie... Banyak blogger-blogger yang share info dan tips yang berguna kepada TTC nie...

So, setelah berjaya mengandung atas usaha dan IZIN-Nya... CikAwiens nak share tips yang CikAwiens amalkan sehingga disahkan mengandung nie... Then CikAwiens ada berjanji dengan classmate CikAwiens yang CikAwiens nak share dengan die.. ;))

CikAwiens tak de lah cakap CikAwiens amalkan tips nie.. terus mengandung... diulangi ye dengan Izin Allah s.w.t. CikAwiens disahkan mengandung dalam tempoh sebulan berusaha tue.. Sebelum tu CikAwiens memain jer usaha...

Mulut je cakap nak mengandung... Tapi hati nie macam berbelah bahagi dan tak serius... Hehehe~

So, antara usaha CikAwiens nie :-

1) Berurut dengan Mak Bidan

- Memula CikAwiens nak mula berurut nie masa perut CikAwiens tak selesa.. Kerap masuk angin or gastrik.. CikAwiens mula berurut masa usia perkahwinan masuk 10 bulan... Selama 10 bulan berkahwin tu CikAwiens tak da apa-apa usaha pun nak mengandung... (CikAwiens kahwin Bulan 7/2012... Then mula jumpa Opah / Mak Bidan dalam bulan 5/2013)

Then makin lama CikAwiens stress dengan pertanyaan orang sekeliling... Keep on asking... "Ehh.. dah ngandung ke belum nie"... "Ehhh... Belum ada isi eh..."

Hurmm... CikAwiens macam...??!! Ehhh... dah nampak belum ngandung ke perut memboyot tu tak payah lah nak tanya memacam... Huhuhu~ Soalan-soalan tue sebenarnya agak sensitif taw bagi golongan TTC macam CikAwiens nie... Even CikAwiens nie orang happy go lucky... tapi terdetik dan berbekas gak kat hati nie bile orang keep on asking the same question...!! huhuhu~

So, ada kawan ofis CikAwiens syorkan... Suruh CikAwiens check keadaan dan kedudukan rahim... CikAwiens pun dengar je lah cakap kakak-kakak senior kat ofis nie... CikAwiens jumpe Opah / Mak Bidan untuk tengok keadaan rahim... Alhamdulillah.. CikAwiensnya rahim okey... cuma agak terkebelakang sedikit dari tempatnya.... huhuhu~

CikAwiens urut dalam 2/3 kali je kot... ;)


2) Amalkan Jus Delima Gulsan

- Dalam pada itu, CikAwiens ada baca kat blog... ramai blogger bagitau... Jus Delima nie elok diamalkan masa nak berusaha mengandung nie... Even masa CikAwiens ada jumpa doktor sebab sakit Gastrik CikAwiens dulu... Doktor pun sarankan CikAwiens amalkan makan buah delima...

Then masa tue... Jus Delima Gulsan tengah famous kat market... So, kebetulan lalu kat kedai kat Giant... CikAwiens terus beli... Masa tue... dengan IncikHubby... IncikHubby pun cakap.. tak perlah.. kite cuba dulu... mana tahu berkesan kan.... ;)

Lagipun Jus Delima Gulsan nie murah je... RM15.00 sebotol... ;)

~CikAwiens makan tak sampai sebotol pun... tu pun berkongsi dengan IncikHubby... Makan setiap pagi masa sebelum pergi kerja tue~

Alhamdulillah IncikHubby support apa sahaja usaha CikAwiens untuk mengandung... Even memula IncikHubby nak go for naturally... (Biase lah lelaki... ada EGO die.... then IncikHubby pulak ada 8 adik beradik... So, IncikHubby rasa tak ada masalah untuk go for natural.... Tapi CikAwiens jenis tak menyabar nak mengandungkan... Hehehe)



3) Makan Folic Asid

- Masa dah ada plan nak mengandung nie... CikAwiens dah mula makan Folic Asid... CikAwiens rase CikAwiens mula makan Folic Asid dalam bulan 5 / 6.... Then bulan 9/10 baru disahkan mengandung...

