Saturday 30 November 2013

Minggu 12 (30 November - 6 Disember 2013)

Minggu 12 (30 November - 6 Disember 2013)
Bayi Anda
Jantung fetus berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Begitu juga dengan kukunya. Fetus sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin. Cecair amniotik akan diganti setiap 24 jam. Panjang fetus kini ialah 6.5 sm manakala beratnya pula 20 gm.

Tubuh anda
Berat badan anda akan bertambah kira-kira satu perempat daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu 20. Ketika minggu ini anda akan berasa lebih bertenaga berbanding minggu-minggu sebelumnya. Teliti gaya hidup dan pemakanan anda dan pastikan diet anda mengandungi himpunan makanan yang baik dan seimbang untuk anda dan kandungan.


Minggu 12 (30 November - 6 Disember 2013)

Sunday 24 November 2013

Minggu 11 (24 - 29 November 2013)

Minggu 11  (24 - 29 November 2013)
Bayi Anda
Di minggu ini, majoriti organ kandungan anda sudah terbentuk. Jadi, sesetengah kesakitan yang dialami akan berakhir pada penghujung minggu ini. Kini, fetus berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu. Berat fetus pada minggu ini sepatutnya mencecah antara 10 gm dan panjangnya pula 5.5 sm.

Tubuh anda
Sebarang perubahan (kesakitan) yang dialami akan membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan. Selain itu, jika berasa khuatir dengan perubahan-perubahan yang berlaku, segeralah bertemu dengan doktor agar kemusykilan anda dapat dileraikan.


(24 - 29 November 2013)

Thursday 21 November 2013

JADUAL DAN TARIKH PEMBAYARAN GAJI 2014 (KAKITANGAN AWAM)

Berikut adalah Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji 2014 bagi kakitangan awam kerajaan:
JADUAL DAN TARIKH PEMBAYARAN GAJI 2014 (KAKITANGAN AWAM)
BULANTARIKHKETERANGAN
Januari23 Januari 2014
Khamis
Tahun Baru Cina
31 Jan – 1 Feb 2014
Februari25 Februari 2014
Selasa
Mac25 Mac 2014
Selasa
April24 April 2014
Khamis
Mei22 Mei 2014
Khamis
Pesta Kaamatan
30 – 31 Mei 2014
Jun 25 Jun 2014
Rabu
Hari Gawai
1 – 2 Jun 2014
Julai22 Julai 2014
Selasa
Hari Raya Puasa
28 – 29 Julai 2014
Ogos 25 Ogos 2014
Isnin
September25 September 2014
Khamis
Oktober16 Oktober 2014
Khamis
Deepavali
23 Oktober 2014
November25 November 2014
Selasa
Disember18 Disember 2014
Khamis
Hari Krismas
25 Disember 2014

TIPS HAMIL : Tips yang boleh diamalkan sepanjang tempoh mengandung

:::Tips yang boleh diamalkan sepanjang tempoh mengandung:::

1. Selalulah beri salam kepada bayi di dalam kandungan.

2. Panggilnya dengan gelaran “anak umi”, “anak mama” dan sebagainya.

3. Kejutkan dia ketika ingin beribadah; solat, dengar kuliah, baca alquran dan sebagainya. Banyak berkomunikasi dan mengajak buat kebaikan seperti, “anak umi bangun, jom kita baca alquran”.

4. Didiklah anak ketika dalam kandungan lagi.

5. Ajak bayi kita mendoakan ibunya.

6. Jika terlihat perkara mungkar, kejutkan bayi 
dan bersama-sama doa mohon perlindungan Allah s.w.t.


Saturday 16 November 2013

Minggu 10 (16 - 23 November 2013)

Minggu 10 (16 - 23 November 2013)
Bayi Anda
Telinga luaran fetus mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang di mana ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia. Pada tahap ini, saiz fetus ialah 4.5 sm dan beratnya pula 5 g.

Tubuh anda
Jumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren. Perubahan fizikal memaksa anda memakai pakaian yang lebih selesa sesuai dengan saiz baru anda.


16 - 23 November 2013

Saturday 9 November 2013

Minggu 9 (9 - 15 November 2013)

Minggu 9 (9 - 15 November 2013)Bayi Anda
Bentuk muka fetus mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya. Fetus kini berukuran kira-kira 3 sm.

Tubuh anda
Berat anda mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Jadi, beri perhatian khusus kepada kebersihan gigi.


9 - 15 November 2013

Alhamdulillah... genap dah 9 Minggu anak Mummy nie dalam rahim Mummy.... Syukur sayang... Kamu anak yang baik... Setakat ini alhamdulillah... Mummy belum lagi dilanda alahan atau mabuk... Even pening kepala pun jarang sangat menyerang Mummy kamu nie...