Tapi kadang-kadang CikAwiens ada gak missed makan Folic Asid nie.. ;')

Folic Asid nie CikAwiens dapat FREE je kat Klinik Panel CikAwien... Tak pernah lah CikAwiens beli... tapi if nak beli ada jer kat Farmasi... Selalunye jenama Appeton famous...





4) Minum Susu Kambing + Kurma

- Okey... yang ni part paling berkesan yang CikAwiens amalkan... sebelum waktu subur... CikAwiens adalah amalkan minum susu kambing fresh... Jenama Nubian... Beli kat Tesco jee... RM 4.99 sebotol...

CikAwiens mula amalkan selepas CikAwiens habis period... ;)
~CikAwiens last period pada 7 - 9 September 2013~



Tak de lah CikAwiens minum selalu pun... just dalam seminggu tu dalam 3 botol... tu pun kongsi dengan IncikHubby... hehehe..!

Then pada waktu subur tue.. CikAwiens amalkan cara nie... Ni kemuncak USAHA UNTUK MENGANDUNG CIKAWIENS dan INCIKHUBBY..!

- Pada masa subur... (Masa Subur CikAwiens adalah pada 22 - 23 September 2013) Masa subur adalah dikira 14 hari selepas selepas hari pertama period...

Kalau tak tahu kira cara masa subur... Meh cuba kira dekat web Pa&Ma...(Cube scroll down... ada kalkulator ovulasi)

Tapi cara nie hanya yang period regular je... Means period datang tetap tiap-tiap bulan...

If tak tetap... Korang boleh buat cara BBT yang diajar kat link tue... sebab CikAwiens tak tahu nak explain... sebab Alhamdulillah.. period CikAwiens memang regular tetiap bulan... just pernah tingtong... dalam 4/5 bulan sebelum mengandung tue sebab terlampau stress... huhuhuhu..!

Kat BabyCenter pulak ada cerita pasal masa subur korang... ;))

So, masa waktu subur CikAwiens tue... CikAwiens dan IncikHubby amalkan pada 3-4 hari sebelum masa subur tue dengan...

- Solat SUBUH secara berjemaah.... (Tak kisah pun waktu apa.. tapi kami berdua buat dan berkesempatan berjemaah masa solat subuh)
- Then ambil 7 biji kurma dan 1 botol susu kambing segar....
- IncikHubby / Suami genggam 7 biji kurma tue dengan tangan KANAN... pas tue CikAwiens / Isteri genggam tangan suami..
- Kami berdua / Suami Isteri baca bersama 7x Selawat Nabi, 7x Surah Al-Fatihah dan 7x Ayatul Kursi
- Lepas tue... IncikHubby / Suami boleh berdoa dengan bersungguh-sungguh... Tapi, lepas IncikHubby berdoa... CikAwiens pula sambung berdoa... Sehingga menitis air mata dan teresak... huhuhu..CikAwiens rase sebak pulak masa minta pada Allah rezeki Zuriat buat kami berdua... ;')
Memang berdoa bersungguh-sungguh pada Allah... 
- Setelah habis berdoa, CikAwiens / Isteri boleh masukkan kurma yang dibuang biji kedalam blender... Then masukkan sebotol susu kambing segar tue....
- Lepas blender kurma dan susu segar tue... Masukkan ke dalam 1 gelas... IncikHubby / Suami boleh minum campuran Susu Kambing + Kurma tue separuh..
- CikAwiens / Isteri pula minum dimana tempat suami minum....(kesan minum suami)
- Then boleh buat aktiviti harian macam biasa.... Sebab masa kami berdua buat nie... IncikHubby terus pergi kerja... dan CikAwiens pun bersiap terus pergi kerja... =))


5) Bersama pada betul-betul Waktu Subur..!

- Selepas usaha yang CikAwiens buat kat atas tue... Masa subur CikAwiens adalah pada 22 - 23 September 2013... So, mulai 21hb hingga 24hb tue CikAwiens dan IncikHubby bersama secara kerap... =P

Siap ambil CUTI lagi untuk bersama... Sebab CikAwiens memang nak relax dalam bersama nie... CikAwiens ambil cuti 2 hari.... tapi IncikHubby ambil cuti sehari je...

Sebenarnya Isteri yang perlu berehat banyak selepas bersama... ;')

Then mulai cycle period September tue.. CikAwiens dah kurangkan perasaan stress CikAwiens untuk fokus mengandung... Cuma kami berdua berusaha jeeeeeee... ;))

Ada lagi tips... hehehe..! Selepas bersama... CikAwiens akan dalam keadaan sujud (tapi merendahkan punggung) Sebab CikAwiens dah cuba angkat kaki selepas bersama... Letak bantal di bawah punggung... macam ofismate CikAwiens ajar.... tu semua tak berhasil... Even tak boleh basuh / cuci terus pun CikAwiens dah cuba... pun tak berhasil.... Mungkin akibat keadaan rahim CikAwiens yang sedikit terkebelakang tu kotttt... Huhuhu...

Ada orang cakap rahim CikAwiens kebelakang sedikit sebab CikAwiens pernah eksiden... huhuhu... yup! CikAwiens akui.. dulu CikAwiens pernah eksiden / jatuh motor... huhuhu...


~@~@~@~@~@~@~@~


Sebenarnya kan... selepas tempoh subur tue.... Selepas seminggu usaha keras-kerasan kami berdua tue... IncikHubby perasan yang badan CikAwiens akan panas macam demam pada sebelah malam... =)

Memula CikAwiens tak perasan semua tue... tapi beberapa hari sebelum due period... CikAwiens test UPT... Alhamdulillah... CikAwiens disahkan mengandung.... Kalau nak baca kat entry nie.... ;')

Masa tu tak percaya betul ke tak.. sebab kami berdua betul-betul berusaha pada cycle September je....

Then entry nie pulak onak duri masa CikAwiens dan IncikHubby berusaha nak Zuriat sendiri... ;')
Kronologi Mr & Mrs Shakirin Jr...



UPT yang membaca seribu satu rahmat dalam kehidupan CikAwiens dan IncikHubby... Aminnnn... Syukur pada-Mu Ya ALLAH...

So, CikAwiens kongsikan Tips nie bukan 100% akan berjaya... Ni adalah salah satu usaha CikAwiens dan IncikHubby dalam mendapatkan ZURIAT kami sendiri.... Dan di atas KEIZINAN-Nya....



Syukur Pada Mu Ya ALLAH...
Syukur Pada Mu Ya ALLAH...
Syukur Pada Mu Ya ALLAH...


Saturday 25 January 2014

5 Months

Minggu 20Bayi Anda
Vernis merupakan sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan. Bayi anda kini berukuran 25.5 sm dengan berat 340 gm.

Tubuh Anda
Rahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukan suatu yang asing.


Add caption


Minggu 21 

Bayi Anda
Bayi anda kini sangat aktif. Hampir setiap saat anda akan dapat rasa pergerakannya. Jadi, tidak hairanlah kalau setiap malam tidur anda diganggu. Jika hal ini terjadi kepada anda, usap perlahan perut sambil berkata-kata kepada anak. Dipercayai dengan cara iniakan dapat menenangkan bayi. Kini, bayi sudah semakin besar dan beratnya kira-kira 390 gm dan dianggarkan 28 sm panjang.

Tubuh Anda
Pada masa ini anda berpeluang untuk melihat perut bergelombang hasil daripada pergerakan bayi dalam kandungan. Anda juga mungkin ada masalah untuk bernafas kerana paru-paru semakin terhimpit akibat ditekan rusuk yang semakin mengembang. Pada masa ini anda juga kelihatan lebih bertenaga dan mungkin inilah masa yang sesuai untuk membuat persediaan menerima kehadiran cahaya mata.