Alhamdulillah.. kamu anak yang menyenangkan Mummy... ;')

Cuma sejak 8 Minggu usia kamu dalam rahim Mummy nie... Mummy sering demam panas... kadang kala sampai menggigil... 

Paling teruk minggu lepas bila Daddy kamu tak ada... Mummy diserang demam yang teruk....
Bila Mummy called Daddy kamu bagitahu Mummy tak larat sangat menanggung demam tue... Sambil menangis-nangis... Daddy kamu dah tak senang nak buat kerja dah... Daddy kamu harap sangat Mummy dapat bertahan demi kamu... ;')

Hehehe... Alhamdulillah... Daddy kamu sangat mengambil berat terhadap Mummy nie... Even bila Mummy mengadu yang Mummy selalu kesejukan bila mandi... Daddy terus offer untuk beli water heater.... ;')

Ya Allah... Im so touched...!

Mummy tahu... Daddy tengah tak de duit sangat... Sebab gaji kan dapat awal bulan lepas... Tapi Daddy kamu sanggup keluarkan duit Simpanan ASB Daddy demi untuk beri keselesaan kepada Mummy.... ;')


In Shaa Allah... Esok vendor tue pasang water heater kat rumah kite taw Baby...! Horrraaaaayyy..!!

Gitew lah sikap Daddy kamu... Apa sahaja yang Mummy inginkan... Akan Daddy usahakan untuk mendapatkan dan merealisasikannya... sama ada cepat atau lambat jee.... 

Tapi sejak ada kamu dalam rahim Mummy... Sepantas kilat Daddy akan tunaikan.... ;')

Then bile tak dapat Daddy tunaikan secepat mungkin... Cecepat Daddy akan minta maaf dari Mummy jika tak dapat ditunaikan dalam masa yang singkat... Hehehe.. Biasalah.. Mummy kan kalau nak sesuatu benda tue mesti nak jam-jam tue jugak... Tak boleh bertangguh.... Heeee~

Baby jangan ikut macam perangai Mummy tau... Baby ikut perangai Daddy... Heheheee..!
Tapi Baby ikut perangai Mummy bab education tau..! Belajar setinggi mana yang mampu.... ;) 
But WAJIB atas lagi dari education Mummy - DEGREE..! hehehe...

Sian Daddy... Daddy rase bersalah sangat bile Mummy mintak Daddy belikan Roti Telur dan Kuah Kari Kambing yang dekat kedai mamak kat kawasan rumah sewa Daddy...

Daddy pergi ke kedai tu dah lewat... Dalam pukul 2.00 petang... mana ada Roti Telur lagi.... =,="

Bile Daddy sampai je kat rumah kita di Jalan Puchong... Then Mummy merajuk bila tengok Daddy tak belikan Roti Telur + Kuah Kari Kambing tue... Terus Daddy rasa bersalah... Hehehe...

Terus Daddy mintak maaf berkali-kali...

Sebenarnya Mummy is ok je... Mummy tak mengidam pun... Saja nak uji Daddy.. Hehehe..!






Thursday 7 November 2013

Diari Hamil : Rezeki Anak Mummy

Alhamdulillah... 

First time CikAwiens join macam Contest Sape Cepat Die Dapat kat Blog Pink Mommy.... ;)

Ntah... sesaje jer nak try... sesaja je nak join....  ;P

Lagipun mudah sangat nak dapat kan FREE Shaklee tue... 

Cume PM kat FaceBook Urban Mummy bagi tahu yang kite nie pembaca blog Pink Mommy... If bernasib baik... dapat lah CikAwiens FREE Gift Shaklee tue...

Then bile CikAwiens PM FaceBook Urban Mummy...



Memula rase kecewa gak la... Sebab owner Urban Mummy maklumkan yang stock trial tue dah abis... 
Then nasib baik owner nye bagi Vitelea sebagai ganti... tu pun CikAwiens dah bersyukur... 

Then hanya bayar RM 10.00 je sebagai kos postage.... Ye lah benda FREE kan... tak kan suruh bayar postage pun nak banyak bunyi... hehehe..!

Cepat sangat owner post kan Gift FREE tue... Rabu bank in kan duit postage... Hari Jumaat barang dah selamat ke ofis CikAwiens... ;))

Then bile dapat tue kemain teruja...! hehehe..!

Buka-buka parcel tue... Rase bersyukur sangat... Owner Urban Mummy bagi 2 jenis Vitamin Shaklee for FREE...!

1. Vitamin Vitalea 10 Biji
2. Vitamin B Complex 10 Biji

Ingatkan dapat Vitelea jeee.... ;))


Sapa nak bagi kan Vitamin Shaklee nie for FREE...! Dah la mudah sangat nak dapatkannya...
CikAwiens bersyukur sangat... CikAwiens anggap Gift nie sebenarnya rezeki Anak CikAwiens dalam perut nie...

Alhamdulillah.... Belum lahir lagi anak mummy dah bawa kemurahan rezeki kepada mummy...

I'm so H.A.P.P.Y Anak..!


Then Urban Mummy pun ada tinggal kan nota jika pemengang Gift nie memberi testimoni kepada owner.
Pemenang Gift tersebut akan diberi set trial tersebut selama 10 hari lagi... 

Sangat bermurah hati owner Urban Mummy nie... ;))


Wednesday 6 November 2013

Diari Hamil : First Time Scan Our Little Jelly Bean

Assalamualaikum w.r.t...

Semalam kan Cuti Umum sempena Awal Muharram @ Maal Hijrah...

So, ntah macam mana... CikAwiens rase macam curiga jer... sama ada CikAwiens nie mengandung atau tidak... Sebab alhamdulillah CikAwiens  masih belum dilanda morning sickness ke afternoon sickness ke evening sickness ke ataupun night sickness... Alhamdulillah...

Tetapi... akibat tak merasa semua itu.... CikAwiens jadi ragu-ragu dan konfius... akan tahap kebenaran sama ada CikAwiens nie mengandung atau tidak...

Bangun pepagi tue.. CikAwiens repeat balik UPT Test...! hahahaha..! (padahal buku pink dah buat kan?.... Doktor kat Hospital Besar Melaka pulak tue yang sahkan CikAwiens mengandung)

Ape lah sengal sangat CikAwiens nie kan... Muahahaha..!

Then.. bila buat tue... ALHAMDULILLAH...

UPT Test tue masih menunjukkan hormon positif mengandung..! hahahaha...

Tengok la UPT Test tue... ;P


Then CikAwiens wassep kat IncikHubby... tapi IncikHubby tak replied sebab otw balik ke rumah Puchong naik motor...

Tak puas hati... Wassep BFF CikAwiens... then boleh plak die balas... "Meh aku ketuk kepala kau bagi sedar" 

Hahahaha..! Mengong je kan jawapan die... ;P

Pas tue... Hati nie tak puas hati lagi... Sesampai je IncikHubby kat rumah... IncikHubby tegur... "Kenapa cakap macam tue? Kenapa masih tak percaya"

Then CikAwiens replied... "Ntah selagi tak scan.. selagi hati nie tak yakin yang ada baby kat dalam perut nie"

Choiiii sangat kannn..!

Hahaha... So, untuk memastikan yang CikAwiens nie betul² mengandung.. IncikHubby ajak gi klinik untuk scan baby... ;P (Sebenarnya itew yang kaw nak kan....!) Muahahahaha..!

Pastu terus la CikAwiens cakap yang CikAwiens nak buka buku mengandung kat Hospital Az-Zahra, Bangi... Sebab memang kami berdua dah sepakat nak buka buku di Hospital Az-Zahra tue... Sebab semua doktor kat hospital tue doktor Perempuan.... Then IncikHubby suruh call dulu...

Nasib CikAwiens dengar cakap IncikHubby untuk call dulu... Sebab kat Hospital Az-Zahra nie kena buat appointment dulu... bukan main redah je... So, paling awal pun set appointment pada hari Rabu minggu depan (13 November 2013) atau Sabtu (30 November 2013)

Maka.. dek kerana tak sabar... CikAwiens terus confrimkan untuk buat appointment pada Rabu depan... (padahal 13 November tue memang ada check-up kat KKIA Taman Sri Sentosa) Huhuhu... Kena ubah date appointment balik nie... Hmmmm~

But cerita masih tak abis di situ... IncikHubby plak beriya ajak gi scan kat klinik panel CikAwiens.. Di Klinik TTDI Sri Manja, KL...

So, bila pergi tu... terus la pergi scan... Nasib CikAwiens nie giliran no 2.... 

Sebelum tue...Sepanjang perjalanan CikAwiens dah penuhkan bladder (pundi kencing) CikAwiens dengan air... Banyak sangat CikAwiens minum... kebetulan pulak musim hujan... Sesampai je kat klinik.... "empangan" CikAwiens nak pecah dah.. kena pulak air-cond yang amat sejuk kat klinik tue... memang tak boleh menahan sikit masa pun..!!

Arggghhh...! Sudah... Kacau daun betul.... Nak tak nak CikAwiens terpaksa pee pee jugak sebab dah tak mampu nak menahan...

Dah lepas pee pee tue.. cecepat CikAwiens minum air masak bergelen-gelen balik... sebab CikAwiens google.... if nak scan... pundi kencing kena full.. baru senang janin kite nak nampak.. ;)

Nasib CikAwiens baik... Alhamdulillah.. Ada rezeki CikAwiens dan IncikHubby untuk tengok our little baby dalam perut CikAwiens.... =,="



Untuk gambar lebih jelas... CikAwiens dah tunjukkan pada arrow tue...
Kecik sangat baby kami tue... 