Add caption


Minggu 22Bayi Anda
Bayi dalam kandungan anda terus membesar akibatnya ruang untuk mereka bergerak semakin kurang. Bayi anda kini mungkin berhubungan dengan anda melalui tendangan ataupun gerakan yang dilakukannya. Sistem pernafasan mereka masih dalam proses pembinaan dan paru-paru belum lagi berfungsi untuk menyalurkan oksigen ke salur darah. Bayi anda kini berukuran 29 sm dengan berat kira-kira 410 gm.

Tubuh anda
Tulang rusuk bahagian bawah anda mula rasa sakit akibat ditolak keluar oleh rahim yang semakin membesar. Untuk kurangkan rasa tidak selesa, cuba duduk setegak mana yang anda mampu atau anda boleh mengangkat tangan dengan lurus melepasi kepala. Selain itu, jika anda ada cara lain yang lebih menyelesakan, amalkanlah kerana inilah waktu terbaik untuk anda cuba apa sahaja cara asalkan kesakitan yang dialami tidak berlarutan.


Add caption



Minggu 23

Bayi Anda
Bayi anda kini sudah semakin sempurna pembentukannya. Jika dia lelaki, skrotumnya sudah terbentuk sempurna dan jika dia perempuan, dalam ovarinya kini sudah pun terkandung beberapa juta telur. Jumlah telur ini akan berkurangan ke sekitar dua juta ketika dilahirkan dan jumlahnya semakin berkurangan apabila usia anak semakin meningkat. Bayi anda kini berukuran kira-kira 31 sm dengan berat sebanyak 440 gm.

Tubuh anda
Anda mula dapat rasakan kehadiran bayi dalam perut. Anda akan rasa tegang pada bahagian tersebut. Kadangkala anda akan rasa sakit seperti mencucuk-cucuk pada bawah perut kerana otot uterine sedang meregang. Rasa sakit ini akan hilang apabila anda berehat.


Add caption

Friday 24 January 2014

JADI AHLI SHAKLEE UTK JIMAT, BONUS & MORE

NOOR AIIN HUSAINI

ID : 1098990


ANDA INGIN BANTU KELUARGA?? INGIN BANTU SUAMI?? INGIN BERI YG TERBAIK UTK ANAK2?? JOM BANTU DIRI ANDA DAHULU.
Beri peluang utk diri anda cuba bisnes ni. Dulu sy pun was2. Setelah 5bulan join bisnes ni,jun 2013 sy berjaya dpt bonus rm2k lebih. Sy mmg takkan pandang belakang lagi.
Apa benefits join Shaklee?
1. Dpt kesihatan yg baik dgn izinNya
2. Dpt beli brg hrga member
3. Klu buat biz, dpt untung jual brg
4. Dpt bonus bulanan jika melebihi point ttu (nnti sy detailkan)
5. Dapat bonus naik rank, bonus leadership, etc
6. Dpt insentive (car bonus, etc
7. Tak perlu bungkus2 brg utk pos
8. Tak perlu ke pjbt pos pun!
9. Konsepnya mudah aje; Sharing, Sharing, n Sharing! Tak perlu spam inbox org, tak perlu tebal muka bw catalog sana-sini nk cari customer.
10.Seminar, bengkel utk coaching / training / sharing disediakan di seluruh negara.
11. Informal coaching turut disediakan dlm secret group watsaps n FB
12. Dapat tingkatkan amalan rohani n dekatkan diri pdNya sbb dhuha, tahajud, zikir n muhasabah mmg mnjadi amalan kami
13.Dgn sedikit skill time management, betul2 buat ikut cara yg diajar, in shaa Allah dpt kelebihan dlm hidup; Money Freedom + Life Freedom.
14. Trip umrah n percutian.

UV POINT & BONUS SHAKLEE
Setiap pembelian kita akan dpt point (diorang sebut UV-unit Value)..means setiap suplemen@produk shaklee ada UV..
cth; UV utk 1tin susu ESP adalah 39uv..
bonus akan dikira based on UV.
Minima 150 UV akan dpt 5% bonus. 5% tu kira dari pembelian kita.
Uv 150 - 5%
Uv 300 - 8%
Uv 600 - 11%
Uv 1200 - 14%
Uv 2000 - 17%
Uv 3000 - 21%

Formula pengiraan bonus = % x pekali 3.1 x uv.
Cth:
kita jual 1tinESP=39uv.
5tin ESP = 195UV.
So,kita layak dpt bonus 5%
0.05 x 3.1 x 195 = RM29...bonus kita RM29

150 - 299uv dpt 5%, bonus RM25 ke atas
300-599UV dapat 8%, bonus RM80 ke atas.
600-1199uv dpt 11%, RM200 ke atas
1200-1999 uv dpt 14%, RM600 ke atas
2000-2999uv dpt 17%, RM1000 ke atas
3000uv dpt 21% bonus, RM2000 ke atas + naik rank supervisor (dpt bonus naik rank RM328).

HOW TO JOIN SHAKLEE?
1. Membership RM65 + 10 utk pos memberkit
2. Bagi details ni ye -- Nama sis dan suami, Ic sis dan suami, Alamat, No fon, Email, No Acc maybank

HOW TO ORDER SHAKLEE?
Boleh oder by phone, by email n also by fax
No.phone,harga,UV smua ada dlm memberkit
Sy prefer order by phone. Kite call, operator Shaklee akan mintak
1) no.ID shaklee,
2) Alamat postage,
3)no.tel,
4)no pada kad ATM maybank,
5)expiry date..tadaaa dah siap oder!
n delivery via GDEX..ada charge RM10 semenanjung, RM20 sbh srwak.
InshaaAllah, Memang berbaloi2 jd member! Yg penting, betulkan niat utk apa buat bisnes ni (bkn utk untung semata2 ye..niat nk tlg org, tlg diri sendiri, tlg suami, tlg fmily n tlg customer)..pastu sentiasa usaha scara konsisten. Dan paling best, dlm Shaklee, sape usaha lebih, dia dpt lebih. Bonus new agen@new member blh jd lebih banyak daripada introducer if new member tu dpt jual lebih berbanding introducer dia. Best kan? Fair n square. Tiada unsur penindasan lansung. Sama2 perlu bkerjasama utk sama2 bjaya. Say goodbye to the old MLM System yg hanya mengkayakan org atasan saja.

Jika anda penganggur@surirumah yg nekad ingin bantu keluarga,bsemangat bisnes n sgt2 berminat, anda amat sy alu2kan.tak kiralah anda fresh graduate @ baru habis SPM pun blh join. 
jom betulkan NIAT utk bantu insan tersayang dan utk bantu org ramai dpt produk terbaik, natural dan selamat.

More bonuses to come! Let's grab them together!!contact us 012-3774385

Friday 17 January 2014

Diari Hamil : Buka Buku Pink @Klinik Swasta

Assalammualaikum... 

Hehehe.. Kali nie CikAwiens nak update pasal check up or buka buku check up kat klinik swasta... Hihihi... Ye CikAwiens memang before nie check up kat KKIA je... Tapi kawan ofis CikAwiens cakap.. Check up kat klinik swasta pun tak pe.. Office CikAwiens cover...

Memula CikAwiens ngan IncikHubby nak buat Check up kat Panel Hospital CikAwiens... Hospital Az-Zahra, Bangi... Pas tu bile CikAwiens call memula tu on 8 weeks pregnant... Fully booked... Then date pulak lambat lagi..

So, we all check up je kat klinik panel CikAwiens... Kat Klinik TTDI,  Taman Sri Manja... 

Bila dah cukup 3 bulan pregnant baru boleh buka check up kat klinik tu.. Disebabkan CikAwiens baru buat check up...

CikAwiens decide nak check up masa 15 weeks pregnant.. Sebab ingat boleh check gender baby sekali... Tapi, doktor tu cakap nak check gender seeloknya pada 16 weeks pregnant... Tensi and frust jugak la CikAwiens.. Hehehe.. Sebab IncikHubby memang nak tahu sangat gender baby nie... ;P

IncikHubby record guna iPad video scan kali nie... Hehehe..