Then EDD pun hampir tepat... EDD : 13 June 2014 dan GA : 8weeks4days

Masa doktor tu scan kat perut CikAwiens... cepat je baby tue dah nampak...

Ya Allah... tak tergambar perasaan CikAwiens waktu tue... Masa tue CikAwiens pandang kat IncikHubby... IncikHubby macam tak boleh berkata-kata... Terdiam dan tersengih jer...

Masa doktor tunjukkan degupan jantung baby kami tue... Subhanallah... Maha Suci Allah.. Tak tercapai dek akal yang ada janin yang aktif dalam rahim CikAwiens.... ;')

Tak sangka sangat..! Selama nie CikAwiens tak percaya yang CikAwiens nie mengandung walaupun dah 8 minggu @ 2 bulan.... Tetap tak percaya...!

Tapi bila lihat kat skrin scan tue... Ya Allah.... ada janin dalam rahim ku...

Then doktor keep on tanya... "Awak nampak tak degupan jantung baby awak nie" 

hehehe...! CikAwiens cakap.. "Aaah la... nampak...nampak.." 

Tu je yang mampu CikAwiens cakap... Hehehe... bila dah lama sikit... Doktor kira besar baby kami tue... Alhamdulillah... tepat dan sama dengan kiraan Last Period CikAwiens... Maknanya... baby membesar ikut masa yang tepat...!

Then bila dah tenang sikit.. CikAwiens bleh plak mintak doktor zoom kan ke baby tue je... hehehe..!
Doktor cakap baby nie kecik lagi.... nanti bila kandungan dah 4 bulan nanti boleh scan lagi.. Sebab masa tue baby dah besar sikit dan dah mula gerak-gerak...

Ya Allah... lagi lah CikAwiens eksited... ;))

IncikHubby pulak masih diam terkedu jee... hehehe..! I know he was very shocked..!

Lepas selesai tue.. CikAwiens mintak vitamin sebab Vitamin B Complex dan Iron Tablet dah habis...

Terus doktor suruh consume Obimin plak... 

Sebelum keluar tue.. Doktor ucapkan TAHNIAH kat IncikHubby... hehehe..!

IncikHubby masih dalam keadaan B.L.U.R... ;P

Keluar je dari bilik doktor... terus CikAwiens ke toilet semula... sebab empangan memang dah penuh sangat...! Muahahahaha..!

Masa doktor scan tue tak rase ape pun sebab terlampau eksited dan seronok tengok apa yang ada dalam perut kita tue... Hehehehe..!

Lepas je CikAwiens settle pee pee... CikAwiens tengok IncikHubby telek je gambar scan anak kami tue... hehehe...

Siap snap gambar scan tue sent kat Wassep Group Family IncikHubby.... =.="

Bila CikAwiens tanya perasaan IncikHubby... die control macho... hahaha..!

Die cakap die happy la... hehehe.. tu je..??! I know you well IncikHubby... hehehe..!
Silap-silap if tak de orang.. IncikHubby boleh menangis tengok dan telek gambar scan tue.... Hehehe...

Alhamdulillah dengan rezeki ALLAH semua nie...

Semoga amanah yang ALLAH kirim kan kepada kami berdua sihat sempurna sehingga kelahirannya...


Diari Hamil : Minggu 5 hingga Minggu 8


Minggu 5
(12 - 18 Oktober 2013)



Bayi Anda
Walaupun anggota tubuh badan embrio yang jelas kelihatan hanyalah matanya, namun otaknya kini dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung.  Saiz embrio sudah mencecah 4 mm.

(12 - 18 Oktober 2013)


Minggu 6
(19- 25 Oktober 2013)


Bayi Anda
Jantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan embrio dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz embrio kini sebesar jari kelengkeng dan pergerakannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.

Tubuh anda
Jika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu akan membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.


(19- 25 Oktober 2013)


Minggu 7
(26 Oktober - 1 November 2013)


Bayi Anda
Fetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.

Tubuh anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu lama. Selain itu, jika anda berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga turut mudah berasa letih. Jadi pastikan anda mendapat rehat secukupnya.



(26 Oktober - 1 November 2013)


Minggu 8
(2 - 8 November 2013)



Bayi Anda
Fetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.

Tubuh anda
Anda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu lama. Selain itu, jika anda berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga turut mudah berasa letih. Jadi pastikan anda mendapat rehat secukupnya.





(2 - 8 November 2013)


Nota Kaki : CikAwiens baru buat scan semalam... ;) 
Nanti CikAwiens up kan picture scan tue... ;)


Komen~Komen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...