Sebab nie scan kali ke-4 untuk kandungan nie...

1st time : kat Hospital Melaka (5 weeks)
2nd time : kat Klinik TTDI (8 weeks)
3rd time : kat KKIA Tanglin (10weeks)
4th time : kat Klinik TTDI (15 weeks)



Seee... Tengok soalan pertama IncikHubby... Nak tahu pasal jantina baby... kekeke...

CikAwiens rase tak percaya sangat masa scan kali nie... Sebab macam tak sangka ada baby dalam perut CikAwiens nie... Hehehehe... Setakat 15weeks nie.. CikAwiens tak de sebarang alahan ibu mengandung... Cume kerap letih dan ngantok je la.. Sampai kadang-kadang tak percaya yang CikAwiens nie mengandung... Kekekekee...

Masa scan tu... Baby siap silangkan kaki lagi ye.. Patut CikAwiens kerap rase ngilu kat perut... Tak tahu yang Baby nie dah bergerak aktiffff.......*Ohhh... CikAwiens nak panggil Baby 'A' la pas nie... Hehehehe*





Makanan Mengidam Incik Hubby

Hehehehehe... Masa balik raya haji ari.tu kan... IncikHubby kejap-kejap cakap... Nak makan ketupat sotong... CikAwiens nie mane la taw ketupat sotong tu ape... Hehehe...

Then IncikHubby siap tanya resipi kat MIL lagi.. Macam mana nak buat ketupat sotong tu... Bile CikAwiens tengok resipi tu...

Alahaiiii.... Senang nye buat ketupat sotong nie... Hahaha.. Berlagak kaw ye..!

Tapi memang senang pun buat ketupat sotong tu.. Kekeke...

Memula CikAwiens buat hari Isnin.. Sehari sebelum Hari Raya Haji tu... Pas tu IncikHubby suruh buat lagi masa kat rumah Abang CikAwiens plak... Sebab CikAwiens nie isteri mithali... Buat lah CikAwiens dua kali ketupat sotong versi Melaka... Hahaha..!

Memang berselera betul lah IncikHubby makan ketupat sotong yang CikAwiena buat tu... Kire dah LULUS masak ketupat sotong... Kate IncikHubby... Bukan CikAwiens cakap taw... Muahahahhaa..!

Tapi CikAwiens nie tak boleh masuk sangat... Santan dan pulut?? Huhuhu.. Makan sekor pun dah pening kepala... IncikHubbu selamba je makan 5/6 ekor ketupat sotong tu sekali hadap... Hahahaha...

Makan lah Daddy.. Kalau tu yang Daddy mengidamkan.. Hehehehe..

Mummy yang mengandung... Daddy yang mengidam... Kikikiki...

Yeayyy..! Start beli barang Baby 'A'

Hehehe..

Lama menyepikan... Banyak cerita nak di'entry'kan... Tapi mood berblog nie kelaut..

Tapi tetiap hari on blog taw... Baca blog orang... Tapi blog sendiri tak berupdate... :'(

So.. Hari nie mood berblog sudah mari.. Semalam Mummy baru habis exam.. So, hari nie plak Cuti - PH : Hari Thaipusam.. Sambil duk baring atas katil nie... Meh Mummy update barang yang Mummy beli 1st time menyoping barang baby... Kekeke..

Last week.. Kat PWTC ade Mother, Baby & Kids Expo 2014.. So, Mummy ajak lah Daddy pergi... Sekali Daddy cakap ok.. Daddy pun excited sebenarnya nak beli barang baby.. Kekeke..

Mummy ingat Mummy sorang je yang excited nak shopping barang Baby 'A'.... Kekeke.. Mummy and Daddy sama je naik... ;P

Masa pergi expo tu.. Tak bajet pun nak beli pape... Mummy just bajet nak survey stroller... Saja nak tunjuk kat Daddy.. The real of stroller zaman sekarang... Sebab selalu nye Mummy surf kat internet je.. Then tunjuk kat Daddy... So, kali nie nak aimed.. Survey.. Tengok dan check sendiri kelebihan dan kelemahan stroller yang diidamkan tu... ;P
*Nanti Mummy buat entry pasal stroller tu eh*

But then.. Masa kat expo tu... Stroller yang Mummy aimed tu tak de.. ;'(

So, berjalan-jalan je la Mummy and Daddy kat expo tu.. Masa mula sampai je.. Mummy terus teruja dengan socks baby... Hehe.. Sebab dorang jual murah...! RM 5 sepasang..!
Tu yang Mummy rembat terus.. Memula Daddy tak bagi beli dulu.. Sebab macam awal lagi nak beli.. Tp Mummy cakap.. Mummy nak beli socks nie je.. Saja buat semangat.. Kikikikiki... Last last Daddy izinkan Mummy beli socks tu.. Siap suruh beli lebih socks pun tak pe.. Keke... Sebab socks tu jenis socks baby 3D... ;P

Tapi sebab expo tu dah last day... Banyak socks dah habis... Yang tinggal socks baby gegurl... Mummy belum tahu gender Baby 'A' lagi.... So Mummy beli socks Pooh je... Pooh kan boleh dipakai baby girl or baby boy... Hehehe..!

Then.. Tetiba teruja bila nampak booth Disney Cutie... Banyak barang baby Pooh... Ikut kan hati nak beli baju..kelambu..katil..buggy pooh waktu tu jugak.. Tapi Daddy tak bagi... So, Mummy amik napkin Pooh je...
RM 25 / 8pcs.. Hehe..

Pas nie Mummy nak beli napkin putih kosong je.. Jenama Pureen ade..

Sebab Nenek Baby 'A' bising Mummy beli barangan Pooh.. Sebab Pooh kan warna kuning... So, masa minggu pertama dan minggu kedua.. Barangan kuning memang Nenek Baby 'A' tak bagi pakai.. Untuk mengelakkan Baby 'A' kena sakit kuning or jaundice...

Ye lah.. Ye lah... Mummy dengar semua pendapat orang lama... ;')
Untuk kebaikan Baby 'A' jugak kan...

P/s : tema shopping Mummy memang barangan Pooh dan warna Kuning jeee... Hahaha.. Sebab tu kan Febret Mummy Baby 'A'.... ;P

Friday 3 January 2014

Minggu 13 - 16 (7 Disember 2013 - 3 Januari 2014) Tamat First Trimester..!

Minggu 13
Bayi Anda
Saiz fetus kini 7.5 sm dan beratnya pula 30 gm. Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, fetus sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsang otot bibirnya supaya daya hisapannya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.

Tubuh anda
Perubahan saiz rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda “buncit”. Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.


Add caption


Minggu 14
Bayi Anda
Pada trimester kedua, organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi anda juga berupaya untuk mengerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening. Bayi anda kini berukuran 9 sm dengan berat sebanyak 60 gm.

Tubuh anda
Kuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Dalam masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya. Hasil daripada pertambahan kuantiti darah dalam badan, anda kini jadi lebih bertenaga berbanding sebelumnya. Dalam erti kata lain, inilah waktu yang paling sesuai untuk anda dan keluarga pergi bercuti sebelum melahirkan.


Add caption



Minggu 15
Bayi Anda
Tulang rangka bayi anda sedang giat berkembang. Kini kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Bayi anda pada ketika ini sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda. Bayi anda sekarang sudah sepanjang 12 sm dan beratnya kira-kira 100 gm.


Add caption


Minggu 16
Bayi Anda
Bayi semakin kerap bergerak. Tubuh mereka juga pada ketika ini mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi anda juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan. Bayi anda kini berukuran 16 sm panjang dengan beratnya 135 gm.

Tubuh anda
Pada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea nigra semakin menyerlah. Dan garis ini kembali pudar selepas anda melahirkan.


Add caption

Komen~Komen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...